Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT LADA 2

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL.1/2010


Tarikh : 25 JANUARI 2010
Masa : 02.05 Petang
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran :
Hadir.
1. En. Abd Aziz b Yeop Othman
2. Pn. Rosniah bt Zainol Abidin
3. Pn. Rodiyah bt Ismail
4. Pn. Noraisyah bt Mohd arif
5. Pn. Noraisyah bt Samsudin
6. Pn. Norizan bt Samsuddin
7. Pn. Wan Masnizarita bt Wan Mohamad
8. En. Akhirul aman b Omar
Tidak Hadir
1. Norazlina bt Damhuri - Cuti bersalin
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi
1.1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli panitia dan mengucapkan terima kasih kerana
sudi hadir dalam mesyuarat pada kali ini.
1.2. Pengerusi juga mengalu alukan kehadiran wakil pentadbir sekolah atas kesudian
1.3. menghadiri mensyuarat kali ini.
2. Ucapan Penolong Kanan
2.1. Guru Penolong Kanan mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada Pn.Rosniah
Zainol Abidin selaku pengerusi kerana berjaya mengadakan mesyuarat panitia pada kali
ini.
2.2. Beliau berharap agar kualiti matapelajaran sains tahun 2010 dapat dipertingkatkanlagi
terutamanya dalam peperiksaan awam dan juga bagi tahun-tahun lain.
2.3. Selaku Penolong Kanan beliau meminta agar fail Pengurusan panitia sains 2010 dapat
diperkemaskan lagi memandangkan fail pengurusan in amat penting sebagai panduan
perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah ini.
2.4. Justeru itu beliau meminta laporan minit mesyuarat haruslah diedarkan kepada
panitia masing-masing dalam tempoh tiga hari selepas mesyuarat diadakan.Satu salinan
laporan Minit mesyuarat juga mestilah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran
untuk difailkan.
3. Pelantikan Setiausaha
3.1 Ahli panitia sains sebulat suara melantik Pn. Rodziah bt Ismail selaku setiausahapanitia
sains bagi sesi 2010
4. Pengesahan Minit Mesyuarat
4.1Pn. Norizan bt Samsudin telah mengesahkan minit mesyuarat lalu dan disokong oleh

En.Akhirul Aman b Omar


5. Perkara Berbangkit
5.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.
6. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
6.1 Rancangan Pelajaran
6.1.1 Pengerusi meminta setiap panitia mesti memiliki sukatan pelajaran tahunandan
bagi ahli panitia yang tidak mempunyai sukatan tersebut bolehlah mengambilnya
daripada Setiausaha.
6.1.2 Rancangan dan sukatan pelajaran haruslah dihantar bersama-sama bukurekod
mengajar kepada PK Pentadbiran di setiap hari Jumaat.
6.1.3 Rancangan Pelajaran Tahunan bagi semua tahun ada dalam simpanan Ketua Panitia.
6.1.4 Setiap panitia mestilah menulis rancangan Pelajaran Harian mengikut format
yang betul seperti di bawah:
Theme: ...........................................................
Learning area : ...............................................
Learning objective: ........................................
Learning Outcomes: Pupils are able to.
SPS/SMS :
Activities:
7. Pengurusan Fail
7.1 Terdapat 7 item / instrument yang perlu dilengkapkan dalam fail pengurusanpanitia.
7.2 Pengerusi juga menjelaskan bahawa Kajian Tindakan perlu dibincangkan
memandangkan permintaan Guru Besar agar setiap panitia membuat kajian tindakan
dalam panitia masing-masing.
8. Penilaian dan Pentaksiran
8.1. Pengerusi menjelaskan pada tahun 2010 berkemungkinan terdapat 4 kali peperiksaan
akan berlangsung iaitu OTI 1, Peperiksaan pertengahan tahun (OTI 2), percubaan
UPSR, dan juga peperiksaan akhir tahun
8.2. Pengerusi menjelaskan bahawa soalan-soalan bagi ujian topikal dan bulanan
perludisediakan oleh guru guru. ( Rujuk Lampiran 3 ) Manakala kelas-kelas
yangterlibat dengan peperiksaan awam, soalan-soalan peperiksaan akan dibeli olehpihak
sekolah.
8.3. Pengerusi meminta agar penyelaras bagi setiap tingkatan membuat analisa sebaik saja
peperiksaan selesai dan membuat Headcount bagi setiap pelajar.
8.4. Setiap guru pelajaran wajib menulis markah pelajar dalam buku rekod mengajar masingmasing
9. Analisa UPSR 2009 Sila rujuk lampiran
9.1. Ketua panitia membentangkan keputusan analisa UPSR 2009 bagi mata pelajaran sains
dan meminta guru-guru tahunan menyediakan post mortem.

10. Aktiviti Panitia 2009


10.1. Pelantikan Penyelaras Tahun dan AJK Panitia
Tahap 1 - Wan Masnarita
Tahap 2 Akhirul Aman b Omar
Bilik Sains - Noraishah bt Shamsudin
Norizan bt Samsudin
Stok dan iventori Norazlina bt Damhuri
Pentaksir sekolah - Noraishah bt Mohd Arif
11. Aktiviti yang dirancang sepanjang 2010
Ceramah dan Program Motivasi bagi tahun 6 dan tahap 2
Kelas Tambahan petang untuk calon UPSR
Program face to face
Program Cakna Fakta
Pengajaran duet/perkongsian pintar
Teknik menjawab soalan bagi calon UPSR
5X eksperimen
Kuiz Sains
11.1Aktiviti ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam pertemuan kali ke-2.
12. Belanjawan Tahunan
12.1Belanjawan pada tahun ini lebih menumpu terhadap pembelian alatan sains bagi
menyokong aktiviti 5X eksperimen dan proses pengajaran dan pembelajaran.
12.2Memandangkan budget panitia masih belum dibentangkan oleh pihak pentadbiran maka
ahli panitia diminta menyenaraikan alatan yang telah rosak atau lupus dan perlu di ganti.
13. Hal-hal Lain
13.1Pn. Noraisyah bt Mohd Arif menyarankan agar teknik menyemak kertas peperiksaan
didedahkan kepada guru-guru sains agar sistem pemarkahan menjadi setara.
13.2 Pengerusi memberi jaminan untuk mengadakan teknik memeriksa kertas peperiksaan
018 ini setelan Pn Norazlina kembali bertugas setelah bercuti bersalin.
Tindakan : semua ahli panitia
13.3 Pengerusi meminta agar semua ahli panitia menggunakan modul-modul sains yang
dibekalkan ke sekolah bagi memantapkan lagi penguasaan sains di sekolah ini.
13.4 Pengerusi menyarankan kepada panitia sekiranya guru terpaksa meninggalkan sekolah
atas urusan yang tidak dapat dielakkan maka guru tersebut haruslahmenyediakan bahan
pembelajaran seperti soalan latihan kepada pelajar agar P&P sentiasa berjalan tanpa
pelajar membuang masa begitu saja.
Tindakan : Semua guru

13.5 Pengerusi juga turut menyarankan agar setiap panitia menggunakan kemudahan ICT
dalam P&P seperti penggunaan perisian Power Point, internet, blog sains dan
sebagainya.
Tindakan : Semua Guru
13.6 Beliau juga meminta agar buku rekod mengajar perlulah dilengkapi dengan senarai
nama pelajar, rancangan pelajaran tahunan yang terkini dan Huraian sukatan
tahunan terkini.
13.7 Penolong Kanan juga meminta agar guru-guru dapat mengenal pelajar dengan Lebih
dekat bagi mengenal pasti potensi setiap pelajar supaya panitia sains dapat merancang
program sains berdasarkan potensi pelajar.
Tindakan : Semua Guru
13.8 Selain itu juga beliau berharap proses pencerapan guru-guru akan dapat dilakukan oleh
pihak pentadbir samada Pengetua, Penolong Kanan, atau Ketua Panitia.
Tindakan : Pihak Pentadbir
13.9Pengerusi berharap agar Persatuan sains yang ditubuhkan akan bergiat aktif
Tindakan : KP & Penasihat persatuan
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan
surah al Asr dan tasbih kifarah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.35 petang
Disediakan oleh,
...........................................................
(Rodiyah bt Ismail)

You might also like