Contoh Laporan Penanda Arasan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laporan Penanda Aras Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP

Sejarah Semester 4, Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPDA) Kedah
dengan Pelajar Sejarah Institut Perguruan Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM)
Melaka.

Nama Ketua Unit: __________________


Unit: Sejarah
Laporan Penanda Aras.

Pada hari Khamis bersamaan 9hb Oktober 2014, pelajar Pismp Sejarah Semester
4 daripada IPDA seramai 27 orang dan seorang pensyarah telah membuat
penanda aras ke IPGKPM Melaka . Mereka telah merancang beberapa aktiviti
semasa berada di IPGKPM. Antaranya ialah melakukan sesi diskusi bersama
pelajar Pismp Sem 1 IPGKPM selama satu jam. Dalam sesi diskusi ini, mereka
telah memaparkan beberapa video, antaranya ialah:

1. Lawatan sambil belajar ke Lembah Bujang.


i. Lawatan ini telah dilakukan semasa mereka di pengajian
Program Persedian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
Semester 1.
ii. Tujuan mereka ke Lembah Bujang adalah untuk memenuhi
kehendak yang terdapat dalam salah satu kursus sejarah
iaitu Pengantar Ilmu Sejarah.
2. Historian Night.
i. Program ini merupakan program besar yang pertama
dilakukan oleh mereka semasa Pismp Semester 2.
ii. Tujuan program ini diadakan sempena Hari Kemerdekaan
Malaysia ke-50.
iii. Program ini melibatkan kerjasama semua siswa/siswi
pendidik semester 2.
iv. Setiap unit diwajibkan membuat persembahan seperti
nyanyian lagu patriotik, lakonan, teater, sketsa, deklamasi
sajak dan koir yang berkisarkan sejarah penubuhan Malaysia.
3. Peta Gergasi Malaysia.
i. Aktiviti ini merupakan aktiviti kedua yang terbesar dilakukan
oleh mereka sehingga berjaya mencatat rekod di Malaysian
Book of Records.
ii. Aktiviti ini bersempena Hari Malaysia yang ke-50. Tujuan lain
aktiviti ini juga untuk membuat kelainan sempena Hari
Malaysia.

iii. Sebelum melaksanakan aktiviti ini, mereka menubuhkan ahli


jawatankuasa bagi memudahkan perjalanan aktiviti dan
melibatkan semua unit semester dua.
iv. Proses pertama aktiviti ini ialah penggumpalan surat khabar.
Proses ini memakan masa selama empat bulan iaitu bermula
pada bulan Jun sehingga bulan September.
v. Setiap malam mereka perlu menggumpal kertas sebanyak
5000 gumpalan . Mereka perlu menggumpal kertas sebanyak
150000.
vi. Hasil kerjasama semua unit, proses penggumpalan berjaya
menghasilkan gumpalan kertas yang ingin dicapai.
vii. Setelah selesai sesi penggumpalan, mereka memulakan
proses untuk mewarnakan gumpalan yang telah berjaya
dihasilkan.
viii. Warna yang digunakan semasa proses mewarna ini ialah
warna-warna yang terdapat di dalam bendera Malaysia.
ix. Selesai proses mewarna, mereka menjemur gmpalan kertas
tersebut.
x. Pada masa yang sama, AJK Ukur telah menjalankan tugas
untuk mengrid padang.
xi. Dua hari sebelum Hari Malaysia, semua unit bekerjasama
menyusun gumplan kertas menjadi peta Malaysia.
xii. Pada 16 September 2012, peta gergasi Malaysia tersebut siap
tersusun di padang IPDA.
xiii. Peta ini berukuran 152.8 kaki persegi dan aktiviti ini
merupakan rekod kedua IPDA kerana sebelum ini pelajar IPDA
juga telah berjaya membuat kad gergasi sempena Hari Guru.
xiv. Wartawan daripada TV3 telah menemubual Pengarah Projek
mengenai perjalanan aktiviti ini.
Selesai sesi penayangan video, mereka telah menerangkan serba sedikit projekprojek yang telah mereka lakukan. Setelah itu, Ketua Unit Pismp Sejarah IPGKPM
iaitu Nur Dini binti Supian telah memberikan ucapan. Akhir sekali, pemberian
cenderahati daripada pelajar IPDA sebagai tanda berakhirnya majlis.

Disediakan oleh

____Fatin___
(NUR FATIN SYAMIMIE BINTI ZAWAWI)
Pelajar Sejarah Sem 1
IPGKPM Melaka.

You might also like