Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN:

LAWATAN KE KILANG YAKULT


OAKLAND INDUSTRIAL PARK,
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
1.0

PENDAHULUAN
SK (P) Jalan Batu mempunyai murid Program Pendidikan Kelas Integrasi (PPKI) seramai
24 orang iaitu 14 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Murid-murid ini
terdiri daripada pelbagai kategori seperti autistik, sindrom down, hiperaktif dan slow
learner. Mereka ini dikelaskan mengikut tahap keupayaan masing-masing iaitu tahap
rendah, sederhana dan juga tinggi..
Wujudnya perbezaan tahap pembelajaran di kalangan murid-murid ini , maka
cara pembelajaran juga perlu berbeza mengikut kesesuaian tahap mereka.
pengetahuan semua, kurikulum murid-murid bermasalah pembelajaran

Untuk

berlandaskan

kepada 3 prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu, pembelajaran yang
menggembirakan dan bermakna serta pendidikan sepanjang hayat.
Oleh yang demikian, tenaga pengajar PPKI sentiasa mencari corak pembelajaran
yang menarik dan berkesan. Cadangan lawatan ke Kilang Yakult ini merupakan konsep
pembelajaran luar bilik darjah Murid-murid akan lebih paham dengan pendedahan yang
sebenar berbanding dengan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja.
2.0

MATLAMAT
Matlamat program ini diharap dapat menambahkan pengetahuan murid-murid PPKI
tentang cara panghasilan sesuatu produk. Khususnya produk minuman berkhasiat seperti
Yakult ini yang biasa mereka lihat di pasar raya malah menjadi minuman kegemaran
mereka. Pembelajaran secara terbuka dan santai ini

secara tidak langsung dapat

meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi serta meningkatkan keyakinan diri


murid-murid bermasalah pembelajaran ini.
3.0

OBJEKTIF
Objektif lawatan ke Kilang Yakult ialah :
a.

mendedahkan murid-murid tentang cara penghasilan produk minuman Yakult

b.

memupuk minat ingin tahu di kalangan murid-murid

c.

meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

d.

menikmati pemandangan luar dari kota raya Kuala Lumpur.

4.0

SASARAN
Sasaran mereka yang akan menyertai aktiviti lawatan ke Kilang Yakult ialah :

5.0

KETEGORI

BILANGAN

MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH


PEMBELAJARAN

24 ORANG

GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH


PEMBELAJARAN

7 ORANG

PENOLONGPEMBANTU
MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH
PEMBELAJARAN

2 ORANG

IBU BAPA / PENJAGA

6 ORANG

JUMLAH BESAR

39 ORANG

TEMA
YAKULT MINUMAN SUSU KULTUR BERKHASIAT

6.0

CADANGAN AKTIVITI
Aktiviti yang dirancang ialah :
a. Aktiviti mewarna bagi murid-murid Tahap Rendah dan Tahap Sederhana
b. Soalan Kuiz bagi murid-murid Tahap Tinggi

7.0

TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Cadangan tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :
a. Tarikh

25 April 2012

b. Masa

8.00 3.00 petang

c. Tempat/Alamat

:
YAKULT FACTORY

No. 276, Jalan Haruan 1,


Oakland Industrial Park,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

8.0

TENTATIF ATURCARA LAWATAN KE KILANG YAKULT:

8.00 pagi

- Bertolak dengan menaiki bas ke Seremban

10.00 pagi
12.30 tengahari

Bersarapan di perhentian R&R


- Lawatan ke Kilang Yakult.
- Aktiviti
a. Aktiviti mewarna bagi murid-murid Tahap Rendah dan
Sederhana
b.

9.0

Kuiz

1.00 petang

- Makan tengahari

1.30 petang

- Bertolak balik ke Kuala Lumpur.

SENARAI PENGURUSAN LAWATAN KE KILANG YAKULT:


AHLI JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
Pengerusi
Ketua Lawatan
Bendahari
Setiausaha

:
:
:
:
:

Pn. Nanki a/p Shankardas


Cik Haszanarita bt. Hasim
En. Zuharizam b. Ab. Rahman
Pn. Suwarti bt. Mulyati
Cik Saidah bt. Saidin

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN


MAKANAN

AKTIVITI & JURUGAMBAR

En. Mohd. Sazeri b. Ahmad


Pn. Monaliza bt. Mohd. Isa

Pn. Norrita bt. Shahlan


Pn. Norhaida bt. Mohd. Amin

PENGANGKUTAN

PERHUBUNGAN & DOKUMENTASI

Pn. Suriyati bt. Tumiran

Cik Saidah bt. Saidin

DISIPLIN : SEMUA GURU

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN LAWATAN KE KILANG YAKULT:

PENDAPATAN (RM)
Bayaran
Murid
24 x RM20
Guru, PPM &
Ibu Bapa dan lain-lain
15 x RM20

JUMLAH

11.0

PERBELANJAAN(RM)

480.00

Kos pengangkutan bas

600.00

Makanan
39 orang x RM4

156.00

Pelbagai

24.00

JUMLAH

780.00

300.00

780.00

PENUTUP
Diharap program lawatan ini dapat membantu murid-murid pendidikan khas menambah

pengetahuan dan pengalaman dalam bagaimana sesuatu produk itu dihasilkan khususnya
minuman susu kultur Yakult. Meskipun mereka terdiri daripada murid-murid istimewa tetapi
peluang harus kepada mereka dalam meneroka dunia luar yang sebenar.

MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA


Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(CIK SAIDAH BT. SAIDIN)


Setiausaha
Lawatan PPKI
SK (P) Jalan Batu, Kuala Lumpur
2012

(CIK HAZANARITA BT. HASIM)


Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas
SK (P) Jalan Batu, Kuala Lumpur.
2012

Disahkan oleh :

Disahkan oleh :

You might also like