Kertas Cadangan Pusat Sains

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN:

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT SAINS NEGARA

1.0

PENDAHULUAN
SK (P) Jalan Batu mempunyai murid Program Pendidikan Kelas Integrasi (PPKI) seramai
24 orang iaitu 14 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Murid-murid ini
terdiri daripada pelbagai kategori seperti autistik, sindrom down, hiperaktif dan slow
learner. Mereka ini dikelaskan mengikut tahap keupayaan masing-masing iaitu tahap
rendah, sederhana dan juga tinggi.
Wujudnya perbezaan tahap pembelajaran di kalangan murid-murid ini, maka cara
pembelajaran juga perlu berbeza mengikut kesesuaian tahap mereka. Untuk pengetahuan
semua, kurikulum murid-murid bermasalah pembelajaran berlandaskan kepada 3 prinsip
utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu, pembelajaran yang menggembirakan
dan bermakna serta pendidikan sepanjang hayat.
Oleh yang demikian, tenaga pengajar PPKI sentiasa mencari corak pembelajaran
yang menarik dan berkesan. Cadangan lawatan ke Pusat Sains Negara ini merupakan
konsep pembelajaran luar bilik darjah yang dapat memberi pendedahan sebenar
berbanding dengan pembelajaran di dalam bilik darjah.

2.0

MATLAMAT
Matlamat program ini diharap dapat mencetus dan menyemai minat murid-murid PPKI
ke arah pembelajaran sains dan teknologi. Pembelajaran secara terbuka dan santai ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran sosial

dan komunikasi

serta

meningkatkan keyakinan diri murid-murid bermasalah pembelajaran ini.


3.0

OBJEKTIF
Objektif lawatan ke Pusat Sains Negara ialah :
a.

meningkatkan kesedaran dan kefahaman murid PPKI terhadap sains dan


teknologi.

b.

memupuk minat ingin tahu di kalangan murid-murid.

c.

meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

d.

memperluaskan perhubungan sosial murid selain persekitaran sekolah.

4.0

SASARAN
Sasaran mereka yang akan menyertai aktiviti lawatan ke Pusat Sains Negara ialah :
KETEGORI

BILANGAN

MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

24 ORANG

GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

7 ORANG

PEMBANTU PENGURUSAN MURID

2 ORANG

JUMLAH BESAR

5.0

33 ORANG

CADANGAN AKTIVITI
Aktiviti yang dirancang ialah :
a. Aktiviti mewarna bagi murid-murid Tahap Rendah dan Tahap Sederhana.
b. Soalan Kuiz bagi murid-murid Tahap Tinggi.

c. Suaikan gambar akan diberi kepada semua muri


6.0

TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Cadangan tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :

7.0

a. Tarikh

10 Julai 2012

b. Masa

9.00 2.00 petang

c. Tempat/Alamat

Pusat Sains Negara


Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50662 Kuala Lumpur.

TENTATIF ATURCARA LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA:


9.00 pagi
10.00 pagi
12.00 tengahari

- Bertolak dengan menaiki bas ke Pusat Sains Negara


- Memulakan lawatan di Pusat Sains Negara
- Aktiviti
a. Aktiviti mewarna bagi murid-murid Tahap Rendah & Tahap
Sederhana
b. Kuiz bagi murid Tahap Tinggi
c. Suaikan gambar (semua murid)
- Makan tengahari

1.00 petang
8.0

- Bertolak balik ke sekolah

2.00 petang
- Sampai di SK (P) Jalan Batu, Kuala Lumpur
SENARAI PENGURUSAN LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA:

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat
Pengerusi Lawatan
Ketua Lawatan
Setiausaha
Bendahari

:
:
:
:
:

Pn. Nanki a/p Shankardas


Pn. Roselina bt. Hashim
En. Zuharizam b Ab. Rahman
Cik Saidah bt. Saidin
Pn. Suwarti bt. Mulyati

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


MAKANAN

AKTIVITI & JURUGAMBAR

Cik Suriyati bt. Tumiran


Pn. Monaliza bt. Mohd. Isa

Pn. Norrita bt. Shahlan


Pn. Norhaida bt. Mohd. Amin

PENGANGKUTAN

PERHUBUNGAN & DOKUMENTASI

En. Mohd. Sazeri b. Ahmad


En. Zuharizam b Ab. Rahman

Cik Saidah bt. Saidin

DISIPLIN : SEMUA GURU


9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA:

PENDAPATAN (RM)
Bayaran
Murid
24 x RM10

240.00

Kos pengangkutan bas

250.00

Guru, PPM &


9 x RM10

90.00

Makanan
33 orang x RM3

99.00

Pelbagai

19.00

JUMLAH

330.00

JUMLAH

10.0

PERBELANJAAN(RM)

330.00

PENUTUP

Diharap program lawatan ini dapat membantu murid-murid Pendidikan Khas menambah
pengetahuan dan pengalaman dalam dunia sains dan teknologi. Selain itu juga, diharap
aktiviti ini memberi impak positif terhadap daya kreativiti murid-murid khas yang
berpotensi untuk ke arah pemikiran kreatif dan inovatif. Meskipun

mereka terdiri

daripada murid-murid istimewa tetapi peluang harus diberi kepada mereka dalam
meneroka dunia luar yang sebenar.

MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA


Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(CIK SAIDAH BT. SAIDIN)


Setiausaha
Lawatan PPKI
SK (P) Jalan Batu, Kuala Lumpur
2012

(PN. ROSELINA BT. HASHIM)


Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas
SK (P) Jalan Batu, Kuala Lumpur.
2012

Disahkan oleh :

You might also like