Professional Documents
Culture Documents
Tugasan Sejarah PT3 2014
Tugasan Sejarah PT3 2014
asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan
menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang
melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam
keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan
kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.
Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan
kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat
beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu,
perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal
pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.
Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam
mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai
rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di
samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita
hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita
haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama
masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.