Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

PANDUAN RINGKAS

PENANAMAN TIMUN
CARA FERTIGASI
GANTUNG

Oleh
JNP AGRO FARM
PAJAM, NEGERI SEMBILAN
yemiasabre@yahoo.com
1

Isi Kandungan
BAB 1

BAB 2

BAB 3

BAB 4

BAB 5

BAB 5

: PENYEDIAAN TAPAK
: Sumber air
: Sumber Tenaga
: Aras Tanah
: INFRASTRUKTUR
: Para
: Rumah Pam
: Aturan paip dan pam air
: Stor
: Rumah Penggredan
: Pondok Sabut
: Longkang dan laluan air
: PEMBAJAAN
: Pengenalan
: Campuran baja A+B
: Konsep bancuhan
: Kadar Pembajaan
: PENANAMAN POKOK DAN PENJAGAAN
: Pemilihan benih dan teknik semaian
: Pemindahan pokok
: Cantasan tunas
: Trailing teach
: Mengenal bunga jantan dan bunga betina
: KAWALAN PEROSAK
: Jenis Bahan aktif (AI)
: Jenis-jenis perosak
: Jadual Semburan
: Peralatan Semburan
: PEMBUNGKUSAN DAN PEMASARAN
: Pembungkusan
: Kenalpasti Lokasi
: Kenalpasti masa pengeluaran
: Pengangkutan
2

3
4
4-5
6-7
7
7-9
9
9-10
10
10-11
12-13
13-14
14
14-15
16-17
17
18
18
18-19
20
21
21-22
22
23
23-24
24
24-25

BAB 1 : PENYEDIAAN TAPAK


Sebelum memulakan projek, memilih lokasi atau tapak yang sesuai amatlah penting.
Lokasi yang baik adalah yang mampu menyediakan segala prasarana yang lengkap
untuk keperluan perusahaan nanti. Dikhuatiri, pemilihan tapak yang terburu-buru
boleh mengakibatkan bencana yang lebih teruk pada masa hadapan. Untuk
memasikan lokasi pilihan kita itu sesuai untuk dijalankan projek pertanian,
pertimbangan yang khusus mesti diberikan keatas 3 perkara berikut iaitu:1. Sumber Air Bersih
2. Sumber Tenaga ( Elektrik )
3. Aras tanah ( Level )
SUMBER AIR
Boleh sahaja darimana sumbernya, samada dari sungai, tube well, perigi mahupun
paip komersil. Yang perlu dipastikan adalah jarak sumber air tersebut dari tapak
projek. Jarak yang jauh kemungkinan memerlukan belanja yang besar sebelum kita
boleh memperolehinya. Contoh yang mudah boleh kita lihat ialah dikawasan
cameron highland, terdapat perusahaan pertanian yang memperolehi air dari jarak
14km. Air yang diperolehi tidak dinafikan air yang baik, tetapi kos untuk membina
salirannya sangat tinggi dan kos penyelenggaraan sangat rumit.
Selain jarak, kuantiti air juga perlu diperhalusi, kerana pada sesetengah masa,
pokok memerlukan air yang sangat banyak dan jika terputus bekalan, pokok akan
mengalami layu dan rosak. Oleh itu pastikan sumber airnya cukup dan tidak putus.
Kualiti air juga sangat penting, pH optimum untuk pokok adalah pada bacaan 7.0
yakni pada bacaan neutral. Bacaan menggunakan EC meter juga mestilah pada
kadar yang rendah iaitu antara 0.0 0.3. Jika air berada pada kadar EC yang tinggi,
usahakan rawatan keatas air tersebut. Begitu juga jika pHnya tinggi atau terlalu
rendah. Rawatan yang paling efektif untuk air berasid dan berkeladak buat masa ini
adalah dengan menggunakan tawas pada kadar yang disyorkan. Jangan terlalu
banyak penggunaannya kerana ia boleh menurunkan kadar pH dan ini tidak baik
untuk pokok. Kadar pH dibawah nilai 7, air dikategorikan sebagai berasid dan jika

lebih tinggi dari 7, air dikategorikan sebagai beralkali. Cara rawatan air berasid
adalah dengan mencampurkan larutan air kapur kedalam stok air.
Akar menyerap nutrien hanya dengan kehadiran tenaga dan tenaga hanya boleh
diperolehi dari kandungan oksigen di dalam air. Oleh itu, pastikan kandungan
oksigen terlarut adalah tinggi dalam sumber air kita dan jika tidak, gunakan pusingan
air di dalam tangki sebagai punca meningkatkan kadar oksigen di dalam air. Selain
itu kadar oksigen boleh diperolehi ketika air melepasi micro tube. Micro tube yang
kecil akan memaksa pancutan air menjadi deras dan ini akan menggalakkan
penggabugan molekul oksigen ke dalam air yang di pam kedalam medium.

SUMBER TENAGA (ELEKTRIK)


Untuk menjana pam air, tenaga sangat-sangat diperlukan. Ada dikalangan
pengusaha yang menggunakan enjin diesel sebagai penyalur tenaga dan ada juga
yang memilih untuk menggunakan genset. Namun begitu, tenaga elektrik
merupakan sumber yang paling mudah dalam menggerakkan pam.
Penting bagi kita untuk mengkaji kedudukan tiang elektrik terdekat dengan tapak
penanaman kita. Jika lokasinya berdekatan, penyambungan terus elektrik ke tapak
lebih baik. Tapi jika jaraknya terlalu jauh, gen set lebih sesuai kerana ia lebih mudah
berbanding enjin diesel.

ARAS TANAH (LEVEL)


Level tanah yang dipilih tidak boleh terlalu curam. Jika tiada pilihan, dengan
menggunakan jentera, mesti diubah kepada aras yang sesuai. Kerja-kerja
meratakan tanah perlu dijalankan sehingga ia benar2 tepat mengikut spesifikasi
kerana kelak bila struktur telah dinaikkan, tanah tersebut sudah tidak boleh diubah
lagi.
Kecuraman yang dibenarkan hanya pada kadar kecuraman sebanyak 5%. Bentuk
mukabumi tanah juga tidak boleh berbentuk takungan kerana ini akan mengundang

air bertakung dan banjir serta boleh menyebabkan struktur tanah terjejas. Oleh itu
pemerhatian yg khusus harus diberi ketika kerja-kerja tanah dilakukan.
Pastikan juga level tanah lebih tinggi dari level air sungai. Jika tidak air akan
melimah masuk ke dalam kebun jika hujan turun dengan lebat atau hujan tidak
berhenti dalam jangkamasa yang panjang. Kajian perlu dilakukan sedikit dengan
orang tempatan tentang kadar peningkatan air dikawsan tersebut. Jika kawasan
tersebut ternyata kawasan yang berisiko banjir, perlu kepada pelan-pelan
kecemasan diadakan. Untuk memastikan keberlansungan projek.

BAB 2 : INFRASTRUKTUR
Persediaan infrastruktur sangat penting kerana ia merupakan item kekal dalam
tanaman fertigasi gantung ini. Kesilapan dalam membina infrastuktur bakal
menghantui pengusaha sepanjang projek ini berjalan. Pertimbangan ketahanan infra
sekurang-kurangnya 5 tahun akan memberikan keberlansungan yang baik kepada
projek kelak. Ambil remeh kepada infra perlu dielakkan kerana untuk mengubahnya
pada masa hadapan amat sulit dan akan menjejaskan penghasilan projek pada
masa akan datang. Infrastruktur yang perlu diberi perhatian khusus adalah :1) Para
2) Rumah Pam
3) Aturan Pam dan paip
4) Stor
5) Rumah penggredan
6) Pondok Sabut
7) Pam Racun
8) Longkang atau laluan air

PARA
Buat ukuran yang tepat pada tapak projek. Kemudian buat ploting kedudukan kayu
utama berdasarkan saiz plot 7 x 10. Pada titik ploting, tanam kayu utama dan sauh.
Gunakan kayu utama berukuran 3 x 3 minimum dan dari jenis kayu yang tahan
lama. Tidak dinafikan ia sedikit mahal, namun ia mampu memberi pulangan yang
berbaloi.
Ikat dawai pada setiap kayu utama dan sauh. Pastikan ikatannya kemas dan dawai
di ikat setegang mungkin bagi mendapatkan tegangan yang maksimum pada dawai
utama. Selepas selesai dengan dawai sauh, tarik dawai gantung dan diikatkan
diantara kayu utama yang sebaris. Pastikan Dawai yang dipotong tidak terlalu
panjang dan kemudian tarik tegang dawai tersebut menggunakan chain lock.
Buat teknik yang sama kepada lajur para dan pastikan, dawai untuk baris selesai
barulah diusahakan dawai untuk lajur pula. Ini kerana, dawai lajur mesti berada di
6

bahagian bawah kerana ia akan bertindak sebagai dawai sokongan kepada dawai
gantung.
Perlu juga diingatkan bahawa, kayu utama perlu ditanam condong kearah sauh dan
bukannya condong kedalam. Ini akan memberikan keseimbangan yang baik kepada
struktur para tersebut. Sebagai tip, kayu boleh ditanam menggunakan JCB untuk
lebih kuat dan cepat dan kayu ditanam sekurang-kurangnya 1.5 dalam.
Setelah selesai dawai ditarik, naikkan kayu sokongan bersaiz 2x2 dan pakukan
disetiap pertemuan silang dawai baris dan lajur. Pakukan di bawah dawai tersebut
sebagai sokongan dan pastikan paku yang digunakan daripada saiz 2.5.

RUMAH PAM
Rumah pam selalunya diletak dibahagian tengah tapak projek. Dengan ini, tekanan
untuk setiap bag akan sekata. Rumah pam selalunya ditinggikan sedikit bagi
mengelakkan daripada banjir. Jangan sesekali mendedahakan tong baja dan tong
stok baja kepada matahari secara lansung kerana ia boleh mengurangkan
kemampuan baja. Oleh itu sangat penting untuk pastikan rumah pam berbumbung
dan dindingnya ditutup dengan netting hitam dengan ketebalan diantara 50% keatas.
Saiz rumah pam mestilah sesuai dibina bagi menampung tangki yang mencukupi
untuk tampung operasi tanaman. Jangan bina terlalu kecil kerana dikhuatiri kelak
akan menjejaskan perkembangan projek.

ATURAN PAIP DAN PAM AIR


Pam mesti diletakkan di bahagian yang tertutup atau berbumbung. Jika ia terdedah
dikhuatiri pam tidak boleh bertahan lama. Pemilihan pam bergantung kepada
keluasan projek. Janganlah membazir dengan membeli pam yang mahal dan
berkeupayaan tinggi padahal saiz kebun adalah tidak kecil. Bagi saiz kebun
berkeluasan 2-3 ekar, pam berkeupayaan 2 h.p sudah memadai. Jumalah pam yang
hendak digunakan juga sangat penting dipertimbangkan. Tapi bagi keluasan yang

sama, cukup sekadar 1 pam sahaja tetapi perlu lebih banyak valve kawalan (stop
cock)
Paip utama hendaklah besar dengan diameter sekurang-kurangnya bersaiz 1.5
(50mm). Jenis paip yang sesuai adalah dari jenis poly PN6 samada dengan cop
sirim atau tidak, tiada masalah. Paip besar untuk memastikan bekalan air mencukupi
ketika dibekalkan kepada pokok dan supaya air lebih cepat sampai ke semua bag
dan seterusnya mengurangkan masa membaja.
Dari paip utama, tebuk lubang bagi setiap baris tanaman dan kemudian gunakan
clamp saddle untuk menyambungkan antara paip utama dengan paip sekunder.
Paip sekunder sekurang-kurangnya bersaiz 20mm dan panjang maksimum baris
ialah 110 kaki. Paip sekunder mestilah separas sepanjang merentas baris dan ia
mestilah separas bagi setiap petak tanaman. Paip sekunder mestilah berwarna putih
bagi mengelakkan penyerapan haba yang tinggi dan menyebabkan air di dalam paip
menjadi panas. Ini boleh mengakibatkan akar pokok rosak dan kemungkinan besar
mati.
Akar pokok timun berjangka hayat sementara tetapi pertumbuhannya kerap. Jika
akar tidak dapat bertahan lama, di khuatiri zat yang diperlukan tidak disedut oleh
pokok dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk sehingga mengakibatkan
kematian. Selain itu pokok yang kurang zat, akan mudah dijangkiti penyakit dan
seterusnya merebak ke seluruh tanaman. Pokok tidak tahan lama dan hasil yang
diperolehi juga akan menurun.
Tebuk paip sekunder untuk dimasukkan microtube bersaiz 0.2mm. Pastikan guna
penebuk yang dikhaskan agar saiznya tepat dan paip tidak rosak. Pastikan tube
tidak dari jenis yang lembut kerana dikhuatiri akan tersumbat dan terhimpit. Gunakan
yang sedikit keras teba. Jangan guna micro tube yang besar saiz lubangnya keran ia
akan mempengaruhi tekanan air yang keluar dan merencatkan proses membekal
oksigen ke medium.
Tekanan yang tinggi akan mengakibatkan air akan meresap oksigen diudara dan
seterusnya menjadikan air baja tersebut mengandungi kadar oksigen terlarut yang
tinggi. Oksigen amat penting kerana ia diperlukan oleh akar sebagai tenaga dalam
meresap nutrien di dalam medium. Jika kadar larutan oksigen rendah, ia juga akan
8

memberi kesan kepada proses serapan nutrien dan hasilnya, sudah boleh kita
jangkakan.

STOR
Stor sangat penting walaupun ianya terlihat tidak terlalu diperlukan. Ia berfungsi
untuk menyimpan segala peralatan kebun yang sudah tidak lagi digunakan dan ia
menjadikan segalanya menjadi teratur dan mudah. Jika stor ini tiada, peralatan akan
diletak secara selerak dan ini sukar untuk dicari apabila mahu digunakan kelak.
Lebih malang lagi, kerana ketidak cekapan dalam mengurus peralatan dan
perkakasan tersebut, kita terpaksa membeli perkakasan tersebut setiap kali kita nak
menggunakannya. Ini akan meningkatkan kos operasi kebun dan merencatkan
kadar keuntungan projek.
Baja juga perlu tempat yang sesuai untuk disimpan bagi memudahkan urusan
membancuh dan membungkus baja. Stor boleh digunakan untuk tujuan itu dan ini
akan memudahkan kerja-kerja membaja. Selain baja, racun juga perlu tempat
simpanan agar mudah untuk diambil dan digunakan.
Selain peralatan, mesin-mesin kegunaan kebun juga boleh disimpan disini, seperti
mesin rumput, grinder dan sebagainya. Pintu stor mestilah dipastikan boleh dikunci
bagi mengelakkan kejadian kecurian dapat dielakkan.

RUMAH PENGREDAN
Inilah lokasi dimana semua hasil dikumpulkan selepas dituai dan seterusnya dibuat
penggredan dan pembungkusan. Lokasinya juga sangat baik jika ianya berada
ditengah-tengah kebun untuk kemudahan mengumpul hasil. Lantai mestilah
bersimen dan dialas dengan suatu yang lembut seperti permaidani tebal atau
sebagainya. Ini untuk memastikan buah yang duduk di bawah timbunan tidak
mengalami luka, patah dan rosak.
Selain kedudukannya ditengah, tapak tanaman, harus dipastikan juga terdapat
akses kenderaan ke rumah greding ini untuk tugas-tugas pemungghan barang
9

keatas lori atau sebarang kenderaan pengangkutan yang lain. Jika dapat memenuhi
kedua-dua kriteria adalah baik, namun jika tidak, pertimbangkan dahulu aspek
logistiknya terlebih dahulu.

PONDOK SABUT
Pondok sabut boleh dibuat atau pun tidak bergatung kepada pengusaha. Jika ia
merasakan ia perlu maka, mendirikannya akan memberi banyak kelebihan. Pondok
sabut sebenarnya bertujuan untuk melindungi stok sabut dari terkena hujan. Ini akan
mengelakkan sabut terlalu basah sebelum digunakan dan mengelakkan dari
mengurangnya kadar perkembangan akar.
Jika tidak mampu mengadakan pondok, cukuplah diadakan pangkin, susun sabut
diatasnya dan ditutup dengan plastik besar. Contoh plastik besar yang boleh
digunakan ialah plastik rumah pelindung hujan. Lebih luas lebih baik, setidaktidaknya pun sekadar 10 x 12 x 10 sudah memadai.

PAM RACUN
Pam racun merupakan satu peralatan penting dalam sesuatu perusahaan pertanian.
Pam racun berkapisiti tinggi amat-amat perlu dalam melancarkan operasi meracun.
Terdapat pelbagai jenis pam racun dan yang paling berkesan adalah pam racun
menggunakan mesin semburan berkuasa tinggi ( power spray ). Mesin tersebut
boleh diperolehi di kedai-kedai yang ada menjual perlatan mesin industri.
Memandangkan mesin tersebut berkuasa tinggi, ia juga sedikit berat. Oleh itu,
menyediakan tapak untuk mesin tersebut adalah penting bagi memudahkan operasi
meracun. Lokasi yang baik dapat mengelakkan mesin itu sentiasa diubahsuai
tempatnya setiap kali kerja-kerja meracun ingin dilakukan.
Kebiasaannya, ia diletak di tempat yang mudah diperolehi air. Untuk tugasan yang
lebih efektif, disarankan menggunakan pam elektrik. Kedudukan pam juga mestilah
selamat dari ancaman banjir, pencuri dan sebagainya. Lokasi yang hendak

10

diletakkan pam tersebut juga mesti mengambil kira proses mencuci dan
membersihkan sisa racun pada pam.

LONGKANG DAN LALUAN AIR


Longkang dan laluan air sering dipandang remeh, tapi sebenarnya sangat penting
dalam menyumbang kepada kelancaran operasi kebun. Lokasi longkang mesti
dilihat dari mana punca air biasa datang dan kemana alirannya akan pergi.
Mengenalpasti kedudukan sungai berdekatan sangat penting dalam menyediakan
longkang dan laluan air ini.
Pastikan juga laluan air itu memang benar-benar cukup kecodongannya untuk
mengalirkan air keluar dari kebun dan bukannya menakungkan air hingga
menyebabkan kebun kita banjir. Tanah yang sering ditakungi air dalam jangka masa
yang lama akan menyebabkan struktur tanah menjadi lembik dan akan
menyukarkan pergerakan. Samada untuk pekerja berjalan, mahupun ketika menolak
kereta sorong ketika mengutip hasil.

11

BAB 3 : PEMBAJAAN
Aspek pembajaan dalam sistem fertigasi merupakan aspek yang paling penting.
Kesilapan dalam memilih dan menggunakan formula baja akan merencatkan
penghasilan pokok. Pokok memerlukan nutrien yang berbeza bagi jenis pokok yang
berbeza. Oleh itu, baja cili tidak boleh digunakan untuk pokok timun dan sebaliknya.

PENGENALAN
Berikut adalah unsur-unsur penting untuk perkembangan pokok :Unsur Makro

Nitrogen

Kalsium

Pottasium

Magnesium

Phosforus

Unsur Mikro

Ferum

Mangan

Boron

Zink

Kuprum

Molybdate

Baja-baja berikut ada fungsi masing-masing terhadap pokok dan jika kekuragan
berlaku, pokok akan menunjukkan tanda-tandanya dan tindakan susulan perlu
dilakukan.
Namun begitu, setiap unsur yang dinyatakan diatas sukar untuk diperolehi secara
tunggal atau tersendiri. Misalnya, Nitrogen adalah berbentuk gas, mana mungkin kita
nak memperolehinya secara begitu sahaja melainkan ia telah diubah kepada bentuk
yang lain seperti hablur.
12

Dengan teknologi terkini, semua unsur itu boleh diperolehi di pasaran dalam bentuk
hablur. Dalam pasaran kita boleh perolehi baja-baja ini dengan nama-nama berikut :1. Calcium Nitrate (CN)
2. Pottasium Nitrate (PN)
3. Magnesium Sulphate (MgS)
4. Monopottasium (MKp)
5. Solute de pottase (SOP)
6. Ferum
7. Boron
8. Zink
9. Cuprem
10. Amonium Molybdate

CAMPURAN BAJA A+B


Baja fertigasi terbahagi kepada 2 set baja iaitu set A dan set B. Berikut adalah
pecahan campuran baja untuk set-set tersebut :Set A

Calcium Nitrate

Ferum

Set B

Pottasium Nitrate

Magnesium Sulphate

Monopottasium

Mangan

Boron

Zink

Kuprum

Molybdate

13

Formula baja boleh diperolehi dari sumber-sumber lain yang boleh dipercayai seperti
MARDI dan sebagainya. Menurut pengalaman saya, saya mempercayai baja
campuran yang dibekalkan oleh syarikat JNP AGRO FARM dan JUJI ENTERPRISE.
Setakat ini hasil pokok saya sangat memberansangkan dan tidak pernah
mengecewakan.
Tong untuk membancuh stok baja juga mesti sesuai dengan kadar baja yang
dibancuh. Jika kadar baja adalah untuk stok baja 200 liter, janganlah dibancuh di
dalam tong 100 liter, ini akan mengelirukan dan khuatir berlaku kesilapan. Jika boleh
mengawalnya, tidak ada masalah yang perlu dirisaukan.

KONSEP BANCUHAN
Campuran baja set A dan set B dibancuh berasingan tong. Pastikan kesemua unsur
larut sebelum digunakan. Ini untuk memastikan bancuhan pada tong baja
mengandungi unsur yang mencukupi sebelum di pam ke medium. Untuk
memastikan tiada mendapan, setiap kali baja ingin dipindahkan dari tong stok baja
ke tong larutan baja, kacau terlebih dahulu.
Campuran baja A dan B tidak boleh dicampur sekali dalam tong yang sama kerana
jika dicampur sekali akan menyebabkan tindak balas kimia yang kemudian
merosakkan baja. Untuk membancuh baja dalam tong larutan baja, perlu diberi
sedikit masa sebelum dimasukkan baja dari set yang lainnya. Contohnya, baja A
dipindahkan pada permulaan tong larutan baja diisi air. Setelah tong setengah
penuh, isikan pula campuran baja dari set B. Dengan ini, tiada tindak balas kimia
ketika larutan baja disediakan.

KADAR PEMBAJAAN
Kadar baja berbeza mengikut kepada usia pokok. Semakin matang pokok, semakin
tinggi kadar baja yang diperlukan. Pada tahap awal pertumbuhan pokok, baja yang
diperlukan adalah pada tahap pacaan EC meter 1.6 ~ 1.8 dan pembajaan dilakukan
3-4 hari sekali. EC meter adalah radas yang digunakan untuk menyukat kepekatan
unsur di dalam air. Bacaan EC sebelum baja dicampur juga perlu diambil untuk
14

memastikan tiada unsur yang terlarut di dalam air yang boleh merencatkan
pertumbuhan pokok.
Pada tahap pertengahan pokok, bacaan EC dinaikkan kepada 2.0 ~ 2.4 dan
pembajaan dilakukan sehari sekali. Kekerapan baja juga perlu mengambil faktor
cuaca. Jika hujan kerap, tidak perlu dibaja dengan kerap. Ini kerana kadar resapan
baja pada waktu hujan, adalah perlahan. Jika kandungan baja di dalam terlalu
banyak dan pekat, akan mengakibatkan pH di dalam medium menurun dan menjadi
lebih berasid. Ini akan merencatkan penyerapan unsur dan pokok akan alami
masalah.
Pada tahap buah, baja diperlukan dengan lebih banyak lagi. Bacaan EC pada tahap
ini adalah diantara 2.4~3.0 bergantung kepada keadaan pokok dan cuaca. Jika
cuaca panas, pokok akan mendapatkan unsur pada kadar yang banyak dan perlu
ditinggikan sedikit kepekatan larutan baja tersebut. Pada tahap ini juga, pembajaan
dilakukan dengan lebih kerap iaitu diantara 2-3 kali sehari. Oleh itu pokok akan
mendapat bekalan mencukupi.
Pada tahap buah juga, air tanpa baja amat-amat diperlukan. Di pam ke pokok
berselang seli dengan pemberian baja dan ia diberi mengikut kepada kesesuaian
cuaca. Jika pokok tidak layu dan cuaca tidak panas, pemberian air kosong tidak
digalakan.

15

BAB 4 : PENANAMAN POKOK DAN PENJAGAAN


Bahagian paling utama dalam setiap perusahaan adalah bagaimana penghasilan
diperolehi. Pokok merupakan aset penting yang harus diberi perhatian sepenuhnya
kerana tanpa ia hidup dengan sempurna, penghasilan juga akan terkesan. Untuk
memastikan pokok menghasilkan buah yang baik dengan kuantiti yang banyak,
proses penanaman dan penjagaan harus diberi lebih perhatian. Bukan sekadar
dilihat pada masa pokok itu mengeluarkan hasil sahaja, tapi dari peringkat pemilihan
benih lagi wajib diberi perhatian yang khusus.

PEMILIHAN BENIH DAN TEKNIK SEMAIAN


Cara memilih benih perlu kepada maklumat yang lepas dari pengusaha kebun itu
sendiri. Lawatlah tapak-tapak kebun yang menjalankan perusahaan tanaman timun
dan dapatkan data-data tentang hasil dan kuantiti sepokok boleh hasilkan. Jangan
hanya bergantung kepada pendapat penjual benih semata kerana ia mungkin ada
berlaku berat sebelah dari segi penyampaian data atau maklumat.
Maklumat utama yang perlu ditanyakan ialah berapa kg buah boleh diperolehi dari
benih jenis yang mereka tanam. Dengan maklumat yang diperolehi, kita boleh
membuat pilihan dengan lebih baik jenis benih yang ingin kita tanam. Selain dari
maklumat yang diatas, jenis timun juga perlu dipertimbangkan mengikut kepada
lokasi penanaman. Ada beberapa jenis timun di pasaran dan setiap kawasan,
permintaan bagi jenis timunnya juga berbeza. Ada yang permintaan untuk timun
yang besar, ada yang mahukan saiz sederhana dan kecil. Warna juga ada
mempengaruhi permintaan, contohnya ada kawasan yang permintaan timun susu (
lebih cerah ) lebih tinggi berbanding timun jenis hijau ( warna hijaunya pekat ).
Saya secara peribadi menggunakan benih timun hijau, edaran JNP AGRO FARM
jenis JNPS-01. Benih ini memberi pokok yang lebih kuat dari segi mempertahankan
diri dari melawan penyakit. Kerana amat sukar dijangkiti penyakit jika dikawal
dengan betul. Selain itu, pengeluaran semusim bagi sebatang pokok adalah pada
kadar purata 4kg sepokok. Oleh itu, jika jumlah pokok yang ditanam adalah 1000
pokok, penghasilan yang boleh diperolehi adalah 4000kg semusim.
16

Untuk melakukan semaian pula, tray semaian yang lubangnya bersaiz kecil dan
memiliki 104 lubang digunakan. Kemudian, buat campuran habuk sabut kelapa dan
peat moist pada nisbah 6:4. Setelah digaul secara sebati, masukkan campuran
kedalam setiap lubang dan isi dengan sedikit padat.
Semaikan benih kedalam setiap lubang dan pastikan ianya terbenam secara
berbaring. Setelah selesai semai, siram dengan larutan baja yang cair keatas tray
sehingga basah. Tutup tray dengan sebarang hamparan untuk mewujudkan
suasana gelap pada petak semaian tersebut. Jika cuaca agak panas, tray perlu
disiram setiap hari bagi memastikan benih kekal basah dan memudahkan ia untuk
pecah dan bercambah.

PEMINDAHAN POKOK
Proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana anak pokok sangat rapuh dan
mudah untuk patah. Ketika memindah, medium semai mesti ditanam bersama
dengan anak pokok. Dengan cara ini, pertumbuhan yang optimum boleh diperolehi.
Tempoh matang untuk anak pokok dipindahkan adalah pada usia diantara 4 hari 7
hari.
Waktu yang sesuai untuk melakukan pemindahan adalah pada ketika cuaca redup
iaitu pada waktu petang yakni sekitar jam 5 petang dan keatas. Jika dipindahkan
pada waktu awal pagi yakni sebelum matahari terbit, juga boleh, hanya dikhuatiri,
menjelang tengahari pokok tidak dapat bertahan dengan keadaan yang baru.
Anak pokok hendaklah di tanam berhampiran jarum penitis kerana pada peringkat
ini, air sangat-sangat diperlukan dan kawasan medium berdekatan dengan jarum
penitis adalah kawasan yang kerap menerima air dan kadar airnya tinggi.
Tanam 2 anak pokok untuk setiap beg medium bersaiz 15x15 dan pastikan
medium dibasahkan terlebih dahulu sebelum dipindahkan.

17

CANTASAN TUNAS
Ketika usia pokok masuk hari ke 20, cantasan tunas sudah mula di lakukan. Tunas
dibuang pada pangkalnya pada nod pertama hingga ke-3. Kemudian pada nod ke-4
hingga ke-8, tunas dibuang pada pucuk selepas buah pertama.
Cantasan tunas pada pengamatan kami sangatlah penting untuk membantu batang
utama menjalar dengan lebih panjang dan jauh. Dengan kebarangkalian, jika pokok
semakin jauh menjalar, nod semakin banyak dan tunas baru akan lebih banyak
bercambah.
Cantasan dibuat sehari sebelum hari yang dijadualkan waktu semburan racun
dibuat. Dengan ini, bahagian pokok yang terdedah dapat ditutup dengan racun dan
mengelakkan serangan atau jangkitan penyakit.

TRAILING TEACH
Operasi ini dilakukan apabila pokok sudah mula hendak memanjat. Selalunya sekitar
usia 20-25 hari. Ini sangat perlu untuk memastikan pokok tidak bersimpul
sesamanya dan ini akan menyebabkan pokok bergumpal dan sukar menghasilkan
buah.
Ini juga penting kerana ia memudahkan tunas baru untuk berkembang membesar.
Jika dinilai antara pokok yang diajar dengan pokok yang tidak ajar menjalar, pokok
yang diajar memberi hasil yang lebih baik berbanding yang tidak diajar.

MENGENAL BUNGA JANTAN DAN BUNGA BETINA


Setiap pengusaha perlu tahu dengan jelas untuk membezakan antara bunga jantan
dan bunga betina. Ini akan memudahkan kita mengenalpasti pengeluaran pokok kita
kelak. Jika bunga yang keluar hanya bunga jantan, maknanya tidak akan ada hasil
kelak bagi pengusaha dan langkah-langkah awal boleh dilakukan.
Bunga jantan dan betina boleh dibezakan dengan melihat struktur pada tangkai
bunga tersebut. Jika terdapat struktur berbentuk timun pada tangkainya maknanya
18

itu adalah bunga betina dan jika tiada, makanya ia adalah bunga jantan. Jika hendak
dilakukan pendebungaan sendiri, mengenalpasti jantina bunga sangat penting
supaya tidak berlaku pendebungaan songsang.

19

BAB 5 : KAWALAN PEROSAK


Kawalan perosak penting diberi perhatian kerana ia menjamin ketahanan pokok
samada akan hidup pada jangka hayat yang kita mahukan atau tidak. Pokok yang
telah dihinggap penyakit pada peringkat awal pertumbuhan menyukarkan ia untuk
pulih semula dan seterusnya menyukarkan ia untuk bertahan lebih lama.

JENIS BAHAN AKTIF (AI)


Terdapat banyak jenama racun di pasaran racun di Malaysia. Namun begitu,
pertimbangan kita adalah pada jenis bahan aktif yang digunakan. Namun begitu,
racun yang berjenama terkenal, biasanya mempunyai kesan yang lebih baik dan
bancuhannya lebih sedikit berbanding yang jenamanya tidak terkenal. Antara AI
yang penting dan mesti dimiliki setiap kali menjalankan penanaman timun adalah
seperti berikut mengikut kategori serangga dan kulat.
Serangga

Imidacloprid

Abamectin

Deltamethrin

Acephate

Acetamiprid

Mancozeb

Benomyl

Metalaxyl

Propineb

Thiophante-methyl

Kulat

20

Senarai bahan aktif yang dicadangkan adalah yang harus ada pada setiap
perusahaan menanam timun, namun nasihat dari pihak penjual racun juga boleh
diambil kira mengikut kepada kesesuaian kawasan.

JENIS-JENIS PEROSAK
Musuh utama pokok timun tidaklah sekritikal pokok cili. Namun begitu yang paling
penting diambil perhatian adalah seperti berikut:Serangga

Kutu Trip

Hamama merah

Lalat putih

Pelombong Daun

Beluncas

Kulat

Kulapuk Downy

Karat Batang

Karat Buah

JADUAL SEMBURAN
Semburan yang baik adalah pada waktu pagi sebelum pukul 8 pagi. Ini kerana pada
ketika ini serangga tidak aktif dan cuaca tidak panas. Semburan dilakukan sekitar 4
atau 5 hari sekali. Ini untuk mengekang kadar pembiakan serangga atau kulat dan
mesti dilakukan sedari pokok masih kecil.
Semburan hendaklah menumpu di bahagian bawah daun dan pucuk pokok kerana
disitulah serangga selalunya duduk dan juga kulat mula melekat. Kadar titisan baja
juga mestilah halus berdebu kerana ia akan memudahkan ia melekat pada serangga
atau kulat.

21

Jika semburan dilakukan beserta dengan baja foliar, saiz debu mestilah kecil
maksimum agar mudah diserap oleh liang stoma .

PERALATAN SEMBURAN
Terdapat beberapa jenis alat boleh digunakan untuk melakukan semburan racun.
Antaranya adalah Pam pikul, mesin penyembur pikul, mesin power spray dan
sebagainya. Mesin power spray dengan menggunakan hos yang panjang serta
spray gun yang sesuai akan membantu memudahkan dan mempercepatkan proses
semburan.
Cuba elakkan menggunakan mesin yang sama untuk semburan racun kepada pokok
dan racun rumpai. Jika tidak dapat dielakkan, pastikan mesin dicuci sebersihnya
bagi mengelakkan kerosakan pada tanaman.

22

BAB 6 : PEMBUNGKUSAN DAN PEMASARAN


Pembungkusan merupakan aspek yang sering kali kurang diberi perhatian
memandangkan pada saat ini, fokus lebih tertumpu kepada aspek memetik hasil
tanaman. Ramai yang tidak mengetahui, bahawa jika tanaman dibungkus dengan
baik akan memberikan nilai tambah kepada produk pasaran kita. Pastikan juga
sayur dibungkus mengikut grednya tanpa dicampur yakni gred A jangan dicampur
gred B dalam bungkusan yang berlabel A dan sebaliknya kerana ini akan
memberikan kepercayaan pelanggan kepada kita.

PEMBUNGKUSAN
Timun adalah komoditi yang lasak dan mudah diuruskan. Namun pembungkusan
yang baik akan menjamin ketulenan kualitinya dan memastikan timun itu boleh
bertahan dengan lebih lama. Guna bakul untuk yang berkemampuan atau bakul
boleh diperolehi dari peraih atau pihak pasar.
Paling mudah ialah dengan menggunakan plastik dengan saiz yang bersesuaian.
Untuk timun bersaiz biasa, plastik bersaiz 20 x 30 boleh memuatkan 20kg timun.
Cara susunan juga dapat menarik perhatian pembeli dan susunan yang baik
memudahkan lebih banyak timun dapat diisi.
Guni juga masih praktikal untuk digunakan jika jumlah pekerja mencukupi kerana
proses mengangkatnya sangat rumit memandangkan guni boleh memuatkan timun
sehingga 50kg. Oleh itu, membungkus boleh dilakukan seorang diri, tapi
mengangkatnya perlu kepada pembantu.

KENALPASTI LOKASI
Dapatkan maklumat sasaran untuk kita pasarkan hasil kita kelak. Peringkat
permulaan, hampiri kedai-kedai atau pasar yang paling dekat dengan lokasi
penanaman kita. Jika pasaran yang ada tidak dapat membeli produk kita, barulah
kita buka kepada pasaran yang lebih luas. Ini akan memudahkan kita dari segi
logistik dan kos bahan bakar yakni minyak.
Contohnya, jika hasil pengeluaran adalah 300kg, kita perlu mencari 30 buah kedai
yang memerlukan timun sebanyak 10kg sehari. Jika ada kedai yang memerlukan
20kg sehari, jumlah kedai yang diperlukan perlu dikurangkan. Tapi jika kedai di
sekitar kebun kita tidak ada sebanyak itu, maka kita haruslah buka pasaran diluar
dari kawasan kita. Jika kebun kita berdekatan dengan pasar, adalah lebih baik jika
kita terus fokus kepada pasar kerana selalunya pasar boleh mengambil lebih banyak
kuantiti berbanding kedai runcit biasa.

23

Kaji juga pasaraya berdekatan jika kita boleh bekalkan secara lansung kepada
mereka, kerana selalunya pasaraya sudah mempunyai pembekal tetapnya secara
kontrak. Fokus pada sasaran yang berdekatan terlebih dahulu adalah kunci utama
dalam memasarkan produk sayuran kita.

KENALPASTI MASA PENGELUARAN


Tempoh sesuai untuk mencari pasaran adalah 3 atau 4 hari sebelum hasil keluar.
Jangan terlalu awal kerana ini akan membuat pihak pasar akan lupa kepada kita.
Jangan pula kita mencari pasaran setelah hasil kita sudah mulai dipetik, kerana jika
pasaran sudah mengalami lambakan, kita tidak sukar untuk mencari pasaran luar
yang lebih jauh dan ini akan mengambil masa dan menyebabkan hasil akan rosak.
Cuba jangka kuantiti pengeluaran per hari bagi memudahkan kita menawarkan
kepada pelanggan. Jika kita lambat tawarkan kepada pelanggan akan lebihan atau
kekurangan dalam pengeluaran kita, takut akan menimbulkan masalah kepada
mereka.
Contohnya, pelanggan mahukan setiap hari timun sebanyak 100kg. Jika dengan
anggaran kita dapati timun kita lebih dari 100kg dan kita lewa memaklumkan kepada
pelanggan, dikhuatiri mereka tidak sanggup untuk mengambilnya. Jika kita boleh
mengetahuinya dengan lebih awal, kita boleh mencari pasaran lain dengan segera.
Jika pengeluran kita kurang dari 100kg, pelanggan akan mengalami kekurangan
stok dan ini akan merencatkan penjualan mereka. Ini kan menimbulkan ketegangan
dan pelanggan akan tidak percayakan kita lagi.
Pastikan juga hasil dapat dihantar pada hari ia dipetik bagi memastikan kualitinya
terjaga selain dari itu, kelewatan menimbang juga akan mengakibatkan kita
kehilangan berat pada produk kita. Timun misalnya akan kehilangan 5-10% beratnya
jika disimpan semalaman, jadi pastikan selesai memetik kita terus bungkus dan
hantar kepada pelanggan.

PENGANGKUTAN
Buat anggaran hasil dan dapatkan kenderaan yang sesuai untuk membawa hasil.
Bagi yang memiliki kenderaan sendiri, ia boleh memberi kelebihan. Kenderaan ini
boleh jadi kenderaan sendiri, sewa atau upah peraih. Setiap daripadanya
mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri. Namun bergantung kepada lokasi,
keran setiap kawasannya caj berbeza-beza.
Lokasi pembungkusan mestilah mudah untuk lori akses agar tidak menyukarkan
urusan mengangkut dan sebagainya. Laluan lori keluar masuk kekebun juga mesti

24

dititik beratkan kerana jika jalan tidak begitu elok, kelak ketika hujan akan
menyukarkan lori untuk melaluinya.

25

MAKLUMAT TAMBAHAN

BENIH TIMUN HIJAU JNP-SC01


- Hubungi JNP Agro Farm
- Lawati
http://fertigasinisme.blogspot.com
- Melalui email : yemiasabre@yahoo.com
- Wassap : 018-669 5215
- SMS/Call : 012-988 0352
- Facebook@twitter : Shaharrazi
- PERSONEL : EN SHAH

BAJA A&B TIMUN


- Hubungi JUJI AGRICULTURE
ENTERPRISE
- SMS/Call : 019-570 3134
- PERSONEL : EN MUSTAPA KAMAL

26

You might also like