Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KATA MAJMUK

Melalui MAPIM, ibu bapa dapat mengembangkan pengetahuan dan berkongsi ilmu dalam
bidang keibubapaan.
(Buletin Keluarga MAPIM, 2012:3)

1. ibu bapa
Ayat 1:
Pendidikan pelajar sekolah bukan hanya perlu dipantau oleh guru sahaja, malah ibu bapa
seharusnya memainkan peranan yang penting bagi memastikan anak-anak mendapat
pendidikan yang sewajarnya.
Ayat 2:
Pihak sekolah perlu sentiasa mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa bagi
membincangkan pencapaian ataupun masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan
pelajar.

Melayari alam rumahtangga dan membina institusi keluarga yang bahagia.


(Buletin Keluarga MAPIM, 2012:3)

2. rumahtangga
Ayat 1:
Melayari alam rumahtangga di usia muda mempunyai banyak kelebihan mahupun
kekurangan yang perlu diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan.
Ayat 2:
Sebelum memasuki alam rumahtangga, setiap pasangan perlu mengikuti kursus pra
perkahwinan sebagai persediaan untuk membina keluarga yang bahagia.

Kehidupan masyarakat Malaysia yang berstatus bandar raya maju dan sibuk sepanjang hari.
(Buletin Keluarga MAPIM, 2012:3)

3. bandar raya
Ayat 1:
Bandar raya merujuk kepada satu kawasan berautonomi penuh yang telah diwartakan oleh
kerajaan.
Ayat 2:
Kuala Lumpur diberi ranking kesembilan daripada 100 bandar raya paling megah di dunia
dari segi ketibaan pelancong antarabangsa.

Institusi keluarga amat penting dalam membantu negara dalam mengukuhkan modal insan,
(Buletin Keluarga MAPIM, 2012:4)

4. modal insan
Ayat 1:
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan oleh kerajaan bertujuan bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek.
Ayat 2:
Pembangunan modal insan bertujuan untuk memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai
ilmu pengetahuan serta kepakaran yang tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam
pelbagai jenis pekerjaan.

Komuniti arkib negara diberikan latihan seiring dengan amalan terbaik antarabangsa.
(Puspawangsa,

Oktober

2012:5)

5. antarabangsa
Ayat 1:
Pendidikan yang seimbang dari pelbagai aspek sama ada kurikulum mahupun kokurikulum
yang telah diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan mampu menjadikan sistem
pendidikan yang ada di negara mendapat tempat di persada antarabangsa.
Ayat 2:
Malaysia akan terus mempergiat usaha untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa ke
arah pembentukan dasar dan strategi yang sesuai bagi memboleh negara membangun
menerima manfaat globalisasi dengan lebih saksama.
Sektor swasta lebih mengutamakan kepentingan pembangunan

sosioekonomi para

anggotanya.
(PELANCAR,

Januari

2014:4)

6. sosioekonomi

Ayat 1:
Kemantapan ekonomi dan pandapatan isi rumah serta memiliki pekerjaan merupakan
gambaran kepada pencapaian sosioekonomi yang baik.
Ayat 2:
Pembangunan sosioekonomi dilihat sebagai gambaran kepada pencapaian dan kemajuan
sesebuah masyarakat dan negara.

You might also like