Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

PKP 3104

Kemahiran Pengamatan

1.0 Pengenalan
Pengamatan ialah kefahaman terhadapa sesuatu perkara atau situasi melalui
panca indera setelah berlakunya proses mental. Pengamatan juga berkait rapat dengan
pemikiran manusia. Ia juga merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada
tugas-tugas panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.
Tambahan pula, pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan
dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kebesaran seseorang kanakkanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu
mereka dalam pembelajaran.
Menurut pendapat Ruth Strang dalam bukunya Reading Diagnosis and
Remedation beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung
kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam
pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.
Janet W Learner(1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities telah
mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat
daripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme yang mentafsirkan sesutau
pergerakkan panca indera dengan kuasa intelek.

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

2.0 Esei
2.1 Profil Dan Ciri-Ciri Murid Pemulihan

Nama

: Aminuddin Bin Sobuh

Tarikh Lahir

: 4/10/2000

Umur

: 8 Tahun 2 Bulan

Tempat Lahir

: Hospital Pakar Razif Norana, Klang

Sekolah

: Sekolah Kebangsaan Sungai Udang, Klang

Alamat Rumah 1

: 206, Jalan SJ 7 Taman Sijangkang Jaya

Alamat Rumah 2

: Batu 9 Kebun Baru

No. Tel

: 017-2949827

Nama Bapa

:-

Pekerjaan Bapa

:-

Nama Ibu

: Halipah Bt Ibrahim

Pekerjaan Ibu

: Kerja Sendiri

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

Berdasarkan

pemerhatian

saya

terhadap

adik

Aminuddin

saya

dapat

mengklasifikasikan ciri-ciri masalah murid pemulihan ini. Antara ciri-ciri yang saya dapat
klasifikasikan ialah dari aspek emosi dan tingkah laku, sosial, kesihatan, kesediaan
belajar, dan pengamatan adik Aminuddin.
Aspek emosi dan tingkah laku yang terdapat pada adik Aminuddin ialah
perasaan rendah diri yang amat tinggi. Adik Aminuddin mempunyai perasaan cepat
bosan atau jemu terhadap pelajaran. Kadang kala adik Aminuddin berasa sedih, hiba
atau duka tanpa diketahui sebabnya. Selain itu, adik Aminuddin seorang yang pasif.
Adik Aminuddin amat lemah dalam interaksi dengan rakan-rakan mungkin ini
menjadi penyebab adik Aminuddin kurang kawan di sekolah. Adik Aminuddin juga
selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai alasan. Ini telah menunjukkan ciri-ciri
yang dapat diklasifikasikan dari aspek sosial.
Pemerhatian yang saya buat menunjukkan murid ini kurang menjaga kebersihan
diri melihat dari pemakaian murid ini. Selain itu, kesihatan murid ini sering terganggu
seperti terlalu sakit dan kadang kala sakit itu terlalu lama dan teruk. Hal ini mungkin
disebabkan lemah tubuh badan serta kurang zat makanan. Berikut adalah ciri-ciri yang
dapat diklasifikasikan dari segi aspek kesihatan.
Aspek kesediaan belajar adik Aminuddin dapat dilihat dengan murid ini kurang
keyakinan diri dan rangsangan. Selain itu perbendaharaan kata adik Aminuddin amat
kurang ketika saya dalam proses menemu bualnya. Aspek yang terakhir sekali yang
ada pada adik Aminuddin ialah pengamatan.
Murid ini lemah daya pemikiran dan kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama
dengan yang baru. Adik Aminuddin juga tidak boleh mengingat kembali sesuatu
pelajaran atau perkara dengan baik dan lambat mengelaskan benda. Secara
keseluruhannya, adik Aminuddin mempunyai ciri-ciri kanak-kanak yang menghadapi
masalah pengamatan. Antaranya ialah lambat dalam membuat sesuatu pengolahan,
cepat lupa dan memerlukan ulangan yang kerap. Adik Aminuddin juga tidak mahir
dalam kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif dan berfikir terlalu lama sebelum
membuat sesuatu kerja.
3

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

2.2 Masalah Pengamatan Yang Dihadapi Dan Faktor Menyebabkan Masalah


Pembelajaran
Berdasarkan keputusan ujian pengamatan yang saya telah jalankan kepada adik
Aminuddin saya dapat mengenal pasti masalah pengamatan yang dihadapinya.
Masalah pengamatan yang dihadapi oleh adik Aminuddin ialah masalah pengamatan
penglihatan iaitu diskriminasi penglihatan. Hal yang demikian kerana adik Aminuddin
tidak dapat mendiskriminasikan benda yang masa. Hal yang demikian kerana adik
Aminuddin tidak dapa mengelaskan benda. Selain itu, adik Aminuddin juga mempunyai
masalah mengingat kembali benda yang ditunjukkan untuk seketika. Adik Aminuddin
tidak dapat mengingat gambar yang banyak sekali gus tetapi dapat mengingat benda
dalam bilangan yang kecil. Adik Aminuddin merupakan seorang individu yang lemah
daya ingatan.
Selain itu, adik Aminuddin mempunyai masalah pengamatan dalam kemahiran
gambar bersiri. Adik Aminuddin tidak dapat memberikan respons. Justeru adik
Aminuddin seorang yang kurang kreatif. Adik Aminuddin mempunyai banyak masalah
pengamatan.
Melihat kepada murid tersebut, punca atau faktor utama yang telah
menyebabkan Aminuddin B Sobuh tergolong dalam kategori masalah pembelajaran
atau murid pemulihan menurut guru yang mengajar beliau adalah keluarga.
Faktor keluarga yang telah menjadi faktor utama Aminuddin menjadi murid
pemulihan. Perpecahan intitusi keluarga adik Aminuddin telah menyebabkan perubahan
dalam proses perkembangan dirinya dari segi fizikal dan mental. Hal ini juga telah
menyebabkan masalah pembelajaran adik Aminuddin terganggu. Berdasarkan
maklumat yang terkumpul, adik Aminuddin juga merupakan salah satu murid yang
cerdik dikalangan pelajar di dalam kelasnya. Sejak peristiwa ini, pencapaian akademik
adik Aminuddin semakin merundum. Perhatian pelajar ini tidak lagi menumpukan
pelajarannya. Pelajar ini tidak mengendahkan apa yang diajar gurunya dan secara tidak
langsung menyebabkan dia ketinggalan.

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

Adik Aminuddin juga sering tidak datang ke sekolah dan ini telah menyebabkan
adik Aminuddin tertinggal dalam pelajarannya. Ini kerana tiada siapa dalam
keluarganya mengambil perhatian terhadapnya. Seperti yang kita tahu kanak-kanak
akan melakukan sesuatu untuk mendapatkan perhatian tetapi jika tidak diambil peduli
kanak-kanak itu akan terjejas perkembangan kognitif dan sebagainya. Semasa dalam
sesi temubual saya jalankan, adik Aminuddin memberitahu yang dia amat benci akan
ibunya kerana setiap minggu ibunya akan keluar dengan lelaki lain yang tidak
dikenalinya dan secara tidak langsung adik Aminuddin menyatakan ibunya yang
menyebabkan bapanya berpisah. Disini kita dapat lihat ibu bapa adik Aminuddin tidak
memainkan peranan mereka sepenuhnya dalam kebajikan anak mereka.
Faktor persekitaran juga menjadi punca adik Aminuddin menjadi murid
pemulihan. Persekitaran kawan-kawan yang mempunyai ibu bapa telah menyebabkan
dirinya terasa terasing kerana adik Aminuddin dahagakan kasih sayang dari ibu
bapanya. Selain itu sikap guru yang menumpukan murid yang cerdik sahaja tanpa
mengambil perhatian murid sebegini telah mengeruhkan lagi keadaan.
Adik Aminuddin memberitahu kawan-kawan sekelasnya tidak mahu berkawan
dengannya juga menyebabkan masalah pemulihan ini berlaku. Mungkin disebabkan
adik Aminuddin tiada bapa yang tinggal dengannya menyebabkan adik Aminuddin
disisihkan.
Melihat kepada faktor-faktor tadi telah menerangkan faktor-faktor yang telah
menyumbang masalah pemulihan dan pembelajaran kepada adik Aminuddin.

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

2.3 Teori dan Prinsip Kemahiran Pengamatan


i.

Teori Edgar Rubin (Rubin Vase)

Definisi dan Prinsip


Dalam keadaan yang setanding, objek dan latar dapat dipertukarkan sehingga
menghasilkan hubungan kabur atau mendua. Dengan kata lain rangsangan/gambar
mengandungi dua atau lebih bahagian yang berbeza.
Menurut teori ini, jika rangsangan mengandungi dua atau lebih bahagian yang
berbeza, biasanya sebahagian daripadanya akan dilihat sebagai gambar dan sisanya
sebagai latar belakang.
Bahagian yang terlihat pada gambar berisi objek yang menjadi pusat perhatian,
mereka kelihatan lebih padat dibandingkan dengan latar belakang dan terlihat di depan
latar. Dalam keadaan yang setanding, objek dan latar dapat dipertukarkan sehingga
menghasilkan hubungan kabur atau mendua.
Oleh itu, prinsip teori ini menggambarkan bahawa organisasi lengkok-latar
belakang dapat dipertukarkan, antara gambar vas (vase) dan wajah (face). Kenyataan
bahawa kedua daerah tersebut dapat dikenali sebagai suatu gambar menyatakan
bahawa organisasi lengkok-latar belakang bukan merupakan bahagian dari rangsangan
fizik, tetapi merupakan pencapaian dari Rubin 's Face/Vase sistem perseptual.
Kelebihan Teori Edgar Rubin

Pengubalan soalan ujian diagnostik yang mempunyai masalah gangguan


kemiripan pengamatan.

Melalui ujian diagnostik ini, guru dapat mengesan pelajar yang mempunyai
masalah gangguan maya/ilusi, rayan/halusinasi, dan pendayaan/delusi.

Masalah-masalah ini akan menjejaskan pencapaian


bertutur, membaca, menulis/ mengira.

Melihat objek dari pelbagai sudut.


6

murid dalam kemahiran

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

Kelemahan Teori Edgar Rubin

Memberi tanggapan yang salah


Contoh, seperti orang yang terlalu haus di padang pasir ternampak pancutan air
di tengah-tengah gurun.

ii.

Teori Gestalt

Definisi dan Prinsip


Teori Gestalt merupakan teori yang menjelaskan proses persepsi melalui
pengorganisasian komponen-komponen sensasi yang memiliki hubungan, pola,
ataupun kemiripan menjadi kesatuan.
Teori ini dibangunkan oleh tiga orang, Kurt Koffka, Max Wertheimer,
danWolfgang

Khler.

Mereka

menyimpulkan

bahawa

seseorang

cenderung

mempersepsikan apa yang terlihat dari lingkungannya sebagai kesatuan yang utuh.
Hukum-Hukum Gestalt dalam Pengamatan

Hukum Pragnanz, yang mengatakan bahwa organisasi psikologis selalu


cenderung ke arah yang bermakna atau penuh arti (pragnanz)

Hukum kesamaan, yang mengatakan bahwa hal-hal yang sama cenderung


membentuk gestalt (keseluruhan)

Hukum keterdekatan mengatakan bahwa hal hal yang berdekatan cenderung


berbentuk gestalt.

Hukum ketertutupan, yang mengatakan bahwa hal-hal yang tertutup cenderung


membentuk gestalt.

Hukum kontinuitas yang mengatakan bahwa hal-hal yang berkesinambungan


cenderung membentuk gestalt.

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

iii.

Teori Pemprosesan Maklumat

Definisi Dan Prinsip


Teori pemprosesan maklumat (Miller 1956) menyatakan bahawa ingatan jangka
pendek manusia hanya boleh menyimpan 5-9 unit maklumat pada satu masa dan
setiap unit boleh merujuk kepada digit, perkataan, posisi catur atau rupa paras
manusia.
Selain itu, Miler juga mengemukakan konsep yang mengatakan otak manusia
adalah seperti komputer di mana ia boleh menerima maklumat, melaksanakan sesuatu
arahan, menyimpan, mengesan dan menghasilkan sesuatu tindakbalas.
Prinsip Aplikasi Teori Pemprosesan Maklumat

PRINSIP 1: Pengetahuan terurus dalam ingatan


APLIKASI: Rancang susunan maklumat baru yang dipersembahkan.

PRINSIP

2:

Pembelajaran

dipengaruhi

oleh

pengetahuan

sedia

ada

pelajar(cognitive field theory)


APLIKASI: Nilai terlebih dahulu apa yg pelajar tahu dan kaitkan maklumat baru.

PRINSIP 3: Pembelajaran terhasil dari Prinsip Aplikasi Teori Pemprosesan


Maklumat komponen proses perhatian,pengenkodan dan pemanggilan semula
APLIKASI: Guna pelbagai teknik untuk membimbing dan membantu proses
pembelajaran pelajar (soalan fokus, penyerlahan, analogi dan amnemonik).

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

2.4 Strategi Menangani Masalah Pengamatan Dan Implikasi Pendidikan Pemulihan


Kepada Murid Pemulihan
Dalam mengatasi masalah pengamatan, seseorang guru boleh memberi latihanlatihan pengamatan yang terlibat dalam latihan bacaan seperti latihan pengamatan
bentuk,

penyelarasan

motor-tangan,

menyalin,

ingatan

penglihatan,

turutan,

diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran.


Strategi Menangani Masalah Pengamatan
i.

Diskriminasi Penglihatan
Diskrminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan mengasingkan secara

visual akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objek, gambar, huruf dan
perkataan. Seseorang kanak-kanak mesti tahu mendiskriminasikan perbezaan antara
m dan n atau pun lari dan lori bagi membolehkannya membaca. Diskriminasi
penglihatan juga termasuk dalam bahagian orientasi arah atau kedudukan seperti lagu
dan gula, daki dan baki. Sekiranya kanak-kanak menghadapi kesulitan-kesulitan ini,
maka mereka haruslah diberi bimbingan dari peringkat awal bacaan supaya kemahiran
ini dapat berkembang dengan baik.
Cadangan Aktiviti:

Mencari gambar, bentuk, huruf dan simbol-simbol yang tidak sama.

Perbezaan dan persamaan objek. Contoh : kerusi, meja, papan hitam dan
sebagainya.

Objek-objek yang hampir serupa yang boleh diperolehi daripada gambar haiwan,
bunga dan daun-daun.

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

Memadankan huruf-huruf dengan perkataan.

Menekap corak, bentuk dan huruf.

ii.

Penerimaan Penglihatan
Penerimaan penglihatan dikaitkan dengan kebolehan memahami tanda-tanda

yang seseorang itu melihat. Sesetengah kanak-kanak sukar untuk mentafsir atau
menterjemahkan simbol-simbol yang dilihat. Pemulihan dijalankan untuk menolong
kanak-kanak ini memahami simbol, pergerakan badan, isyarat, gambar, dan lukisan
supaya ia dapat menceritakan makna objek-obejk itu.
Cadangan Aktiviti:

Ajar murid untuk mengenal dan membeza pelbagai bentuk benda-benda yang
mudah dan telitikan perbezaan saiz, warna dan kedudukannya.

Adakan permainan seperti menyoal siapa yang boleh lihat dengan banyak
menda-benda yang ada di sesuatu tempat dan namakannya. Contoh, bilik
darjah, kedai buku, pasar, dapur dan sebagainya.

iii.

Perhubungan Penglihatan
Kemahiran ini berkait rapat dengan kanak-kanak menceritakan dua atau lebih

kenyataan mengenai sesuatu objek yang dilihatnya. Ini termasuklah menaakul,


mengkritik, berfikir dan menyelesaikan masalah.
Cadangan Aktiviti:

Galakkan kanak-kanak melahirkan pemikirannya terhadap sesuatu objek dan


menyuruhnya mengkritik objek tersebut. Beri beberapa soalan bimbingan.

10

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

Bimbing kanak-kanak seperti konsep berlawanan contohnya kecil-besar, tinggirendah atau mengenai apa yang dilihatnya.

Gunakan dua gambar yang ada kaitannya antara satu sama lain seperti anjing
dengan tulang, kucing dengan tikus, buku dengan pensel, ayah dengan ibu, dan
lain-lain yang berkaitan. Minta murid ceritakan kaitan di antara kedua-dua
gambar yang ditunjukkan.

Latih murid-murid mengenal konsep kumpulan dengan menyediakan gambargambar dari jenis makanan, haiwan, bunga, tumbuhan dan sebagainya.

iv.

Rumusan atau Melengkapi Pengamatan


Kemahiran

ini

ialah

satu

kemahiran

di

mana

kanak-kanak

dapat

membuatsesuatu rumusan dengan melihat sesuatu yang tidak lengkap. Seseorang


kanak-kanak akan memerlukan kebolehan membaca dengan hanya melihat beberapa
perkataan dan dapat menaggap maksud ayat itu.
Cadangan Aktiviti:

Memadan dan mencantumkan gambar-gambar jigsaw puzzle.

Membuat teka-teki, misalnya guru beri perkataan seperti merah, biru, kuning,
dan hijau. Kemudian meminta murid beri satu perkataan yang boleh
merumuskan perkataan tadi. Jawapan murid mestilah warna.

v.

Ingatan Penglihatan
Ingatan penglihatan memerlukan kebolehan mengingat apa yang dilihat. Kanak-

kanak mesti mengekalkan ingatan penglihatannya tentang huruf-huruf perkataan yang


telah dilihatnya bagi membolehkan kanak-kanak membaca.
Cadangan Aktiviti:

11

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

Sediakan benda-benda di atas meja dan meminta murid menelitinya. Tutupkan


benda-benda tersebut dan meminta murid menyebut kembali benda-benda yang
dilihatnya.

Tunjuk satu corak atau gambar kepada murid. Tutup corak atau gambar itu dan
suruh murid melukisnya.

Tunjukkan satu gambar kepada murid dan kemudian tutup. Bincangkan dengan
murid mengenai gambar tersebut.

Ambil satu tali dan gantungkan beberapa keeping gambar dalam susunan yang
tertentu. Turunkan gambar itu dan minta murid susun semula sebagaimana yang
telah dibuat oleh guru.

Perkembangan ingatan kanak-kanak dengan membincangkan benda-benda


yang telah mereka lihat. Kemudian meminta mereka ingat seperti tempat yang
mereka lawati, orang yang mereka jumpa, warna pakaian dan sebagainya.

Implikasi Pendidikan Pemulihan


Implikasi umum pendidikan pemulihan adalah menyediakan perkembangan
optimum pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan pemulihan supaya dapat
berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang,
mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan
diri dengan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, implikasi Pendidikan Pemulihan di Malaysi adalah
membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Selain itu, program pendidikan pemulihan juga memberi implikasi dengan
mengembangkan potensi murid ke tahap yang sebenar dan membolehkan mereka
mencuba sesuatu yang baru bagi meningkatkan lagi daya kreativiti dan kebolehan
intelek mereka.

12

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

3.0 Rumusan dan Cadangan


Secara kesimpulannya, pemulihan dalam konteks pendidikan boleh diertikan
sebagai suatu usaha membaiki sesuatu kekurangan dan membetulkan sesuatu yang
tidak betul. Secara umumnya pendidikan pemulihan boleh didefinisikan sebagai satu
tindakan khusus bagi mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami
kesusahan daripada segi pembelajaran di dalam darjah khas di sekolah biasa.
Pengajaran khusus ini dikendalikan oleh guru pemulihan yang terlatih.
Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah
suatu usaha menolong murid yang lemah mencapai objektif pelajaran yang belum
dicapainya dalam pembelajaran lampau. Biasanya murid pemulihan perlu didedahkan
dengan banyak pengalaman yang konkrit dan situasi yang sebenar bagi membina
gambaran mental yang jelas dan seterusnya fahaman konsep yang betul.

13

PKP 3104
Kemahiran Pengamatan

Justeru, ujian pengamatan dapat membantu guru dan seterusnya membantu


murid dalam membina gamabaran mental yang jelas dan fahaman konsep yang betul.
Ujian ini dapat membantu guru mengenal pasti kelemahan murid dan seterusnya guru
dapat merancang aktiviti bagi mengatasi kelemahan murid tersebut. Aktiviti yang
disediakan oleh guru pemulihan dapat membantu murid mendapat peluang-peluang
tambahan bagi mengembangkan lagi minat, daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap berdikari
dan bakat kepimpinan mereka.
Oleh itu, seorang guru pemulihan perlu menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran
bagi menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan
sentiasa mengkaji dan menilai tahap pencapaian akademik dan kokurikulum muridmurid pemulihan.

14

You might also like