Kegemilangan Melaka - Faktor Ekonomi Dan Politik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Faktor Ekonomi

Undang-undang Laut Melaka telah digubahkan untuk memastikan aktiviti


perdagangan di pelabuhan dijalankan dengan lancar dan adil. Undang-undang tersebut
melibatkan aspek-aspek seperti cara berjual beli, larangan di kapal, dan tanggungjawab
nakhoda, kiwi dan anak kapal. Keberkesanan undang-undang ini menyakinkan pedagang
asing untuk terus berdagang di pelabuhan Melaka.
Kerajaan Melayu Melaka juga mengamalkan sistem cukai berkeutamaan. Sistem
cukai ini dianggap berpatutan kerana pedagang perlu membayar cukai rasmi sebelum menjual
beli(panduan). Setelah semua cukai dijelaskan atau dibayar, kerajaan Melaka akan
mengeluarkan sejenis lesen kebenaran berniaga kepada para peniaga dan penjual.
Pengeluaran lesen ini adalah sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan. Kadar cukai
ini berbeza bergantung kepada tempat asal pedagang. Contohnya, pedagang dari China dan
Jepun tidak dikenakan cukai, tetapi dikehendaki memberi hadiah kepada Sultan. Langkah ini
boleh menambah sumber pendapatan kerajaan Melaka, dan juga membolehkan kerajaan
Melaka memantau aktiviti perdagangan di pelabuhannya.
Selain daripada itu, pelabuhan entrepot di Melaka berperanan sebagai pusat
pengumpulan barang dagangan. Pelabuhan ini dapatkan bekalan dari Kepulauan Melayu dan
menjual semula kepada pemebeli asing. Pelabuhan Melaka yang berperanan sebagai
pelabuhan entrepot berbeza daripada pelabuhan-pelabuhan lain di Gugusan Kepulauan
Melayu yang hanya berperanan sebagai pengeluar hasil bumi tempatan.
Penggunaan sistem mata wang di Melaka membolehkan urusan perdagangan
dijalankan dengan licin. Mata wang logam yang dipannggil calains manakala mata wang
emas tempatan juga digunakan dalam urusan jual beli di pelauhan Melaka. Penggunaan
sistem mata wang ini telah mennggalakkan kedatangan pedagang asing ke Melaka.

Faktor Politik dan Pentadbiran


Kerajaan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaankerajaan serantau dan antarabangsa. Langkah ini bertujuan untuk menjamin keselamatan dan
kepentingan perdagangan Melaka. Dalam hubungan serantau, Melaka telah menjalinkan
hubungan dipomatik dan perdagangan dengan Kerajaann Jawa, Siak, Kampar dan Pasai.
Hubungan ini telah menyebabkan wujudnya perasaan hormat-menghormati dan tolongmenolong antara kerajaan tersebut. Dalam hubungan dengan kerajaan Pasai, Melaka
mendapatkan bekalan lada hitam, beras dan emas daripada Pasai. Kedudukan kerajaan
Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Apabila berutus surat, mereka menggunaka istilah
"salam" sebagai tanda penghormatan. Selain itu, kerajaan Siak dan Kampar dikehendaki
mmenggunakan istilah "sembah" apabila berutus surat dengan Melaka. Ini disebabkan
kerajaan Melaka berjaya menakluki kerajaan Siak dan Kampar. Oleh itu, kerajaan tersebut
perlu menghantar ufti kepada kerajaan Melaka, kerana dianggap bertaraf rendah daripada
kerajaan Melaka.
Dalam hubungan antarabangsa Melaka, kerajaan Melaka juga menjalinkan hubungan
diplomatik dengan Siam, China, Ryukyu, Tanah Arab dan Gujerat. Hubungan di antara
Melaka dan Siam bermula kerana Melaka ingin mengambil kesempatan untuk dapatkan
bekalan kayu jati, beras dan bahan makanan. Pada tahun 1404, Laksamana China melawat
Melaka dan pada masa yang sama, hubungan baik antara Melaka dan China telah mula.
Melaka mendapat manfaat daripada hubungan ini kerana diiktiraf sebagai sebuah kerajaan
yang berdaulat. Kerajaan Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan
dengan Ryukyu(Jepun). Pedagang Ryukyu yang telah melanggar undang-undang Melaka
menyebabkan penghantaran surat kepada raja Ryukyu. Balasan surat raja Rukyu
membuktikan raja Ryukyu menyanjung kedaulatan kerajaan Melaka dan akur dengan
undang-undang Melaka. Di samping itu, kerajaan Melaka juga mejalinkan hubungan baik
dengan Tanah Arab. Pedagang Arab mendapatkan teh dan rempah-ratus dari Kepulauan
Melayu. Kedatangan pedagang Arab turut mengembangkan ajaran ajaran Islam kepada
pendudk tempatan. Melalui hubungan dengan kerajaan Gujerat, perdagangan kain dan
rempah ratus telah dimulakan.

Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP). Hal.254
Kesultanan Melayu Melaka. Wikipedia. Dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka

You might also like