Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sinopsis Novel Perlumbaan Kedua

Novel Perlumbaan Kedua ialah sebuah novel yang mengisahkan sekumpulan binatang
yang ingin mengadakan perlumbaan di dalam sebuah hutan. Novel ini dikarang oleh Marwilis
Haji Yusuf.
Kisah novel ini bermula daripada Sang Kancil yang telah mengungkitkan peristiwa
Perlumbaan Pertama yang berlaku pada 198 tahun yang lalu. Sang Kancil telah mengejek
nenek moyang Sang Arnab Putih tentang kekalahan nenek moyang Sang Arnab Putih dalam
perlumbaan tersebut. Tindakan ini menyebabkan Sang Arnab Putih berasa tercabar dan ia
mengambil keputusan untuk berlumba dengan suku-sakat kura-kura sekali lagi untuk menjamin
maruah suku-sakatnya. Sang Kancil menolong Sang Arnab Putih menyampaikan hasratnya
kepada Tuk Kura. Tuk Kura telah berjanji untuk mengadakan Perlumbaan Kedua dengan Sang
Arnab Putih walaupun tidak disokong oleh suku-sakatnya.
Suatu perjumpaan yang diketuai oleh Sang Gajah telah diadakan di Bukit Batu. Syaratsyarat perlumbaan telah ditentukan, iaitu perlumbaan akan diadakan di lereng bukit dan
perlumbaan ini merupakan perlumbaan terakhir. Sang Gajah telah dilantik sebagai hakim dan
kedua-dua pihak telah diberikan masa selama dua bulan untuk membuat persediaan. Tuk Kura
mengumpulkan suku-sakatnya lalu memilih sepuluh ekor kura-kura muda untuk menjalani
latihan. Tuk Kura telah merancang strategi dengan memberikan pelbagai jenis latihan di tebing
sungai. Bapa Arnab pula mengadakan perlumbaan antara arnab-arnab dan Sang Arnab Putih
telah dipilih sebagai wakil perlumbaan. Bapa Arnab juga meminta Sang Tedung untuk
mengawasi gerak-geri Tuk Kura dengan memberikan rasuah kepada Sang Tedung.
Sang Tedung menghasut dan memecahbelahkan suku-sakat kura-kura sehingga Tuk
Kura didera oleh suku-sakatnya. Selepas itu, Tuk Kura telah menghilangkan diri. Berita
kehilangan Tuk Kura tersebar luas dan Bapa Arnab mendesak Sang Gajah untuk
mengisytiharkan Sang Arnab Putih sebagai pemenang. Walau bagaimanapun, Tuk Kura tetap
muncul pada hari perlumbaan. Tuk Kura yang berusia telah menggunakan strategi melantunkan
diri dari puncak bukit dan berjaya memenangi Perlumbaan Kedua.

You might also like