Komsas t3 Pantun Empat Kera1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PANTUN EMPAT KERAT

(MUAFAKAT) KOMSAS
TINGKATAN 3 (ALWAYS
TOGETHER)
Pengenalan
Pantun tergolong dalam genre prosa tradisional.
Penggunaan pantun dalam komunikasi zaman
dahulu melambangkan kehalusan akal budi dan
ketinggian adab seseorang. Pembayang pantun
yang tulen ialah tentang unsur alam, atau tentang
kerenah manusia.
Setiap baris pantun yang baik mengandungi antara
10 hingga 12 suku kata. Bentuk pantun yang paling
mudah ialah pantun 2 kerat, manakala pantun yang
lebih rumit ialh pantun 8 kerat. Pantun
diungkapkan dengan gaya dan lagu suara (nada,
gelombang sebutan) yang tersendiri.
Dalam setiap rangkap pantun, dua baris pertama
ialah pembayang, manakala dua baris berikutnya
ialah maksud atau mesej sebenar yang ingin
disampaikan. Walaupun secara paling baik, rima
awal, rima tengah dan rima akhir antara pasangan
ayat pembayang dan maksud cuba disamakan,
hakikatnya perkara itu sukar untuk dilakukan.
Memadai jika rima akhir pasangan baris pertama

dengan ketiga, dan kedua dengan keempat, dapat


disamakan.
Perbincangan rangkap demi rangkap
Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.
Susah payah dalam sesuatu pekerjaan akan
menjadi lebih ringan jika dilakukan secara
beramai-ramai. Malah, cara demikian akan
menumbuhkan rasa bahagia dan gembira kepada
semua orang yang turut serta. Sebarang masalah
dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah.
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Ambilan peribahasa klasik ini memang tepat
dengan mesej keseluruhan pantun. Kekuatan
masyarakat atau mana-mana kumpulan manusia
terletak kepada ikatan kerjasama yang terjalin.
Persefahaman ialah teras keutuhan sesebuah
masyarakat.
Turun ke paya memetik kangkung,

Hati-hati terkena getahnya;


Bergotong-royong penduduk sekampung,
Hidup muafakat hidup bahagia.
Amalan dan tradisi gotong-royong berakar umbi di
kawasan desa dan kampung. Kerja seperti kenduri
kendara dan membina rumah dilaksanakan secara
beramai-ramai. Bibit kemesraan yang tumbuh
menyumbang terhadap kehidupan masyarakat yang
rukun damai dan sejahtera.
Beras segantang sudah disukat,
Lalu disimpan di atas para;
Andai seluruh masyarakat muafakat,
Negara damai rakyat sejahtera.
Muafakat hanya tercapai jika semua anggota
masyarakat bersatu hati, sekata dan sejiwa dalam
sesuatu hal, atau urusan kerja. Muafakat ialah asas
perpaduan. Akhirnya, negara akan beroleh suasana
(milieu) yang aman, sentosa dan tenteram
sehingga rakyat jelata menikmati kesejahteraan
hidup.
Sawah padi luas terbentang,
Kuning keemasan indahnya maya;
Percaya-mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.

Prasyarat kejayaan muafakat ialah ikhlas, jujur


dan saling percaya. Pegangan sedemikian ialah
sebagai jaminan supaya amalan muafakat dapat
bertahan sepanjang masa.
Harum sungguh bunga melati,
Hiasan sanggul amat memikat;
Bertolak ansur, hormat-menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan
muafakat.
Amalan muafakat perlu kepada sikap tolak ansur
dan saling hormat. Perbezaan dalam perkaraperkara kecil hendaklah diketepikan, sebaliknya
mendahulukan persamaan buah fikiran dan cara
bertindak.
Perpaduan
masyarakat
sangat
bergantung
kepada
kesanggupan
menerima
perbezaan seadanya.
Kajian komsas
Pantun selenggaraan Zailani Taslim dari Terengganu
di atas menyebut perkataan muafakat dalam
semua rangkap, kecuali rangkap pertama yang
disebut
sebagai
usaha
bersama.
Unsur perulangan itu sejajar dengan tema pantun
yang
berkisar
kepada amalan
muafakat
mengukuhkan perpaduan masyarakat. Pembayang
pantun nyata lebih menjurus kepada unsur alam.

Nilai murni: kerjasama, tolak ansur, saling percaya,


saling hormat, perpaduan
Persoalan: kerjasama membawa bahagia
: muafakat mengukuhkan perpaduan
masyarakat
: tolak ansur menjayakan muafakat
: saling percaya menentukan muafakat
: saling hormat teras muafakat
: perpaduan masyarakat menerusi
muafakat
Pengajaran: kita hendaklah sentiasa bermuafakat
dalam melakukan sebarang pekerjaan / membuat
keputusan
: kita hendaklah mengutamakan
perpaduan masyarakat
: kita hendaklah bertolak ansur dalam
kerja bermuafakat (pasukan)
: kita hendaklah saling percaya
membina muafakat
: kita hendaklah saling hormat menuju
muafakat
: kita jangan hanya mementingkan diri
sendiri / memencilkan diri dalam masyarakat
Kajian

kbkk:
: muafakat remaja seperti kumpulan
belajar,
kokurikulum,
permainan,
sukan,
perkongsian ilmu

: muafakat warga sekolah seperti gotongroyong perdana, menyokong wakil sekolah yang
bertanding
: muafakat keluarga seperti membersih
dan mengemas rumah dan laman rumah, rehlah
dan riadah
: muafakat komuniti seperti hari
keluarga, kempen menghapuskan sarang nyamuk
aedes
: muafakat organisasi / pertubuhan
seperti kelab / persatuan pengguna / rukun
tetangga / bomba bantuan
: muafakat negara seperti belanja
berhemat melawan inflasi, membanteras jenayah
Posted by CIKGU AZHAR RODZI at 6:10 PM
Reactions:
5 comments:

aiEn syaAF!eqaA c( = said...


tema tak de ke cikgu .. ??
January 13, 2012 at 7:35 PM

Annaliza said...
tiada post utk gaya bahasakah?

February 19, 2012 at 6:13 PM

Noraszwani Binti Mohd Hasan said...


cikgu,mana gaya bahasa pantun ni cikgu?

You might also like