Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERNYATAAN PROFESSIONAL

a) Apa yang akan dilaksanakan semasa praktikum :


Praktikum merupakan latihan praktik yang merupakan komponen wajib
dalam program pendidikan guru. Ia juga merupakan satu wadah yang
memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan
Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dan efektif dalam
situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum Fasa 1 merupakan
pengalaman pertama saya menjadi guru pelatih di sekolah dan masih
banyak perkara yang perlu saya pelajari dalam praktikum ini.
.
Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa
praktikum

di

sekolah.

Bukan

saja

hanya

mengajar,

saya

perlu

menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) setiap hari, sentiasa


bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri di setiap perjumpaan
guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah
disenaraikan untuk memenuhkan portfolio yang perlu ada bagi setiap
guru pelatih yang menjalani praktikum ini. Selain itu, saya juga perlu
menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk
pengawal keselamatan, tukang kebun mahupun pekerja kantin.

Saya

perlu memahami budaya di sekolah serta komuniti di situ supaya saya


dapat menjalankan pengajaran bersesuaian dengan budaya masyarakat
setempat di situ.
Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing pada bila-bila masa sahaja.

RPH perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya
sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan
dapat dengan berjalan baik dan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia
lebih-lebih lagi terhadap kerenah murid yang beraneka ragam.
Selain itu, terdapat banyak program yang terkandung dalam takwim
panitia Pendidikan Islam antaranya Kem Bestari Solat, Program Tasmik,
Program Bacaan Ikut Guru dan juga program berteraskan Islam yang perlu
dilaksanakan demi mewujudkan penghayatan dalam kalangan muridmurid. Justeru itu, saya bertekad akan membantu sebaik mungkin dalam
program yang dirangka. Di samping dapat mencurahkan amal bakti
terhadap anak bangsa saya juga dapat menimba pengalaman dalam
aktiviti yang dilaksanakan dalam pelbagai aspek sama ada pengurusan
dan kawalan murid serta hubungan antara ibu bapa, guru dan pihak
sekolah.
Hal ini termasuklah aktiviti aktiviti sekolah yang telah dirancang
sama ada aktiviti sukan atau aktiviti kokurikulum yang lain. Hal ini akan
memberikan pendedahan kepada saya berkenaan perjalanan aktiviti
sekolah yang bakal saya tempuhi kelak.
Saya juga berharap agar praktikum fasa 1 ini saya dapat mempelajari
sedikit sebanyak cara-cara kendalian kawalan kelas yang baik dan
melaksanakan sesi pengajaran bilik darjah yang lebih berkesan. Melihat
kepada komen yang diberikan pensyarah dalam sesi refleksi perkara yang
harus menjadi keutamaan kepada saya adalah dari segi penyempurnaan
portfolio, penulisan jurnal, ketepatan isi pelajaran, dan pelaksanaan
langkah pengajaran yang lebih terperinci, berstruktur dan mengikut
kriteria yang ditetapkan dengan menggabungkan pelbagai pendekatan
dan bahan serta menekankan aspek interaktif dan pengaplikasian perisian

komputer yang menarik yang dapat membangkitkan motivasi intrinsik


murid.
Saya berharap dapat menerima tunjur ajar sebaik mungkin daripada
guru dan pensyarah pembimbing dalam pelbagai aspek dan menjadikan
teguran dan kesilapan sebagai guru terbaik untuk saya meningkatkan
kemahiran keguruan saya. Di samping itu sokongan daripada pihak
sekolah dan rakan-rakan guru lain akan membantu saya memperkayakan
potensi dan kemahiran komunikasi interpersonal saya.

You might also like