Nota Internet

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Salam dan slmt sejahtera .... rakan2 OUM ...

Internet, atau Net, adalah satu gabungan rangkaian komputer seluruh dunia yang
merangkaikan perniagaan, kerajaan, institusi pengajian dan sebagainya. Setiap rangkaian yang
bersambung kepada Internet menawarkan perkhidmatan, maklumat dan kemu-dahan kepada
pengguna. Sebagai contoh, sebuah bank boleh berada di Internet dan menawarkan
perkhidmatan perbankan kepada pengguna-pengguna seperti CIMBklik, BankIslam.biz. Pada
1950an, kerajaan USA telah menubuhkan ARPA (Advance Research Project Association) untuk
menggalakkan penyelidikan antara universiti dan kerajaan. Di antara matlamat ARPA adalah
untuk meningkatkan penyelidikan dalam rangkaian komputer dan mencari jalan bagaimana
meningkatkan produktiviti melalui perkongsian sumber komputer. Fokus utama ialah
mewujudkan satu kaedah perkongsian sumber komputer dan penggunaan rangkaian komputer
sebagai satu alat komunikasi. Hasil dari usaha ini, satu rangkaian komputer yang dinamakan
ARPANET telah di-tubuhkan pada 1969. Ia menghubungkan empat komputer yang berada
pada lokasi yang berasingan iaitu University of California at Los Angeles (UCLA), Universiti Of
California at Santa Barbara (UCSB), University of Utah dan Stanford Research Institute (SRI)
Selepas tempoh tersebut, lebih banyak universiti dan pusat penyelidikan menyertai AR-PANET.
Para penyelidik mula menyedari kebaikan menggunakan ARPANET dimana mere-ka boleh
berkongsi sumber komputer dan berkongsi maklumat. Pada 1972, kemudah-an e-mel
diperkenalkan dalam ARPANET , dan merupakan kemudahan yang paling banyak digunakan.
Selain dari e-mel, rangkaian tersebut juga mempunyai kemudahah ftp(le transfer protocol),
iaitu satu kaedah memindah fail dari satu komputer ke kom-puter lain melalui rangkaian. Pada
1979, USENET telah dihasilkan, iaitu satu kaedah untuk mewujudkan medan perbincangan
dalam talian. Pada dekad 1970an, terdapat banyak rangkaian komputer yang digunakan di
pusat penyelidikan, universiti dan organisasi. Namun demikian, rangkaian-rangkaian ini ti-dak
boleh berkongsi data antara satu sama lain kerana setiap rangkaian menggunakan kaedah
penghantaran data yang berbeza. Usaha telah ditumpukan untuk mencipta sa-tu kaedah yang
membolehkan semua rangkaian komputer, yang terdiri dari komputer yang berlainan jenama,
untuk mampu berkongsi data atau berkomunikasi antara satu sama lain. Kaedah yang
diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah ini dinamakan TCP/IP(Transfer Control
Protocol/Internet Protocol) . Rangkaian komputer pertama menggunakan TCP/IP adalah
ARPANET, yang kemudiannya menjadi asas kepada pe-nubuhan internet. Kejayaan ARPANET
dalam menghubungkan berbagai rangkaian komputer melalui TCP/IP, berkongsi sumber dan
sebagai alat komunikasi (e-mel, p, USENET) telah me-nyebabkan banyak universiti dan
organisasi ingin menyertai ARPANET. Pada masa itu, terdapat juga beberapa rangkaian selain
dari ARPANET seperti FidoNet, CSNET dan BitNET. Rangkaian-rangkaian telah dihubungkan
kepada rangkaian ARPANET dengan menggunakan TCP/IP. Gabungan berbagai rangkaianrangkaian (ARPANET, FidoNet, CSNET, BitNET dan sebagainya) ini kemudiannya dikenali
sebagai Internet(inter networking). Pada 1982, ARPANET menggunakan TCP/IP secara
keseluruhan. Pada tahun 1983, kaedah DNS(Domain Name Server) diperkenalkan. DNS
merupakan satu kaedah di mana setiap komputer di internet diberikan satu nama khusus
seperti www.ukm.my, pkrisc.cc.ukm.my, tm.net.my, www.jaring.my. Setiap nama ini akan dipadankan dengan satu jujukan nombor yang disebut nombor IP yang unik. Setiap kom-puter
akan mempunyai nama dan nombor IP yang unik. Sebagai contoh, nama kom-puter
www.ukm.my dipadankan dengan nombor 202.185.48.7. Pada tahun 1984, NFS(National

Science Foundation) di USA telah menubuhkan NFSNET, satu rangkaian berkelajuan tinggi
untuk menghubungkan universiti dan pusat penyelidikan dengan komputer berkuasa tinggi.
Pada 1986, NSFnet telah dihubungkan dengan ARPANET. Gabungan NFSnet dan ARPANET
ini kemudian dikenali sebagai Internet. Pada tahun 1990, rangkaian ARPANET dihentikan dan
fungsinya diganti oleh NFS-net. NFSnet selanjutnya telah digantikan sedikit demi sedikit dengan
dengan rangkaian komersial. NFSnet ditamatkan pada tahun 1995. Dewasa ini, Internet
mengandungi pelbagai rangkaian tempatan, kebangsaan dan international. Pelbagai syarikat
kini menguruskan rangkaian Internet. Struktur Internet kini diuruskan oleh pihak swasta dan
kerajaan. Namun, tiada satu entiti yang menguasai atau mempunyai hak keatas Internet. Satu
badan W3C ditubuhkan untuk menetapkan piawai dan garis panduan penggu-naan Internet.
Maklumat utama W3C untuk membantu dalan pembangunakan Internet dengan menasihati,
menyediakan piawai dan menguruskan masalah yang timbul. Pada awal dekad 90an, internet
masih lagi sukar digunakan. Penggunaan yang uta-ma adalah e-mel, ftp dan USENET. Pada
tahun 1989, Tim Berners-Lee telah menca-dangkan satu kaedah berasaskan hiperteks untuk
menyebarkan maklumat dalam inter-net. Pada 1990, Berners-Lee telah memperkenalkan
HTTP(Hypertexts Transfer Protocol) , iaitu satu protokol yang boleh digunakan untuk
mengaitkan maklumat secara hiperteks berasaskan rangkaian. Kaedah ini telah digunakan
untuk membangunkan WWW(World Wide Web), iaitu satu jalinan maklumat berasaskan
hiperteks yang mem-punyai ciri-ciri mesra pengguna, grak, video, audio dan sebagainya. Pada
1992, peluncur WWW yang pertama, Mosaic, telah dicipta dan diberikan percuma pada
pengguna. Perisian ini dianggap sebagai perisian killer application, iai-tu satu applikasi yang
telah berjaya mempopularkan Internet kepada pengguna awam. Pada akhir 1993, terdapat lebih
500 pelayan WWW yang menawarkan berbagai jenis maklumat seperti teks, grak, audio dan
video. Dengan menggunakan Mosaic, peng-guna boleh meluncur Internet dengan mudah. Pada
mulanya, penggunaan WWW ter-had kepada universiti dan pusat penyelidikan. Ia kemudiannya
disertai oleh pengguna-pengguna awam dan organisasi komersial. Pada ketika itu, adalah
menjadi satu tren untuk pengguna mempunyai laman web peribadi di Internet. Pada Januari
1997, terdapat 640,000 pelayan Web dan 50 juta dokumen WWW di Internet. Pada masa yang
sama, pengguna Internet mulai berkembang dengan pesat-nya. Adalah dianggarkan pengguna
Internet akan berganda setiap 18 bulan. Terdapat berbagai dongeng tentang asal usul Internet.
Satu daripadanya ialah, Internet berasal dari satu projek DOD(Department of Defence) di USA
untuk membina rangkaian yang mampu bertahan dari serangan nuklear. Cerita ini adalah tidak
benar dan tidak ada kaitan dengan Internet. Internet2 adalah satu rangkaian baru yang
ditubuhkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan. Ia dimulakan pada tahun 1996, dan
dianggotai
oleh
lebih
200
uni-versiti
dan
pusat
penyelidikan.

You might also like