Jurnal Praktikum Fasa 3 2015

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

JURNAL PRAKTIKUM FASA 3 2015

JURNAL MINGGU 1
Masalah
Saya menjalani praktikum fasa 3 di SK (A) MIS Miri untuk tempoh 12
minggu. Untuk praktikum fasa ini saya akan mengajar subjek major iaitu
Pendidikan Islam dan elektif Pendidikan Al-Quran. Pada minggu pertama ini,
saya dan 3 orang rakan praktikum menerima jadual dan setiap daripada
kami mendapat guru pembimbing di sekolah yang membantu kami sewaktu
praktikum. Saya diamanahkan untuk mengajar kelas 5 Cemerlang. Pada
minggu

pertama

saya

hanya

memerhatikan

guru

pembimbing

saya

mengajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya perhatikan dalam


kelas Tahun 5, saya dapati murid-murid dalam kelas ini sering menjawab
soalan yang diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid yang
melebihi 30 orang itu tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan
sebaliknya terus menjawab terutama murid-murid lelaki. Keadaan ini
menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.
Analisis Masalah
Di dalam kelas 5 Cemerlang ini, murid-murid yang mempunyai
pencapaian yang sederhana dalam pencapaian akademik. Murid-murid
dalam kelas ini sering tidak mengangkat tangan apabila hendak menjawab
soalan yang diajukan oleh guru. Keadaan ini telah menyebabkan keadaan
dalam kelas menjadi bising dan seterusnya mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran kelas ini dan kelas-kelas sekitarnya. Bukan seorang dua
yang melakukan perkara tersebut, sebaliknya hampir keseluruhan murid
dalam kelas tersebut menjawab tanpa mengangkat tangan terlebih dahulu.
Daripada aspek guru, mungkin kerana guru yang mengajar tidak garang atau

tegas terhadap murid-murid menyebabkan murid tidak merasa takut kepada


guru. Selain itu, mungkin guru tidak memberitahu atau membiasakan muridmurid untuk mengangkat tangan dahulu sebelum menjawab. Daripada aspek
murid pula, mungkin murid-murid merasakan bahawa mereka tidak perlu
untuk mengangkat apabila ingin menjawab soalan. Selain itu, murid-murid
mungkin

merasa

menyebabkan

teruja

mereka

untuk

menjawab

berebut-rebut

soalan

sehingga

yang

diberikan

murid-murid

tidak

mengangkat tangan.
Cadangan
Dalam mengatasi masalah murid-murid menjawab tanpa mengangkat
tangan ini, saya akan memberi arahan ataupun menetapkan peraturan
dengan murid-murid iaitu

apabila

ingin

menjawab soalan hendaklah

mengangkat tangan dahulu. Apabila guru memberi kebenaran barulah murid


memberi jawapan. Sekiranya murid-murid tidak mengikut peraturan yang
ditetapkan akan dikenakan dendaan. Selain itu, sekiranya murid menjawab
tanpa mengangkat tangan dahulu, jawapan yang diberikan tidak akan
diterima. Disamping itu, guru menggunakan kertas latihan berbanding
soalan lisan. Selain itu, semua murid diberi peluang bagi menjawab soalan.
Oleh

itu,

murid-murid

tidak

akan

berebut

menjawab

soalan

kerana

setiap murid mempunyai peluang masing-masing. Disamping itu juga, bagi


memotivasikan murid-murid agar berkelakuan seperti yang dikehendaki
guru, setiap murid yang menjawab soalan dengan mengangkat tangan
dahulu akan mendapat ganjaran sejurus selepas itu.
Selain itu saya menggunakan kaedah whatsapp iaitu setiap pelajar
mendapat 3 kad yang mengandungi ayat SAYA TIDAK FAHAM, SAYA TIDAK
PASTI, dan SAYA FAHAM. Melalui ketiga-tiga kad ini saya mampu
mengenalpasti tahap pemahaman pelajar disamping dapat menjadi refleksi
terhadap pengajaran yang saya laksanakan berkesan atau tidak. Sekiranya
wujud ramai pelajar tidak faham apa yang saya sampaikan itu menunjukkan

bahawa kaedah yang saya gunakan tidak sesuai. Chon (1983, 1987)
membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan di mana
seseorang melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk
memahami situasi manakala refleksi ke atas tindakan di mana guru
merenung kembali proses pemikirannya dan menganalisis situasi sebelum
merancang tindakan susulan.

Tempoh Penyelesaian
2 Februari 2015 13 Februari 2015
Tindakan Susulan
Guru membuat peraturan yang sesuai dengan situasi murid-murid. Selain itu,
guru menyediakan kertas latihan dan menyediakan ganjaran untuk muridmurid yang kelakuan seperti yang dikehendaki oleh guru. Saya telah
menyediakan setiap pelajar 3 kad tersebut untuk sesi PdP di dalam kelas.
Catatan
Murid-murid akan berusaha untuk mengikut peraturan yang ditetapkan
iaitu mengangkat tangan dahulu untuk menjawab soalan bagi mendapatkan
ganjaran

yang

disediakan

dan

mengelakkan

daripada

dikenakan

dendaan. Secara individu, murid-murid mempunyai motivasi untuk bersikap


positif kerana murid-murid akan mendapat ganjaran. Pasti akan timbul
keinginan dalam diri murid-murid lain untuk mendapatkan ganjaran tersebut
apabila sudah ada rakan-rakan mereka yang memperolehnya. Keadaan ini
bertepatan dengan Teori Pelaziman Operan Skinner di mana peneguhan
positif (pemberian ganjaran harian) adalah rangsangan untuk menambahkan
kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif yang diinginkan guru.
Peneguhan negatif (dendaan) juga diaplikasikan bagi memberi kesan yang

tidak menyeronokkan dalam diri murid-murid dan dengan harapan mereka


akan mengulangi tingkah laku yang diingini guru.
Selain

itu

amalan

refleksi

kendiri

bukan

sahaja

membolehkan

seseorang guru memperoleh pengertian mengenai tugasnya tetapi ia


memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau
dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002)
Rujukan : Ahmad Mohd Salleh (2011), Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi
dan Metodologi, Shah Alam Fajar Bakti Sdn Bhd

You might also like