Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENAAKULAN MATEMATIK

Pernyataan
# Ayat yang berbentuk soalan, arahan dan seruan bukanlah pernyataan.
Contoh
Tentukan sama ada ayat-ayat berikut adalah pernyataan atau bukan dan seterusnya nyatakan
pernyataan itu benar atau palsu.
a) Manusia ialah mamalia. ..
b) Jangan merokok di kawasan ini!
c) -6 < -9 ..
d) Siapakah orang itu? ..
e) a + b ..
Pengkuantiti ( Semua dan Sebilangan )
# Pengkuantiti menerangkan bilangan objek yang terlibat dalam sesuatu pernyataan.
# Semua ialah suatu pengkuantiti yang menyatakan bahawa setiap objek memenuhi
syarat tertentu.
# Sebilangan ialah suatu pengkuantiti yang menyatakan bahawa beberapa dan objek
memenuhi syarat tertentu,
tidak setiap objek.
Contoh
1. Tentukan sama ada pernyataan yang berikut benar atau palsu
a) Semua burung boleh terbang.
..
b) Semua nombor perdana ialah nombor ganjil.
c) Sebilangan nombor genap boleh dibahagi oleh 3.
2. Tuliskan satu pernyataan yang benar dengan menggunakan pengkuantiti semua atau
sebilangan
a) . kuboid mempunyai enam muka.
b) . sisi empat mempunyai sisi sama panjang.

Operasi ke atas Pernyataan


A) Bukan / Tidak
# Perkataan bukan atau tidak menukarkan pernyataan yang benar menjadi palsu
dan pernyataan yang
palsu menjadi benar.
B) Dan
# Dua pernyataan boleh digabungkan menjadi satu pernyataan dengan menggunakan
perkataan dan.
# Pernyataan yang terbentuk adalah
i)
Benar, jika kedua-dua pernyataan itu adalah benar.

ii)

Palsu, jika salah satu atau kedua-dua pernyataan itu adalah palsu.

C) Atau
# Dua pernyataanjuga boleh digabungkan menjadi satu pernyataan dengan
menggunakan perkataan atau.
# Pernyataan yang terbentuk adalah
i)
Benar, jika salah satu atau kedua-dua pernyataan itu adalah benar.
ii)
Palsu, , jika kedua-dua pernyataan itu adalah palsu.
Contoh
Tentukan sama ada pernyataan yang berikut benar atau palsu.
a) 32 ialah nombor genap dan boleh dibahagi oleh 4.
.
b) -12 > -9 dan 12 > 9. .
c) 5 + 2 = 7 atau 5 3 = 4. ..
Implikasi
# Bagi dua pernyataan p dan q, ayat jika p maka q adalah satu implikasi dengan p
sebagai antejadian dan q
sebagai akibat.
# Ayat p jika dan hanya jika q adalah singkatan daripada dua implikasi, iaitu jika p
maka q dan jika q maka p.
Contoh
1. Nyatakan antejadian dan akibat dalam pernyataan Jika saya ada wang RM50 maka
saya akan menonton bola sepak.
Antejadian :

.
Akibat :

2. Tuliskan dua implikasi daripada pernyataan m > 0 jika dan hanya jika m < 0.
Implikasi I :.
Implikasi II :..
Aruhan dan Deduksi
# Aruhan : proses membuat kesimpulan umum berdasarkan kes-kes khusus.
# Deduksi : proses membuat kesimpulan khusus berdasarkan pernyataan umum.
Contoh
1. Jumlah luas permukaan satu kubus dengan sisi n cm ialah 6n 2 cm2. Buat kesimpulan
secara deduksi untuk jumlah luas permukaan kubus Q dengan sisi 4 cm.

2. Perhatikan nombor-nombor berikut:


5 = 4(1) + 1
a) Buat kesimpulan umum berdasarkan pola nombor
9 = 4(2) + 1
di sebelah.
13 = 4(3) + 1
b) Cari nombor ke-12 dalam pola nombor di atas.
17 = 4(4) + 1
..

You might also like