Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1.

Pengenalan
Menurut Asmah

Hj.Omar

(1986)

bahasa

yang

digunakan

oleh

manusia

menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri.
Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Mengikut Haji Sabran (1984) dalam
buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa
fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.
Mengikut Arbak Othman (1983) pula, fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar.
Fonologi pula

ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang diucapkan oleh

manusia (Ali Mahmood, 2010). Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham
(1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan,
khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang
menyatakan the study of the systematic organization of selected speech sounds in
the spoken form of individual language has variously been called phonology.
1.1

Konsep fonologi dan fonetik


Definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa
(linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan
sebutannya. Bunyi-bunyi yang seakan-akan bunyi bahasa atau bunyi-bunyi lain
selain bunyi bahasa yang dihasilkan oleh bukan manusia tetapi menyerupai bunyi
bahasa manusia, bahkan bunyi yang dihasilkan oleh manusia yang bukan daripada
organ-organ sebutan manusia ataupun bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya
bukan diucapkan oleh alat pertuturan manusia ataupun bunyi mungkin dihasilkan
oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk,
bunyi siulan, bunyi berdehem, bunyi dengkuran, sendawa dan yang seakan
dengannya bukanlah dalam penelitian fonetik. Justeru itu, fonetik bermaksud meneliti
bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ sebutan manusia dalam pertuturan
mengikut cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan
yang terlibat untuk menghasilkan bunyi bahasa. Fonetik juga merangkumi
penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Fonetik merangkumi tiga aspek iaitu
penelitian penghasilan bunyi bahasa yang diucapkan oleh alat-alat pertuturan
manusia atau lebih dikenali sebagai fonetik artikulasi. Aspek yang kedua ialah
penelitian penyampaian bunyi bahasa atau juga dikenali sebagai fonetik akustik.
Aspek yang ketiga ialah penerimaan bunyi bahasa dalam proses pendengaran,
termasuk nada, kelantangan, kepanjangan dan kualiti bunyi serta tindak balas
pendengar untuk mengetahui rangsangan fizikal yang didengarinya yang juga
dikenali sebagai fonetik auditori.

1.2

Bunyi Bahasa
1

Bunyi boleh ditakrifkan sebagai gelombang-gelombang udara yang digetarkan


pertama sekali oleh pita suara, dan diubah dalam tenggorokan, rongga mulut, dan
rongga hidung. Gelombang-gelombang udara ini seterusnya menyentuh gegendang
telinga pendengar, sebagaimana dinyatkan oleh Lutfi Abas (1985; 46) Manakala
bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di dunia ini , bunyi
bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.
A) Bunyi vokal
Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara, iaitu ketika menghasilkan bunyi
tersebut, pita suara digetarkan. Terdapat lapan bunyi vokal iaitu enam vokal asli
[a,e,i,o,dan u]. Dua vokal yang terdapat dalam kebanyakkan dialek [ dan ].
Terdapat empat vokal depan [i], [e][], dan[a], satu vokal tengah [], dan tiga vokal
belakang[ u], [o] dan []. Kata depan, tengah, dan belakang merujuk kepada
bahagian pada lidah. Ciri-ciri bunyi vokal ialah bersuara, udara keluar dari paru-paru
berterusan, dan udara keluar tanpa sekatan. Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula
ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan
atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang
lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau
diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru
keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau
dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga
mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan)
dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara
bergetar. Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paruparu keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang
gangguan. Vokal boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
i Vokal hadapan
ii Vokal tengah
iii Vokal belakang
Gambarajah vocal adalah seperti dibawah:

a) Vokal hadapan sempit atau tinggi [ i ]


Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak
membuat

sekatan

kepada

arus

udara

manakala

bibir

dalam

keadaan

dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian
rongga

untuk

membuat

sekatan,

halangan

atau

sempitan.

Pita

suara

kemudiannya dirapatkan dan digetarkan.


contoh:
Awalan

Pertengaha

Akhira

Ikan
Insan
Ibu

n
Sila
Silau
Limau

n
ceri
basi
keli

b) Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ]


Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah
hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi
iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan
anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung.Udara dari
paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang
gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta
digetarkan. Contohnya:
Awalan
Ekor
Epal
Elok

Pertengahan
Belek
Berang
Kekok

Akhiran
sate
tauge
kole

c) Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ]


Bunyi vokal // dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh
rendah ke daerah lelangit keras, tetapi rendah sedikit daripada cara
menghasilkan bunyi vokal /e/. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar
ke bahagian rongga mulut dan pita suara digetarkan. Manakala bibir pula adalah
berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal ini juga dikenali juga sebagai vokal
depan lampau separuh rendah. Sebagai contoh perkataan dielek kelantan:
3

Awalan

Pertengaha

Akhiran

Esok
Ejek
Edoh

n
Getek
Pelek
Beso

ude
tule
gode

d) Vokal hadapan luas atau rendah [ a ]


Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan
bunyi vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang
mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup
bahagian nasal. Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian
rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang
keluar ini tidak mengalami sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini
adalah dalam keadaan yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah
bunyi [a]. Sebagai contoh:
Awalan
Pertengahan
Adik
Rapi
Asuh
Rapat
Alam
Ragi
B) Vokal tengah
1) Vokal Tengah ( Pendek )[ ]

Akhiran
bila
kita
rupa

Bibir berada di keadaan hampar. Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah


lelangit keras.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga
hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Pita suara
dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru

ke rongga mulut

menggetarkan pita suara. Vokal ini hanya ada di awal dan tengah perkataan
sahaja.
Awalan

Pertengaha

Akhiran

emak
enam
emas

n
kemas
berat
penat

C) Vokal belakang
1) Vokal Belakang Sempit ( Tinggi ) [ u ]
Bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaiikan tinggi(setinggi mungkin ke arah
lelangit lembut.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutupi rongga
hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.Pita suara dirapatkan
supaya udara yang keluar dari paru-paru mengetarkan pita suara ke rongga
mulut.
Awalan
Ubi

Pertengahan
Kusta

Akhiran
paku
4

Unta
Kubur
bayu
Untuk
Kundur
labu
2) Vokal Belakang Separuh Sempit ( Separuh Tinggi) [ o ]
Bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit
lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan
supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita
suara.
Awalan
obor
oren
Opah
3)

Pertengahan
bola
tolong
toleh

Akhiran
soto
solo
polo

Vokal Belakang Separuh Luas ( Separuh Rendah) [ ]


Bibir dibundarkan.Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan dan menutup rongga hidung supaya udara
tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya

udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga


mulut. 5. Contoh ( dalam dialek Kelantan ) :
Awalan
oloh
ore
Otok
4)

Pertengahan
Sudoh
Pokok
Boroh

Akhiran
bilo
kito
guwano

Vokal sengau
Penyengauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku
pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi
konsonan sengau yang diikuti oleh vokal. Semasa menyebut bunyi sengau,
misalnya m, n, ny, ng seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, ngantuk
pengaruh bunyi sengau m, n, ny dan ng merebak kepada bunyi vokal kerana
rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyabut bunyi
vokal dalam perkataan tersebut.Biasanya vokal-vokal sengauan ini hadir
dalam keadaan berikut :
1. Sebelumnya terdapat konsonan sengauan.
Contohnya : [ mama ] [ minum ]
2. Kedua-dua vokal dalam susunan perkataan KVKV atau KVKVK. Dalam
struktur ini, konsonan yang pertamanya adalah separuh vokal atau geseran
glotis [ h ].
5

Contoh : [ awa ] [ m hu ]
3. Kedua-dua vokal yang menuruti konsonan sengauan dalam susunan
KVVK.
Contoh : [ m al ] [ m ak ]
4. Kedua-dua vokal yang mengikuti konsonan sengauan dalam susunan
KVKVV.
Contoh : [ duniya ] [ m n ua i ]
5. Vokal bagi perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang menuruti
geseran rongga tekak [ ] dalam tulisan jawi dilambangkan oleh [ E ].
Contoh : [ saat ] [ m n fa t ]
2.2

Bunyi Konsonan asli


Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila
terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu.
Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara.
Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang
keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara
adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita
suara dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan
konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia
ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi
oleh penutur. Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :
a)
b)
c)
d)

dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).


dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
satu konsonan hentian glo tis. ( ? )
e) dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
f) dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan
g)
h)
i)
j)

geseran glotis bersuara ( h ).


satu konsonan getaran bersuara ( r ).
satu konsonan sisian bersuara ( I ).
empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n )
dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua
bibir bersuara ( w ).

k) satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).


Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi
seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga
hidung.
6

1. Konsonan Letupan
A) letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [ p ]
Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang
keluar ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan
kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui
rongga

hidung.

Udara

dari

paru-paru

keluar

ke

rongga

mulut

tanpa

menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir kemudian


dilepaskan serta-merta.
Awalan

Pertengaha

Akhiran

pokok
pukul
panjat

n
Lepas
Dapur
Sepak

atap
dakap
sedap

B) Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ]


Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paruparu ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan
kepada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui
rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke
rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut kemudian
udara dilepaskan dengan serta merta.

Awalan
Pertengahan
buku
tiba
batu
tubuh
budak
tabur
C) Letupan Gusi Tidak Bersuara [ t ]

Akhiran
sebab
kitab
adab

Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung
supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara yang keluar dari
paru-paru ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat
pada bahagian gisi. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta merta.
Awalan
tahu
tarik
tolong

Pertengahan
satu
datuk
putus

D) Letusan gusi bersuara [ d ]


7

Akhiran
sebut
lembut
parut

Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus
udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung
supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru
Keluar dengan mengetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat
sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-merta.
Awalan
Duka
Dapur
Dalam

Pertengahan
duduk
sidang
padang

Akhiran
Tekad
Maksud
Abad

E) Letusan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]


Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat
sekatanpenuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat
udarasupaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru
keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udaratersekat pada
bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta merta.
Awalan
Kota
Koma
Kutu

Pertengahan
Sukat
Sukan
Sukar

Akhiran
badak
sorak
karak

F) Letusan lelangit lembut bersuara [ g ]


Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat
sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru. Lelangit lembut dan
anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya
udara tidak dapay keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar
dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat pada bahagian
lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya di lepaskan dengan serta merta.
Awalan
gambar
gaung
gambir

Pertengahan
agar
agih
agama

Akhiran
beg
dialog
monolog

G) Letupan Lelangit Keras- Gusi Tidak Bersuara [ ]


Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan
pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya
udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Udara dari paru-paru keluar ke
8

rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat seketika
pada bahagian lelangit keras-gusi. Kemudian udara tersebut dilepaskan dengan
perlahan(bukan dengan cepat atau dengan serta merta).
Awalan
cuti
curi
cili

Pertengahan
banci
koci
kunci

Akhiran
mac
koc

H) Letupan Lelangit Keras Gusi Bersuara [ ]


Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras- gusi untuk membuat sekatan
pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara daripada
memasuki rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar kerongga mulut dengan
menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras gusi. Udara
dilepaskan perlahan ( bukan dilepaskan dengan cepat atau serta merta ).
Awalan
jambu
juri
jumpa
I)

Pertengahan
Tajam
Hujan
Hujah

Akhiran
kolaj
kolej
imej

Hentian Glotis [ ]
Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya
udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dan
tersekat serta terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan.
Awalan
ibu
ikan
ada

Pertengahan
saat,
jumaat
-

Akhiran
ana,
golo,
tida

Konsonan Geseran
Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]
Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. Lelangit lembut dan
anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar
melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui
sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan.
Awalan
sama
sapu
samar
Geseran Glotis Bersuara [ h ]

Pertengahan
dasar
pasar
risau

Akhiran
bas
kebas
cantas

Pita suara direnggangkan untuk membuat sempitan pada glotis. Lelangit lembut dan
anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke
9

hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. Udara keluar dengan
menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan.
Awalan
hangat
hisap
hasad

Pertengahan
tahap
sihat
bahan

Akhiran
pipih
papah
sampah

Konsonan Getaran
1. Getaran Gusi Bersuara [ r ]
Hujung lidah dikenakan pada gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan
dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah
dan pita suara digetarkan.
Awalan
rapat
rasuah
rakan

Pertengahan
kurap
karib
sirap

Akhiran
debar
sedar
malar

Konsonan Sisian
1. Sisian Gusi Bersuara [ l ]
Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada
arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung
supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.Udara dari paru-paru keluar
ke rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian.
Awalan
lelaki
lena
lama

Pertengahan
selat
silat
solat

Akhiran
pukal
sundal
bakul

Konsonan Sengauan ( Nasal )


1. Sengauan Dua Bibir Bersuara [ m ]
Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara
yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak
diturunkan supaya udara dapat memasuki rongga hidung. Udara dari paru-paru
memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka dan
pita suara digetarkan.
10

Awalan
malap
marah
murka
Sengauan Gusi Bersuara [ n ]

Pertengahan
sama
samun
semak

Akhiran
lembam
kelam
talam

Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara
yangkeluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak
diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga
hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian
gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.
Awalan
nona
namun
nanas

Pertengahan
sana
mana
kena

Akhiran
papan
depan
simpan

Sengauan Lelangit Keras [ ]


Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan
pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit mulut dan
anak tekak diturunkan dengan membuka rongga hidung supaya udara dari paru-paru
dapat keluar dari rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan
terhalang pada daerah lelangit keras gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung.
Pita suara digetarkan. Contohnya :
Awalan
nyonya
nyawa
nyamuk

Pertengahan
minyak
banyak
lanyak

Akhiran
-

Sengauan Lelangit Lembut Bersuara [ ]


Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat
udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak
diturunkan sehingga membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar dari paruparu ke rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang
pada daerah lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung.
Awalan
Pertengahan
nganga
bangkai
ngantuk
bingkai
ngaji
bangku
Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [ w ]
11

Akhiran
menang
lemang
selang

Belakang lidah di angkat ke arah lelangit lembut, tetapi tidak menyentuh lelangit
lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u] ).
Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
Semasamenghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan
(posisi) untuk menghasilkan vokal tengah [e]. Contohnya :
Awalan
wang
wangi
wanita

Pertengahan
awak
bawa
lawa

Akhiran
Sepak takraw
-

Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [ j ]


Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal
[ i ],kemudian semasa menghasilkan bunyi itu kedudukan lidah berubah dengan
pantas ke kedudukan vokal tengah [ e ]. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan
dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga
hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara.
Awalan
yatim
yuran
yakin

Pertengahan
dayang
bayang
sayang

Akhiran
-

Konsonan Pinjaman
Konsonan pinjaman bukan berasal daripada bahasa Melayu tetapi dipinjam daripada
bahasa lain, seperti bahasa Arab, Inggeris, Sanskrit dan sebagainya. Ada yang bunyi
asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyibunyi itu ialah bunyibunyi geseran.
1. Geseran Bibir- Gigi Tidak Bersuara [ f ]
Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara
keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit. Lelangit lembut dan anak
tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui
rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan
pada daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga
hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada
daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan.
Awalan

Pertengahan
12

Akhiran

faham
fikir
fitnah

sifir
sifar
sifat

mualaf
huruf
maaf

Geseran Bibir-gigi Tidak Bersuara [v]


Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara
keluar dengan menggeser melalui sempitan. Lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak menutup rongga ke hidung supaya
udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan
menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara digetarkan.
Awalan
vokal
varnis
variasi

Pertengahan
universiti
novel
-

Akhiran
-

Geseran Gusi Bersuara [z]


Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. Lelangit lembut dan
anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar
melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui
sempitan pada daerah gusi. Pita suara digetarkan.
Awalan
zink
zaman
zakat

Pertengahan
muzium
muzik

Akhiran
lafaz
hafaz
kuiz

Geseran gusi lelangit keras [s]


Lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara
tidak bergetar.
Awalan
syukur
syamil
syahadah
2.3

Pertengahan
misal
mesyuarat
-

Akhiran
-

Bunyi diftong
Gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata. Diftong terbentuk apabila
berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal yang disebut secara berterusan tanpa ada
segmen dan bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal
yang lain. Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu iaitu, [ ai, oi, au ].
13

1) Diftong yang pertama iaitu ai, berlaku apabila bahagian hadapan lidah pada
mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [ a ], kemudian bergerak kepada
kedudukan untuk vokal[ i ] tetapi tidak setinggi membunyikan vokal [ i ].
Contohnya, cuai, gulai, salai.
2) Diftong yang kedua ialah au, hadapan lidah berada pada kedudukan untuk vokal
[ a ], kemudian bergerak kepada kedudukan vokal [ u ], bibir yang dihamparkan
kemudian dibundarkan. Contohnya, garau, surau, silau.
3) Diftong yang ketiga ialah diftong oi. Semasa dihasilkan, lidah berada pada
kedudukan vokal [ o ] dan kemudian bergerak kepada vokal [ i ]. Bibir yang mulamula dibundarkan tetapi kemudian berkeadaan hampar.
Contohnya, amboi, sepoi, dodoi.

2.0

Transkripsi

3.1

Petikan Dewan Masyarakat


Pemerkasaan dan Permartabatan Bahasa Melayu
Oleh HASSAN AHMAD
Sejak 1990-an, orang Melayu sering bercakap tentang soal perlunya bahasa Melayu
diperkasakan

dan dimartabatkan. Mereka mengadakan banyak seminar dan

menubuhkan pelbagai jawatankuasa untuk memperkasakan bahasa Melayu.


Anehnya, mereka yang sibuk memperlihatkan keprihatinan terhadap isu ini
termasuklah pegawai kerajaan dalam sektor kerajaan yang bertanggungjawab
memperkasakan atau memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan
rasmi kerajaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan dan Akta Bahasa kebangsaan 1963/1968, tidak menjalankan tugas
mereka dengan berwibawa. Lebih aneh lagi, orang yang sibuk bercakap tentang soal
memperkasakan bahasa Melayu itu terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab
memperkosa

bahasa

Melayu.

Mereka

bukan

sahaja

mengabaikan

mutu

penggunaan bahasa Melayu (misalnya, menggunakan bahasa rojak Melayu14

Inggeris), tetapi dalam tidak yakin dengan Dasar Bahasa Kebangsaan yang digubal.
Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Mata Pelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diputuskan pada 2003 adalah salah satu bukti
kegoyahan kepercayaan orang Melayu terhadap bahasa mereka sebagai bahasa
ilmu sains dan Teknologi. Padahal bukan mereka tidak tahu sudah ada ribuan orang
profesor, pensyarah, guru, dan sarjana yang mengajar mata pelajaran Sains dan
Matematik di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa Melayu.
Sejak 1970-an, taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa urusan
rasmi kerajaan, dan sebagai bahasa ilmu, mengalami nasib yang tidak menentu.
Apabila timbul bantahan, kritikan, dan teguran daripada pelbagai pihak, maka pihak
yang berkuasa terhadap Dasar Bahasa Kebangsaan melakukan tindakan segera,
tetapi tidak menyelesaikan masalah.
Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga bekas
wakil tetap Malaysia ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka.

3.2

Transkripsi tulisan tangan

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
15

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

4.0

Refleksi
Sepanjang membuat kerja kursus ini saya dapat mengetahui bahawa kerja kurus ini
adalah berkaitan dengan cara sebutan huruf itu dibunyikan. Sebutan fonetik dan
fonologi ini dapat membantu murid itu mempelajari dan memahami bahasa kedua
dengaan lebih mudah. Bagi Orang Melayu fonetik amat berguna untuk mempelajari
Bahasa Inggeris. Masalah penyebutan bunyi bahasa asing dapat diselesaikan
dengan baik jika memahami bidang fonetik. Di dalam kamus contohnya kamus
Oxford ditunjukkan dengan jelas cara penyebutan sesuatu perkataan Bahasa
Inggeris dengan menggunakan huruf vokal, konsonan dan diftong di dalam sebutan
fonetik dan fonologi. Masalah sebutan sesuatu perkataan dapat diselesaikan dengan
betul jika mengetahui sebutan fonetik dan fonologi. Murid-murid tidak perlu takut
salah lagi untuk menyebut perkataan Bahasa Inggeris di depan khalayak yang
16

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama di dalam kehidupan


mereka.
Pengetahuan tentang peranan dan fungsi alat-alat ujaran yang terlibat
untuk menghasilkan sesuatu bunyi bahasa dan dengan bantuan gambarajah akan
membantu murid memahami tatacara pengeluaran sesuatu bunyi bahasa asing di
dalam bahasa mereka. Di dalam Bahasa Melayu sendiri terdapat beberapa
perkataan yang melibatkan e pepet dan e taling juga sukar untuk ditentukan
sekiranya tidak mengetahui bidang fonetik dan fonologi untuk menyebutnya bagi
murid-murid bukan berbangsa Melayu dan bagi mereka yang tidak menggunakan
Bahasa Melayu di dalam kehidupan mereka. Murid-murid yang mahu belajar
membaca juga akan menghadapi masalah untuk mmebatangkan sukukata jika tidak
mengetahui tentang bidang fonetik dan fonologi. Mereka telah diasuh secara tidak
langsung oleh guru mereka di dalam bidang fonetik dan fonologi di dalam bidang
pembacaan. Contohnya perkataan yang mempunyai dua makna berbeza tetapi di
dalam ejaan yang sama ialah semak dan perang.
Kajian fonetik dan fonologi ini amat berguana kepada guru-guru Bahasa
Melayu. Pengetahuan tentang ciri-ciri bahasa seperti struktur dan sistemnya akan
memudahkan guru-guru memberikan huraian dan penjelasan aspek-aspek sebutan
bahasa kepada murid. Pengetahuan bidang fonetik artikulatori akan membuatkan
para guru lebih berkemampuan untuk memberikan penjelasan kepada pelajarnya
tentang proses penghasilan Sesuatu bunyi bahasa, terutamanya bunyi-bunyi bahasa
asing.
Guru-guru juga boleh memberi perbandingan semasa mengajar bahasa
kepada murid yang tidak memahami Bahasa Melayu dengan menggunakan bidang
fonetik dan fonologi. Guru-guru oleh memudahkan murid-murid ini untuk memahami
Bahasa Melayu dengan

menggunakan sebutan fonetik dan fonologi. Guru-guru

dapat memperluaskan perbendaharaan kata murid di dalam Bahasa Melayu dan


Inggeris sekiranya murid dapat memahami sebutan Bahasa Melayu dan Inggeris
dengan menggunakan bidang fonetik artikulatori.

17

You might also like