DIUTAMAKAN Rujukan Kami : 50/066/ Tarikh : 14 Januari 2015 Kepada; Ketua Polis Daerah Kulim (U.P.: Unit Hal Ehwal Awam dan Unit Latihan), Ibu Pejabat Polis Daerah, Polis Di Raja Malaysia, 09000 Kulim, Kedah. Tuan; PER : Memohon Khidmat Jurulatih PDRM sebagai Jurulatih Perkhemahan Kor Kadet Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami berbesar hati ingin mengambil perhatian pihak tuan dan memohon bantuan pihak IPD Kulim untuk menyediakan dua orang anggota PDRM sebagai Jurulatih Perkhemahan sempena aktiviti perkhemahan kadet polis sekolah kami. 2. Sukacita dimaklumkan, Pasukan Kadet Polis Wanita SMK Kulim mencadangkan untuk mengadakan perkhemahan seperti maklumat berikut: Tarikh Perkhemahan : 12 14 MAC 2015 (KHAMIS SABTU) Tempat : Dewan Serbaguna, Kem DOmland Jumlah Peserta Kadet : 60 orang (2 platon) 3. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak kami akan menyediakan segala kemudahan penginapan, dan makan minum kepada anggota polis ini sepanjang perkhemahan berlangsung. Semua maklumat perkhemahan adalah seperti dalam Lampiran Kertas Cadangan Perkhemahan yang disertakan bersama-sama surat ini. 4. Segala sokongan dan kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.
.. HAJI MOHD ASRI BIN ABD HAMID Pengetua, SMK Kulim