Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PRAKTIKAL 3: ALKOHOL, ETER DAN AMINA

TUJUAN
Untuk menyediakan sampel etanol dan menyiasat sifat-sifat kimia etanol

TEORI
Etanol asli ialah cecair jernih yang mudah terbakar dengan takat didih pada 78.5 C
dan takat beku pada - 114.5 C. Sebatian ini mengandungi unsur karbon, hidrogen dan
oksigen. Ia juga mengandungi kumpulan hidroksil (- OH) dan berakhir dengan ol. Etanol
digunakan sebagai bahan anti-beku dan mempunyai bau vodka. Etanol juga dapat
dihasilkan dengan proses penapaian. Campuran glukosa dan yis yang bertindak balas akan
menghasilkan karbon dioksida dan etanol. Yis yang mendapat tenaga daripada penapaian
akan mengeluarkan enzim zimase yang mempercepatkan tindak balas penguraian etanol
dan karbon dioksida. Etanol daripada penapian glukosa dapat ditulenkan melalui proses
penyulingan.

Etanol atau alkohol etil ialah sebatian kimia yang ditemui di dalam minuman
berakohol atau arak. Selain digunakan di dalam arak, etanol juga digunakan sebagai bahan
api bagi menggantikan gasolin. Struktur kimia etanol ialah CH 3CH2OH. Tambahan pula,
etanol juga mudah meruap dan digunakan sebagai pelarut organik.
Ketumpatan etanol ialah 789 g/l, iaitu kurang 20% daripada ketumpatan air. Etanol
mudah larut dalam air, dan merupakan pelarut yang baik untuk pewangi, cat, dan tinktur. Ini
membolehkan perisa ditambah ke dalam etanol semasa proses pembruan (brewing)
Etanol boleh digunakan sebagai pembasmi kuman (70% hingga 85% etanol).
Larutan tersebut boleh membunuh organisma dengan cara mengubah protein dan melarut
lipid, dan menghalang kebanyakan bakteria, kulat, dan sesetengah virus. Namun, etanol
tidak berkesan terhadap spora bakteria. Disebabkan sifat ini, etanol boleh disimpan untuk

tempoh masa yang sangat lama (sebagai minuman alkohol). Etanol merupakan asid lemah,
lebih lemah daripada air dan membentuk ion etanoat ( C2 H5 O).
BAHAN-BAHAN/ ALAT RADAS:
Glukosa,

kentang masak, nenas hancur (mashed pineapple), beras, ubi kayu, pisang

hancur, yis, air kapur, air suling, air pili, larutan kalium manganat(VII) berasid, asid sulfurik
pekat, kertas turas, kelalang kon, bikar, silinder penyukat, kelalang penyuling, salur
penghantar dengan penutup,

termometer, kondenser Liebig, kolum penyulingan

berperingkat, kaki retort dengan penyepit, tungku kaki tiga, kasa dawai, penunu Bunsen,
salur getah, corong turas, tabung didih, kertas litmus biru, piring penyejat, pemegang tabung
uji, penitis.

BAHAGIAN A: PENYEDIAAN SAMPEL ETANOL

OBJEKTIF
Mengkaji penyediaan etanol di dalam makmal.

PERNYATAAN MASALAH
Bagaimanakah etanol disediakan di dalam makmal?

HIPOTESIS
Etanol dihasilkan melalui penapaian karbohidrat oleh yis.

PEMBOLEHUBAH:
Dimanipulasikan

: Jenis karbohidrat

Bergerak balas

: Penghasilan etanol

Dimalarkan

: Kehadiran yis

PROSEDUR:
A. Untuk menyediakan sampel etanol
1. Kira-kira 20 g glukosa dilarutkan dengan 150 cm3 air suling dalam sebuah kelalang
kon bersih.
2. Lebih kurang 10g yis ditambahkan kepada campuran tersebut dan digoncang dengan
baik.
3. Kelalang kon ditutup dengan penutup yang dihubungkan ke salur penghantar.
Penghujung salur penghantar dicelupkan ke dalam air kapur dalam tabung didih
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1(a).
4. Radas itu kemudian diletakkan di tempat hangat (35 C) selama lebih kurang
seminggu.
5. Perubahan yang berlaku dari masa ke semasa diperhatikan.

6. Selepas lebih kurang seminggu, kandungan dalam kelalang kon dituraskan dan hasil
turasan dituangkan ke dalam kelalang penyulingan.
7. Radas untuk proses penyulingan seperti yang ditunjukkan pada

Rajah1(b)

disediakan.
8. Hasil turasan dipanaskan dalam kukusan air dan etanol yang mendidih pada 78
hingga 80C dikumpulkan.
9. Warna dan bau hasil penyulingan yang dikumpul diperhatikan.
10. Langkah 1 hingga 9 diulangi dengan menggunakan kentang masak, nanas hancur,
beras, ubi kayu atau pisang hancur untuk menggantikan glukosa.

Rajah 1(a)

Rajah 1 (b)

KEPUTUSAN

Rajah 1(c) penapaian setelah seminggu


Pemerhatian:
1. Selepas beberapa hari, campuran penapaian yang jernih berubah menjadi keruh.
2. Air kapur menjadi keruh.
3. Hasil sulingan merupakan cecair yang tidak berwarna yang berbau tajam.

Pemerhatian perubahan dalam tabung uji


Perubahan dalam kelalang kon

Gelombong gas keluar

Perubahan dalam tabung uji

Air keruh menjadi jernih

Pemerhatian penyulingan berperingkat


Warna hasil sulingan

Tidak berwarna

Bau hasil sulingan

Berbau alkohol

PERBINCANGAN
Dalam eksperimen kali ini, kami dikehendaki untuk menyediakan sampel etanol.
Pada mulanya kami meletakkan yis dan glukosa di dalam kelalang kon dan ditinggalkan
selama seminggu. Di samping itu, kami juga menyediakan air kapur bagi melihat kehadiran
karbon dioksida. Setelah seminggu, kami mendapati, air kapur yang jernih telah bertukar
warna menjadi keruh. Ini menunjukkan kehadiran karbon dioksida sebagai produk
penapaian. Tambahan lagi, kami juga mendapati bahawa campuran yis dan glukosa yang
jernih bertukar keruh serta memberikan bau yang tajam. Hasil sulingan ialah etanol. Oleh itu,
penapaian glukosa menghasilkan etanol dan gas karbon dioksida. Penapaian glukosa dapat
diwakili oleh persamaan kimia berikut :

Zimase dari yis


C 6H12O6 (ak)

2C 2H 5OH (ak) + 2 CO2 (g)


30 oC

Etanol dipekatkan melalui proses penyulingan. Etanol dikumpulkan pada suhu kirakira 78oC. Etanol asli ialah cecair jernih yang mudah terbakar dengan titik didih pada 78.5
C dan titik beku pada - 114.5 C.

KESIMPULAN:
Etanol dapat dihasilkan melalui proses penapaian yis dan glukosa.

BAHAGIAN B: UNTUK MENYIASAT SIFAT-SIFAT KIMIA ETANOL

B-1 Untuk menyiasat pembakaran etanol


PROSEDUR:
1.

Kira-kira 2 cm3 etanol tersedia dituangkan ke dalam piring penyejat.

2.

Etanol

3.

Kemudahan pembakaran etanol diperhatikan.

dinyalakan

dengan

kayu

uji

menyala.

(Rajah

Rajah 2: Pembakaran etanol

KEPUTUSAN
Ciri pembakaran

Pemerhatian

Kebolehbakaran

Mudah terbakar

Warna nyala

Biru

Kejelagaan

Tiada

PERBINCANGAN
Dalam eksperimen bahagian ini, kami diminta unutk menyiasat sifat-sifat etanol.
Kami menguji etanol dengan kayu uji menyala. Hasilnya, etanol mudah terbakar dalam

2).

udara untuk memberikan nyala biru tanpa jelaga. Pembakaran lengkap etanol menghasilkan
gas karbon dioksida dan air.
C 2H5OH (ce) + 3O 2 (g) 2CO2 (g) + 3H2 O (ce)
Oleh kerana pembakaran etanol menghasilkan banyak tenaga haba, etanol merupakan satu
bahan api yang baik.

KESIMPULAN:
Pembakaran etanol memberi nyalaan biru tanpa jelaga.

B-2 Untuk menyiasat pengoksidaan etanol


PROSEDUR

1. Kira-kira 10 cm3 larutan kalium manganat(VII) berasid dituangkan ke dalam sebuah


tabung didih.
2. Kira-kira 10 titis asid sulfurik pekat ditambahkan ke dalam tabung didih tersebut
menggunakan penitis.
3. Kira-kira 3 cm3 etanol ditambahkan ke dalam campuran tersebut.
4. Radas seperti dalam Rajah 3 disediakan.
5. Campuran dipanaskan dalam kukusan air dengan api sederhana sehingga campuran
tersebut mendidih. Sebarang perubahan warna campuran direkodkan.
6. Bahan sulingan dikumpulkan di dalam tabung uji dan direndamkan di dalam air
sejuk.
7. Warna dan bau bahan sulingan direkodkan.
8. Bahan sulingan diuji dengan kertas litmus biru lembap.
9. Perubahan pada kertas litmus biru direkodkan.

Rajah 3: Pengoksidaan etanol

KEPUTUSAN
Campuran di dalam tabung didih berubah daripada warna ungu menjadi tidak berwarna.

Ujian pada hasil sulingan

Pemerhatian

Warna

Tidak berwarna

Bau

Harum

Kesan pada kertas litmus biru

Tidak berubah

PERBINCANGAN

Dalam eksperimen bahagian ini, kami dikehendaki untuk menyediakan asid etanoik yang
terhasil daripada tindak balas redoks. Larutan kalium manganat(VII) berasid merupakan
satu agen pengoksidaan yang baik. Larutan kalium manganat(VII) berasid mengoksidakan
etanol menjadi asid etanoik. Asid etanoik (hasil sulingan) merupakan cecair tidak berwarna
yang berbau harum. Warna ungu larutan kalium manganat(VII) berasid akan dilunturkan. Ini
adalah kerana etanol menurunkan ion manganat (VII) kepada ion manganat (II).
MnO4 (ak)

Mn (ak)

KESIMPULAN:
Etanol dioksidakan oleh larutan kalium manganat(VII) berasid kepada asid etanoik ( cuka).

SOALAN

1. Namakan enzim yang terdapat di dalam yis yang dapat menguraikan glukosa kepada
etanol.
Zimase

2. Tuliskan persamaan yang mewakili penguraian glukosa kepada etanol.


Zimase dari yis
C 6H12O6 (ak)

2C 2H 5OH (ak) + 2CO2 (g)


30 oC

3. Terangkan kegunaan penyulingan berperingkat dalam eksperimen ini.


Penyulingan berperingkat digunakan untuk menyuling etanol. Hasil turasan
yang diperoleh dipanaskan hingga takat didih 78 . Etanol disulingkan
pada suhu ini. Kondenser Leibig akan menyejuk dan mengkondensasikan wap
etanol kepada cecair. Etanol yang diperoleh ialah 96% tulen.

4. Tuliskan satu persamaan seimbang untuk mewakili pembakaran etanol.


CH 3CH 2OH (ce) +3O 2 (g)

2CO 2(g) + 3H 2O(ce)

5. Bolehkah etanol dijadikan bahan bakar kenderaan? Jelaskan.


Ya. Pembakaran etanol menghasilkan banyak tenaga haba. Oleh itu, etanol
merupakan satu bahan api yang baik.

6. Apakah fungsi larutan kalium manganat(VII) berasid dalam eksperimen ini?


Larutan kalium manganat(VII) berasid merupakan satu agen pengoksidaan
yang baik. Ia akan mengoksidakan etanol menjadi asid etanoik.

7. Tuliskan persamaan seimbang untuk mewakili pengoksidaan etanol.


CH 3CH 2OH(ce) + 2 ( O ) CH 3COOH (ce) + H2O(ce)

RUJUKAN

Hong, E. N. (1992). KBSM Kimia tingkatan 5. Ponyian: Mustamam Entreprise.


Looker,

D.

(2011,

Ogos

23).

Retrieved

Mac,

2015,

from

http://www.agriculture.com/news/policy/ethol-expects-or-tough-year_4-ar18636.
Manayyiti,

O.

(2011,

Ogos

23).

Retrieved

Mac,

2015,

from

http://www.newsday.co.zw/article/2011-08-23-govt-team-tours-chisumbanje-ethanolproject.
wikipedia.

(2011,

Ogos

22).

Retrieved

Mac,

2015,

from

http://en.wikipedia.org/wiki/Ethanol_fuel.
Wikipedia. (2011, Ogos 17). Retrieved Mac, 2015, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Etanol.

You might also like