Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE 3203
PENDIDIKAN LUAR
TUGASAN :
SEMESTER JANUARI 2010

NAMA

: MOHD HAZLEY B. YAAKOB

NO. MATRIK

: 670223065147002

NAMA TUTOR

: EN. MOHD AZLI BIN MOHD RAMLI

Soalan 1
1. Pendahuluan
Alam semulajadi merupakan sumber yang amat bernilai serta penting dalam
ekosistem bumi untuk terus memberi manfaat kepada semua hidupan di muka bumi.
Keprihatinan manusia dalam memulihara anugerah tuhan ini sepatutnya menjadi
keutamaan. Segala bentuk perubahan sama ada baik atau buruk yang terjadi kepada alam
sekitar akan memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada manusia dan hidupan
lain. Kefahaman dan kesedaran yang wujud tentang alam sekitar akan membantu
mengawal serta mengekalkan kualiti alam sekitar agar ia dapat berfungsi dengan
sebaiknya.

Gambar Sungai Muar atau Sungai Temuar di dalam kawasan Juasseh dalam daerah
Kuala Pilah..

(Sumber: Google maps)


Lokasi Kajian
Berdasrkan peta di atas, lokasi kajian yang dipilih bagi kajian ini melibatkan sebatang
sungai iaitu Sungai Muar atau Sungai Temuar. Ianya sangat penting kerana sungai ini
juga mengalir ke empangan Bangkung dan merupakan sumber air bagi kawasan
setempat.

Flora dan Fauna


Flora dan Fauna Yang terdapat di dalam sungai dan sekitar kawasan sungai:-

Flora

Fauna

Pokok Buluh

Ikan sungai

Tumbuhan menjalar di bawah pokok

Udang sungai

Pokok-pokok rumpai seperti serlapat


Katak
tunggul yang menjalar dan terapung di atas
air

Tumbuhan renek contoh, pokok kapal


terbang

Pepatung

Gambar di atas menunjukkan beberapa hidupan flora dan fauna yang terdapat di sekitar
kawasan dan dalam Sungai Muar.

Soalan 2
Setiap benda hidup akan mengitar semula tenaga matahari. Proses aliran tenaga
ini berlaku melalui rantaian makanan. Rantaian makanan bermula dari tumbuh-tumbuhan
hijau yang juga merupakan pengeluar kerana ia mampu membina gula daripada karbon
dioksida dan air melalui proses fotosintesis. Haiwan herbivor pula akan memakan
tumbuh-tumbuhan manakala haiwan karnivor akan memakan haiwan lain. Apabila
haiwan-haiwan ini mati, ia akan mengalami proses pereputan di mana bakteria dan
mikroorganisma akan mengembalikan nutrien kepada alam sekitar untuk diguna semula
oleh tumbuh-tumbuhan sebagai bahan nutrien. Jaringan makanan yang terdiri daripada
gabungan beberapa rantaian makanan dikenali sebagai siratan makanan. Gabungan ini
berlaku kerana organisma-organisma di dalam rantai makanan saling berinteraksi dan
bergantung antara satu sama lain.
Rantaian Makanan

Rumpai (Pengeluar)

Manusia (Sekunder)

Ikan (Primer)

Berdasarkan rantaian makanan di atas dapat dilihat dengan jelas bahawa:1. Rumpai bertindak sebagai pengeluar makanan di mana rumpai pula mendapat
makanan melalui fotosintesis dari matahari.
2. Apabila Rumpai hidup subur dan menjalar ke dalam air maka secara tidak langsung,
lumut-lumut, serangga-serangga serta ikan akan makan rumpai tersebut. Maka secara
tidak langsung ikan akan bertindak sebagai pengguna primer.
3. Manusia adalah pengguna sekunder di mana manusia akan menagkap ikan untuk
dijadikan makanan kerana ikan merupakan sumber protien yang sangat penting kepada
manusia.

Ekosistem Sungai
Ekosistem merupakan suatu persekitaran di mana berbagai binatang, besar atau
kecil, termasuk organisma mikro, tumbuhan, tanah tanih dan manusia saling berinteraksi.
Kita mempunyai berbagai ekosistem di mana setiap ekosistem ini dihuni oleh berbagai
haiwan dan tumbuhan di dalam persekitaran yang berlainan.
Sungai merupakan tanah lembab yang boleh diertikan sebagai suatu kawasan
marsh, fern, berair secara semulajadi , kekal dan dengan air yang mengalir
(bergerak).
Ekosistem tanah lembab yang sentiasa ditenggelami air ini merupakan satu
ekosistem yang sangat istemewa. Dalam ekosistem ini lantai hutan ditutupi dengan
dedaun ranting dan pokok-pokok mati, ini membuat permukaan tanah di kawasan ini
lembut dan berlumpur. Namun pokok-pokok di sini hidup dengan subur, begitu juga
dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini seperti burung, di mana ia membina
sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyak makanan di lantai hutan. Selain
burung, ekosistem ini juga merangkumi haiwan lain seperti berbagai jenis ikan, udang,
siput, mikro-organisma dan sebagainya.

Rajah 1 : Pelbagai jenis habitat tanah lembab


Sungai Muar boleh diklasifikasikan sebagai bentuk tadahan air yang bergerak.
Secara amnya, rupa bentuk Sungai Muar di kawasan hulu adalah kecil, runcing dan
airnya laju berbanding dengan sungai di kawasan hilir di mana ianya lebih luas dan lebih
perlahan pengalirannya.
Sungai Muar juga boleh diklasifikasikan sebagai sungai tanah rendah yang
perlahan. Sungai jenis ini biasa dijumpai dikawasan tanah rendah yang rata di mana tahap
ketinggian air dipengaruhi oleh hujan. Di dalam ekosistem yang tidak diganggu, dibawah
kanopi hutan, sungai Muar ini mempunyai kepelbagaian hidupan yang tinggi.

Soalan 3
Ancaman Sungai Muar
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengancam sungai Muar antaranya:i.

Menjadi Kawasan Pembuangan sampah.


Berdasarkan kepada beberapa penemuan tempat pembuangan sampah di tepi
tebing sungai Muar, kemungkinan besar sungai ini mungkin diancam dengan
sampah sarap yang dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan
sekiranya ianya tidak dikawal dengan baik ianya akan memudaratkan sungai
tersebut dengan pelbagai jenis sampah seterusnya menjejaskan kualiti air sungai
tersebut dan akhirnya akan menyebabkan hidupan di dalam sungai tersebut
terancam atau pupus.

ii.

Ancaman Penebangan Pokok.


Seperti yang kita sudah sedia maklum bahawa pokok berperanan sebagai tadahan
hujan. Tiadanya pokok akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan
menyebabkan air sungai tercemar. Di dapati di sekitar kawasan sungai berlaku
sedikit aktiviti penebangan pokok untuk tujuan pertanian. Sekiranya banyak
kawasan pertanian contohnya penanaman sayur dibuka maka dengan secara tidak
langsung banyak pokok-pokok ditebang. Ini akan mengancam sungai tersebut
kerana sungai tersebuta akan dipenuhi dengan keladak-keladak tanah.

iii.

Ancaman Aktiviti Pertanian.


Pembukaan kawasan-kawasan pertanian berhampiran dengan sungai juga boleh
mengancam sungai. Ini kerana bahan kimia yang digunakan untuk tanaman akan
mengalir masuk ke dalam sungai contohnya tanaman padi. Tanaman padi
biasanya memerlukan air yang banyak. Untuk memastikan tiadanya makhluk
perosak menyerang tanaman maka petani akan menggunakan racun serangga
untuk memastikan tanaman hidup subur. Apabila hujan, tanaman yang disembur

dengan racun tersebut akan mengalir ke sungai. Ini akan mengancam hidupan
yang terdapat di dalam sungai tersebut.
iv.

Aktiviti menangkap ikan.


Aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan bom ikan akan menyebabkan
bukan sahaja ikan yang akan mati tetapi juga segala hidupan-hidupan lain turut
akan mati contohnya udang dan sebagainya. Sekiranya aktiviti ini tidak dikawal
maka kemungkinan besar akan menyebabkan berlakunya kepupusan pada hidupan
yang terdapat di dalam sungai tersebut.

Langkah-langkah mengatasi ancaman


i.

Mewartakan rizab sungai.


Langkah yang paling awal yang boleh diambil adalah memohon kepada pihak
berkuasa untuk mewartakan sungai Muar sebagai rizab sungai kerana kepentingannya
sebagai sumber air kepada masyarakat setempat. Sungai ini juga merupakan sungai
yang menjadi punca air untuk Empangan Bangkung. Ini menunjukkan bahawa sungai
ini sangat penting untuk dilindungi.

ii. Menyediakan Sistem Perparitan


Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah
sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan baik
ke sungai. Ini amat penting supaya tiada bahan-bahan tercemar yang akan memasuki
sungai.
iii. Projek Pendalaman Sungai
Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai
mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran
telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahan-bahan

buangan. Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses
pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat di
sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi
mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.
iv. Memelihara Hutan
Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari
menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku
apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu
pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan
boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir
terus ke bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan
menyerap air hujan dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga
bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan
mampu menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan
kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja
pengurangan air hujan dapat dilakukan.
v. Mengawal Aktiviti Manusia
Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan
sampah dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran
kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan
seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu
juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan
tempat pembuangan sampah. Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat
dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha
seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa
berwaspada dengan kejadian ini.

vi. Rancangan Pengurusan Tadahan


Rancangan Pengurusan Tadahan akan dibangunkan dengan kerjasama pihak
berkuasa awam mengikut keutamaan, kawasan geografi dan jadual waktu yang
ditetapkan oleh Majlis Sumber Air, bertujuan :

Pembangunan dan penggunaan sumber air yang teratur dan terancang.

Mengekalkan atau meningkatkan kuantiti dan kualiti sumber air.

Mengekalkan dan meningkatkan keadaan tadahan dan persekitaran akuatik.

vii. Kawasan Pemeliharaan Air


Kawasan Pemeliharaan Air ialah kawasan di mana aktiviti-aktiviti perlu dikawal,
dihadkan atau diubahsuai, bagi menghalang pencemaran atau penurunan kualiti air
permukaan atau air akuifer yang telah dikenalpasti bahawa perlindungan adalah
dikehendaki. Pihak berkuasa boleh mengarahkan pemunya atau penduduk tanah
untuk:

mengambil langkah-langkah atau membina kerja-kerja untuk memperlahankan,


mengurangkan atau mencegah air daripada mengalir keluar dari tanah berkenaan
ke dalam suatu badan air.

menanam jenis-jenis tumbuhan yang tertentu

menempatkan semula struktur-struktur

mengusahakan suatu aktiviti, termasuk aktiviti pertanian, dalam suatu cara yang
tertentu

mengambil langkah-langkah lain untuk mencegah penurunan kualiti sumber

viii. Hukuman dari segi undang-undang


Hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan mencemar sungai. Sebagai
contoh di Sabah, mereka yang didapati bersalah mencemarkan sungai maka denda
berikut akan dikenakan iaitu:- denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun
atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan berterusan, kepada denda selanjutnya
lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari selama mana kesalahan itu berterusan.
Ini secara tidak langsung akan menyebabkan individu yang sengaja mencemarkan
sungai akan takut untuk menajalankan aktiviti mereka.ak

Penutup
Sungai Muar atau Sungai Temuar merupakan kawasan sumber air yang sangat
baik dari segi kualiti airnya. Berdasarkan kepada penemuan flora dan fauna yang terdapat
di sekitar kawasan sungai, di dapati kawasan sungai ini masih tidak tercemar. Namun
begitu beberapa aktiviti pertanian dan pembuangan sampah di sekitar kawasan sungai
sekiranya tidak dikawal akhirnya akan menyebabkan sungai ini tercemar dan seterusnya
akan mencemarkan dan memusnahkan habitat yang terdapat di sini.m
Oleh itu, langkah-langkah mengawal aktiviti-aktiviti yang boleh mencemarkan
sungai Muar perlu dikawal agar kualiti air sungai sentiasa berada dalam keadaan baik dan
ianya selamat untuk digunakan oleh manusia.n Sumber Air 1998 Fasal 34 & 38)

RUJUKAN
http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungai
http://tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=BM&b=JUL&m=4&r=m&i=NOTA
www.sabah.gov.my/jhl/edu/Tanah%20lembab/Bahagian%203.pdf
www.pkukmweb.ukm.my/~mjas/v7_n1/24-LimSunHoo157.pdf

You might also like