Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

[NOR ROZITAAINI BT YAACOB]

PENGENALAN
Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam
bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan
datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam
bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih
mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi
yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti
pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa,

gaya

persembahan,

bentuk

penyampaian, format dan pengolahan yang menarik.


Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis
perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan
konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan
mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya
sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan.
Pengolahan

teks

yang

sempurna

perlu

mempunyai

kesepaduan,

kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun


pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan
gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman
pembaca atau khalayak dengan lebih baik.
Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah,
ideologi dan teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan
sebagai fakta. Perkara yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat
dibuktikan, logik dan disampaikan secara mudah dan penuh bertanggungjawab.
Definisi dan Konsep Komunikasi
Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yang
bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa
ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi.

[NOR ROZITAAINI BT YAACOB]


Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau
emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang
dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson (1969).
Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran amat
mudah dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak
memberikan pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih bersifat
sehala. Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan
memberikan
Daripada

penekanan

pelbagai

kepada

definisi

yang

perkongsian
diberikan,

makna

dan maklum balas.

jelas menunjukkan

bahawa

komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, dan emosi oleh penyampai
kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan mencapai persamaan
makna.
Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam
masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan
penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi
sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa
tercapai.
KOMUNIKASI BERTULIS
Pengacara Majlis
Definisi
Pengendalian perjalanan sesuatu majlis sama ada rasmi atau tidak rasmi
mengikut sesunan atur cara yang telah ditetapkan.
Tujuan
Untuk mengurus perjalanan majlis tanpa sebarang gangguan dan catatan.
Prosedur
meneliti dan memeriksa program.

[NOR ROZITAAINI BT YAACOB]


mengetahui tujuan majlis diadakan.
meneliti senerai kehadiran.
mengetahui dan peruntukan masa akan diadakan
Pengacara Majlis

Sebagai nadi sesebuah majlis.

Seorang pengacara majlis harus melengkapkan diri dengan pelbagai

kemahiran agar majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar dan


meninggalkan kesan yang baik dihati para tamu dan penonton.
Ciri-ciri Pengacara majlis

Mempunyai personaliti yang menarik.

Suara yang sedap didengar.

Mempunyai keyakinan diri.

Pandai bermain bahasa dan emosi.

Mempunyai daya inteleksual yang tinggi.

Format Pengacaraan Majlis

Memulakan majlis dengan salam.

Kata-kata aluan.

Menyatakan tujuan majlis diadakan.

Mengendalikan atur cara yang ditetapkan.

Menentukan kesinambungan aturcara. Teknik Menulis Teks Pengacara majlis

Penyediaan teks
mengetahui nama majlis tersebut.
mengetahui tujuan majlis dan atur cara.
mendapatkan senerai nama jemputan terkini, terutamanya tetamu
kehormat.
merancang teks yang bersesuian dengan majlis.

[NOR ROZITAAINI BT YAACOB]

TEKS UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG (VIP)


PROTOKOL SEKOLAH
Tuan-tuan/puan-puan sekalian,
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran
kepada Tuhan kerana kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG
SMK Cheras Jaya Kali ke-12. Bersyukur juga kerana Tuhan telah mengerakkan
hati tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir dalam majlis ini.
Pada hari ini kita berada di dalam negara yang aman dan makmur serta
membangun dengan pesatnya. Dan nikmat yang kita kecapi pada hari ini
bukannya datang bergolek tanpa usaha dan ikhtiar dari pelbagai pihak sama ada
kita sedar ataupun tidak. Namun, alhamdulillah kerana kemakmuran dan
kejayaan negara hari ini telah kita nikmati bersama.
Tuan-tuan/Puan-puan
Hasil kajian para bijak pandai, mendapati pendidikan merupakan perkara yang
penting yang mampu mengubah taraf hidup kita. Dengan adanya ilmu
pengetahuan kita juga mampu meningkatkan keupayaan ekonomi, politik, sosial
dan agama.
Kerajaan juga telah memperuntukkan jumlah yang amat besar dalam usaha
meningkatkan mutu pendidikan. Syukur

kepada Tuhan, hari ini keadaan

kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia adalah sangat memuaskan dan jika


dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain, kemudahan
pendidikan di sekolah-sekolah kita jauh lebih baik.
Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,

[NOR ROZITAAINI BT YAACOB]


Walaupun berbagai-bagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan
kepada kita, namun yang amat menyedihkan ialah pencapaian anak-anak
bangsa kita dalam pendidikan yang kurang memuaskan. Keadaan ini jika
dibiarkan berterusan, sudah pasti masa depan anak-anak bangsa kita tidak
terjamin.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan
anak-anak mendapat ilmu pendidikan yang sempurna. Ibubapa tidak boleh
menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak 100% kepada pihak sekolah.
Perlu kita sedar bahawa masa anak-anak di sekolah hanya 6 jam sehari
manakala masa mereka di rumah dan dibawah pengawasan ibubapa adalah
lebih baik kurang 18 jam. Maka tidak wajarlah jika terus menuding jari
menyalahkan guru-guru di sekolah jika anak-anak kita tidak berjaya dalam
pelajaran. Oleh itu, sebagai ibubapa hendaklah sentiasa memberi kerjasama
kepada pihak sekolah untuk kebaikan anak-anak.
Masanya belum terlambat untuk kita semua memperbaiki perkara ini. Harapan
kita di masa-masa akan datang ialah dapat melihat peratusan belia yang mampu
untuk mencapai kecemerlangan. Sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa
masalah sosial yang melanda para belia kita sudah semakin runcing. Oleh itu,
ibubapa mestilah mampu menerokai dunia global yang penuh cabaran ini. Para
belia mestilah yakin pada diri sendiri dan mereka mestilah juga menjadi
pemandu dan penentu bangsa kerana pemuda pemudi adalah tiang negara.
Oleh itu, para belia perlukan pendewasaan sikap dan tingkah laku serta
mengamalkan budaya yang sihat agar pemahaman agama dapat membimbing
manusia ke arah kebenaran dan mampu memberikan rasa kedamaian,
kerukunan dan kesejahteraan.
Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,

[NOR ROZITAAINI BT YAACOB]


Kita merasa jijik dan amat apabila kita melihat di dada-dada dalam akhbar ada
ibubapa yang sanggup membuang bayinya di tempat-tempat awam. Kita
menganggap bahawa perbuatan mereka itu adalah tidak berperikemanusiaan.
Namun, jikalau dibandingkan dengan ibubapa yang tidak menghantar anak-anak
ke sekolah, masyarakat tidak pula menganggap ia adalah perbuatan yang tidak
berperikemanusiaan. Walhal perbuatan tidak menghantar ataupun tidak memberi
pendidikan kepada anak adalah satu perbuatan yang kejam kerana masa depan
anak-anak mereka tidak terjamin. Jika anak-anak tidak ada ilmu pengetahuan
bagaimana ia menempuh kehidupan pada masa akan datang yang lebih
mencabar.
Kita harus mempersiapkan generasi muda kita dengan berbagai kemahiran
hidup dan ilmu pengetahuan agar anak-anak muda ini tidak menyimpang
daripada cita-cita perjuangan bangsanya sendiri. Kita juga tidak mahu anak
bangsa kita dikatakan anak bangsa yang tidak tahu mengenang budi dan tidak
tahu berterima kasih terhadap jasa baik dan pengorbanan yang diberikan oleh
ibubapa, masyarakat dan kepimpinan negara.
Generasi muda harus diberikan pendedahan bahawa kemajuan, keamanan dan
kemakmuran yang kita warisi hari ini bukan diperolehi dengan cara yang mudah
dan bersenang-lenang, tetapi dengan semangat dan perjuangan yang tinggi bagi
mempertahankan maruah, bangsa dan negara. Ingatlah, apa juga gaya dan
corak kehidupan belia hari ini, adalah melambangkan masa depan negara dan
bangsa kita akan datang.
Justeru itu, adalah diharapkan dengan adanya seminar ibubapa, belia dan
beliawanis pada hari ini, dapat memberikan kita sedikit sebanyak pengetahuan
dan kesedaran tentang pentingnya pendidikan dalam usaha membangun negara
cemerlang. Oleh itu, saya merasmikan majlis ini.
Sekian, terima kasih.

[NOR ROZITAAINI BT YAACOB]

KOMUNIKASI
BERTULIS

MINIT MESYUARAT
Jenisjenis Mesyuarat
Format Minit Mesyuarat
Contoh minit mesyuarat

SURAT RASMI DAN


RASMI

Jenisjenis

Format Surat

Contoh Surat

MEMO
Ciriciri Memo
Format dan Contoh Memo

LAPORAN

Jenisjenis Laporan

Format Laporan

Contoh Laporan

PENGUMUMAN
Jenisjenis Pengumuman
Format Pengumuman
Contoh Pengumuman

TEMU BUAL

Jenisjenis Temu Bual

Format Temu Bual

Contoh Temu Bual

TEKS UCAPAN
Jenisjenis Teks Ucapan
Format Teks Ucapan
Contoh Teks Ucapan

TIDAK

TEKS PENGACARAAN MAJLIS


Jenisjenis Pengacaraan Majlis
Format Teks Pengacaraan Majlis
Contoh Teks Pengacaraan Majlis

You might also like