Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

Negeri Negeri

Selat
Sebab / Faktor
Penubuhan
Sistem Pentadbiran

Negeri-negeri Selat atau juga dikenali sebagai Kawasan Penempatan


Selat merupakan gabungan dari kawasan - kawasan yang dimiliki
oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara, yang mana
telah diberi Pemerintahan Kolektif pada tahun 1826 sebagai Koloni
Mahkota yang juga diberi kepada protectorates iaitu merujuk kepada
"native princely states" yang meliputi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Awalnya, Negeri-negeri Selat ini merangkumi Pulau Pinang (juga dikenali
sebagai Pulau Prince of Wales), Singapura, Kepulauan dan Jajahan Dindings
(Wilayah ini dikenali sebagai Daerah Manjung dan menjadi sebahagian Negeri
Perak),Seberang

Perai (juga

dikenali

sebagai

Province

Wellesley), Melaka, Labuan (menjadi sebahagian negeri Sabahpada tahun 1963


dan kemudiannya menjadi Wilayah Persekutuan pada tahun 1984) dan Pulau
Krismas sertaKepulauan Cocos (Keeling) (kini ditadbir oleh Australia).

Penubuhan Negeri-negeri Selat adalah melalui Perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824 diantara United Kingdom dan Belanda, yang
menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada Kawasan Jajahan
British di bahagian utara dan Kawasan Jajahan Belanda di bahagian
Selatan.
Sebagai balasan, kawasan penempatan British di Bencoolen
(Bangkahulu di Sumatera) diserahkan kepada Belanda dan Koloni
Belanda di Melaka diserahkan kepada British serta Belanda tidak akan
menuntut haknya ke atas Singapura. Pusat Pentadbiran Negeri - Negeri
Selat telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura pada tahun 1832.
Pada tahun 1867, Negeri - Negeri Selat telah dijadikan sebagai Koloni
Mahkota British yang mana pusat pentadbirannya telah dipindahkan dari
Calcutta ke Pejabat Tanah Jajahan di London pada 1 April.

Pada 4 Februari "Letters Patent" telah diberikan kepada penempatan sebagai


Perlembagaan Koloni. Bagi memberi kuasa yang lebih kepada Gabenor Negeri Negeri Selat yang mentadbir Koloni Negeri - Negeri Selat, sebuah badan telah
ditubuhkan bagi membantu Gabenor iaitu Majlis Eksekutif Negeri - Negeri Selat
yang mengandungi keseluruhan ahli - ahli majlis rasmi (i.e. ex officio), dan
sebuah Badan Perundangan yang mengandungi ahli - ahli rasmi dan ahli - ahli
yang dipilih. Jentera Pentadbiran bagi Koloni Negeri - Negeri Selat dan Negeri Negeri Melayu Bersekutu telah dilaksanakan oleh Perkhidmatan Awam yang
mana anggotanya telah dilatihkan dengan peperiksaan atau ujian yang kompetitif
yang dilaksanakan setiap tahun di London. Pulau Pinang dan Melaka ditadbir
secara langsung dari Gabenor dan Konsulat Residen

Penempatan Selat koloni diraja Britain


diwujudkan
pada
1826.Negeri-negeri
Selatini terdiri dari negeriPulau Pinang,
Melaka,Singapuradan
Dinding,
Perak( Manjung). Kesemua negeri ini
dahulunya di bawah jajahan takluk British.

Kedudukan Strategik
Mendorong Penguasaan British

Pertapakan SHTI di Pulau Pinang

Tipu Helah Francis Light bagi mendapatkan


Pulau Pinang

SHTI Mengambil Seberang Perai

Pertapakan SHTI di Singapura

Perpecahan Kepulauan Melayu

Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri


Selat

Pusat Pengumpulan Barang


SHTI memerlukan teh dari China kerana
mendapat pasaran di Eropah
China mahukan emas, perak, bijih timah
dan lada hitam yang terdapat di Kepulauan
Melayu
Pulau Pinang sesuai dijadikan pusat
pengumpulan barangan

Pelabuhan Persinggahan
Menyediakan bekalan air, makanan dan
kemudahan membaiki kapal
Pulau Pinang sesuai dijadikan tempat
berlindung sementara menunggu peralihan
angin monsun

Pangkalan Tentera
British dan Perancis bersaing untuk
menguasai perdagangan di India
Pulau Pinang sesuai dijadikan pangkalan
tentera untuk mempertahankan
penempatan British di India

Ancaman Kedah

Ancaman Bugis

Tunku Abdullah dilantik menjadi Raja Muda Kedah

Kerabat diraja tidak bersetuju kerana beliau bukan anak gahara

Kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis menentang Sultan Kedah

Raja Ali Haji menyerang Kuala Kedah dan Alor Setar

Sultan Kedah berundur ke Kangar

Sultan minta bantuan Firma Jourdain Sullivan and De Souza

Francis Light dihantar untuk berunding. Perjanjian membenarkan Firma


berniaga di Kuala Kedah

Sebagai balasan, Firma bersetuju memberi bantuan ketenteraan kepada


Kedah

Perjanjian dibatalkan kerana Firma mungkir janji.

Ancaman Siam

Kedah menghentikan penghantaran bunga emas ke


Siam semasa Perang Siam Burma.

Siam menuntut bunga emas dan tenaga manusia


setelah perang tamat.

Bimbangkan ancaman Siam, Sultan Abdullah minta


bantuan SHTI

Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sekiranya


SHTI sanggup melindungi Kedah.

Tipu Helah Francis Light bagi


Mendapatkan Pulau Pinang
Sultan Abdullah menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI
Francis Light menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah
dengan Sultan Abdullah pada 1786

Antara syarat perjanjian ialah:


1. SHTI membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh.
2. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah.
3. SHTI akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada
Sultan sebagai pampasan.

Mungkir Janji
1786 Siam mengancam Kedah
SHTI enggan memberi bantuan kepada
Kedah dengan alasan:

(a) tidak terlibat dalam perjanjian 1786

(b) menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam Sultan mendesak Francis


Light meninggalkan Pulau Pinang tetapi Francis Light enggan Sultan Abdullah
menyediakan angkatanlaut di Seberang Perai untuk menyerang Pulau Pinang
Baginda mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
Francis Light mendapat bantuan tentera British

Kesan

Sultan Abdullah tewas


Terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan
SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
George Leith dilantik menjadi Gabenor Pulau Pinang yang
pertama

PERTAPAKAN SHTI DI SINGAPURA


Pelabuhan Pulau Pinang gagal dimajukan kerana
terlalu jauh ke utara Selat Melaka.
British terpaksa melepaskan Betawi dan Melaka
kepada belanda
Kemajuan perdagangan dengan China
Pelabuhan strategik diperlukan untuk menguasai
laluan perdagangan antara China dan India
British mengambil alih Melaka dan Betawi daripada
Belanda melalui Perjanjian Surat-Surat Kew 1795
sehingga tamat Perang Napoleon.
Pedagang British di Betawi dikenakan cukai yang
tinggi dan layanan yang buruk apabila Belanda
mengambil alih Betawi.

SINGAPURA PANGKALAN PERDAGANGAN


YANG STRATEGIK
Mengawal laluan perdagangan di Selat
Melaka dan Selat Sunda.
Sesuai sebagai pelabuhan bebas untuk
menyaingi Betawi.
Menyekat kuasa monopoli Belanda di
Kepulauan Melayu.

SINGAPURA PANGKALAN PERDAGANGAN YANG


STRATEGIK
Mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka
dan Selat Sunda.
Sesuai sebagai pelabuhan bebas untuk
menyaingi Betawi.
Menyekat kuasa monopoli Belanda di
Kepulauan Melayu.
Raffles mencadangkan SHTI membuka
pangkalan baru di Singapura.
Raffles menghadapi masalah kerana Sultan
Abdul Rahman yang memerintah Johor berada
di bawah pengaruh Belanda

TAKTIK RAFFLES MENGAMBIL SINGAPURA

Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819.


Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman
menandatangani perjanjian yang membenarkan
British membina loji di Singapura.
Temenggung terpaksa menandatangani perjanjian
kerana bimbang diserang.
Sultan Abdul Rahman tidak bersetuju dengan
perjanjian tersebut.
Raffles menghidupkan masalah pewarisan takhta
antara Sultan Abdul Rahman dengan Tengku Hussein
sebagai helah.
Raffles mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan
Johor.

MASALAH PEWARISAN
TAKHTA KERAJAAN JOHOR
SULTAN MAHMUD III
(MANGKAT TAHUN 1812)

Tengku Hussein
Tengku Abdul Rahman
Putera sulung
Ditabalkan sebagai Sultan
Tidak ditabalkan kerana
Johor atas sokongan
tidak menghadiri upacara
pembesar Johor dan Belanda
pemakaman Sultan Mahmud
Berada di Pahang kerana
berkahwin

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824


Kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 kawasan
pengaruh.
British berpeluang meluaskan pengaruhnya di
Semenanjung Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa
Barat yang lain.
British menguasai laluan perdagangan di Selat
Melaka.
Kerajaan Johor berpecah dua iaitu:
a) Johor dan Singapura di bawah pengaruh
British
b) Kepulauan Riau dan Lingga di bawah
pengaruh Belanda

TUJUAN PENUBUHAN:
Menyeragamkan pentadbiran
Menjimatkan kos

FAKTOR PEMINDAHAN PENTADBIRAN NNS


DARI INDIA KE LONDON TAHUN 1867
SHTI di India tidak mengambil berat kebajikan
NNS
NNS membantah cadangan menghapuskan taraf
pelabuhan bebas di Singapura
Kemasukan imigran Cina yang tidak terkawal
serta wujudnya kegiatan kongsi gelap
Pengenalan Akta Mata Wang 1855 merugikan
pedagang kerana mata wang Sepanyol digantikan
dengan rupee India yang rendah nilainya.
Penduduk tempatan membantah tindakan British
menjadikan NNS sebagai tempat buangan
banduan.

You might also like