Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SISTEM INTEGUMENTARI

1. Struktur dan fungsinya


Struktur kulit :
Kulit adalah tipis, kalis air, tetapi juga organ kompleks yang terdiri daripada pelbagai sel
tertentu.
Ketebalan kulit adalah berbeza, kira-kira 0.5 mm pada permukaan lembut seperti kelopak mata,
5 mm atau lebih pada kawasan seperti tapak kaki.
Kulit terbahagi kepada dua bahagian lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
Dermis mengandungi beribu-ribu sensori yang peka dengan sentuhan.
Kulit juga terdiri daripada kelenjar peluh, dan salur darah.
Di bawah dermis, terdapat lapisan yang dipanggil lemak bawah kulit (subcutaneous fat)
Lapisan ini mengandungi tisu-tisu areolar (kelenjar peluh) dan tisu adipos (tisu lemak).
Fungsi kulit :
Pelindung tisu-tisu tubuh daripada kecederaan fizikal, serangan bacteria, kekeringan dan juga
sinaran ultralembayung (UV).
Mengesan rangsangan atau kederiaan, iaitu rasa sakit, sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
Mengekalkan suhu tubuh agar sentiasa normal.
Perkumuhan beberapa bahan seperti garam, beberapa bahan organik dan air bagi mengekalkan
keseimbangan metabolik dalam tubuh.
Pelinciran iaitu banyak mengandungi kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan rambut
dan kulit.
Keimunan (pelalian) yang dihasilkan sebum yang mampu bertindak sebagai pelindung pada
permukaan kulit dan menghalang pertumbuhan bakteria.
Struktur kulit :
a) Epidermis :
Epithelium berlapis.
Sejumlah lapisan sel yang disusun pada dua zon yang jelas kelihatan, iaitu zon tanduk dan
selapis zon germinal.
Lapisan epidermal :
o Stratum korneum :
selnya tipis, datar, seperti sisik.
Sel yang lebih superficial menjadi lapisan tak hidup yang disebut keratin.
Keratin ialah protein berserat yang kuat, amat rintang terhadap perubahan kimia, dan kalis air.
o Stratum lusidum :
Selnya mempunyai garisan jelas tetapi tiada nukleus.
o Stratum granulosum :
Sel yang jelas mengandungi nucleus dan diistilahkan sebagai granulosum.

o Stratum basal :
Sel basal yang terdapat dalam stratum basal terus menerus menghasilkan sel epidermis yang
baru.
Sel ini disusun dengan teratur, berderet dan rapat.
Epidermis tidak mempunyai sebarang pembuluh darah.
Duktus kelenjar peluh menembusi epidermis dan mendampingi rerambut.
Di atas permukaan epidermis terdapat garisan dan lekukan yang berhubung dengan papilari
dermis di bawahnya. Garis ini berbeza-beza, dan berdasarkan ini kajian cap jari dilakukan.
Pigmen :
o Melanin, melanoid, karotena , hemaglobin terturun dan oksihemoglobin memberi warna kulit.
o Melanin yang dihasilkan oleh sel melanosit epidermis disimpan dalam stratum basal.
o Melanin melindungi tubuh daripada cahaya ultraungu.
Kuku :
Plat terkeras korneum berkeratin di permukaan bahagian distal falanks.
Melindungi bahagian hujung digit yang sensitif.
Setiap plat kuku terdiri daripada dua bahagian, akar kuku dan badan kuku.
Purata pertumbuhan kuku jari ialah 1 mm seminggu
Rambut :
Ialah struktur berkeratin yang panjang yang berkembang daripada ivaginasi epithelium
epidermis.
Ia berfungsi sebagai alat perlindungan kepada tubuh, mengawal atur suhu tubuh, membantu
dalam penyejatan peluh, dan sebagai organ deria.
Terdapat tiga jenis rambut :
o Rambut lanugo (rambut primer):
Ditemui pada fetus, akan tanggal sebelum lahir, kecuali yang terdapat di bulu kening, kelopak
mata dan kulit kepala.
o Rambut velus (rambut sekunder) :
Tumbuh selepas bayi dilahirkan.
o Rambut terminal :
Terdapat di aksila (ketiak) dan kawasan pubik (di atas genitalia eksternal).
Ia dikawal oleh hormon seks.
Pada lelaki rambut ini terdapat di muka dan bahagian dada.
b) Dermis / korium
purata ketebalan 1.0-2.0mm
dermal papillae
cantum epidermis ke tisu di bawahnya
ketumpatan tisu penyambung tidak seragam
sel-sel otot
mempunyai sel saraf
salur darah
folikel rambut

kelenjar
Daya sentuhan :
o Mikrosensor : pengujung sel saraf halus.
o Saraf penghujung bebas (free nerve endings)
Bercabang, biasanya tidak berselaput bagi sensori suhu, sentuhan ringan, tekanan dan
kesakitan.
o Korpusel Meissner
Saraf penghujung yang berkapsul dalam dermis atas, terutama pada tapak tangan, tapak kaki,
bibir dan kelopak mata.
Ia memberi rangsangan terhadap tekanan ringan.
o Cakera Merkel
Reseptor tidak berkapsul, biasanya pada atas dermis atau bawah epidermis, terutamanya pada
kawasan tidak berambut.
Peka dengan sentuhan lembut dan tekanan rendah.
Korpuskel Ruffini
o Reseptor berkapsul di dalam kulit dan dalaman yang bertindak balas terhadap sentuhan
berterusan dan tekanan.
o Di dalam kapsul sendi, ia bertindak balas terhadap pergerakan putaran.
Korpuskel Pacinian
o Besar, reseptor berselaput terletak jauh ke bawah dalam dermis, dengan lapisan dinding
berpundi, dan berdekatan dengan sendi dan otot.
o Ia menerima rangsangan pada tekanan yang lebih kuat.
2. Apendaj dan fungsinya :
Kelenjar sebum :
Terdapat di lapisan dermis seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan tapak kaki.
Berfungsi mencegah rambut daripada menjadi kering dan rapuh.
Sebum juga membentuk filem perlindungan pada kulit yang dapat mencegah berlakunya
penyejatan air yang berlebihan daripada kulit.
Peluh :
Campuran air, garam (natrium klorida) urea, asid urik, asid amino, ammonia, gula, asid laktik,
asid askorbik.
Fungsi utama untuk membantu dalam pengawalaturan suhu tubuh dan untuk mengeluarkan
beberapa bahan kumuhan .
Ransangan utama peluh ialah kepanasan dan emosi.
Perpeluhan yang diransang emosi berlaku di dahi, aksila, tapak tangan dan tapak kaki.
Fungsi kulit dan apendajnya :
Perlindungan
o Epidermis terutama lapisan berkeratinnya, bertindak sebagai lapisan pelindung daripada
kerosakkan atau kelusuhan akibat penggunaan biasa (wear and tear) dan juga daripada
kemasukan organism.
o Sebum yang dihasilkan oleh kelenjar sebum merencatkan pertumbuhan beberapa bakteria .
o Pigmen melanin memberi perlindungan kepada kulit terhadap sinaran ultraungu cahaya

matahari .
o Dengan adanya akhiran saraf deria di kulit, tubuh dapat melakukan tindakan refleks terhadap
ransangan sakit atau kasar. Ini dapat melindungi tubuh dari kecederaan .
Lapisan kalis air
o Keratin bersifat kalis air. Keratin dapat mencegah kehilangan air yang berlebihan melalui
penyejatan.
o Keratin juga memberi perlindungan semasa mandi dalam air tawar tanpa menyebabkan tubuh
bengkak dengan air atau semasa mandi dalam air laut yang bergaram menyebabkan tubuh
mengecut.
Pengawalaturan suhu badan
o Suhu tubuh manusia ditetapkan pada purata 36.8 C.
o Pada keadaan suhu sekitar yang panas atau selepas senaman berat yang menghasilkan haba
tubuh yang berlebihan,saluran darah di dermis mengalami dilatasi.
o Ini menyebabkan aliran darah yang banyak ke permukaan kulit.
o Kelebihan darah di permukaan kulit akan meningkatkan pengeluaran haba daripada tubuh
secara sinaran, konduksi dan perolakan.
o Proses perpeluhan mengeluarkan haba tubuh melalui penyejatan peluh.
o Dalam persekitaran sejuk, konstriksi arteri membolehkan tubuh menyimpan haba.
Penghasilan vitamin D3
o Vitamin D3, iaitu kolekalsiferol dihasilkan di kulit, hasil tindak balas cahaya matahari dengan
7-dehidrokolesterol.
o Tanpa vitamin D3 daripada sumber lain, kanak-kanak yang tidak terdedah kepada cahaya
matahari akan mengalami rikets ( kelembutan pada tulang)
Bertindak sebagai organ reseptor
o Ini kerana kulit mengandungi akhiran saraf untuk beberapa jenis penderiaan yang berbeza yang
bertindak sebagai organ reseptor yang berhubung lansung dengan persekitaran.
Pengenalpastian diri
o Corak rabung papilari yang unik pada setiap individu digunakan untuk mengenalpasti
seseorang individu.
http://norayunibaharon.blogspot.com/2010/04/sistem-integumentari.html

You might also like