Surat Tunjuk Sebab

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 9

Jalan Tengku Ampuan Rahimah 9/20,


40100 Shah Alam.
Tel : 03-55129942 Fax: 03-55132413
Laman web: www.smks9.net Email: smkss9@gmail.com

1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ruj Kami : SMKS9.400-3/14/8 (6)
Tarikh
: 14 Oktober 2014
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana,
Jalan Kepuk 19/2,
Seksyen 19,
40300 Shah Alam.
(u.p : Unit Kewangan)
Tuan,
SURAT TUNJUK SEBAB MASIH MENGGUNAKAN FORMAT LAMA BAGI BORANG
PEGAWAI BERTUGAS RASMI DI LUAR PEJABAT
Nama Pegawai Yang Membuat Tuntutan
1. AZURA BINTI CHE OMAR
2. ANNA MARY A/P SANTHANASAMY
Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2.

3.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana masih menggunakan


format lama bagi borang Pegawai Bertugas Rasmi Di Luar Pejabat untuk
tuntutan perjalanan bulan September 2014 yang lepas kerana:2.1
Makluman dari pihak tuan tentang format baru borang Pegawai Bertugas Rasmi
Di Luar Pejabat yang di hantar pada bulan Mac 2014, telah diminitkan tidak
kepada saya, iaitu pegawai yang membuat tuntutan perjalanan.
2.2
Sepanjang membuat tuntutan perjalanan setiap bulan, pihak saya tidak pernah
menerima kuiri tentang perkara ini membuatkan saya tidak menyedari kesilapan
yang berlarutan ini.
Justeru, melalui surat ini saya ingin menyatakan permohonan maaf dan janji bahawa
kesilapan yang sama tidak akan berulang untuk tuntutan yang akan datang.

Sekian terima kasih.


Berkhidmat Untuk Negara

(SHAZLIN BINTI ABDUL JALAL)


PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17,
SMK SEKSYEN 9 SHAH ALAM.

You might also like