Nota Batik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

JENIS-JENIS BATIK

Batik adalah seni kraf tekstil tradisi Melayu yang masih unggul hingga ke saat
ini, dan ianya berpotensi menembusi pasaran antarabangsa. Corak dan
kombinasi warnanya yang tidak lekang dek peredaran fesyen antarabangsa
tanpa meninggalkan ciri tradisi tetap menjadi pilihan.
Terdapat beberapa teknik menghasilkan batik. Antara teknik utama ialah Batik
Blok, Batik Tulis, Batik Skrin dan Batik Perwarnaan Asli.
2.1 BATIK BLOK
Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah
satu daripada seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia.Ia
dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan penerapan warna. Sejarah
perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi dan
ianya terus berkembang terutama selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada
perkembangan batik di negara ini. Hasil hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan
dan rekacoraknya dan ianya melambangkan kerja tangan masyarakat tempatan.
Di Malaysia, teknik terawal yang diperkenalkan ialah Batik Blok. Proses awal
dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang
acuan kayu dengan menerap sejenis pewarna hitam dan teknik awal ini dikenali
sebagai 'terap hitam'.Pada tahun 1930 an, penggunaan lilin dalam proses
penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di pantai Timur. Sejajar
dengan itu, acuan yang diperbuat daripada kepingan keluli mula digantikan
dengan acuan kayu sebelumnya.
Corak-corak acuan ini lebih kemas dan halus buatannya.Acuan khas disediakan
untuk menerap lilin pada sarung di bahagian kepala kain, kapit kain, badan kain
dan kaki kain.
Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya
berdasarkan kepada flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagianbahagian tumbuhan yang ditiru berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan
corak direka secara realistik, abstrak dan stilisasi dalam bentuk geometrik atau
organik.
Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik ialah pucuk rebung,
pohon ara, bunga tampuk manggis, bunga mangga, bunga cempaka, bunga
buluh, bunga maman, bunga kerak nasi, bunga berbaling, bunga raya, daun
keladi, bunga kenaga dan beberapa lain lagi. Manakala bagi motif fauna yang
popular ialah seperti jaring ikan dan ayam.
2.2 BATIK TULIS
Pengeluaran komersil Batik Tulis di Malaysia hanya bermula sekitar tahun 1960
an dan memuncak pada awal tahun 1990 an. Pengeluarannya tidak lagi
tertumpu kepada Kelantan dan Terengganu, malah telah berkembang ke bandarbandar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Pekan di
Pahang dan Sabah.

Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Sungguhpun dihasilkan
menggunakan kaedah yang sama iaitu lakaran canting, wujud perbezaan dari
segi ciri-ciri rekaan malah juga estetik dan teknik pengeluran antara keduaduanya.
Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai
jenis kain termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri
daripada motif tumbuh-tumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya juga
mempunyai pelbagai susunan mengikut permintaan semasa.
Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan menggunakan canting. Canting
merupakan bekas tembaga kecil bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya
serta mempunyai saluran kecil yang dapat mengeluarkan lilin cair. Ia mempunyai
pemegang supaya mudah digunakan. Canting disikan dengan lilin panas dan
dilukiskan melalui hujung saluran canting ke atas kain yang telah diregangkan di
atas pemidang mengikut rekacorak yang dikehendaki. Kain yang telah dicanting
diwarnakan, dikeringkan, dimatikan warna dan direbus bagi mengeluarkan lilin
sebelum dikeringkan sekali lagi.
Terdapat lima jenis canting iaitu canting burung, canting kasut, canting periuk,
canting bola dan canting pelbagai mata.
Pengenalan teknologi dalam pengeluaran Batik Tulis ialah I.C.A.T.S. Ia merupakan
nama singkatan dari Sistem Tjanting Bersepadu Berbantukan Komputer Integrated Computer Aided Tjanting System. Ia satu sistem peralatan yang
menjalankan proses tjanting secara automatik. I.C.A.T.S terbahagi kepada dua
sistem komputer iaitu Sistem Komputer Rekaan dan Sistem Komputer Kawalan
I.C.A.T.S.

Ia membolehkan lukisan bebas digunakan, yakni


sesuai untuk mereka corak-corak seperti bunga, daun dan sebagainya. Lukisan
dan simbol boleh dilukis dan disimpan di dalam komputer untuk tujuan
membangunkan satu khazanah corak-corak.
Antara ciri-ciri yang terdapat pada perisian ini adalah kemudahan potong dan
tampal sesuatu corak yang sedang dibuat.
2.3 BATIK SKRIN
Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan
berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan
bergantung kepada bilangan warna kain yang dikehendaki di mana setiap blok
skrin boleh dicetak satu warna.
Di dalam proses penyediaan blok skrin secara manual, rekaan diambil
gambar,filem dicuci, dibuat pengasiangan warna dengan memotong dan
menampalkan filem di atas plastik.
Ia seterusnya didedahkan kepada cahaya di atas kain sutera saring yang
diregangkan di atas bingkai dan telah disapukan dengan photo emulsion di
atasnya.
Kemudian blok skrin itu dibersihkan bagi menghasilkan rekaan di atasnya. Blok
skrin yang telah disediakan, digunakan untuk mencetak kain dengan pewarna
yang dikehendaki di atas meja skrin. Kain yang telah dicetak dikeringkan dan
dimatikan warnanya sebelum dibasuh dan akhirnya dikeringkan semula.
Percetakan kain boleh diulang beberapa kali bergantung kepada bilangan warna
yang dikehendaki.
Satu pendekatan baru yang berkonsep teknologi maklumat yang dirancang oleh
Kraftangan Malaysia, khasnya di Kraftangan Malaysia Cawangan di Kelantan
dengan memperkenalkan System Atex Design iaitu proses perisian menghasilkan
rekacorak batik secara pengendalian komputer yang dijangka akan
mempercepat proses pengeluaran dan menjimatkan kos dalam jangka masa
panjang.
Kelebihan proses Atex Design berbanding proses rekaan skrin secara manual.
Cara ini dapat menghasilkan rekaan dengan baik dan cepat. Proses grafik juga
dapat dilakukan dengan cepat dan mudah.
2.4 BATIK PEWARNAAN ASLI
Pengenalan semula penggunaan warna asli daripada tumbuh-tumbuhan
tempatan merupakan satu alternatif dan berkonsep mesra alam.Pengembalian
semula kaedah ini wujud atas kesedaran masyarakat tempatan tentang budaya

sihat dan mesra alam.


Batik Pewarnaan Asli turut mengaplikasikan pelbagai teknik untuk menghasilkan
kreativiti batik yang berlainan ragam iaitu kombinasi teknik ikat iaitu gabungan
tie and dye dengan blok dan batik lukis & tie and dye dengan skrin.

You might also like