2 Kajian Kes Cikgu Imran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Baca dengan teliti kes Cikgu Imran.

Contoh Kes: Pengalaman Cikgu Imran


Cikgu Imran mempunyai 9 tahun pengalaman mengajar di sebuah sekolah menengah di luar
bandar. Beliau baru sahaja berpindah kesebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur dan telah
ditugaskan untuk menjadi guru kelas bagi tingkatan 1 Mawar. Cikgu Imran beranggapan tugas beliau
sebagai guru Bahasa Malaysia akan lebih mudah berbanding dengan pengalaman beliau ketika bertugas
di sekolah luar bandar di mana kebanyakkan murid-murid beliau telah memulakan sekolah menengah
tanpa menguasai kemahiran asas yang menyeluruh dan rata-rata murid-murid beliau datang daripada
keluarga berstatus ekonomi yang rendah serta kecenderungan untuk murid mempunyai ibu yang
merupakan suri rumahtangga serta mempunyai tahap pendidikan SPM sahaja.
Pada minggu pertama persekolahan, Cikgu Imran merasa terkejut apabila beliau mendapati saiz
kelas tingkatan1 Mawar adalah besar di mana terdapat seramai 47 orang murid yang mempunyai
pelbagai tahap kemahiran serta latar belakang yang berbeza. Tanggapan beliau bahawa semua murid
telah menguasai kemahiran asas dan bersedia untuk memulakan PdP tingkatan satu persekolahan
dengan keyakinan dan penguasaan kemahiran 3M yang baik adalah salah sama sekali. Mengikut
pemerhatian beliau selama seminggu di dapati terdapat beberapa orang murid yang akan membisu
apabila diminta untuk membaca dan pada waktu yang sama terdapat beberapa orang murid yang sangat
suka menawarkan diri untuk membaca atau menulis jawapan di papan putih.
Didapati kumpulan murid ini mendominasi aktiviti kelas dan pantas melaksanakan tugasan yang
diberi. Contohnya Irfan, Azmi dan Alisya akan cepat selesaikan latihan yang diberi dan akan sibuk hendak
melihat kerja rakan-rakan mereka. Manakala Alis dan Ayra akan duduk termenung atau melukis
sementara tunggu aktiviti seterusnya. Haziq dan Saqeef pula akan bergurau senda dan bising sementara
menunggu rakan-rakan lain selesaikan latihan. Terdapat juga beberapa orang murid lelaki lain yang akan
turut bersembang bersama Haziq dan Saqeef walau pun tugasan mereka belum selesai.
Pengalaman Cikgu Imran sebagai guru Bahasa Malaysia bagi murid-murid tingkatan satu Mawar
telah membuat Cikgu Imran merasakan bahawa tugas beliau di sekolah bandar tidak kurang cabarannya.
Beliau mula merasakan bahawa beliau perlu melakukan sesuatu supaya semua murid kelasnya dapat
mencapai tahap memuaskan dan tidak tercicir. Memandangkan peperiksaan akhir tahun akan tiba tidak
lama lagi, Cikgu Imran langsung tidak mahu membuang masa untuk bertindak atau menunggu bulan
Oktober untuk mengetahui tahap kebolehan murid-muridnya.

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Apakah masalah atau isu pengurusan PdP kelas 1 Mawar?


Senaraikan dan huraikan cabaran yang dihadapi oleh Cikgu Imran sebagai guru Bahasa Malaysia
kelas 1 Mawar.
2. Terangkan kaedah atau langkah-langkah yang perlu diambil oleh Cikgu Imran untuk mengenalpasti
kesediaan pembelajaran murid 1 Mawar supaya beliau boleh membina pelan tindakan untuk
membantu semua murid menguasai kemahiran membaca dan menulis.
3. Sediakan satu pelan tindakan yang lengkap supaya Cikgu Imran dapat:
a. Mewujudkan suasana PdP yang kondusif untuk memupuk minat murid terhadap pembelajaran
mereka
b. Memastikan pelaksanaan PdP yang berkesan.

You might also like