Pengenalan Acara Lari Jarak Jauh

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ACARA LARIAN JARAK JAUH

TEKNIK LARIAN
PERMULAAN

1. Teknik permulaan standing start adalah sesuai digunakan dalam acara jarak jauh
dan sederhana. Standing start digunakan untuk meningkatkan tahap konsentrasi
dan respon semasa berlepas. Gambar diatas menunjukkan contoh lain bagi standing
start iaitu falling start dan 3 or 4 point stances. Gerakan larian sejak permulaan lebih
rileks dan tidak dilakukan secara maksimum. Kedudukan mata ialah fokus
kehadapan dalam jarak 10-20m.
2. Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam berlari sebaik sahaja permulaan
dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari
pada jarak yang jauh sedikit jika terus berlaku di lorong luar serta untuk
mengelakkan diri daripada kemungkinan gangguan peserta lain semasa berlari.
3. Pelari seboleh mungkin hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada
kumpulan pelari yang ramai, sebaik-baiknya hendaklah mengekori pelari di hadapan
pada jarak yang tidak terlalu jauh dan mengekalkan larian di samping menyimpan
tenaga untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian.

SEMASA BERLARI

Kedudukan badan
Kedudukan badan untuk acara jarak sederhana dan jarak jauh adalah sangat
berbeza dengan cara larian acara pecut.

Gambar diatas menunjukkan beza Ketika berlari dan mendekati garis penamat,
kedudukan badan agak condong kehadapan. Ketika membuat dip, badan akan ke
hadapan sedikit namun tidak secondong seperti pada larian pecut. Pergerakan lutut
juga tidak tinggi, sekadar untuk memastikan keseluruhan tapak kaki tidak mencecah
trek.

Pergerakan tangan
Tangan dihayun menyilang dan tidak melepasi garis tengah badan. Tangan
dibengkokkan disiku kurang daripada 90 dan dihayun ke atas setinggi dagu dan
kebawah separas pinggul dengan bukaan seluas lebih kurang 120.
Pergerakan kaki

Gambar diatas menunjukkan kedudukan tumit kaki belakang dan hujung tapak kaki
ketika tapak kaki mencecah tanah. Ketika kaki mencecah tanah, tumit belakang
tapak kaki akan mendarat dahulu, diikuti dengan keseluruhan tapak kaki kemudian
hujung tapak kaki hadapan. Setiap langkahan rapat dan berubah mengikut kelajuan.

1. Atlit digalakkan untuk menyimpan tenaganya dengan cara mengekalkan kelajuan


sehingga ke peringkat akhir larian. Hal ini kerana, Walaupun kederasan larian
bergantung kepada ketahanan dan keupayaan daya seseorang pelari, tetapi dalam
acara jarak jauh ini, kederasan tidak dapat dikekalkan berterusan sepanjang larian.
Setelah berlari beberapa jarak tertentu, pelari akan keletihan dan tenaganya
berkurangan, menyebabkan lariannya menjadi perlahan. Pelari hendaklah berlari
mengikut rentak larian sendiri untuk tidak menjejaskan larian sendiri.
2. Berlari di lorong yang paling dalam. Ini bertujuan untuk mengurangkan jarak
sebenar larian. Ini disebabkan seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih jauh
jika dia menggunakan lorong luar.
3. Mengekalkan kepantasan. Ada baiknya jika pelari mengikut dengan rapat manamana pelari yang mendahului larian. Satu cara lagi ialah dengan berlari dalam
kumpulan.Tujuannya untuk bersedia untuk meninggalkan kumpulan itu pada jarak
terakhir larian.
4. Meningkatkan kepantasan pada akhir larian. Walaupun kebanyakan pelari tidak
terdaya lagi untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian, namun setidaktidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan kelajuan
dalam mencapai garisan penamat.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG UMUM LARI JARAK JAUH PERMULAAN


Larian hendaklah dimulakan dengan letupan pistol. - Kata perintah yang standard
bagi larian jarak jauh hendaklah digunakan. - Bagi perlumbaan antarabangsa,
amaran lima minit, tiga minit dan satu minit hendalkah diberikan. - Stesen hadapan
di garisan permulaan hendaklah disediakan dan peserta-peserta dari satu-satu
pasukan akan berbaris memanjang ke belakang.

STESEN PERSEGARAN
Air atau minuman yang bersesuaian hendaklah disediakan di permulaan dan
penamat perlumbaan. - Bagi semua acara, minuman hendaklah disediakan pada
setiap pusingan jika keadaan cuaca memerlukan ia di sediakan.

PENSKORAN
Setelah perlumbaan selesai, para hakim hendaklah memutuskan kedudukankedudukan muktamat para peserta setiap pasukan yang bertanding,
mencampurkannya dan mengisytiharkan pasukan yang memperoleh jumlah yang
terendah sebagai pemenang. -Jika terdapat jumlah yang seri, kemenangan akan di
berikan kepada pasukan yang peserta terakhirnya mempunyai kedudukan yang
lebih baik daripada peserta terakhir pasukan yang seri dengannya.

CONTOH ACARA JARAK JAUH

Acara lari jarak jauh 10 000 meter dijalankan dalam 25 pusingan balapan 400
meter. Ini bermakna pelari akan berlari sejauh 10 kilometer. Oleh sebab
jumlah keseluruhan pusingan ialah 25 pusingan, ini bermakna permulaan
untuk acara ini ialah pada tempat permulaan di garisan penamat acara larian.
Oleh sebab jaraknya agak jauh, acara 10 000 meter ini tidak terdapat dalam
kebanyakan kejohanan olahraga di peringkat sekolah. Acara ini juga tidak

disertai oleh kaum wanita.


Merentas desa
Bagi acara merentas desa pula, jarak yang ditetapkan bagi kejohanan
Berpasukan Merentas Desa Dunia yang telah di persetujui oleh IAAF ialah :
kategori jarak larian:
o LELAKI 12KM
o LELAKI JUNIOR 8KM
o WANITA 8KM
o WANITA JUNIOR 6KM
Laluan merentas desa hendaklah direka di kawasan terdedah atau di
kawasan hutan kayu, jika boleh dilindungi dengan rumput, mempunyai
halangan semulajadi agar boleh digunakan oleh pereka laluan untuk
membina satu laluan perlumbaan yang menarik. Laluan yang digunakan

hendaklah cukup luas dan bukan hanya untuk menempatkan haluan tetapi

juga segala kemudahan yang digunakan.


Marathon
Jarak untuk marathon ialah 10km,15 km dan 20km untuk lelaki dan

perempuan. Jarak marathon utama ialah 42.195km.


Lari berhalangan
Lari berhalangan memerlukan atlit untuk berlari dengan jarak 3000m yang
memerlukan atlit untuk melepasi 4 halangan dan 1 air terjun. Penghalang
mempunyai ketinggian 914mm (36 in) untuk lelaki dan 762mm (30 in) untuk

wanita- IAAF.
Lumba jalan kaki
Acara yang memerlukan langkah yang berterusan supaya langkah sentiasa
mencecah bumi dan tidak ada jejak yang tidak mencecah bumi yang boleh
kelihatan dengan mata kasar. Jarak bagi lumba jalan kaki ialah 5km, 10km,
20km dan 50km. lumba jalan kaki dijalankan di balapan atau jalan raya.
dan 4x400m.

You might also like