Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PERKEMBANGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI MALAYSIA

Perkembangan bimbingan dan kaunseling di Malaysia, khususnya di sekolah secara


rasminya bermula dengan program bimbingan kerjaya yang diperkenalkan pada tahun
enam puluhan apabila konsep Guru Panduan Kerjaya mula diperkenalkan dalam sistem
persekolahan di Malaysia. Bagaimanapun, maklumat yang berkaitan dengan kerjaya
untuk panduan ibu bapa wujud sejak tahun 1930-an lagi, iaitu apabila pihak Jabatan
Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menerbitkan sebuah
buku berjudul A Guide to Career in Malaya for Parents, Teachers, and Pupils. Pada
1959, iaitu dua tahun selepas merdeka, kerajaan baru Tanah Melayu di bawah
Kementerian Buruh telah menyediakan perkhidmatan pekerjaan belia di Pejabat Buruh
Negeri. Usaha-usaha awal ini lebih menjurus kepada bimbingan terhadap kerjaya (Amla
1984).

Pihak Kementerian Pendidikan (Pelajaran ketika itu) mula menunjukkan minat dalam
bidang bimbingan juga bermula dengan program bimbingan kerjaya yang dikenali
sebagai panduan kerjaya. Minat yang ditunjukkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
bermula pada awal 1960, apabila pihaknya mengeluarkan pekeliling berkaitan
kepentingan vokasional dan keperluan kepada guru kerjaya yang ditempatkan di sekolahsekolah. Pada tahun berikutnya sebuah Jawatankuasa Penyelarasan Bimbingan
Vokasional (Vocational Guidance Coordinating committee) ditubuhkan dan sebuah buku
panduan diterbitkan dengan judul Handbook on Training Facilities in the Federation of
Malaya, diikuti penubuhan sebuah jawatankuasa bagi menyelaras bimbingan vokasional
yang diberi nama 'Vocational Guidance Coordinating committee' (Suradi 1996).

Usaha yang semakin serius ke arah mewujudkan guru pembimbing yang kemudiannya
dikenali sebagai 'guru panduan' adalah hasil daripada perubahan polisi pendidikan
Malaysia (Tanah Melayu) yang meluaskan peluang pendidikan dari enam tahun kepada
sembilan tahun. Pelaksanaan polisi baru ini menyaksikan satu perubahan besar terhadap

peraturan memasuki sekolah menengah. Syarat lulus Peperiksaan Darjah Enam untuk
masuk sekolah menengah dihapuskan pada 1964. Kemasukan secara terbuka ini
menyebabkan bilangan pelajar yang memasuki sekolah menengah mencapai angka yang
sangat besar dan tiada piawai untuk mengukur keupayaan pelajar. Polisi ini
mengakibatkan perbezaan kebolehan pelajar yang sangat luas dan menyebabkan
perkhidmatan bimbingan yang dikenali sebagai 'panduan' diperkenalkan di sekolahsekolah pada awal 1960-an (Amla 1984).

Dengan bantuan UNESCO seorang perunding dari Kanada, iaitu R.K.Mackenzie pada
1962-1963 telah membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memulakan khidmat
bimbingan yang lebih dikenali sebagai 'panduan' di sekolah. Beliau menyediakan latihan
mengendalikan perkhidmatan bimbingan kepada beberapa pegawai pendidikan Malaysia.
Kemudian pada 1969, seramai 275 orang guru diberikan kursus singkat di Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dengan bantuan UNESCO sehingga 1980,
kemudiannya program Sijil Khas Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di maktab
yang sama.

Selaras dengan usaha awal melahirkan guru 'panduan' tersebut, pihak Kementerian
Pendidikan telah mengambil satu lagi langkah untuk menjayakan rancangan panduan itu
dengan mengeluarkan peraturan yang dapat mengembangkan lagi bidang ini. Pada 1968,
jawatan Ketua Unit Panduan Pelajaran telah diwujudkan. Ini diikuti dengan peraturan
yang menentukan supaya guru panduan mengajar tidak lebih daripada 25 waktu setelah
tugas guru panduan dikenal pasti. Pada waktu itu istilah 'panduan' telah digantikan
dengan 'bimbingan'. Guru bimbingan sekolah menengah mempunyai 14 tugas, sementara
guru bimbingan sekolah rendah mempunyai 11 tugas. Pada 1972 pihak Kementerian telah
menyediakan peruntukan kewangan kepada sekolah untuk menjalankan aktiviti
bimbingan dan kaunseling. Kemudian pada 1973, Kementerian Pendidikan Malaysia
menubuhkan Unit Pendidikan Penyalahgunaan Dadah yang diletakkan di bawah bahagian

sekolah-sekolah. Pada 1975 jawatan Penolong Ketua Unit Panduan Kerjaya telah
diwujudkan.

Laporan Kabinet 1979 menyarankan supaya peranan guru panduan diluaskan kepada
aspek tingkah laku pelajar dan tidak terbatas kepada panduan kerjaya sahaja. Laporan
tersebut seterusnya mencadangkan supaya sebuah unit Hal Ehwal Murid di sekolah yang
mempunyai Unit Bimbingan dan Kaunseling yang baru diwujudkan. Cadangan ini telah
dilaksanakan dan guru bimbingan kemudiannya diarahkan supaya meluaskan khidmat
bimbingan merangkumi aspek peribadi dan sosial (Kementerian Pendidikan 1993).

Kemudian pada 1981, Unit Pendidikan Penyalahgunaan Dadah ditukar menjadi Unit
Bimbingan dan Kaunseling dengan diketuai oleh seorang yang bertaraf Ketua Penolong
Pengarah dan dibantu oleh empat pegawai. Pada tahun yang sama pegawai untuk
menyelaraskan pendidikan penyalahgunaan dadah turut dilantik. Peranan mengajar guru
bimbingan terus dikurangkan kepada 12 waktu apabila pihak Kementerian Pendidikan
semakin peka terhadap kepentingan peranan program bimbingan dan kaunseling dalam
membantu pertumbuhan yang sihat dalam kalangan murid-murid.

Pekeliling KP (BS) 859/Jld.2 (29) Kementerian Pelajaran Malaysia bartarikh 2 Januari


1985 (Kementerian Pendidikan 1993) mengarahkan supaya ditubuhkan satu
Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. Dasar yang menggariskan beban kerja guru
bimbingan ini disertakan dengan peruntukan kewangan sebanyak 40 sen setahun untuk
setiap pelajar mulai 1993 dan jumlah itu kekal hingga ke hari ini (Pekeliling KP
1573/17/Jld.8/(78)). Akhirnya pada bulan Jun tahun 1996, jawatan kaunselor sekolah
sepenuh masa diwujudkan.

Aspek profesionalisme kerja dalam bidang ini semakin diberi perhatian. Sebuah
pertubuhan vokasional yang dipanggil 'Malaysian Vacational Guidance Association'
ditubuhkan pada 1973 untuk mengembangkan bidang ini pada tahap nasional dan

antarabangsa. Persatuan Kaunseling Malaysia atau yang lebih dikenali sebagai


PERKAMA kemudian ditubuhkan secara rasminya pada 1982. Pada awal 1990 bidang
kaunseling dijangka mampu untuk memberikan perkhidmatan yang profesional. Dengan
itu langkah tertentu telah diambil untuk meningkatkan taraf kerjaya dalam bidang
tersebut sebagai sebuah profesion. Pihak Kementerian Perpaduan Negara mengambil
inisiatif memulakan langkah menubuhkan sebuah majlis yang dinamakan Majlis
Kaunseling Kebangsaan untuk memulakan usaha ke arah penggubalan akta kaunselor,
yang kemudiannya diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan akhirnya diwartakan pada
awal 2000. Akta yang dikenali sebagai Akta Kaunselor 580 ini, selain menjadi pelindung
kepada pengguna dan klien dalam aktiviti kaunseling, juga mempunyai peruntukan
penubuhan sebuah lembaga yang dinamakan Lembaga Kaunselor Malaysia dengan
fungsinya mengawal selia amalan kaunseling di Malaysia. Tugas utama lembaga tersebut
ialah mendaftarkan semua kaunselor di Malaysia dan mengeluarkan lesen amalan
kaunseling bagi kaunselor berdaftar yang ingin memberikan khidmat mereka kepada
orang ramai. Selain daripada itu, lembaga juga bertanggungjawab menentukan piawai
latihan kaunseling di negara ini dan kuasa mendakwa terhadap amalan kaunseling yang
bertentangan dengan peruntukan dalam akta. Ringkasnya dengan terwartanya Akta
Kaunselor 580 tersebut, maka tahap profesionalisme kaunseling di Malaysia dapat
dipertingkatkan (Abdul Halim 2001; Akta Kaunselor 580 1998).

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem


persekolahan kita pada tahun 1960an. Selama ini perkhidmatan ini lebih menitik beratkan
bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan
pelajaran di sekolah -sekolah kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari masa ke
semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas
bimbingan.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanan Dasar Pelajaran(1979)
menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di
sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.
`Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah
hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah
menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan
panduan kerjaya sahaja`.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi
latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling
di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah:
a. Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus
pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidkkan selama
seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga
tahun 1982.
b. Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus
khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil
Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.
c. Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan
Kursus Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang
berijazah.
d. Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling selama 4 tahun .
Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas
Bimbingan dan Kauseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun.
e. Mulai tahun 1982 juga , Bahagian Pendidikan guru mula memperkenalkan
Kursus Dalan Cuti(KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu

semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi
menjayakan rancangan tersebut.
f. Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula meperkenalkan kursus
khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus
KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas
Bimbingandan Kaunseling.
g. Mulai tahun 1987 Institut Peguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan
KUrsus Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun bagi guru-guru bukan
siswazah.
h. Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya
dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah
selama tiga bulan termasuk praktikum.
i. Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling,
Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut
Perguruan Darul Aman, Jitra Kedah.

Bidang bimbingan dan kaunseling suatu bidang yang masih muda usianya dan
mempunyai sejarah yang aktif di Malaysia. Sejarahnya dapat dilihat melalui beberapa
dasar kerajaan, permulaan kursus-kursus latihan yang dianjurkan oleh Kementerian
Pendidikan dan kebelakangan ini melalui perkembangan program-program ijazah,
diploma dan sijil untuk guru-guru bimbingan dan para kaunselor.
Sejarah perkembangan kaunseling di Malaysia bermula pada tahun 1938 menerusi
pembentangan laporan keperluan bimbingan di sekolah melalui pentadbiran Kolonial
Britain H.R Cheeseman. Pada tahun 1939 , kaunseling di Malaysia semakin
berkembang dengan penerbitan buku panduan A Guide to Careers in Malaya for Parents ,
Teachers and Pupils. Penubuhan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga kebajikan
komuniti pada tahun tahun 1946 menunjukkan kaunseling di Malaysia semakin
berkembang. Pada tahun 1959 , tertubuhnya Perkhidmatan Pekerjaan Belia oleh Jabatan
Buruh. Kaunseling di Malaysia semakin berkembang dan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling diperkenalkan di sekolah pada tahun 1962. Pada tahun 1964 pula pekeliling
pendidikan dikeluarkan supsys setiap sekolah melantik seoarang guru bimbingan yang
memeberi focus kepada khidmat panduan pelajaran , kerjaya dan peribadi. Setelah itu ,
UKM menawarkan perkhidmatan kaunseling di Unit Runing Cara pada tahun 1973. Lima
tahun kemudian iaitu pada tahun 1978 , Penjara Seremban memulakan perkhidmatan
kaunseling dadah dipenjaranya dan seramai 168 pegawai penjara dilatih oleh Bereau of
International Narcotic matters , USA dalam bidang kaunseling pemulihan. Setelah itu ,
pada tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas mula memeperkenalkan kursus Persijilan
Kaunseling dan pada tahun 1982 , Persatuan Kaunselor Malaysia didaftarkan.
Kemudiannya pada tahun 1989 , Persatuan Kaunselor Malaysia ditukar kepada persatuan
Kaunselor Malaysia (PERKAMA ) bertujuan untuk mewujudkan satu asas professional
untuk kaunselor. Pada tahun 1992 , jawatan Ketua Pegawai Psikologi dan Kaunseling
ditubuhkan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) dengan kerjasama PERKAMA. Akta
Kaunselor 1998 diluluskan oleh kerajaan pada 1 Disember 1998.

You might also like