Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PENGENALAN

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang


bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini
istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan
bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain,
marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan
inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih
sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah
kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan.
Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu
dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak
boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam)
PenerangaN
Sebarang dadah boleh digunakan secara sah dari segi
perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan
oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat
dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit
kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak
mendatangkan kesan ketagihan padanya.Begitu juga
dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-
rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara
terbuka oleh masyarakat. Namun begitu,
penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu
perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh
masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah
atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi
atau keadaan minda secara tidak sah dan
membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap
sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di
kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh
mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya
kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku
termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam,
keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri.
Asas Saintifik

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara


tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk
kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang
disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-
ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang
mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah
laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh
mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan
gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta
membawa kepada tindakan memusnah sesuatu.
Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan
kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang
diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan
peranan dalam menentukan sama ada mereka telah
menyalahgunakan dadah atau tidak.
Faktor - Faktor Risiko

Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku


dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan
golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di
samping mereka yang tidak berpendidikan dan
penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh
meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah:
Faktor biologi

Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden


ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu
'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua
masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya
hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh
membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang
berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.
Faktor psikososial

Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi


kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk
membesar dengan cara yang mereka rasakan betul
adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari
pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang
terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu
untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti
terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan
yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah,
tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan,
tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga
tekanan untuk sentiasa diterima ramai.
Faktor sosial

Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang


ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video
dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari
bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini
hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak
melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun
pengiklanan mahukan kita minum minuman yang
tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang
diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita
sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam
memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak.

Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti


yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda
kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa.
Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan
'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan
masyarakat zaman ini.
Tanda- Tanda dan Gejala
Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan:
a) Gejala fizikal
• Berpeluh
• Meremang bulu roma
• Pening kepala
• Menggigil (tremor)

b) Gejala psikologi
• Keresahan
• Insomnia - tidak dapat tidur
• Kerisauan
• Gangguan emosi dan perasaan

c) Gejala perlakuan
• Sentiasa ponteng kerja
• Penurunan prestasi kerja
• Digantung atau dibuang sekolah
• Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan
kemalangan
• Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
• Mencuri

Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan


termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan
heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh
penyalahguna dadah adalah:

• Gangguan koordinasi
• Mata merah
• Insomnia - tidak dapat tidur
• Hilang selera makan
• Penurunan berat badan
• Kemurungan
• Cakap banyak
• Tidak dapat mengimbang diri

You might also like