Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

3.

1 FAKTOR KEMEROSOTAN TAMADUN MELAKA


A. Kelemahan Pentadbiran
Selanjut yang kita tahu, Melaka pernah dikatakan mempunyai kuasa besar yang
setanding Siam dan China. Tamadun ini berkembang sehingga mencapai zaman kemuncak
sebelum Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488M) mengambil takhta ayahandanya Sultan
Mansur Shah (1456-1477M). Sultan Alauddin Riayat Shah dikatakan sebagai seorang yang
lembut dan tidak suka akan kekerasan. Oleh demikian, banyak wilayah jajahan Melaka
berusaha membebaskan diri dan membentuk kerajaan sendiri. Ini telah menggambarkan
pengaruh kuasa Melaka semakin meruntuh.
Selepas kematian Bendahara Tun Perak, jawatan beliau digantikan oleh Tun Mutahir.
Pada zaman beliau, perebutan kuasa semakin menonjol. Syahbandar Raja Mendeliar semakin
tamak sehingga ingin menjadi Bendahara. Beliau mengaturkan rancangan dengan Si Kitol
bagi memfitnah Tun Mutahir. Laksamana Khoja Hasan yang termakan dengan fitnah Raja
Mendeliar mempersembahkan kepada Sultan tentang pengkhianatan Tun Mutahir. Beliau
telah difitnah cuba merampas kuasa dan atasi kekayaan sultan maka dijatuhkan hukuman
bunuh bersama ahli keluarganya oleh Sultan Mahmud Shah tanpa sebarang usul periksa.
Selepas kematian Tun Mutahir, Sultan Mahmud Shah sedar akan kesilapan baginda. Atas
kesesalan, baginda menyerahkan takhta kepada putera baginda Raja Ahmad. Setelah
mengambil alih ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah dikatakan sebagai seorang
pemerintah yang tidak cekap dan lemah. Bukan itu sahaja, Tun Perpatih Putih yang
menggantikan Tun Mutahir merupakan seorang yang uzur dan sakit.
Oleh sebab kelemahan kerajaan dan tiada pemimpin yang berwibawa, pentadbiran
kerajaan Melaka semakin lemah. Banyak masalah seperti amalan rasuah dan fitnah mula
muncul dan berleluasa. Tambahan pula, sistem cukai yang sedia ada dan telah diamalkan
selama beberapa generasi mula diabaikan. Sebaliknya, pedagang-pedagang dikenakan kadar
cukai yang tinggi. Oleh itu, mereka memilih pelabuhan yang lain seperti Acheh dan Brunei.

B. Masalah Perpaduan
Oleh sebab sikap pilih kasih Tun Mutahir dalam pentadbiran, pelantikan beliau
sebagai Bendahara telah menimbulkan persaingan antara orang Melayu dengan orang India-

Muslim. Hal ini demikian kerana Tun Mutahir merupakan seorang keturunan India-Muslim
manakala Laksamana Khoja Hassan merupakan keturunan Melayu. Tujuan mereka berebut
mendapat jawatan Bendahara adalah untuk menguatkan kedudukan dan mengukuhkan
pengaruh mereka dalam Kesultanan Melaka.
Kesannya, Tun Mutahir berjaya mendapat jawatan Bendahara. Namun, sikap pilih
kasih beliau dalam pentadbiran dan ketidakpuashatian Laksamana Khoja Hassan telah
menjadi punca kematian beliau. Laksamana Khoja Hassan bergabung dengan Raja Mendeliar
bagi merancang pengkhianatan Tun Mutahir. Tun Mutahir difitnah bahawa ingin mengatasi
kekayaan Sultan dan mengambil takhta baginda. Dipercayai bahawa Sultan adalah amat
marah selepas diberitahu maklumat tersebut, maka Tun Mutahir dan ahli keluarga beliau
dijatuhkan hukuman mati tanpa usul periksa.
Selepas kematian Tun Mutahir, rancangan Laksamana Khoja Hassan pun tersebar.
Sebahagian rakyat Melaka tidak lagi percayai pembesar mereka kerana hanya mementingkan
keuntungan diri sendiri. Pengkhianatan dan perebutan kuasa mula berlaku dan berleluasa di
seluruh Kesultanan Melaka. Akibatnya, rakyat tidak lagi bersatu padu.

C. Kelemahan Tentera Melaka


Di samping itu, Kesultanan Melaka yang dikatakan setanding dengan kuasa-kuasa
besar seperti China telah jatuh pertama kali ke tangan kuasa Barat iaitu Portugis. Pada zaman
Parameswara yang lama dahulu, senjata pada masa itu adalah tidak moden. Walau begitu,
askar-askar Melaka mempunyai teknik-teknik mempertahankan diri yang hebat. Mereka
masih dapat memastikan keselamatan rakyat mereka di Melaka hanya dengan menggunakan
senjata tradisional seperti keris dan sumpit.
Selepas beberapa generasi dalam Kesultanan ini, tentera-tentera Melaka telah
mewarisi budaya (menggunakan senjata seperti keris) mereka ini dengan baik. Malah, ini
juga telah menjadi kekurangan mereka dalam peperangan dengan Portugis. Tentera Portugis
telah dilengkapkan dengan senjata moden seperti meriam yang dapat menembak sasarannya
dari jauh manakala askar Melaka hanya boleh berlawan dengan keris. Perbezaan dalam
senjata ini turut menjadi kelebihan Portugis dalam menakhluki Melaka dan menunjukkan
ketibaan kuasa asing ke Tanah Melayu.

Selain itu, seperti yang kita nampak dalam wayang-wayang peperangan, tenteratentera harus mempunyai struktur dalam peperangan dan bukan hanya berlari ke sini-sana dan
membelah musuh. Mereka mestilah merancang strategi sebelum peperangan bagi menjamin
kejayaan. Namun begitu, tentera Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap dalam
peperangan. Sebaliknya bagi pihak Portugis, askar-askar mereka adalah lebih terlatih dan
mempunyai formasi yang lebih kukuh.
Bukan itu sahaja, tentera Portugis juga mendapat sokongan dari pangkalan tentera
yang terletak di Goa, India. Sebaliknya, bagi Melaka, askar upahan mereka dari Jawa yang
takut akan kematian telah melarikan diri dalam peperangan tersebut. Pendek kata, askar
Portugis semakin bertambah manakala askar Melaka semakin berkurang. Kesannya, Portugis
yang mempunyai lebih tenaga manusia itu menang.

D. Kedatangan Portugis
Portugis merupakan warga Eropa yang terawal belayar dan menjejaki Melaka. Tujuan
mereka ke Tanah Melayu adalah seperti yang dikatakan dalam slogan mereka iaitu Gospel,
Gold, Glory.
Gospel bermaksud penyebaran agama Kristian. Dari peristiwa ini, kita boleh lihat
bahawa Portugis berniat meneruskan Perang Salib di Tanah Melayu. Perang Salib adalah
peperangan antara umat Kristian dengan umat Islam yang bermula sejak tahun 1099. Mereka
ingin menghapuskan kerajaan beragama Islam di negara-negara Timur dan menggantikannya
dengan agama Kristian.
Gold membawa maksud perdagangan dan kekayaan. Portugis ingin memonopoli
perdagangan rempah di Timur seperti lada hitam, bunga cengkih, dan sebagainya. Hal ini
demikian kerana bahan rempah adalah amat bernilai pada zaman dahulu. Misalnya, tepung
kari digunakan untuk mengawet dan menyedapkan makanan seperti daging. Bukan itu sahaja,
lada hitam dapat memanaskan badan manakala bunga cengkih dikeringkan untuk dijadikan
ubat dan diekspot ke negara China. Jadi, dengan menguasai perdagangan rempah di Timur,
maka dipercayai bahawa Portugis dapat mengawal kehidupan rakyat di Timur. Contohnya,
bahan-bahan boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan dahulu.
Tambahan pula, mereka juga berniat menguasai jalan utama ke Tanah Melayu iaitu Selat
Melaka. Tidak boleh dinafikan bahawa ini merupakan salah satu strategik yang amat

berkesan dalam membawa kekayaan kepada Portugis seperti yang dinyatakan dalam slogan
mereka.
Glory bermakna penemuan jalan laut atau kemegahan. Pada abad ke-15, putera
Portugis iaitu Putera Henry menggalakkan rakyatnya supaya menjelajah ke Timur melalui
jalan laut. Oleh demikian, beberapa warganegaranya pun belayar ke Timur. Misalnya,
Bartholomew Diaz tiba ke Tanjung Harapan pada tahun 1488 manakala Vasco de Gama
menjejaki India pada tahun 1498.
Lopez de Sequeira pula dihantar ke Melaka pada tahun 1509 dan ketibaannya telah
disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah. Baginda diberitahu bahawa tujuan Portugis ke
Melaka adalah untuk menjalin hubungan diplomatik. Oleh itu, Lopez de Sequeira dibenarkan
menjalani kegiatan perdagangan di Melaka. Tanpa disedari, tujuan sebenarnya adalah untuk
menguasai perdagangan bahan rempah dan menentang agama Islam, seperti yang dinyatakan
di atas. Namun begitu, maklumat ini disedari oleh pedagang Gujerat dan Jawa dan telah
dilaporkan kepada Tun Mutahir dan seterusnya kepada Sultan. Maka Sultan pun memberi
arahan menangkap Lopez de Sequeira dan angkatan lautnya. Kesannya, beberapa angkatan
Portugis dibunuh manakala Lopez de Sequeira dan beberapa pengikutnya berjaya melarikan
diri ke Goa, India.
Pada tahun berikutnya (1510), Alfonso de Albuquerque dihantar ke Melaka untuk
membuat tuntutan dengan Sultan. Antara kandungannya adalah pembebasan tawanan
Portugis, bayaran ganti rugi kepada Portugis dan kebenaran Portugis membina kubu di
Melaka. Walaubagaimanapun, Sultan telah menolak tuntutan ini maka peristiwa ini
mengakibatkan penyerangan Portugis atas Melaka. Akhirnya pada 10 Ogos 1511, Melaka
berjaya ditewaskan oleh tentera Portugis dan bermulanya zaman jajahan oleh kuasa asing di
Tanah Melayu.

RUJUKAN
Website - https://satimdiman.wordpress.com/2012/05/19/sejarah-empayar-melayu-melaka/

http://www.arenasejarah.com/index.php/form-1/nota-tingkatan-1/366-t1-nota-bab-6
pdf - http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/3665/04%206174.pdf

You might also like