HBHE2203

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

ENAM / 2013

HBHE2203

NO. MATRIKULASI

770616125524001

NO. KAD PENGENALAN

770616125524

NO. TELEFON

017 8130277

E-MEL

SYAKIRA77@0UM.EDU.MY

PUSAT PEMBELAJARAN

: PUSAT PEMBELAJARAN LABUAN

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan

2.0 Indeks Pencemaran Udara

3.0 Punca Jerebu

4.0 Data Indeks Pencemaran Udara

5.0 Huraian Indeks Pencemaran Udara

6.0 Cadangan Untuk Mengatasi Jerebu

7.0 Kesan Jerebu

10

8.0 Kesimpulan

11

9.0 Rujukan

12

1.0 PENGENALAN
Sejak dahulu lagi, isu jerebu yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini
menjadi sering menjadi dilemma kepada masyarakat. Ini disebabkan oleh impak
pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan dengan isu pencemaran.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka jerebu bermaksud kabut yang disertai debu
yang terapung-apung di atmosfera dan menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur. Di
Amerika Syarikat dan di tempat lain, istilah jerebu dalam kesusateraan meteorologi
umumnya digunakan untuk mewakili aerosol jenis basah yang mengurangkan penglihatan.
Jerebu ialah kehadiran partikel yang terampai di atmosfera seperti gas-gas,debu, habuk
dan zarah di dalam keadaan udara yang kering. Umumnya fenomena jerebu juga berpunca
daripada pencemaran udara. Ianya merupakan satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu,
habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Zarah-zarah kecil ini berkumpul
di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan serta menyebabkan masalah
pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (pencemaran udara yang berat).
Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks seperti gas sulfur
dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik.
Reaksi ini ditingkatkan lagi dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan yang tinggi dan
keheningan udara.
Jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan manakala kabus cenderung
kelihatan biru-kelabu. Ia juga sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering manakala
pembentukan kabus pula merupakan fenomena udara lembap

2.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA


Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap
teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon
monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara
mengikut IPU adalah seperti yang berikut;

Nilai IPU
0 - 50
51 - 100
101 - 200
201 - 300
301 - 400
401 - 500
Lebih 501

Kualiti Udara
Baik
Sederhana
Tidak Sihat
Sangat Tidak Sihat
Berbahaya
Sangat Berbahaya
Darurat

3.0 PUNCA JEREBU


Di Malaysia, tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara(IPU).
Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101 400. Lazimnya masalah jerebu berpunca
daripada kegiatan manusia iaitu pembakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan
kesan yang akan dihadapi oleh alam sekitar seperti kebakaran hutan yang berlaku di
Kalimantan dan Indonesia baru-baru ini yang mengakibatkan masalah jerebu di Negara kita.
Keadaan cuaca di hutan hujan tropika memang terlalu panas hingga boleh menyebabkan
tumbuh-tumbuhan terbakar dengan sendiri akibat suhu yang meningkat. Hal ini berlaku

demikian kerana fenomena pemanasan global

yang sedang berlaku. Di Indonesia,

pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak mereka ingin membina infrastruktur yang
baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Apabila angin bertiup dari Sumatera ke
Malaysia, angina tersebut akan membawa jerebu bersama-sama ke Negara kita. Oleh itu,
pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta bahan yang telah separuh bakar
berterbangan di atmosfera dan berlakulah jerebu.
Selain itu, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan juga
menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak
yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap. Sesetengah orang pula melakukan
pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka terlalu malas untuk
membuang sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran
sampah semula. Ada juga sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan
kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Pembakaran terbuka ini juga
akan melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.
Punca jerebu yang seterusnya ialah pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan
perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu
sebagai bahan api. Selain itu , bahan-bahan pencemar juga turut dilepaskan daripada prosesproses yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Industri
yang berasaskan kayu juga turut menyumbang kepada masalah jerebu. Bahan-bahan buangan
sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu
lazimnya dilupuskan melalui cara pembakaran. Pembakaran ini pula akan membebaskan gas
karbon monoksida , sulfur dioksida , nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu dan
habuk yang terampai dibebaskan ke udara yang boleh menambahkan lagi impak negatif
kepada pencemaran udara dan masalah jerebu. Situasi bertambah buruk apabila ada pihak
pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan
asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang yang tidak mengikut prosedur tertentu akan
memburukkan lagi keadaan jerebu.
Seterusnya jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino.
Kesan daripada El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan
pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa
yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang yang kering menyebabkan
kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas
ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa hingga mengakibatkan masalah jerebu.
Selain itu, jerebu juga boleh terjadi akibat daripada letupan gunung berapi. Contohnya

letupan gunung berapi Krakatoa yang berlaku pada tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali
pada tahun 1963.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya juga mengakibatkan masalah jerebu di
Malaysia. Di Malaysia sahaja terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah
mengakibatkan 16.2 tan karbon monoksida dan 2 tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari.
Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak
bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan
di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan
meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat
keluar ke angkasa lepas. Situasi ini menyebabkan udara menjadi tebal dan jerebu pun
berlaku.

4.0 DATA INDEKS PENCEMARAN UDARA


Petunjuk:
API
0 50
51 100
101 200
201 300
301

Status
Baik
Sederhana
Tidak Sihat
Sangat Tidak Sihat
Berbahaya

Data indeks pencemaran udara (IPU) di Malaysia pada 24 Jun 2013:


Negeri
Johor
Johor
Johor
Johor
Kedah

Lokasi
Kota Tinggi
Larkin Lama
Muar
Pasir Gudang
Alor Setar

7 AM
78*
111*
148*
83*
63*

11 AM
74*
107*
132*
75*
64*

5 PM
68*
108*
125*
74*
64*
6

Kedah
Kedah
Kelantan

Bakar Arang, Sg. Petani


75*
Langkawi
58*
SMK Tanjung Chat, Kota 108*

77*
57*
114*

98*
55*
114*

Kelantan
Melaka
Melaka
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan
Pahang
Pahang
Pahang
Perak
Perak
Perak
Perak
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Pulau Pinang
Pulau Pinang
Sabah
Sabah
Sabah
Sabah
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Sarawak
Selangor
Selangor
Selangor
Selangor
Selangor
Terengganu
Terengganu
Terengganu
Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan

Bharu
Tanah Merah
Bandaraya Melaka
Bukit Rambai
Nilai
Port Dickson
Seremban
Balok Baru.Kuantan
Indera Mahkota, Kuantan
Jerantut
Jalan Tasek Ipoh
Kg Air Putih, Taiping
SK Jalan Pegoh, Ipoh
Seri Manjung
Tanjung Malim
Kangar
Perai
Seberang Jaya 2, Perai
USM
Keningau
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Bintulu
ILP Miri
Kapit
Kuching
Limbang
Miri
Samarahan
Sarikei
Sibu
Sri Aman
Banting
Kuala Selangor
Pelabuhan Kelang
Petaling Jaya
Shah Alam
Kemaman
Kuala Terengganu
Paka
Batu Muda Kuala Lumpur
Cheras Kuala Lumpur
Labuan
Putrajaya

93*
141*
170*
149*
292*
169*
191*
166*
111*
73*
66*
82*
148*
137*
63*
72*
79*
71*
77*
75*
50*
41*
77*
76*
66*
72*
73*
82*
75*
88*
102*
67*
180*
128*
288*
193*
162*
253*
98*
158*
198*
160*
80*
152*

98*
128*
150*
150*
193*
171*
147*
138*
123*
87*
76*
100*
171*
152*
63*
83*
88*
81*
74*
73*
51*
41*
73*
80*
71*
75*
69*
84*
78*
92*
106*
70*
209*
157*
319*
196*
171*
197*
100*
151*
189*
168*
79*
156*

90*
182*
260*
145*
335*
153*
198*
171*
106*
70*
63*
79*
141*
128*
62*
72*
79*
70*
78*
76*
50*
39*
75*
75*
63*
70*
72*
81*
74*
85*
85*
64*
178*
117*
296*
198*
157*
249*
95*
159*
191*
157*
82*
155*

5.0 HURAIAN INDEKS PENCEMARAN UDARA


Pada Jun 2013 jerebu kembali lagi di seluruh Asia Tenggara terutamnya di Singapura
dan Malaysia. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar dan Ledang
yang terletak di Johor. IPU di kawasan tersebut mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi 23
Jun 2013 dan kawasan ini telah diisytihar sebagai darurat. Bagi kawasan-kawasan lain, IPU
juga mencatatkan peningkatan yang tinggi. Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah-sekolah
telah ditutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para
pelajar.
Punca jerebu adalah disebabkan oleh kebakaran tanah gambut di Wilayah Riau,
Indonesia. Menurut pantauan titik panas di laman Badan Meteorologi Klimatologi Geofisika
milik Indonesia terdapat 123 titik panas di Sumatera pada 15 Jun 2013. Pada 18 Jun
2013,cuaca kering telah mengakibatkan pembakaran terbuka yang tidak dapat dikawal dan
memusnahkan ladang-ladang kelapa sawit yang sedia ada kerana tanah wilayah tersebut
adalah dari jenis tanah gambut.
Manakala pada 19 Jun 2013, pula satelit-satelit Terra And Aqua milik NASA telah
mengambil gambar-gambar asap dari kebakaran hutan haram di Pulau Sumatera, Indonesia
yang bertiup ke arah timur ke kawasan selatan Malaysia dan Singapura, menyebabkan jerebu
tebal di kawasan tersebut.
Sehingga 22 Jun 2013, jumlah titik panas di Riau terus meningkat dari 123 kepada
194 , namun tiupan angin barat telah membawa jerebu ke Johor dan Singapura. Jabatan Alam
Sekitar Malaysia menyatakan bahawa 173 titik panas telah ditemui di Malaysia pada 24 Jun
2013, satu daripadanya di Negeri Sembilan, satu di Terengganu, 3 di Sabah, dan 168 di
Sarawak. Perdana Menteri Singapura , Lee Hsien Loong , menyatakan bahawa kebakarankebakaran itu berkemungkinan daripada syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab. Pada
25 Jun 2013 pula, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah memohon maaf
secara rasmi kepada Malaysia dan Singapura.
Masalah jerebu yang melanda ini telah membuatkan sesetengah kawasan mempunyai
indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat. Sesetengah
kawasan di Johor, Melaka dan Selangor adalah antara kawasan yang mengalami nilai satus
IPU melebihi 100.
Contohnya pada 24 Jun 2013, terdapat dua kawasan iaitu Pelabuhan Kelang dan Port
Dickson yang mencatatkan IPU yang berada pada tahap yang berbahaya. Pada situasi ini,
orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti di luar rumah dan mengambil
8

langkah-langkah keselamatan yang perlu untuk mengelakkan daripada menghadapi masalah


pernafasan.
Manakala, lima kawasan lagi berada dalam keadaan sangat tidak sihat iaitu di Bukit
Rambai, Melaka, Port Dickson, Negeri Sembilan, Banting dan Pelabuhan Kelang di Selangor
serta di Kemaman, Terengganu. Lain-lain kawasan berada dalam keadaan tidak sihat iaitu di
Larkin Lama dan Muar, Johor, SMK Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan, Bukit Rambai dan
Bandaraya Melaka, Melaka, Seremban, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan, Indera
Mahkota dan Balok Baru di Kuantan serta Jerantut di Pahang, Tanjung Malim dan Seri
Manjung di Perak, Sibu, Sarawak, Banting, Petaling Jaya, Shah Alam dan Kuala Selangor di
Selangor, Kemaman dan Paka di Terengganu, Batu Muda Cheras di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur serta di Wilayah Persekutuan, Putrajaya. Namun demikian, terdapat dua
kawasan di Sabah iaitu di Sandakan dan Tawau berada dalam keadaan yang baik.

6.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI JEREBU


Salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah jerebu ialah
menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan besar-besaran. Tindakan secara kolektif
dengan penggunaan alat pemadam api yang lebih canggih boleh membantu meminimakan
masalah jerebu. Undang-undang juga perlu diperketatkan terhadap pihak atau syarikat yang
secara sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian atau perindustrian.
Bahan pencemaran udara juga perlu dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu.
Kesesakan lalu lintas menyumbang kepada pengeluaran gas karbon monoksida yang
9

menambahkan lagi masalah jerebu. Oleh itu, berkongsi kereta atau menggunakan
pengangkutan awam juga boleh mengurangkan masalah pelepasan gas yang boleh
menambahkan lagi pencemaran udara.
Jerebu juga boleh dikurangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan
hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Contohnya kerjasama di
antara Jabatan Alam Sekitar dan Puncak Niaga Sdn Bhd yang melakukan pembenihan awan
di sekitar Lembah Kelang dan Selangor.
Selain itu, masalah jerebu juga boleh diminimakan dengan menggunakan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks dilakukan dari semasa
ke semasa untuk menghadkan pengeluaran asap atau gas dari kilang secara berlebihan.
Satu lagi cara untuk mengatasi masalah jerebu ialah melalui permuafakatan bersama
antara Negara jiran dan global untuk menangani masalah pencemaran. Antara kerjasama yang
boleh adalah bersama-sama melindungi Alam sekitar secara kolektif dan menjalankan kajian
saintifik untuk mengatasi jerebu. Contoh kerjasama ialah Pelan Tindakan Jerebu serantau
pada tahun 1997 dan pada tahun 2002 semua Negara ASEAN kecuali Indonesia telah
menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

7.0 KESAN JEREBU


Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada kanak-kanak, orang
tua, pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain dan perokok.
Jerebu boleh menjejaskan kesihatan orang ramai terutamanya yang mempunyai
masalah kesihatan seperti asma atau lelah, sakit kerongkong, selesema, batuk dan pneumonia
serta penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu
mengakibatkan badan menjadi lesu dan lemah manakala sistem imunisasi badan pula menjadi
semakin rendah. Jerebu mengandungi gas-gas yang merbahaya seperti nitrogen dioksida,
sulfur dioksida dan karbon dioksida. Gas-gas dan zarah yang terampai akan memasuki sistem
badan melalui pernafasan. Situasi ini menyebabkab mangsa akan diserang asma, dan dalam
kes yang lebih teruk bendasing tersebut akan merosakkan sistem pernafasan.
Bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit juga mendadak naik akibat
jerebu. Jerebu juga boleh mengakibatkan mutasi kromosom kepada bayi dan kanak-kanak
kerana ianya mengandungi plumbum. Lebih buruk lagi, jerebu juga boleh membantutkan
10

kecerdasan otak kanak-kanak kerana bahan hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh
mencetuskan kanser dan kerosakan otak.
Bagi golongan perokok pula, mereka juga terdedah kepada kesan dan bahaya jerebu.
Pengambilan rokok mengakibatkan penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan dan
jerebu meningkatkan lagi risiko untuk perokok ini mengalami masalah pernafasan. Perokok
dinasihatkan untuk tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat. Mereka yang merokok
di luar bangunan akan menyedut asap rokok dan partikel udara PM10 dan PM25 pada masa
sama menyebabkannya terus masuk ke dalam saluran kecil di dalam paru-paru.
Gambar di bawah menunjukkan penyakit yang dihidapi kesan daripada jerebu:

8.0 KESIMPULAN
Memandangkan masalah jerebu ini memberi impak yang agak besar kepada manusia,
maka langkah-langkah pencegahan perlu diambil. Undang-undang yang lebih ketat perlu
digubal dan penguatkuasaanya ditambahbaik.Satu pelan industri juga perlu dirangka agar
kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimakan.
Jerebu merupakan fenomena alam yang memberikan kesan yang amat buruk. Walau
bagaimanapun, fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semulajadi tidak
mendatangkan kesan yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti
manusia. Sekiranya, masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang
akan datang tidak akan mengenal apa itu erti cinta kepada Alam Sekitar. Oleh yang demikian,
semua pihak perlu berganding bahu untuk bersama-sama menyelesaikan dan meminimakan
masalah jerebu supaya semua masyarakat boleh hidup dalam keadaan yang sihat, selesa dan
sejahtera.

11

9.0 RUJUKAN

Antarapos, (2013 June 24). Penyakit Berkaitan Jerebu Meningkat. Antarapos. Retrieved Okt
28.2013 from http:// antarapos.com.
Bumi Gemilang, (2013, June 23).Jerebu:Punca, Kesan dan Langkah Mengatasi.Retrieved
Okt 18, 2013 from http://www.scribd.com
Chenat. (2013 June 26). Jerebu Buat Penglihatan Buntu!Retrieved Okt 18, 2013 from
http://chenat2u.blogspot.com.
Jurnal
Malaysia,
(2012).
Bahaya

Jerebu.Retrieved

Okt

17,2013

from

http://www.jurnalmalaysia.com.
Kamil Salleh (2013, June 26 ). Kesihatan Kita Semakin Terjejas Akibat Jerebu. Retrieved Okt
21, 2013 from http://www.sensasi2020.com.
Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia,( 2013, June 24).Jerebu.Retrieved Sep
11,2013 from www.moh.gov.my/v/jerebu.

12

You might also like