Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

W E D N E S D A Y, J U L Y 2 9 , 2 0 0 9

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

PENGENALAN
Menurut teori ini setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja
tingkah laku yang timbul akibat daripada rangsangan. Manakala rangsangan pula adalah apa sahaja
bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas (Ee Ah Meng 1994). Pembelajaran boleh berlaku akibat
kaitan di antara rangsangan dengan gerak balas. Rangsangan juga boleh dikaitkan dengan satu
rangsangan yang lain untuk mendatangkan pembelajaran. Pembelajaran yang berlaku kerana
perkaitan di namakan pelaziman manakala pembelajaran akibat dari perkaitan dua rangsangan di
namakan pelaziman klasik.
Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid mengangkat tangan, maka murid dengan
cepat akan mengangkat tangannya. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan mengangkat tangan
ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku
kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui
perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua
ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
Pelaziman klasik ini termasuklah mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan,
mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang
dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).

Eksperimen Pelaziman Klasik Pavlov


Berdasarkan hukum perkaitan ini, Pavlov mencadangkan bahwa proses asas pembelajaran ialah
pembentukan perkaitan antara RANGSANGAN (R) dan sesuatu GERAK BALAS (G). Pavlov cuba
membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing (lihat peralatan
eksperimen di sebelah). Dia dapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur
haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas
makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya
dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian
sesuatu rangsangan.
Sebelum Pelaziman
RTT (makanan) >>>>>>> GTT (keluar air liur)
RT (loceng) >>>>>>> Tak ada GT (air liur tidak keluar)
Semasa Pelaziman
RT (loceng) + RTT (makanan) >>>>> GTT (keluar air liur)

Selepas Pelaziman
RT (loceng) >>>>>>>>> GT (keluar air liur)
_________________________________________________
Kunci:
RTT = Rangsangan Tak Terlazim (Unconditioned Stimulus)
RT = Rangsangan Terlazim (Conditioned Stimulus)
GTT = Gerak Balas Tak Terlazim (Unconditioned Response)
GT = Gerak Balas Terlazim (Conditioned Response)

Anjing yang dijadikan bahan kajian pelaziman


klasin Pavlov

Kesimpulan kajian Pavlov ialah,


1. Penguasaan(Acquisition)
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerakbalas atau respons baru berlaku
berperingkat-peringkat.Lebih kerap organisma mencuba,lebih kukuh penguasaan berkenaan.
2. Generalisasi(Generalisation)
Pavlov menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,tetapi anjing masih mengeluarkan air liur.Ini
menunjukkan bahawa organisme telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak
terlazim(RTT) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT=air liur) walaupun rangsangan itu
berlainan atau hampir sama.
3. Diskriminasi (Discrimination)
Pavlov mendapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng,anjing masih mengeluarkan air
liur.Apabila nada jauh berbeza daripada bunyi asal,anjing itu tidak mengeluarkan air liur. Ini
menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendiskriminasi antara
rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas.
4. Penghapusan (Extinction)
Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim(loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim
(makanan),lama-kelamaan organisme itu tidak akan bertindak balas.Gerak balas berperingkatperingkat terhapus.

IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh
dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui
latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh
gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid
mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan
berterusan.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna,
sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan
terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru
meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/teori-pelaziman-klasik-pavlov.html

You might also like