Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya Terhadap Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap sekolah

Pengenalan
Sekolah merupakan tempat untuk para guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam
masyarakat. Sekolah adalah masyarakat kecil yang mempunyai budayanya tersendiri
(Abu Bakar&Ikhsan 2003).Sekolah sebagai agen sosialisasi kerana suasana dan
persekitaran sekolah atau lebih dikenali sebagai iklim sekolah memainkan peranan
penting dalam pembentukan sahsiahseseorang.
Jenis sekolah
Amalan dalam sistem persekolahan di Malaysia menjurus ke arak kebangsaan dan
sistem berpusat, namun dalam pelaksanaanya wujud jenis-jenis sekolah yang berbeza.
Pembinaan pelbagai jenis sekolah di negara ini adalah hasil daripada kepelbagaian
sosiobudaya dalam kalangan masyarakat. Di peringkat sekolah rendah terdapat tiga
jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantar utamanya ialah Bahasa
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina
manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menggunakan bahasa pengantarnya
Bahasa Tamil. Pada peringkat menengah pula terdapat Sekolah Menengah Kebangsaan
Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik,
Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Wawasan dan Sekolah Menengah Agama. Selain
itu, terdapat juga sekolah seperti Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan
sekolah antarabangsa.
Jenis-jenis sekolah yang berbeza mempunyai fokus yang berbeza turut mengamalkan
budaya yang berbeza. (noriati et al.2011). Ini menjelaskan warga sekolah sama ada
guru dan murid mempunyai latar belakang berbeza. Bagi sekolah-sekolah berprestasi
tinggi pula budaya dan matlamat sekolah tersebut terserlah apabila guru dan murid
mempunyai matlamat yang sama untuk cemerlang. Dalam situasi ini, masalah sosial
dalam kalangan murid tidak ketara jika dibandingkan dengan sekolah berprestasi
rendah.
Sekolah dan Persekitaran
Terdapat faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi input organisasi pendidikan dan
output organisasi pendidikan. Misalnya murid di sekolah bandar mempunyai prestasi
akademik yang baik berbanding dengan murid di sekolah luar bandar. Jurang perbezaan
pencapaian akademik murid antara bandar dan luar bandar ini berlaku disebabkan oleh
aspek fizikal, sosial dan budaya ilmu. Menurut kajian, sekolah yang berkesan
menunjukkan kelengkapan fizikal sesebuah sekolah memudahkan lagi aktiviti
pembelajaran di dalam suasana tempat yang sesuai seperti mempunyai cahaya
mencukupi,kemudahan perhubungan yang artistic dan bilik yang sesuai.
Mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah juga bergantung kepada pasaran kerja dan
ekonomi. Misalnya penawaran mata pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah-sekolah
menengah akademik dilakukan bagi teknikal dan vokasional akibat daripada kepesatan

ekonomi negara ( Abd Wahid & Nor Hasheila 2010).Mata pelajaran ini merupakan satu
program yang menjadi kesinambungan kepada mata pelajaran kemahiran Hidup
Bersepadu di tingkatan satu hingga tingkatan tiga di sekolah menengah rendah.
Sekolah dan Keluarga
Banyak kajian menunjukkan terdapat hubungan dan pertalian yang rapat di antara
pencapaian akademik dan bukan akademik murid-murid dengan latar belakang dan
bimbingan di rumah. Antara sebab-sebab berlaku perbezaan pencapaian akademik
dalam kalangan murid-murid sekolah adalah seperti status sosio-ekonomi dan saiz
keluarga yang berbeza. Status sosio-ekonomi keluarga meliputi pendapatan keluarga,
tahap pendidikan ibu bapa dan jenis pekerjaan ibu bapa. Kajian Abdullah (2004)
menunjukkan yang latar belakang sosial seperti persekitaran keluarga iaitu saiz
keluarga,pekerjaan ibu bapa,pendidikan ibu bapa mempunyai kaitan rapat dengan
pencapaian anak-anak mereka. Di samping itu, hubungan positif antara ibu bapa
dengan anak-anak juga telah memberi impak terhadap pencapaian akademik anakanak(Wan mardziyah 2005). Ruzina (2005) memperlihatkan murid daripada ibu bapa
yang mengamalkan stail keibubapaan autoritatif mencapai tahap pencapaian akademik
yang cemerlang dan lebih baik berbanding dengan stail keibubapaan yang lain.
Sekolah dan Komuniti Masyarakat
Masyarakat merupakakan institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan
seseorang murid. Pembelajaran berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh
berlaku di rumah dan komuniti masyarakat. Implikasi sosiobudaya terhadap sekolah
dengan komuniti masyarakat dapat dilihat terutama apabila lokasi sekolah yang terletak
berdekatan dalam kawasan komuniti. Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud
ialah persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid,
badan-badan berkanun, bukan berkanun dan lain-lain lagi.Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) ditubuhkan bagi tujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa
dengan guru.
Sekolah dan Keperluan Kepelbagaian Kehendak
Kepelbagaian kaum dan etnik telah melahirkan citarasa dan kehendak yang berbezabeza misalnya budaya kerja antara guru adalah berbeza antara mereka. Sekolah yang
mementingkan kecemerlangan dan mengamalkan budaya kerja yang cekap dan
sistematik seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kluster akan
menyebabkan guru perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan seterusnya bertindak
mengikut keadaan.
Sekolah juga boleh melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan murid daripada
pelbagai kaum melalui :
Aktiviti Kokurikulum

Persatuan,
Unit beruniform
Permainan

Pemupukan kesedaran sivik

Belajar menghormati hak orang lain


Mewujudkan semangat kekitaan

Program Bahasa

Memperkasa Bahasa Kebangsaan sebagai alat


perpaduan

Kurikulum

Menyemai kesedaran
Menghayati semangat patriotisme
Penyatuan
Perpaduan
Pembangunan kewarganegaraan

Disiplin diri

You might also like