Laporan Amali Fizik 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SCN 3105

3 PISMP SN/PC/MO

KHO KEJIA

LAPORAN AMALI FIZIK


AMALI 1 - Ukuran Dalam Kehidupan Harian
Hasil Pembelajaran

Untuk mengukur dan membanding ukuran dengan menggunakan beberapa


jenis alat ukuran.
Teori

Di dalam Sains, pengukuran ialah suatu proses untuk memperolehi nilai satu
kuantiti, seperti panjang atau jisim sesuatu objek dengan lebih tepat
berbanding dengan melalui anggaran semata-mata.. Kita biasa menggunakan
kuantiti fizik yang boleh diukur untuk mengukur. Terdapat lima kuantiti fizikal
yang kerap digunakan dalam pengukuran iaitu panjang (Length), jisim (Mass),
masa (Time), suhu (Temperature) dan arus elektrik (Electric current).
Panjang sesuatu objek boleh diukur dengan menggunakan beberapa
alatan seperti pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru mikrometer.
Manakala jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut.
Antara alat-alat pengukur yang digunakan untuk menyukat jisim ialah neraca
tiga palang/alur, neraca tuas dan neraca elektronik.
Walau bagaimanapun, ukuran yang tepat 100% tidak pernah
diperolehi. Semua ukuran merupakan nilai anggaran sahaja. Oleh itu apabila
membuat ukuran kita mestilah memperhatikan tiga ciri yang penting iaitu
kepersisan, kepekaan dan kejituan alat.
Bahan dan Peralatan

Pembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer, neraca tiga palang,
penimbang elektronik, wayar kuprum, pensil, mata wang syiling10 sen dan 20
sen, dan rambut.
Aktiviti 1 - Mengukur Panjang
Langkah-langkah

SCN 3105
3 PISMP SN/PC/MO

KHO KEJIA

1. Diameter pensil, diameter wayar kupram, syiling 10 sen dan 20 sen dan
sehelai rambut telah diukur dengan menggunakan pembaris meter,
angkup vernier dan tolok skrew mikrometer.
2. Ukuran diulangkan sebanyak dua kali.
3. Keputusan dijadualkan.
Keputusan
Alat Pengukur
Diameter
Objek

:
Pembaris Meter

Angkup Vernier

Tolok Skru Mikrometer

(cm)

(cm)

(mm)

0.7

Wayar kuprum

Purat

Purata

Purata

0.8

a
0.8

0.76

0.76

0.76

0.694

0.694

0.694

0.05

0.05

0.05

0.044

0.044

0.044

Syiling 10 sen

1.9

1.9

1.9

1.88

1.90

1.89

1.855

1.855

1.855

Syiling 20 sen

2.3

2.4

2.4

2.34

2.34

2.34

2.320

2.320

2.320

Pensel

Sehelai rambut

** - bermaksud tidak dapat diukur


Perbincangan

1. Dari tiga jenis alat pengukur panjang, yang manakah lebih persis? Yang
manakah lebih jitu? Terangkan.
Jawapan - Alat pengukuran yang paling persis ialah tolok skru
mikrometer. Hal ini kerana ia mempunyai nilai skala yang
terkecil, millimeter (0.01mm) berbanding dengan pembaris
meter, centimeter (0.1cm) dan angkup Vernier, centimeter
(0.01cm). Selain itu, tolok skru mikrometer mempunyai nilai
ukuran yang lebih dekat dengan nilai sebenar.
2. Jika seseorang murid menggunakan pembaris meter untuk mengukur
ketebalan sesuatu objek, terangkan mengapa tidak realistik baginya
merekod bacaan contohnya 4.32cm. Perjelaskan.
Jawapan Hal ini kerana pembaris meter hanya mempunyai kepekatan
sehingga 1mm atau 0.1cm. Nilai 0.02cm tidak mungkin dapat
dibaca melalui pembaris meter.
3. Apakah alat yang sesuai digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping
kertas. Terangkan bagaimana dan kenapa?
Jawapan - Tolok skru mikrometer. Hal ini kerana nilai skala yang terkecil
untuk tolok skru mikrometer ialah 0.01mm atau 0.001 cm.

SCN 3105
3 PISMP SN/PC/MO

KHO KEJIA

Aktiviti 2 Mengukur Jisim


Langkah-langkah

1. Jisim bagi satu pensil, syiling 10 sen dan 20 sen telah diukur dengan
menggunakan neraca tiga palang dan penimbang elektronik.
2. Ukuran diulangkan sebanyak dua kali.
3. Keputusan dijadualkan.
Keputusan
Alat Pengukur

Objek
Pensel

Neraca tiga palang (g)


1
2
Purata

Penimbang elektronik (g)


1
2
Purata

4.40

4.40

4.40

4.33

4.33

4.33

Syiling 10 sen

3.00

3.00

3.00

2.97

2.97

2.97

Syiling 20 sen

5.60

5.70

5.65

5.57

5.57

5.57

Perbincangan

1. Dari dua jenis alat pengukur jisim, yang manakah lebih persis? Yang
manakah lebih jitu? Terangkan.
Jawapan Penimbang elektronik merupakan alat pengukur jisim yang
lebih persis dan jitu berbanding dengan neraca tiga palang.
Hal ini kerana ukuran bacaan yang diambil dengan
menggunakan alatan ini adalah konsisten dan lebih
menghampiri dengan nilai piawai objek.
2. Nyatakan alat penimbang yang lain yang boleh digunakan untuk
mengukur jisim dalam kehidupan harian. Komen dari segi kejituan dan
kepersisan.
Jawapan Alat penimbang yang lain termasuk neraca Ohaus dan neraca
analitis dua lengan. Neraca Ohaus merupakan neraca yang
sering digunakan dalam laboratorium fisika, dengan ketelitian
0.01 g, manakala neraca analitis dua lengan pula mempunyai
nilai bacaan terkecil sebanyak 0.1 g. Dengan ini, bacaan bagi
neraca Ohaus lebih rapat dan lebih dekat dengan nilai
sebenar berbanding dengan neraca analitis dua lengan. Oleh
itu, neraca Ohaus adalah lebih persis dan lebih jitu.
3. Apakah yang telah anda pelajari dari dua aktiviti di atas?
Jawapan Daripada kedua-dua aktiviti ini, saya telah mempelajari cara
yang betul dalam mengendalikan sesuatu alat pengukur untuk
mendapat ukuran. Semasa mengambil bacaan, ralat sifat dan
ralat paralaks perlu dielakkan supaya nilai bacaan yang

SCN 3105
3 PISMP SN/PC/MO

KHO KEJIA

didapati adalah lebih dekat dengan nilai piawai objek. Untuk


mengelakkan kesilapan seperti ketidaksempurnaan benda
yang diukur, nilai bacaan perlu diambil beberapa kali. Selain
itu, saya juga mengetahui bahawa kejituan dan kepersisan
sesuatu alat pengukur begantung kepada nilai skalanya.
Semakin kecil nilai skala yang boleh diambil, semakin tinggi
kejituan dan kepersisan bacaan yang boleh didapati.
Kesimpulan

Kejituan dan kepersisan sesebuah alat pengukuran adalah berbeza mengikut


alat. Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang paling
baik dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik
mempunyai kejituan dan kepersisan yang paling baik dalam menyukat jisim
sesebuah objek.

You might also like