Assignment Bimbingan & Kaunseling

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]

EDU 3107 :
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KANAK-KANAK

NAMA PELAJAR
NO MATRIKS
NOMBOR KAD

: MAHAMAD SYAZWAN BIN MAHAMAD SUKRI


:
: 910227-02-5679

PENGENALAN
KUMPULAN/UNIT

: T4SN2 (SAINS)

KOD DAN NAMA


KANAK)

: EDU 3107 (BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-

KURSUS
NAMA PENSYARAH : PUAN SHUHAILAH MAT SAID
PENYELIA
TARIKHBHANTAR
BAHAGIAN

: 7 MAC 2014

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


Tuliskan satu esei mengenai tajuk berikut :

(40%)

Temubual dengan guru bimbingan kaunseling di sekolah dan melaporkan maklumat


berikut hasil daripada temubual tersebut.
1) Masalah-masalah pelajar yang wujud di sekolah tersebut.
(10%)
2) Bagaimana cara-cara guru bimbingan kaunseling mengenalpasti masalah pelajar
(10%)
3) Teori yang lazim digunakan oleh guru bimbingan kaunseling ketika menjalankan
sesi kaunseling. Mengapa?
(10%)
4) Kemahiran-kemahiran kaunseling yang paling biasa dan kerap digunakan oleh
guru bimbingan kaunseling untuk menggalakkan klien menceritaka dan
mencungkil masalah mereka

(10%)

Esei :
Sekolah Kebangsaan Sungai Duri terletak di bahagian Selatan Seberang Perai, Pulau
Pinang. Berada dalam daerah Jawi, kedudukan sekolah ini agak terpencil ke dalam sejauh 4-5
kilometer dari pekan terdekat iaitu pekan Sungai Bakap. Kawasan sekolah dikelilingi oleh
beberapa kawasan perumahan seperti Taman Sungai Duri dan Taman Widuri. Selain itu,
sekeliling sekolah juga dikelilingi beberapa buah kampung. Dari segi budaya, setelah beberapa
minggu berada di sini saya perhatikan sekolah ini sangat mesra dengan masyarakat di
sekeliling dan ibu bapa serta murid sangat menghormati guru dan pihak sekolah selaku tenaga
pendidik di kawasan ini. Hubungan yang agak rapat dengan kaum ibu dan bapa dapat
dibuktikan ketika mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di mana ramai kaum ibu
bapa datang dan turut berkongsi idea untuk memajukan pendidikan anak-anak mereka.
Perhubungan yang rapat ini dapat dilihat melalui perbincangan secara berhemah, harmonis dan
ceria.

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]

Mesyuarat PIBG SK Sungai Duri kali ke-21

Apabila dilihat secara kasar sepanjang saya berpraktikum di sini selama beberapa
minggu, saya dapati hanya terdapat beberapa masalah disiplin yang biasa yang sering berlaku
di sekolah rendah yang lain. Hal seperti bergaduh, bermain dalam kelas, tidak menghormati
guru, buli dan sebagainya dapat dilihat secara ksar namun tidak banyak kes yang berlaku
sebenarnya. Namun setelah menemu bual guru kaunseling di sekolah ini iaitu Encik Samsol,
didapati terdapat juga kes yang lebih besar turut berlaku seperti merokok, bergaduh secara
berbahaya seperti menggunakan gunting, merosakkan harta benda sekolah dan guru serta
banyak lagi. Hal ini amat memeranjatkan kerana isu-isu ini tidak dapat dilihat sepanjang
pemerhatian saya namun isu ini sebenarnya berlaku di dalam sekolah ini.
Pertama sekali, masalah pelajar merokok yang berlaku pada tahun lepas di mana
melibatkan murid-murid tahun 6. Beberapa orang murid ini diperhatikan oleh guru dalam
keadaan yang tidak normal seperti sering mengantuk, tidak bertenaga dan sebagainya.
Kemudian, tanda-tanda awal ini dilaporkan kepada guru kaunseling dan tindakan susulan
diambil seperti pemerhatian lanjut dan beberapa sesi perbincangan.
Selain itu,

terdapat masalah buli yang sering berlaku dalam kebanyakan kelas di

sekolah ini tidak kiralah kes itu besar ataupun tidak. Isu buli ini berlaku apabila terdapat dua
pihak yang berbeza pendapat dan kekuatan atau pengaruh. Paling mengejutkan, kes buli bukan
hanya melibatkan murid lelaki, bahkan murid perempuan. Terdapat juga murid perempuan
membuli murid lelaki atas sebab-sebab tertentu. Apabila seseorang murid mempunyai pengaruh
yang kuat dalam golongan rakan-rakan, mereka akan bertindak lebih agresif dengan
memulakan pergaduhan dan sebagainya. Isu mengejek merupakan pencetus masalah buli

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


dalam sekolah ini. Sebagai contoh ejekan yang timbul adalah menggunakan nama ibu dan
bapa mangsa. Sebagai contoh : Bapa si A bernama Ramli. Murid yang bermasalah akan
menggunakan nama bapa si A sebagai bahan untuk mengejek dan memulakan pergaduhan.
Berkemungkinan mengejek dengan memanggil bapa mangsa sebagai Ramli Burger dan
sebagainya.
Masalah lain pula adalah berkaitan masalah pembelajaran di dalam bilik darjah seperti
sering mengganggu murid lain, membuat bising dengan menjerit, dan tidak menghormati guru.
Hal ini merupakan isu biasa yang sering berlaku di sekolah-sekolah rendah yang lain.
Guru bimbingan kaunseling sekolah ini menggunakan beberapa kaedah untuk
mengenalpasti masalah yang berlaku dalam kalangan murid sekolah ini. Kaedah yang utama
adalah kaedah pemerhatian. Sebagai seorang yang sudah hampir 18 tahun dalam kancah
pendidikan, Encik Samsol menggunakan pemerhatian secara umum terhadap murid yang
disyaki terlibat dalam masalah disiplin. Sebagai contoh, murid yang merokok akan kelihatan
berbeza dengan murid lain yang tidak merokok. Murid yang merokok akan kelihatan tidak segar,
tidak bertenaga dan sering mengantuk di dalam kelas. Setelah memerhati secara umum, beliau
akan memerhati secara lebih lanjut atau lebih dekat keadaan murid yang disyaki terlibat dalam
gejala merokok ini.
Selain pemerhatian, beliau turut bekerjasama dengan guru kelas yang lain untuk
menjadi mata-mata beliau dan melaporkan masalah yang berlaku agar tindakan susulan dapat
dilakukan. Hal ini disebabkan beliau tidak mampu memantau secara bersendirian di seluruh
kawasan sekolah yang agak besar. Maka tidak salah beliau meminta bantuan guru lain demi
kebaikan murid itu sendiri. Guru akan memerhati gerak gaya murid yang disyaki dan
melaporkan jika terdapat banyak keraguan.
Setelah bekerjasama dengan guru yang lain, Encik Samsol turut berhubung baik dengan
ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Beliau sering kali dilihat berbincang bersama ibu bapa
yang menghantar anak-anak ke sekolah bagi mendapatkan maklumat-maklumat murid
khususnya. Bagi murid yang telah disyaki terlibat dalam masalah disiplin, beliau akan
berbincang dengan ibu bapa murid itu secara personal dan memberikan ibu bapa itu nasihat
pemantauan agar memantau murid ketika mereka berada di rumah dan ketika cuti.
Encik Samsol turut menggunakan kaedah perbincangan iaitu sesi kaunseling secara
kelompok bagi murid yang mempunyai masalah yang sama seperti merokok, buli dan

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


sebagainya. Melalui kaedah perbincangan ini, murid akan meluahkan masalah yang mereka
lakukan dan tindakan lanjut dapat dilakukan berdasarkan pengakuan mereka. Selalunya,
perkara ini melibatkan beberapa peringkat dan terapi serta perjalanan pelaksanaan dibuat
mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.
Mengenai teori-teori yang diggunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling tersebut dalam
mengendalikan sesi kaunseling, beliau menyatakan bahawa teori Rational Emotive Behaviour
Therapy (REBT) yang telah diperkenalkan oleh Albert Alice. Konsep ABCDE :

Huruf A - Antecedent Even atau peristiwa yang di alami.


Huruf B - Belief atau keyakinan.
Huruf C - Emotional consequences iaitu konsekuensi emosi
Huruf D - Dispute.
Huruf E - Effect atau kesan psikologi positif.

Berdasarkan temu bual yang dijalankan dengan guru bimbingan dan kaunseling, saya
memahami bahawa teori REBT ini menyatakan bahawa semua manusia bersifat rasional.
Namun apabila terdapat masalah seperti hilang punca kasih sayang sebagai contoh dari ibu
bapa, maka something wrong will happen. Murid akan cuba mencari kasih sayang itu tetapi
jika tersilap cari atau gagal, maka impak yang negatif akan berlaku.
Teori yang kedua yang diggunakan ialah Teori Humanistik yang telah dipelopori oleh Carl
Rogers. Prinsip humanistik ini menyatakan bahawa jika insan diberi kebebasan dan dukungan
emosional untuk bertumbuh, mereka boleh berkembang menjadi manusia yang berguna secara
maksimum.

Seterusnya guru pembimbing ini menggabungkan kedua-dua teori ini dan disebut sebagai
Pendekatan Atletik. Pendekatan jenis ini dibuat kerana menurut beliau, jika guru bimbingan

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


hanya menggunakan pendekatan REBT sahaja, ianya agak kurang bersesuaian dengan murid
sekolah rendah disebabkan murid-murid ini susah untuk bercakap untuk meluahkan isi hati atau
masalah yang mereka hadapi pada orang yang tidak rapat. Pendekatan Atletik ini juga banyak
menggunakan teknik penyoalan dan provokasi kepada pelajar untuk mencungkil permasalahan
yang mereka hadapi.
Berdasarkan pengalamannya menggunakan kedua-dua teori yang digabung menjadi
Pendekatan Atletik ini, didapati kebanyakan murid mudah meluahkan perasaan yang dialami.
Murid menjadi dekat dengan guru bimbingan dan kaunseling sambil menganggap guru itu
sebagai kawan rapat dan tidak malu menyatakan isi hati yang terpendam. Sebagai contoh yang
berjaya iaitu murid tahun 5 yang sangat gian untuk melihat video lucah. Pendekatan ini
digunakan dan akhirnya murid tersebut mengakuinya. Murid tersebut menceritakan pengaruh
abang dan rakan membuatkan dia terlibat secara aktif dalam kegiatan yang tidak sihat itu.
Kemahiran-kemahiran yang sering digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk
menggalakkan klien bercerita atau untuk mencungkil masalah adalah dengan menggunakan
beberapa terapi kaunseling. Antaranya Terapi Seni yang paling kerap diggunakan oleh beliau
semasa mengendalikan masalah klien. Menurut Encik Samsol, dia menyatakan lain orang, lain
terapinya. Tidak semua murid akan berjaya menggunakan terapi yang sama kerana emosi,
dalaman dan budaya hidup yang membezakan mereka antara satu sama lain.
Selain itu, beliau juga pernah menggunakan terapi lukisan di mana beliau berjaya
mencungkil beberapa punca masalah dari beberapa murid yang sering kali bergaduh dan
bersikap agresif terhadap rakan dan harta sekolah. Terapi ini memerlukan murid melukis
berdasarkan arahan guru bimbingan dan kaunseling dan guru itu akan menanyakan soalan
ketika murid tersebut melukis.
Beliau juga sering menggunakan kaedah terapi bermain kepada murid-murid khususnya
bagi murid tahap 1 iaitu Tahun 1 hingga Tahun 3 untuk mencungkil masalah yang di alami oleh
pelajar. Tambahnya lagi, terapi muzik pula sering kali melibatkan orang dewasa dan bukan
murid sekolah rendah.

Bahagian C: Kajian Kes

(30%)

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]

Mutu seorang murid tahun dalam kelas yang anda mengajar didapati selalu suka berlari ke
sana sini dan mengganggu kawan-kawannya di dalam kelas ketika suatu pengajaran dan
pembelajaran diadakan. Sekiranya anda adalah guru tersebut, intervensi terapi kaunseling yang
mana satu yang sesuai diaplikasikan?
i)
ii)

Jelaskan dan terangkan mengapa?


Buat satu rumusan dalam satu muka surat
(bentuk grafik/peta minda/ I-Think)

A) Maklumat klien dan latar belakang kes

(20%)
(10%)

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


Semasa berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri, saya telah berbincang
dengan guru bimbingan dan kaunseling. Didapati terdapat beberapa murid yang bermasalah
dari segi tingkah laku. Guru tersebut mencadangkan saya melakukan pemerhatian dahulu
sebelum memilih klien untuk mengadakan sesi terapi. Setelah dua minggu di sekolah itu, saya
memilih murid dari tahun 5 yang merupakan murid dari kelas saya sendiri. Murid ini hanya
mahu dikenali dengan nama Adam sahaja. Murid ini selalu suka berjalan-jalan di dalam kelas
sewaktu guru sedang mengajar.Walaupun ditegur oleh guru, dia tetap meneruskan tingkah laku
negatifnya itu. Setelah melakukan temubual bersama guru kelas 5 Ikhlas itu, saya telah dapat
simpulkan bahawa dia merupakan seorang murid yang aktif dan degil dalam melakukan
kemahuannya. Dia suka melakukan sesuatu yang mana akan menarik perhatian kawankawannya dan guru di dalam kelas. Sebagai contoh dia akan sengaja menjatuhkan kerusinya
secara tiba-tiba semasa guru mengajar. Mungkin dia mahu menunjukkan bahawa dia juga
wujud di dalam kelas tersebut.
Dia tinggal di Taman Widuri bersama ayah dan ibunya serta seorang abang. Ayahnya
bekerja di sebuah kilang berdekatan kawasan Relau di kawasan ini juga, manakala ibunya juga
bekerja namun dia sendiri tidak tahu apakah pekerjaan itu. Adam hanya mampu menunjukkan
arah iaitu di sana. Saya menemu bual Adam untuk mengetahui punca kelakuannya yang
sebegitu nakal.

Hasilnya,

saya

mendapat

tahu bahawa

dia kurang

kasih

sayang

berkemungkinan ibu bapa yang sering bekerja dan tiada masa untuk dirinya. Berbeza
perwatakannya apabila bersama saya dan bersama rakan-rakan. Apabila di depan rakan, dia
bising dan sering cuba membuat lawak hambar namun apabila di depan saya secara
bersendirian, dia seolah-olah takut dan mudah menceritakan sesuatu perkara. Di sini
berkemungkinan dia mahu meluahkan perasaan yang terpendam.
Tahap prestasi murid ini dalam mata pelajaran Sains sebagai rujukan adalah tidak
memuaskan di mana dia hanya mencapai gred C pada peperiksaan atau ujian sekolah yang
lalu. Hal ini bermakna dia tidak begitu fokus dan mengambil berat berkaitan pelajarannya.

B) Kaedah pengumpulan data

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


Berikut merupakan kaedah pengumpulan data bagi mendapatkan informasi berkenaan dengan
masalah kelakuan klien yang dipilih :

Temu bual
Pemerhatian
Borang senarai semak

Saya telah menjalankan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat mengenai klien.
Saya telah melakukan pemerhatian, temubual dan juga borang senarai semak. Bagi kaedah
temubual, saya telah berbincang dan menemu bual Encik Samsol iaitu guru bimbingan dan
kaunseling bagi sekolah ini untuk mendapatkan nama murid-murid yang bermasalah dan latar
belakang mereka secara umum. Setelah saya memilih klien, saya telah menanyakan beberapa
soalan yang menjurus kepada kelakuannya. Selain itu saya turut menemu bual guru kelas 5
Ikhlas iaitu Puan Salina untuk mengumpulkan maklumat mengenai kelakuannya. Saya
menggunakan kaedah ini kerana saya percaya guru tersebut telah faham dengan kelakuannya
setelah mengajarnya selama ini. Saya yakin sedikit sebanyak saya dapat mencungkil latar
belakang murid ini berdasarkan temu bual yang telah dijalankan. (Sila rujuk lampiran A)
Kaedah kedua yang saya lakukan ialah melakukan pemerhatian. Saya telah
memerhatikan kelakuannya ketika saya sedang mengajar di kelas tersebut. Saya memerhatikan
bagaimana hubungannya dengan rakan-rakan. Rata-rata murid-murid tidak menggemari
perangainya kerana dia suka mengganggu orang lain. Murid lain sering merungut dan malapor
kelakuannya kepada saya. Kemudian saya akan menanda dalam borang senarai semak
berdasarkan item-item yang melibatkan murid tersebut. (Sila rujuk lampiran B)

iii) Analisis maklumat/data

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


Setelah mengenalpasti klien, saya terus berjumpa dengan guru kelas tersebut untuk
meminta buku rekod kehadiran dan prestasi kelas itu. Didapati bahawa prestasi Adam tidak
begitu memuaskan di mana jika diambil kira pada mata pelajaran Sains, dia hanya mencapai
gred C. Rekod kehadiran menunjukkan Adam sering hadir ke sekolah dan masalah ponteng
sekolah tidak berlaku. Hal ini adalah kerana Adam dihantar oleh bapanya ke sekolah sebelum
bapanya pergi ke tempat kerja. Mungkin kerana itulah kehadiran Adam ke sekolah bukanlah
satu masalah.
Berdasarkan maklumat daripada senarai semak, mendapati Adam mempunyai masalah
disiplin tingkah laku yang sangat merisaukan. Walaupun ditegur dan diberikan peneguhan
negatif, dia tetap mengulangi tingkah laku tersebut. Adam bersikap degil dengan mengulangi
tingkah lakunya itu.Dia gemar mengganggu rakan-rakannya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Dia suka mengejek nama rakan-rakan yang lain dan mencetuskan
pergaduhan secara tidak langsung. Selain itu,dia sangat tidak fokus dalam sesi pembelajaran
dan sering kali gagal membawa buku latihan ke sekolah. Oleh sebab itu, saya tidak mampu
melihat prestasi dan pencapaiannya. Cuma selaku guru mata pelajaran Sains kelas itu, saya
hanya mampu menguji Adam di dalam kelas. Saya akan fokuskan perhatian saya lebih pada dia
ketika mengajar kerana setiap 5 minit, pasti ada saja kelakuan yang tidak diingini dilakukannya.
Adam mengalami masalah emosi dalaman dirinya.Dia rasa tidak dihiraukan dan tidak
wujud. Murid-murid yang mempunyai masalah emosi dan tingkah laku amat sukar diajar di
dalam kelas-kelas biasa. Murid-murid yang mempunyai masalah ini selalunya menunjukkan
tingkah laku yang berlawanan dengan norma biasa.Terdapat banyak faktor yang berkait dengan
gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi
dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga,
pengaruh rakan sebaya, tindakan guru, kaedah pengajaran guru dan lain-lain lagi. Tambahan
lagi, murid yang emosi terganggu ini akan sentiasa ingin memberontak sama ada dalaman atau
luaran. Sebagai contoh, Adam sering mencetuskan pergaduhan. Dia juga suka membuat bising
sesuka hatinya. Masalah ini jika tidak dibendung akan berlanjutan untuk jangka masa yang
lama. Hal ini tidak bagus untuk perkembangan kognitif dan juga emosinya lebih-lebih lagi dia
akan ke alam remaja kelak.
Saya dapati bahawa kurang kasih sayang dari keluarga terutama ibu bapa
menyebabkan masalah ini bertambah parah. Dia tidak ada tempat meluahkan perasaan dan isi
hati. Akhirnya, dia terpaksa menunjukkan perasaan dengan cara yang agresif dengan bergaduh

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


dan membuat bising. Hal ini dapat dibuktikan apabila bersama saya secara bersendirian. Dia
mudah berbicara mengenai isi hati apabila bersama saya kerana berkemunkinan dia
merasakan bahawa saya merupakan tempat dia mengadu masalah.

iii)

Laporan perlaksanaan intervensi terapi kauseling kanak-kanak

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


Saya memulakan dengan terapi permainan di mana saya meletakkan dam ular
dihadapannya dan kami bermain bersama sambil itu saya cuba menanya soalan berkaitan
perasaan dan keluarganya. Namun dilihat dia seolah-olah terlalu fokus untuk bermain dan tidak
banyak maklumat yang mendalam diperoleh. Saya hanya dapat mengetahui tentang aktivitinya
di rumah sahaja seperti pada waktu petang pergi bermain bola sepak di padang. Selain itu, dia
turut menyatakan hasratnya bermain bola sepak untuk peringkat yang lebih tinggi lagi seperti
mewakili sekolah.
Seterusnya saya menggunakan terapi lukisan di mana saya menyuruh dia melukis
gambar sebuah keluarga. Saya menyatakan keluarga yang bahagia ada seorang ayah, seorang
ibu, seorang kakak dan seorang abang. Semua akan saling berpegangan tangan antara satu
sama lain membuktikan keluarga ini bersatu padu dan sentiasa tolong menolong antara satu
sama lain. Semasa dia siap melukis, saya tanyakan soalan mengenai lukisannya tentang
keluarga yang dia lukis. Teknik penyoalan berperingkat seperti Adakah ini keluarga awak?
ditanya oleh saya. Kemudian saya bertanya sama ada dia selalu pergi bercuti bersama
keluarga atau tidak. Dia berkata semua orang sibuk dan keluarganya mengalami kesempitan
hidup dari segi kewangan menyebabkan masing-masing sibuk mencari wang. Hampir
keseluruhan harinya, dia tidak melihat ayahnya kerana ayahnya bekerja pada pagi hari hingga
ke lewat petang. Adam turut menyatakan bahawa dia berasa cepat bosan jika terlalu lama
belajar dan oleh sebab itulah prestasinya dalam subjek Sains khususnya tidak begitu
memuaskan. Dia sering menggangu rakan apabila dia bosan untuk menghilangkan rasa bosan
tersebut. Selain itu, dia sering berjalan ke tandas sebaga contoh. Apabila disoal, dia berkata
Saya ke tandas bukan nak buang air pun, saja nak berjalan-jalan sahaja. Berkenaan dengan
sifatnya yang sering mencetuskan pergaduhan, didapati bahawa bukan dia penyebab utama.
Dia berkata ramai orang mengejek namanya dan bapanya. Hal ini diperhatikan telah menjadi
budaya di sekolah ini. Murid suka mengejek nama murid dan bapa murid itu. Bagi kes Adam,
dia tidak mampu menahan kesabaran dan sering mencetuskan pergaduhan akibat emosi
dalaman yang membuak-buak.

i)

PENGURUSAN GRAFIK

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


Saya telah menyediakan pengurusan grafik mengenai laporan kajian kes ini.Sila rujuk lampiran
C untuk pengurusan grafik tersebut.

Lampiran A

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


Soalan Temu Bual
1) Bersama Guru KelasTahun 5 Ikhlas, Puan Salina
Item Temubual

Ulasan /
Jawapan

1. Boleh cikgu ceritakan sedikit mengenai latar belakang Adam?


2. Apakah pekerjaan ibu bapa / penjaga Adam?
3. Pernahkah ibu bapa/ penjaga Adam dipanggil oleh pihak pengurusan
4.
5.
6.
7.
8.
9.

sekolah?
Adakah Adam mempunyai masalah kesihatan yang serius?
Apakah kesalahan yang sering Adam lakukan di dalam kelas?
Pada pendapat cikgu, apakah kelebihan yang ada pada Adam?
Pada pendapat cikgu apakah kelemahan yang ada pada Adam?
Apakah potensi yang ada dalam diri Adam yang dapat cikgu perhatikan?
Pernahkah Adama diberikan sesi kaunseling bersama guru bimbingan dan

kaunseling.
10. Cadangan cikgu untuk membantu Adam atau meningkatkan tahap disiplin
Adam?

Lampiran A
Soalan Temu Bual
2) Bersama Klien/Murid (dikenali dengan nama Adam)

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


Item Temubual

Ulasan / Jawapan

1. Kamu ada berapa adik beradik? Kamu


anak yang keberapa?
2. Di rumah kamu tinggal dengan siapa?

3. Selalunya apabila pulang, mak dan ayah


ada atau tidak?
4. Apakah hobi kamu?

5. Selalunya datang ke sekolah bawa


berapa ringgit duit poket?
6. Di sekolah kamu suka subjek apa?

7. Kenapa kamu suka dengan subjek


tersebut?
8. Kamu datang ke sekolah dengan siapa
dan menaiki apa?

LAMPIRAN B
Item Borang Senarai Semak

Senarai Semak Terhadap Pemerhatian Tingkahlaku Sosial Kanak-kanak


Nama Penuh
Umur
Nama Pemerhati
Tarikh

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


Masa
Arahan :Tandakan ( / ) padabahagian yang dilakukanolehkanak-kanakdantandakan ( X )
padabahagian yang tidakdapatdilakukanolehkanak-kanak .

Bil

TingkahLakumurid

1.

Memakai uniform sekolah yang kemas

2.

Hadir awal ke kelas

3.

Membawa buku latihan

4.

Membawa buku dan alattulis

5.

Tidak membuat bising di dalam kelas

6.

Tidak berjalan di dalam kelas tanpa


arahan guru.
Tidak keluar ke tandas sewaktu guru
mengajar
Terlibat di dalam aktiviti kumpulan

7.
8.
9.

DapatDila
kukan
(/)

Tidakdilak
ukan
(X)

Catatan

Mencetuskan masalah di dalam kelas


(Nyatakan jenis masalah)

RUJUKAN
Ada Mira.(2012). Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid.BH Online.Diperoleh dari
http://adamira789.blogspot.com/2012/07/gangguan-emosi-dalam-kalangan-murid.html
Haliza Hamzah. Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd..

[BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK]


Lee, K. B. (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Gelugor: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Michael, A. J. (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Senarai Semak Terhadap Pemerhatian Tingkah Laku Sosial Kanak-kanak. Diperoleh
dari
http://www.scribd.com/doc/38588160/Senarai-Semak-Terhadap-Pemerhatian-T
ingkahlaku-Sosial-Kanak

You might also like