Syarat Dan Peraturan Pertandingan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

PENGENALAN
1 Terma-terma dan syarat-syarat khas KEJOHANAN FUTSAL KTSSB ini (selepas ini dirujuk
sebagai Terma dan Syarat Khas) adalah terpakai dan bekuatkuasa ke atas semua
peserta (selepas ini dirujuk sebagai Peserta-peserta) yang memasuki KEJOHANAN
FUTSAL KTSSB (selepas ini dirujuk sebagai Kejohanan) yang diadakan oleh KTSSB!
(selepas ini dirujuk sebagai Pihak Penganjur).
2 Pihak Penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk meminda peraturan-peraturan
pertandingan ini pada bila-bila masa atas budi bicara mutlaknya.
3 Pendaftaran dan penyertaan kejohanan ini bermakna anda menerima peraturanperaturan ini. Para perserta bersetuju untuk berkerjasama dan mengikut semua arahan
daripada Pihak Penganjur mengenai Kejohanan ini.
4 Semua keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau
surat menyurat tidak akan dilayan.
5 Kegagalan Pihak Penganjur untuk menguatkuasa sebarang Terma dan Syarat Khas dalam
apa-apa keadaan tidak akan menimbulkan situasi di mana tuntutan boleh dibuat oleh
mana-mana pihak.
6 Pihak Penganjur berhak untuk meminda sebarang perkara yang berkaitan dengan
Kejohanan ini pada bila-bila masa di atas budibicara mutlaknya dan tanpa liabiliti kepada
sesiapa pun.

KEMASUKAN/PENYERTAAN
1 Hanya penyertaan melalui pendaftaran borang rasmi yang menepati tarikh akhir
penghantaran sebelum 10 April 2015, Jumaat akan diterima.
2 Jika syarat ini tidak dipatuhi, Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengisytiharkan
penyertaan tesebut tidak sah dan tidak membenarkan penyertaan pasukan tersebut dalam
Kejohanan ini.
3 Peserta-peserta boleh mendaftar lebih daripada satu pasukan. Borang pendaftaran rasmi
harus dilengkapkan dan semua peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Penganjur

haruslah dipatuhi. Borang-borang harus diserahkan di lokasi yang ditetapkan atau seminggu
sebelum permulaan.
4 Jumlah kemasukan tidak harus melebihi 40 pasukan.
5

Sebarang maklumat mengenai kejohanan dan penyertaan boleh menghubungi talian Hotline
kami iaitu 03-87234479/03-87238615/013-267 1734/012-228 4911

6 Penerimaan setiap penyertaan adalah di atas budi bicara mutlak jawatankuasa KEJOHANAN
FUTSAL KTSSB
7 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran
bantahan sebanyak RM 300.00, tidak lewat dari 30 minit selepas permainan yang dibantah
itu tamat.
8 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal
dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.
9 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa , maka wang
cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur
berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.
10 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan
ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.
PENDAFTARAN
1 Setiap pasukan harus terdiri daripada 7 peserta sahaja (5 peserta di gelanggang dan 2 pemain
simpanan).
2 Setiap peserta hanya boleh mendaftar sekali sahaja. Setiap peserta hanya boleh mewakili satu
pasukan sepanjang Kejohanan ini. Setiap perserta yang mendaftar harus menunjukkan borang
pasukan yang diminta oleh Pihak Penganjur. Kegagalan untuk melakukan perkara tersebut,
bermakna peserta terlibat akan digugurkan dari pasukan yang didaftarkan.
3 Setiap pasukan akan diwakili oleh seorang (1) wakil (Pengurus) Pengurus tersebut akan
mengetuai pasukan. Pengurus tersebut boleh menjadi salah seorang pemain dalam pasukan
tersebut. Pengurus akan bertanggungjawab untuk keselamatan dan kebajikan setiap pemain
dalam pasukan. Pengurus harus memastikan setiap peserta pasukannya mematuhi segala
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Penganjur.
4 Para peserta boleh memakai sebarang nombor di baju mereka tetapi nombor tersebut tidak
boleh dipakai lebih dari seorang peserta semasa Kejohanan. Kegagalan untuk mematuhi
peraturan ini akan menyebabkan peserta tersebut digugurkan oleh Pihak Penganjur.

TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIPAN


1 Pihak Penganjur akan berusaha sedaya-upaya untuk mewujudkan keadaan yang terbaik untuk
kejohanan ini termasuk lokasi, kelengkapan, pentadbiran, pendaftaran, sistem permainan,
keselamatan, dan sebagainya. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengendalikan local
rules atau mengubah peraturan-peraturan tertentu
2 Pasukan-pasukan bersetuju untuk mematuhi prinsip fair play

Jikalau berlaku pergaduhan (secara fizikal atau mental) atau perselisihan faham di antara pesertapeserta semasa Kejohanan ini, Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menyingkirkan
mana-mana peserta yang terlibat dengan pergaduhan ini. Sebarang rayuan tidak akan diterima.
Peserta yang berkelakuan tidak adil atau tidak sopan akan disingkirkan. Semua keputusan
penyingkiran Kejohanan ini akan dibuat oleh Pihak Penganjur. Semua keputusan adalah
muktamad. Rayuan tidak akan di layan.
Setiap Peserta memperakui bahawa Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak ke atas
kesemua rakaman, nama-nama, watak-watak, persamaan atau suara untuk tujuan
promosi termasuk penerbitan secara siaran radio, program televisyen, internet atau
sebarang medium yang Pihak Penganjur fikir bersesuaian.
Peserta-Peserta mengakui bahawa foto mereka mungkin digunakan untuk tujuan
promosi Kejohanan dan apa juga promosi Pihak Penganjur di lokasi yang ditentukan
oleh Pihak Penganjur dan/atau lokasi-lokasi lain yang ditentukan oleh pihak
penganjur.

PENGATURAN PERLAWANAN
1 Pihak Penganjur telah menetapkan tarikh, masa dan lokasi untuk seluruh masa Kejohanan ini.
Jadual ini tidak boleh diubah atau minta diubah oleh mana-mana pasukan.
2 Pasukan yang tidak bermain mengikut jadual akan digugurkan. Jikalau pasukan tidak hadir ke
gelanggang perlawanan 10 minit selepas panggilan perlawanan diumumkan, keputusan
menang tanpa bertanding akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir dengan kiraan 2-0.
3 Pihak Penganjur boleh mengubah jadual di atas bicara mutlaknya dan akan memberitahu
pasukan dan peserta-peserta mengenai sebarang perubahan.
4 Pengurus pasukan harus mendaftar kehadiran pasukan mereka di lokasi Kejohanan mengikut
waktu yang ditetapkan.

5 Borang Kejohanan:
a) Semasa pendaftaran, setiap pasukan akan menerima borang Kejohanan di mana; nombor,
nama penuh, nombor kad pengenalan. Borang Kejohanan harus dilengkapkan dan
ditandatangani oleh pengurus pasukan. Nombor pada baju peserta harus menyamai
nombor yang diisi dalam borang Kejohanan.
b) Semua pemain simpanan yang disenaraikan dalam borang Kejohanan boleh menyertai
Kejohanan tersebut.
c) Jika terdapat tiga (3) atau kurang peserta untuk kedua-dua pasukan, perlawanan itu akan
diabaikan. Pihak Penganjur akan memutuskan tindakan seterusnya.

Tempoh setiap perlawanan ialah 5 minit untuk setiap separuh tanpa waktu rehat

PEMBATALAN

Pasukan yang didaftarkan harus bermain dalam semua perlawanannya.

Pasukan yang tidak mahu bermain akan digugurkan dari kejohanan kecuali Pihak Penganjur
mengatakan sebaliknya.

Pihak Penganjur berhak untuk mengambil langkah-langkah tertentu jika pasukan tersebut
mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak bermain.

Pihak Penganjur berhak untuk mencari pasukan pengganti jika pasukan tertentu tidak mahu
bermain dalam pusingan kalah mati.

Pemilihan pasukan pengganti akan bergantung kepada keputusan pasukan-pasukan lain yang
telah disingkirkan sebelum ini.

Jikalau pasukan digugurkan dari kejohanan, pasukan itu tidak akan dibenarkan terlibat dalam
kejohanan ini lagi. Mereka juga tidak akan layak untuk menerima apa-apa hadiah dari
kejohanan ini.

Jikalau perlawanan tidak dapat diteruskan kerana kesalahan satu pasukan, Pihak Penganjur
mempunyai hak untuk menggelarkan perlawanan itu terbiar atau menggugurkan pasukan
tersebut dari Kejohanan.

LIABILITI DAN INDEMNITI

Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya adalah tidak


bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun terhadap sebarang kos, perbelanjaan,
kerugian, liabiliti, dan/atau kecederaan yang timbul hasil daripada dan/atau berkaitan
dengan Kejohanan dan/atau Hadiah selain daripada kos-kos dan/atau perbelanjaanperbelanjaan yang dinyatakan secara khusus di dalam Hadiah.

Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya adalah tidak


bertanggungjawab untuk melaksanakan sebarang obligasi mereka di dalam Kejohanan
dan/atau berkaitan dengan Hadiah dalam keadaan di mana mereka adalah tidak

berkeupayaan untuk melaksanakan obligasi-obligasi tersebut yang timbul hasil daripada


keadaan di luar kawalan mereka dan adalah tidak bertanggungjawab untuk memberi
pampasan kepada Pemenang dalam situasi-situasi berkenaan.

Para Pemenang dengan ini memperakui dan mempersetujui bahawa masing-masing


melibatkan diri di dalam Kejohanan di atas risiko sendiri dan juga dengan ini bersetuju
untuk menanggung rugi Pihak Penganjur, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakilwakilnya terhadap sebarang kos, kerugian, kehilangan, perbelanjaan dan/atau liabilti,
yang mana termasuk kehilangan nama baik, reputasi dan/atau yuran-yuran penasihatpenasihat profesional, dan juga sebarang tuntutan yang timbul hasil daripada tindakan
para Pemenang itu sendiri berkaitan dengan Kejohanan, Hadiah dan/atau hasil daripada
perlanggaran obligasi-obligasi para Pemenang di dalam ini.

BORANG PENERIMAAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


Saya, _________________________________________________ wakil / kapten / pengurus
pasukan

ini

[______________________________________________]

telah

membaca,

memahami dan menerima kandungan dan syarat-syarat "Kejohanan FUTSAL KTSSB" KaedahKaedah dan Peraturan-peraturan. Saya, menanggung rugi KTSSB / lain penaja bersama terhadap
apa-apa tuntutan dan liabiliti berlaku semasa "Kejohanan FUTSAL KTSSB"

NAMA: .

IC:

TARIKH:

You might also like