Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

REFLEKSI :

Nama

: Zuralma bt Jaani

Tajuk

: Lawatan Bencmarking Pengurusan Fail

No KP

: 680617-06-5034

Unit

: PPG BM 1 ( Ambilan Februari 2012 )- Semester 7

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi
syarat guru pelatih Program Pensiswazahan Guru (PPG) bagi memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah kursus wajib WAJ 3114 iaitu Asas Bina
Insan Guru bagi pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru
yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan
juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.
Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa
profesion

perguruan

adalah

profesion

yang

mulia

dan

memerlukan

sikap

dan

tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina
generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada
masyarakat.

Kumpulan kami dari Program Pensiswazahan Guru (PPG ) BM 1 Ambilan Februari


2012 telah mengikuti Lawatan Benchmarking ( Kepimpinan Sekolah ) ke Sekolah
Kebangsaan Kuala Dong, 27400 Dong, Raub ,Pahang. Kami memilih tajuk aspek
pengurusan iaitu Pengurusan Fail . Ceramah ini disampaikan oleh guru besar sekolah ini
iaitu Encik Sabran bin Arifin dan Puan Fatimah bt Saidin untuk tajuk Perancangan Strategik
.

Pada peringkat permulaan saya dan rakan-rakan sekumpulan telah merancang dengan
menyediakan kertas kerja Lawatan Benchmarking ke sekolah ini. Tuan pensyarah yang
membimbing kumpulan ini iaitu Encik Shukri bin Mat Yaakob ,juga akan menyelia
1

sepenuhnya program ini sehingga berjaya dijalankan . Kebetulan sekolah ini adalah tempat
saya mengajar dan guru besar setuju atas tarikh yang telah dipilih iaitu pada 13 Februari
2014. Sekolah ini dipilih atas dasar kecemerlangannya iaitu sebuah sekolah yang telah
menerima anugerah Tawaran Baharu kepada pengetua dan guru besar (New Deals) selama
4 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2010 sehingga 2013. Anugerah ini merupakan
pengiktirafan kerajaan terhadap

kepentingan peranan dan tanggungjawab kepimpinan

sekolah iaitu Pengetua atau Guru Besar dalam membangunkan modal insan kelas pertama
demi mencapai wawasan 2020. Pengiktirafan ialah dalam bentuk bayaran Insentif kepada
pengetua atau guru besar,guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program Perkongsian
Pintar ini telah dapat membantu saya dan rakan-rakan guru dalam pengurusan dan
persediaan sebanyak 52 fail bagi tujuan pemantauan oleh pihak nazir, KPM,JPN dan PPD.

Oleh kerana lawatan ini dianjurkan ke sekolah saya, maka sebagai tuan rumah, persediaan
awal telah saya lakukan dengan bersungguh-sungguh supaya perjalanan program itu lebih
lancar . Kerjasama daripada tuan guru besar dan guru penolong kanan sekolah saya
amatlah disanjung tinggi. Proses penyediaan tempat dan alat siaraya serta jamuan telah
dapat saya uruskan dengan teratur mengikut seperti yang dirancang.Kekurangan bilik atau
kelas bagi menyediakan peserta mendengar taklimat di sekolah ini menyebabkan bilik J-Qaf
digunakan dan perlu pengubahsuaian dan menghiasnya setiap kali lawatan benchmark dari
sekolah-sekolah lain . Oleh itu , kerjasama dari semua pihak di sekolah ini amat saya
perlukan. Kebetulan rakan yang bersama-sama dengan saya telah bercuti kerana telah
dijangkiti demam campak. Sungguhpun begitu beliau masih sempat menguruskan
tempahan cenderahati.

Ceramah yang disampaikan oleh tuan guru besar telah banyak memberi manafaat kepada
saya. Pada permulaan ceramah tuan guru besar juga memberikan penjelasan tentang
sejarah sekolah ini serta kejayaannya. Seterusnya, kami juga diberi penerangan
kepentingan misi dan visi sekolah. Penerangan tentang penyediaan sebanyak 52 fail banyak
memberi manafaat kepada saya dan rakan-rakan. Proses penyediaan fail kulit keras dan
susunan mengikut nombor amat penting untuk penyelarasan di setiap sekolah seperti yang
telah ditetapkan untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang. Fail-fail juga harus disusun
mengikut 3 bidang khusus iaitu kurikulum, ko-kurikulum dan hal ehwal pelajar.

Proses melengkapkan fail juga amat penting seperti takwim, perancangan straregik,
perancangan taktikal,perancangan operasi ,pengurusan kewangan lain-lain lagi. Oleh itu ,
kami juga telah diberi penerangan oleh Puan Fatimah bt Saidin , Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid tentang penyediaan perancangan strategik. Perancangan strategik amat
penting untuk membantu pengurusan yang lebih terencana dan sistematik. Selain itu,
Perancangan Strategik merupakan tahap perancangan yang tertinggi dalam tahap
perancangan yang melihat arah haluan organisasi pada jangka masa panjang sekurangkurangnya 3 - 5 tahun kehadapan dalam skop yang lebih luas dan umum dengan menyoal
dan mencari jawapan tentang apakah (what) yang akan dilakukan pada masa hadapan
bagaimana (how) , siapa (who) yang akan menerima fungsi tersebut dan bila (when) ianya
akan tercapai.

Sebagai kesimpulan, dapatlah saya merumuskan bahawa program BIG untuk Lawatan
Bencmarking yang dirancang ini telah dapat dijalankan dengan jayanya.

Terdapat beberapa kesan positif yang dapat dijadikan panduan kepada saya dan rakanrakan untuk meneruskan perjuangan bagi menjayakan sekolah dengan lebih cemerlang
melalui program benchmaking tentang kepimpinan sekolah ke sekolah-sekolah yang
cemerlang. Antara kesan positif dan kekuatan program ini ialah :

1. Memberi pengalaman untuk menyediakan kertas kerja dengan lengkap bagi


merancang setiap program yang diadakan seperti menetapkan ahli jawatankuasa
kerja, aturcara, dan peruntukan kewangan bagi mencapai objektif.
2. Lawatan Benchmarking sangat penting untuk mendapatkan pengalaman rakan serta
sekolah yang telah berjaya untuk dijadikan contoh kepada kita

supaya lebih

cemerlang dalam sesuatu pengurusan.


3. Kerjasama antara ahli jawatankuasa semasa menjalankan sesuatu program sangat
penting untuk menjayakan program tersebut.
4. Memberi peluang kepada semua ahli PPG untuk bertukar-tukar pandangan

dan

pendapat semasa melaksanakan sesuatu program.


5. Memberi maklumat tentang sistem pengurusan fail dan maklumat yang perlu diisi ke
dalam fail-fail yang perlu ada di setiap sekolah-sekolah di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia.
6. Perkongsian ilmu untuk menyediakan Perancangan Strategik yang merupakan
perancangan tahap tertinggi dalam sesuatu panitia mata pelajaran.

7. Kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat memudahkan pengurusan


lawatan kerana kunjungan tetamu perlu persediaan daripada pelbagai aspek .
Kelemahan program :

1. Masa yang diberi untuk merancang dan menentukan tempat untuk dilawati sebagai
benchmark sangat singkat .
2. Kekangan tempat tinggal kami antara ahli jawatankuasa di kalangan ahli PPG
menjadikan program ini bertumpu kepada ahli yang berhampiran sahaja.
Pengurusan semasa hendak menjalankan program tidak mencapah kepada semua
ahli.

Cadangan penambahbaikkan:
1. Program Lawatan Benchmarking sangat penting dan haruslah diberikan agenda
utama kepada semua guru pelatih untuk menimba pelbagai pengalaman serta
dijadikan

panduan

dalam

menjalankan

pengurusan

serta

pengajaran

dan

pembelajaran di sekolah masing-masing dengan lebih cemerlang.

Akhirnya, ribuan terima kasih kepada semua rakan, tuan pensyarah ,guru besar dan guru
penolong kanan SK Kuala Dong kerana telah memberi kerjasama dan sokongan untuk saya
dan rakan-rakan menjayakan program Bina Insan Guru bagi melengkapkan program
pensiswazahan ini. Oleh itu, saya sangat bersyukur kerana dapat menimba pengalaman ini
dan diharapkan dapat dijadikan contoh untuk saya menganjurkan lawatan Benchmark jika
diamanahkan oleh tuan guru besar di sekolah nanti.

Sekian,terima kasih.

You might also like