Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

REFLEKSI

Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan
sesi bersama dengan guru cemerlang dan bagi bahagian kedua pula merupakan
ceramah dan bengkel yang menelan masa selama tiga jam.
Pada 18 Oktober 2010, sesi seramah dan bengkel bagi Program Bina Insan Guru ini
telah diadakan di Dewan Zaba, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Sesi
ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma dimana tempoh
masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan sejam lagi
diperuntukkan untuk bengkel. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi.
Seramai 81 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester enam
daripada empat buah kelas telah terlibat bagi menjayakan program ini.

Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah
daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, iaitu En. Rosli B. Abdul Wahab yang
bertajuk Ciri-Ciri Guru Inovatif. Ceramah dimulakan pada jam 8.30 pagi setelah
para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 10.30 pagi untuk sesi kudapan
atau minuman pagi. Pihak jawatankuasa Program Bina Insan Guru semester enam
kali ini, telah memberikan sedikit cenderahati kepada pencermah diatas
kesudiannya berkongsi ilmu. Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara
langsung dan berlaku komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar.
entiasa mencabar jiwa dan raga.

You might also like