Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Peranan Islam Dalam Tamadun India

Kesenian
Kesenian Islam telah meresap dalam kehidupan masyarakat India khususnya dalam
seni khat, seni bina dan seni ukir. Pengaruh Islam dalam seni khat dapat dikenal pasti pada
ukiran kayu.
Seni Bina
Agama Islam turut menyumbang kepada seni nibaan seperti Taj Mahal .Kadang-kala
Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal
yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek
utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks
bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam,
dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau
dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah
mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak
Warisan Dunia yang perlu dilindungi.
Bangunan ini dikatakan 'permata senibina
Islam'.

Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort) Kota Merah atau nama sebenarnya Lal
Qilah atau Qila-Mubarak (Kota yang dirahmati). Kota ini ialah istana bagi Maharaja Moghul
serta menjadi pusat pentadbiran Delhi sehingga tahun 1857. Penggunaa warna batu bata
merah yang memperlihatkan skema warna Monokrome digunakan untuk membinanya. Kota
atau kubu ini terletak kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi sungai Jumna.
Pembinaannya bermula pada 1638 oleh pemerintah Moghul ke-5, Maharaja Shah Jahan
(orang yang sama membina Taj Mahal) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk
disiapkan (1648) Kota Merah ialah binaan kubu sepanjang 2km yang pernah berfungsi
sebagai tembok pertahanan terpenting penduduk Kota Delhi daripada serangan sejak zamanberzaman. Kubu ini dibina dengan sungai menakung air disekelilingnya sebagai benteng
pertahanan daripada dicerobohi musuh. Monumen ini memperlihatkan seni bina campuran
daripada keindahan seni bina Parsi dan bentuk-bentuk seni bina India. Selain itu, bengunan

yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu juga adalah bekas kediaman
keluarga diraja Moghul.

Tidak jauh dari Kota Merah (Red


Fort) tersergam indah sebuah
masjid dari kurun ke-17 iaitu
Masjid Jama yang dibina oleh
pemerintah Moghul yang sama
iaitu Shah Jahan untuk puterinya
Jahanara Begum. Maharaja Shah
Jahan dikatakan meletakkan batu
asas masjid ini dipuncak sebuah
bukit pada tahun 1650. Nama asal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa parsi
bermaksud Masjid Cermin Dunia) dan kini lebih dikenali dengan nama Masjid Jama. Masjid
ini terletak diatas sebuah bukit yang dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan
monument masjid ini lebih tinggi kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah
yang terletak berhadapan dengan Masjid Jama. Kehebatan binaan itu kekal sehingga hari ini
sebagai masjid terbesar di India yang menjejaki usia 356 tahun atau satu-satunya masjid yang
mempunyai Iman Diraja untuk mengetuai sembahyang semenjak 13 generasi. Pembinaan
Masjid Jama yang memakan masa selama 6 tahun dengan kerahan tenaga seramai 5000-6000
penduduk Islam dan masjid ini dapat disiapkan pada tahun 1656.
Cara Hidup
Sebelum kedatangan Islam, budaya dan cara hidup masyarakt Asia Tenggara banyak
dipenggaruhi oleh agama Hindu dan Banddha. Tetapi, setelah Islam bertapak, cara hidup
Islam telah diasimilasikan ke dalam budaya masyarakat tamadun India. Dengan itu, lehirlah
cara hidup yang berorintasikan Islam seperti cara berpakaian, iaitu bertudung dan
bersongkok. Kedatangan Islam juga telah mengubahkan system social masyarakat yang
mempunyai kelas kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf semasa manusia. Agama
Islam telah memperkenalkan system kemasyarakatan tanpa kasta dan memartabatkan
kedudukan wanita yang menghapuskan dowry dan amalan sati.

Pencapaian Tamadun India


Tamadun India membawa banyak pencapainan dalam sector-sektor seperti
pembinaan, ekonomi, bahasa, sains dan teknologi, seni bina, dan sebagainya.
Pembinaan
Tamadun terawal di India ialah Tamadun Indus. Tamadun Indus sangat dikenalikan
kerana perancangan bandarnya. Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang
seperti Mohenjo-Daro dan Harappa bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya hal ini
memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut
pengisiannya. Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik sangat diperlukan
dan kemamapuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan
bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometrid an pembinaan. Masyarakat
Lembah Indus berusaha meningkatkan mutu bahan binaan dan Berjaya melaksanakannya
apabila masyarakat Indus membuat batu bata daripada tanah liat.

Harappa

Pelan Mohenjo-Daro

Ekonomi dan Bahasa


Dalam tamadun India, aktiviti perdagangan mengalami perkembangan yang sangat
pesat sejak abad Sebelum Masihi. Aktiviti ini melibatkan bukan sahaja perdagangan dalam
tetapi juga melibatkan perdagangan luar. Pusat perdagangan yang penting termasuklah Anga,
Kalinga, dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian, dan mutiara.
Hubungan perdagangan dengan Negara luar dapat dilihat melalui hubungan Antara kerajaan
Maury dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Tenggara. Mata Wang telah
digunakan sebagai medium jual beli. Penggunaan mata wang danlam proses jual beli ini
membuktikan bahawa pemerintahan dalam Tamadun India telah melaksanakan satu dasar
kewangan dan ekonomi yang sistematik.
Masyarakat Indo-Arya pada tamadun India menggunakan bahasa Sanskrit yang
kemudiannya melahirkan bahasa Hindi, Urdu, Punjabi, Kasmiri dan sebagainya. Bahasa
Sanskrit ialah bahasa utama Zaman Vedik. Bahasa ini telah mempengaruhi perkembangan
dalam bidang penulisan serta kesusasteraan dalam bentuk vedik, epic, dan sajak. Sastera yang
terkenal termasuklah epic Mahabharata dan Ramayana.

Bahasa Sanskrit.

Sains dan Teknologi


Dalam tamadun India, sains dan teknolohi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik.
Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. Ilmu matematik telah wujud
dalam tamadun India. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometrid an
telah memperkenalkan system nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.

Angka Brahmin

Skrip Kharosti

Seni Bina
Tamadun India memaparkan peningkatan serta pencapaian yang cemerlang dalam
bidang seni. Masyarakat India berusaha untuk membina binaan yang sangat baik dan lengkap,
seperti yang dilihat oada binaan Great Bath. Bidang seni bina masyarakat India berunsurkan
keagamaan, seperti yang dilihatakn pada binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini
mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu, kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28
kuil-gua dan dibina antara abad kelima sehingga abad kelapan Masihi.

Ukiran pada dinding Gua Ajanta

Agama
Tamadun ini adalah tempat asal agama Hindu dan Buddha. Agama Hindu telah
menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin. Penganut agama
Hindu mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup
dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan
tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Moksya, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang
mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia.
Kemunculan agama Buddha sering dirujukkan sebagai satu penentangan golongan
Ksyatria terhadap dominasi Brahmin dalam soal agama dan kehidupan. Sistem kasta yang
dilihat begitu tegar telah dianggap menjadi masyarakat tidak teratur. Hal ini telah

memberikan kesedaran kepada Gautama Buddha untuk mencari kebenaran. Gautama


Buddhaa menemui kebenaran sewaktu betapa di bawah pokok Bodhi di sebuah kampong
bernama Uruveda. Antara asas ajaran Buddha termasuklah empat kebenaran mulia yang dapat
dicapai melalui lapan jalan. Agama Buddha mencapai kegemilangan pada zaman
pemerintahan Asoka dan juga telah menjadi agama rasmi kerajaan Maurya tetapi juga
mengalami perkembangan yang pesat kesan daripada dasar penghantaran mubaligh ke luar
negara.

You might also like