Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 33

ITQAN

PADA MENYATAKAN CARA SEBUTAN


SEBAHAGIAN LAFAZ AL-QURAN
MENURUT RIWAYAT
HAFS IBN SULAIMAN
MELALUI THORIQ SYATIBIYAH
www.studyqeraat.com

KARANGAN

SYEIKH TAUFIQ IBRAHIM DAMRAH


Syeikh Tajwid dan Qiraat di Masjid Husain Al-Kabir,
Diijazahkan Dalam Qiraat Sepuluh As-Sughra dan
Al-Kubra

PENDAHULUAN PENTERJEMAH
Segala puji bagi Allah Yang menurunkan AlQuran sebagai hidayat kepada manusia. Selawat
dan salam ke atas baginda Rasulullah S.A.W, rasul
yang diutuskan menjadi rahmat kepada seluruh
alam. Kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat
baginda, para ulamak, auliya serta kaum muslimin
dan muslimat.
Buku kecil ini adalah terjemahan daripada
kitab asal yang berbahasa Arab karangan guru
kami Syeikh Taufiq Ibrahim Damrah (semoga Allah
memberkati beliau dan memanjangkan usianya).
Usaha ini adalah daripada cetusan idea beliau,
apabila ramai dari kalangan murid beliau
berbangsa Malayu datang menuntut ilmu Al-Quran
dan Qiraat daripada beliau. Tambahan pula,
kelahiran
laman
web
beliau
(http://www.qeraatway.com)
yang
memuatkan
banyak bahan-bahan yang berkaitan ilmu Al-Quran
dan Qiraat membuka pintu kepada penuntut ilmu
agama menambah pengetahuan tentang bidang
ini. Justeru itu, beliau berpendapat amat releven
untuk diterjemahkan kitab beliau ini yang
membicarakan permasalahan penting dalam
bacaan Al-Quran menurut riwayat Hafs daripada
Asim.
Dalam terjemahan ini, kami cuba sedaya
upaya untuk mengekalkan makna asal kitab

tersebut.
Namun
kerana
kesukaran
menterjemahkan setiap kalimah Arab, sebahagian
ayat terpaksa diterjemahkan dengan bahasa yang
lebih mudah difahami dalam bahasa Melayu.
Kebanyakan istilah tajwid dan qiraat tidak
diterjemahkan kerana kesukaran mendapatkan
terjemahan yang tepat atau ia sememangnya
dikenali dan masyhur dengan istilah tersebut. Oleh
kerana itu, dinasihatkan kepada pembaca agar
merujuk kepada guru-guru Al-Quran dan qari-qari
yang mahir, lebih-lebih lagi sebahagian bacaan
tersebut
hanya
dapat
difahami
dengan
musyafahah (berguru). Begitu juga, rujukan serta
nota kaki (footnote) dalam kitab asal yang
berbahasa Arab tidak diterjemahkan. Pembaca
yang inginkan rujukan tersebut boleh melihat
kepada Kitab Itqan dalam bahasa Arab karangan
Syeikh Taufiq Ibrahim Damrah yang boleh didapati
dalam laman web beliau.
Diharapkan usaha kami ini diikhlaskan
niatnya dan ditulis pahalanya di sisi Allah dalam
kitab amalan kami serta guru-guru kami. Jika
terdapat sebarang kesilapan pada terjemahan atau
ayat yang tidak difahami, diharap dapat
memaklumkannya melalui e-mail yang terdapat
pada akhir kitab ini.
Penterjemah,
1 Ramadhan 1430H/ 22 Ogos 2009M.

MUKADDIMAH
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam,
Yang menurunkan Al-Quran, Yang menciptakan
manusia, lalu mengajarnya Al-Bayan (keterangan),
Yang memilih dari kalangan hambanya Hamalatul
Quran (pembawa & penghafaz Al-Quran). Firman
Allah dalam Al-Quran:


Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh
orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hambahamba Kami. [Al-Fatir:32]
Selawat dan salam ke atas penghulu anak cucu
keturunan Adnan, Nabi Muhammad ibn Abdullah
yang bersabda:



((
))







(Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari
Al-Quran dan mengajarnya)
Ya Allah kurniakan selawat ke atas keluarga
baginda, para sahabat yang membawa kepada
kami Al-Quran, dan orang-orang yang menyusuli
mereka dengan kebaikan.
Sesungguhnya manusia tidak akan mulia
kecuali dengan apa yang diketahuinya. Dia tidak
akan menjadi lebih baik kecuali dengan berfikir,
tidak akan mendapat hasil kecuali dengan apa
4

yang didampinginya. Dan sebaik-baik pendamping


pada zaman ini ialah pembaca Al-Quran yang
bertalaqqi
Kalamullah
secara
musyafahah
(berguru). Jika kamu belajar daripadanya satu ayat
daripada kitab Allah ianya lebih baik daripada nilai
unta yang mahal harganya. Dan dua ayat yang
dipelajari daripadanya lebih baik daripada 2 ekor
unta tersebut, dan demikianlah bandingannya.
Telah diketahui umum bahawa Al-Quran perlu
dipelajari dengan bertalaqqi. Daripada Zaid ibn
Thabit R.A, katanya:


))

((

Bacaan Al-Quran ialah sunnah yang dituruti,


diambil orang yang terkemudian daripada orang
terdahulu.
Kata ulamak: Sifat bacaan (Al-Quran) adalah
diturunkan daripada Allah Taala berdasarkan
perkataan Saidina Ali R.A:


))

((

Sesungguhnya
Rasulullah
menyuruh
kamu
membaca (Al-Quran) seperti mana kamu diajar.
Ketahuilah saudaraku (pembaca Al-Quran),
sesungguhnya orang yang membaca Al-Quran
5

dengan
bersungguh-sungguh tanpa merujuk
kepada ulamak, lalu dia melakukan kesalahan yang
jelas (lahnul jali) atau kesalahan yang tidak jelas
(lahnul khaf); sesungguhnya dia telah berdosa
sehinggalah dia mempelajarinya daripada qariqari. Dan baginya dua pahala selagi mana dia
belajar membaca walaupun dalam keadaan sukar
menyebut huruf. Apabila dia mempelajari Al-Quran
dan mengelokkan bacaannya, adalah dia bersama
malaikat-malaikat Allah.
Dari kerana itu, ditulis kitab kecil ini yang
mengandungi sebahagian kalimah-kalimah penting
yang perlu diketahui oleh penuntut ilmu agama
tentang cara bacaan pada kalimah tersebut dan
cara wakaf (berhenti) dan memulakan bacaan
padanya.
Hanya kepada Allah kami memohon agar
menjadikan usaha ini ikhlas keranaNya sahaja. Dan
semoga dapat memanfaatkan dengannya kepada
Islam dan kaum muslimin.

Syeikh Bakri Tharabisyi.

KALIMAH-KALIMAH YANG PERLU DIBERI


PENJAGAAN DALAM BACAAN MENURUT

RIWAYAT HAFS DARIPADA ASIM MELALUI


THORIQ SYATHIBI
1. Mad Munfasil: dibaca dengan tawassut
(pertengahan) 4 harakat dan ini adalah pendapat
yang diutamakan. Atau membaca dengan 5
harakat. Contoh: l .
2. Mad Muttasil: dibaca dengan tawassut
(pertengahan) 4 harakat dan ini adalah pendapat
yang diutamakan. Atau membaca dengan 5
harakat. Contoh: n .
3. [Al-Baqarah:237] perlu diberi penjagaan
pada sebutan ( )dan (). ( )mempunyai sifat
istitholah1 dan ( )bersifat dengan tarqiq2.
4.
[Al-Baqarah:245] perlu diperhatikan
sebutan ( )pada atas huruf (), ia perlu dibaca
dengan siin sahaja
5. Huruf yaa ( )pada akhir kalimah yang tidak
ditulis seperti pada firman Allah Taala: O N [AlBaqarah:258] diwakafkan padanya dengan dua
yaa (N) . Adapun pada firman Allah: [ AnNisa:146] diwakafkan padanya tanpa yaa seperti
mana tulisannya ( ).
1

Istitholah: ialah menyebut huruf ( )dengan lambat


serta lidah berpegang kepada pangkal gigi geraham
atas sebelah kanan atau kiri.
2
Menyebut huruf ( )dengan nipis dan tidak tebal
sekira-kira mulut seperti keadaan senyum.

6. 2 [Al-Baqarah:283] Cara memulakan bacaan


dengannya: Pada lafaz ini terdapat dua hamzah,
hamzah wasal dan hamzah qatha. Apabila
memulakan bacaan, hamzah pertama dibaris
depankan dan hamzah kedua sukun (). Lalu
ditukar hamzah yang sukun kepada huruf mad
yang sesuai dengan baris hamzah yang pertama
(iaitu baris depan). Maka berlakulah mad badal dan
dibaca dengan 2 harakat ketika dimulakan bacaan
().
7. [ Ali Imran:1-2] ketika disambung
bacaan, dibaca dengan baris atas huruf mim ().
Dan pada panjang mim tersebut terdapat dua
pendapat:
1. dibaca dengan isybaa (6 harakat) inilah
bacaan yang diutamakan kerana mengikut
kepada asal iaitu sukun.
2. dibaca dengan qasar (2 harakat) kerana
mengikut
kepada
baris
atas
yang
mendatang tersebut, maka dikembalikan
kepada asalnya iaitu mad thobie.
8. [ An-Nisa:46] perlu diperhatikan sabdu
yaa ( )serta hukum iqlab selepasnya.
9. [ An-Nisa:119] Nun bersabdu ()
ialah huruf ghunnah yang perlu didengung sekadar
2 harakat.

10. [ An-Nisa:176] hukumnya ketika wasal:


apabila bertemu dua huruf mati, yang pertamanya
huruf mad; dibuangkan seperti . Perlu
diperhatikan kasrah huruf nun yang sukun
kerana berhimpun dua huruf yang mati. Ketika
dimulakan bacaan pada ( )dibaca dengan hamzah
yang berbaris bawah ( )walaupun raa ()
berbaris depan.
Apabila bertemu dua huruf mati pada dua kalimah
yang berbeza, jika huruf pertama:
- huruf mad: dibuang huruf tersebut dan
tidak dibaca seperti : [ An-Nisa:176].
- mim jama: dibaca dengan baris depan
seperti:
[ Al-Maidah:23].
- wau jamaah: dibaca dengan baris depan
seperti:

ih [Al-Baqarah:277].
- nun pada kalimah ( )huruf jar: dibaca
dengan baris atas seperti: .
- yaa idhafat: dibaca dengan baris atas
seperti:

D C , kecuali pada satu kalimah sahaja


iaitu:
9

[ Al-Baqarah:124] dimana Hafs


membaca dengan dimatikan yaa idhafat
padanya.
-huruf-huruf lain dibaca dengan baris bawah
seperti:
.
11. p [Al-Maidah:28] Tho ( )yang mati dan taa
( )berbaris, ialah mutajanis saghir dan hukumnya
diidghamkan sebagai idgham naqis sekira-kira
kekal sifat ithbaq pada tho ( )seperti: ( ).
12. Pada firman Allah Taala: [Al-Maidah:107]
perlu diperhatikan bacaan pada wau ( )yang mati
dan lam ( )serta yaa ( )yang berbaris atas.
13. [ Al-Anaam:143,144] dinamakan mad farq,
dan pada bacaan hamzah wasal terdapat dua cara:
1. ibdal serta isyba: ialah bacaan yang
diutamakan,
iaitu
mad
lazim
kalimi
musaqqal dengan dipanjangkan sekadar 6
harakat.
2. tashil: membaca dengan tashil hamzah
yang kedua dengan menyebut huruf antara
alif dan hamzah )(.
14. i [Al-Araf:18] perlu diperhatikan hamzah
yang berbaris depan dan mad badal pada huruf
wau ().
10

15. [Al-Araf:20] padanya terdapat mad


tamkin yang dibaca dengan panjang sekadar 2
harakat.
16. [ Al-Araf:69] dibaca dengan siin ():
.
17. [ Al-Araf:170] perlu diperhatikan baris atas
mim ( )dan sabdu huruf siin ( )yang berbaris
bawah.
18. [Al-Araf:176] Tha ( )dan zal ( )ialah
mutajanis saghir, dan hukumnya dibaca dengan
idgham kamil.
19. [ Al-Araf:196] Mad pada kalimah "
pada ketika wakaf ialah mad tamkin yang
dipanjang sekadar 2 harakat.
20. Pada menyambung akhir
dengan awal Surah At-Taubah:

Surah

Al-Anfal

[Al-Anfal:75,AtTaubah:1] terdapat 3 cara bacaan mengikut tertib


keutamaan:
a. Wakaf (dengan mengambil nafas baru)
b. Saktah (tanpa mengambil nafas baru)
Harus pada setiap cara di atas membaca
mad arid lissukun dengan qasar (2 harakat),
tawassut (4 harakat) dan isyba (6 harakat)
11

samada dengan sukun yang sempurna, atau


isymam. Atau membaca dengan qasar (2
harakat) beserta raum. Keseluruhannya
terdapat 14 cara bacaan.
c. Wasal (menyambung terus bacaan)
beserta iqlab. Ini adalah cara bacaan yang
ke-15. Kesemua bacaan tersebut adalah
tanpa bismillah.
21. [ At-Taubah:3] Hamzah Qatha ()
berbaris atas, bukannya mad badal.
22. [ At-Taubah:3] Perlu diperhatikan:
a. dibuang huruf mad pada ( )ketika wasal
b. tarqiq (dinipiskan) lam ( )dan baris
bawah haa ()
pada lafaz Allah.
23. Wakaf pada kalimah [Yunus:35] di mana
sahaja dalam Al-Quran dibaca dengan qalqalah
kubra.
24. [ Yunus:35] Perlu diperhatikan baris atas
yaa dan baris bawah haa serta sabdu dal yang
berbaris bawah. Asal kalimah tersebut ialah (),
lalu dimatikan huruf taa dan diidghamkan ke
dalam dal serta dibaris bawahkan haa kerana
mengelak daripada bertemu 2 huruf yang mati.

12

25. [ Yunus:51,91] Pada hamzah wasal


terdapat 2 cara bacaan:
a. Ibdal serta isyba (6 harakat): iaitu bacaan
yang diutamakan. Hukumnya ialah mad
lazim kalimi mukhaffaf, dan dinamakan mad
farq.
b. Tashil hamzah wasal dengan menyebut
antara hamzah dan alif) (.
26. [Yunus:59], [An-Naml:59] Pada bacaan
hamzah wasal terdapat 2 cara seperti no. (13).
27.

[Hud:41]:

a. diimalahkan fathah raa antara baris atas


dan baris bawah
b. diiamalahkan alif selepasnya antara alif
dan yaa.
28. [ Hud:42] Baa ( )beserta mim ( )ialah
mutajanis saghir dan hukumnya dibaca dengan
idgham kamil beserta dengung.
29. [Yusuf:11] Padanya terdapat 2
cara bacaan:
a. Ikhtilas atau ikhfa (bacaan yang
diutamakan): ( )iaitu menyebut 2/3 baris
depan pada nun yang pertama, dan
menghilangkan 1/3 sebutan baris tersebut.
13

b. Isymam: mendengungkan nun yang


pertama
pada
nun
yang
kedua
(mutamasilain
kabir)
beserta
mengisyaratkan dengan bibir kepada baris
depan
(memuncungkan
bibir)
ketika
menyebut huruf nun.
30. W V U [Yusuf:32] Fiel (U) ditakidkan dengan
nun taukid khaffah, ditulis dengan tanwin, dan
diwakafkan dengan alif. Dan seperti itu juga hukum
pada ([ )Al-Alaq:15].
31. [ Yusuf:39,41] dibaca dengan takhff
(meringankan) yaa (). Begitulah juga padaed
[Al-Hujurat:1] dan ayat ([ ) Al-Muzzammil:20].
32. E D C B A [Ibrahim:1,2] ketika wasal perlu
diperhatikan: lam pada lafaz Allah dibaca dengan
tarqiq (lembut) dan haa berbaris bawah.
33. ()
[Al-Hijr:2] Perlu diperhatikan bahawa
baa dibaca dengan tidak bersabdu.
34. j [An-Nahl:48] Hamzah berbaris depan dan
bukannya mad badal. Diwakafkan di padanya
seperti ini ().
35. [Al-Isra:64] Perlu diperhatikan baris atas
raa ( )dan baris bawah jim ().

14

36. b a [Al-Isra:110] Harus diwakafkan untuk


tujuan ujian dan terpaksa1 pada kalimah ()
dengan mad iwad. Dan tidak boleh memulakan
bacaan dengan (), bahkan dimestikan memulakan
bacaan dengan ().
37. ([ ) Al-Kahfi:1,2] ketika wasal dibaca
dengan saktah.
38. (8) [Al-Kahfi:63] dan ([ )Al-Fath:10] perlu
diperhatikan baris depan haa ().
39. "! [Maryam:1] Ain (): mad lin, dan pada
bacaannya terdapat dua cara:
a. Isyba: dengan dipanjang 6 harakat, dan
inilah cara yang terbaik.
b. Tawassut: dengan dipanjangkan 4
harakat. Sebabnya kerana martabat huruf lin
lebih rendah daripada huruf mad.
40. ( [ ) Toha:63] dibaca dengan mati nun
().

Wakaf untuk tujuan ujian ialah bagi menguji pelajar


cara bacaan jika diwakafkan pada kalimah tersebut.
Wakaf kerana terpaksa pula ialah apabila pembaca
terputus nafas pada kalimah tersebut atau terpotong
bacaan dengan sebab-sebab diluar kawalan seperti
bersin.

15

41. (
)
[An-Nur:52] Ketika wakaf perlu
diperhatikan kepada huruf qaf ( )yang mati
beserta qalqalah dan haa ( )yang dimatikan.
42. Pada kalimah d c [Al-Furqan:7] harus
diwakafkan bagi tujuan ujian atau terpaksa pada
kalimah ( )atau pada lam (). Tidak boleh
dimulakan bacaan dengan lam atau dengan ().
Begitu juga hukumnya pada (YX W) [Al-Kahfi:49],
([ ) An-Nisa:78] dan ([ ) Al-Maarij:36].
43. Z Y [Al-Furqan:38], (Z) di atas alif terdapat
bulat yang condong, alif tersebut gugur pada
sebutan (tidak dibaca) walaupun terdapat pada
tulisan. Hukum ini menyeluruh pada setiap alif
yang terdapat di atasnya bulat yang condong.
44. ([ ) Al-Furqan:69] terdapat silah haa, ia
dimadkan sekadar 2 harakat, bersalahan dengan
kaedah.
45. = [As-Syuara:63] Raa ketika wasal terdapat
dua cara bacaan:
a. Tarqiq (dinipiskan), iaitulah bacaan yang
diutamakan
b. Tafkhim (ditebalkan).

16

46. ( [ ) As-Syuara:136] Perlu dijaga tarqiq ain (


)dan taa ( )serta keluar suara pada huruf ()
dengan istila.
47. [As-Syuara:176, Saad:13] Dimulakan
dengan hamzah yang berbaris atas untuk
) .
membolehkan menyebut lam yang mati (
48. #" ! [An-Naml:1] Ketika wasal diikhfakan
nun ( )pada taa ().
49. ([ )An-Naml:36] dibaca ketika wasal dengan
yaa yang berbaris atas. Pada ketika wakaf
terdapat 2 bacaan:
a. Mengekalkan yaa, iaitulah bacaan yang
diutamakan. Ia dibaca ()
b. Dibuang yaa dan diwakafkan pada huruf
nun (). Harus padanya mad (6 harakat),
tawassut (4 harakat) dan qasar (2 harakat)
dengan dimatikan huruf akhir. Diharuskan
juga qasar (2 harakat) dengan raum.
50. ([ ) An-Naml:62] Diperhatikan bahawa ()
beserta ( )tidak diqalqalahkan dan tidak
diidghamkan, hanya dinyatakan sifat istitholah
sahaja.
51. ( [ ) Al-Qasas:48] dibaca dengan baris
bawah sin ( )dan dimatikan haa (), musanna
(kata yang menunjukkan dua) bagi ().
17

52. { z y [Ar-Rum:10] Perlu dijaga hukum mad


ketika wasal dan ketika wakaf.
53. | [Ar-Rum:22] diperhatikan baris bawah lam (
).
54. ( [ ) Ar-Rum:39] diperhatikan baris atas wau
().
55. [Ar-Rum:39] diperhatikan baris depan mim
( )dan baris bawah ain ().
56. [Ar-Rum:54] Dibaris ataskan (
) pada ()
dan ( )pada firman Allah Taala:
YXWVUTSRQPONMLKJIH [Ar-Rum:54] iaitulah
bacaan yang diutamakan. Bacaan kedua ialah
) .
dengan membaris depankan (
57. [Al-Ahzab:14] Diperhatikan baris bawah (
)dan baris atas lam ( )serta taa ( )berbaris
mati.
58. ([ )Al-Ahzab:14] Mad badal iaitu hamzah
selepasnya alif, seperti
3
[Ghafir:18, AnNajm:57].
59. | { [Saba:12], seumpama &% , @
dimana sahaja dalam Al-Quran dan + [Al-Fajr:4].
Raa ( )tersebut ketika wakaf terdapat dua cara
bacaan:
a. Tarqiq (nipis), iaitulah bacaan yang
diutamakan
b. Tafkhim (tebal).

18

Adapun T yang tidak bertanwin terdapat 2


bacaan di atas, dan tafkhim (tebal) lebih
diutamakan.
60. Perlu dijaga kalimah B A [Saba:16] ia
dibaca dengan yaa yang lembut (tidak bersabdu)
dan bukannya dengan alif. Dan seperti itu juga
$#" [Al-Araf:160], N M L [Al-Maidah:12] dan
Z Y [At-Tholaq:2].
61. ?> = < [Yasin:1-2] ketika wasal:
a. kaitan huruf antara nun ( )dan wau (),
ialah mutaqaribain saghir, hukumnya ialah
izhar muthlaq (dinamakan juga izhar
riwayat).
b. hukum mad: Yaa ( )mad tabie
dipanjangkan sekadar 2 harakat. Sin ():
mad lazim harf mukhaffaf, dipanjangkan
sekadar 6 harakat.
Perhatian: Hukum tersebut juga berlaku pada ayat
pertama Surah Al-Qalam ketika wasal [ Z Y [AlQalam:1].
62. ( [ ) Yasin:52] ketika wasal dibaca
dengan saktah.
63. ([ ) As-Soffat:128] diperhatikan baris atas
lam ().
64. ([ ) As-Soffat:130] dibaris bawahkan
hamzah. Tidak boleh diwakafkan pada kalimah (),
hanya ditulis dengan bercerai untuk menepati
qiraat lain.
65. 76 5 4 [Saad:3] perlu dijaga idgham wau
pada wau (mithlain saghir) dan diharuskan wakaf
pada taa kalimah ( )untuk ujian atau terpaksa.
Dibolehkan memulakan bacaan dengan (). Tetapi

19

tidak boleh wakaf pada ( )atau memulakan


bacaan dengan ().
66. P [Saad:47] diperhatikan baris atas ( )dan
faa ().
67. ([ )Fussilat:29] musanna (kata dua) dibaca
dengan baris atas ( )dan baris bawah nun ().
68. [Fussilat:44] diperhatikan tashil hamzah
kedua antara hamzah dan alif.
69. $# "! [As-Syura:1-2] ketika wasal:
Ain (): Mad lin, padanya terdapat dua cara
bacaan:
a. Isyba (6 harakat) iaitu lah bacaan yang
diutamakan
b. Tawassut (4 harakat)
Ain sin (): Ikhfa dan didengungkan sekadar 2
harakat, dan dengung tersebut dinipiskan.
Sin (): Mad lazim harf mukhaffaf dipanjangkan
sekadar 6 harakat.
Sin Qaf (): Terdapat nun yang mati selepasnya
huruf qaf, hukumnya ikhfa dengan ditebalkan
dengung.
Qaf (): Mad lazim harf mukhaffaf dipanjangkan
sekadar 6 harakat.
70. @ ? > = < ; : 9 [As-Syura:34] diperhatikan
qalqalah qaf pada (:). Pada (=) diperhatikan baris
depan faa ( )ketika wasal tanpa dimadkan wau,
dan dimatikan faa ketika wakaf.
71. 210 [Az-Zukhruf:49] diwakafkan padanya
dengan dimatikan haa ( )tanpa alif kerana
mengikut resam Al-Quran. Seperti itu juga pada
[An-Nur:31, Ar-Rahman:31].
72. Dimulakan kalimah
3
[Az-Zukhruf:49]
dengan
hamzah
yang
baris
depan,
dan
seumpamanya b [Al-Maidah:44] dan 4 .
20

Kaedah: Dibariskan hamzah wasal pada fel


dengan baris depan jika huruf ketiga berbaris
depan secara asal. Jika huruf ketiga berbaris atas,
bawah atau baris depan yang mendatang;
dimulakan dengan hamzah yang berbaris bawah
seperti: ? [Yunus:71], 4 [Al-Kahfi:21] dan S
[Saad:6]. Ia dimulakan dengan hamzah yang
berbaris bawah kerana huruf ketiga asalnya
berbaris bawah dan selepasnya terdapat yaa. Lalu
dibuang yaa tersebut dan dipindahkan barisnya
kepada huruf sebelumnya, maka jadilah huruf
ketiga berbaris depan.
73. y [Az-Zukhruf:55] Mad badal dipanjangkan
sekadar 2 harakat.
74. Kalimah [Al-Ahqaf:4] dimulakan dengan
hamzah yang berbaris bawah diikuti dengan yaa
menjadi mad badal ketika dimulakan bacaan.
75. l [Al-Ahqaf:17] diperhatikan baris bawah nun
( )yang pertama dan kedua.
76. u [Al-Ahqaf:33] Perlu dijaga ketika wakaf
dengan dimatikan ain ( )dan yaa ().
77. o [Muhammad:35] Sin ( )berbaris atas,
begitu
juga
pada
[Al-Anfal:61].
u

[Muhammad:35] Taa berbaris bawah ( )dan raa


berbaris atas (). (
) [Muhammad:37] Haa
berbaris mati ( )dan faa berbaris bawah ().
78. ([ ) Al-Hujurat:11] Jika dimulakan dengan (
), harus dibaca dengan 2 cara:
a. ( ) iaitulah bacaan yang
diutamakan
b. ()
79. R [At-Thur:37] Huruf sin kecil tertelak
dibawah saad (), padanya terdapat 2 bacaan:

21

a. Dibaca dengan saad (), iaitulah yang


diutamakan ()
b. Dibaca dengan sin ()
80. & [Al-Hasyr:17] Dal ( )berbaris atas kerana
kalimah musanna (menunjukkan dua) dan yaa lin
berbaris mati ().
81. ( [ ) Al-Haqqah:28-29] ketika wasal,
terdapat 2 bacaan padanya:
a. Saktah beserta izhar, inilah bacaan yang
diutamakan
b. Idgham: mutamasilain saghir.
82. CB A@ [Al-Qiamah:27] ketika wasal menjadi
mutaqaribain saghir, hukumnya izhar kerana
terdapat saktah.
83. Dibuang alif ketika wasal pada kalimah ( [ )AlInsan:4] dan diwakafkan dengan 2 cara bacaan:
a. Menyebut alif (), iaitulah bacaan yang
diutamakan
b. Dibuang alif dan dimatikan lam yang
kedua ().
84. w v u [Al-Insan:15-16]:
(u) yang pertama: terdapat bulat yang bujur pada
alif, menunjukkan alif tersebut dibaca ketika wakaf
dan dibuang ketika wasal.
(w) yang kedua: terdapat bulat yang condong,
dibuang alif pada sebutan ketika wasal dan wakaf.
Begitu juga hukumnya seperti (u) yang pertama:
kalimah 1 dimana sahaja dalam Al-Quran, L [AlKahfi:38], d [Al-Ahzab:10], O [Al-Ahzab:66]
dan X [Al-Ahzab:67].
85. "! [Al-Mursalat:20] Qaf ( )yang mati
berjumpa dengan kaf ( )yang berbaris menjadi
mutaqaribain saghir. Ia dibaca dengan idgham
22

kamil, sekira-kira hilang sifat huruf qaf dan


makhrajnya.
86. ! [An-Naba:1] Diwakafkan padanya untuk
ujian atau terpaksa dengan sabdu mim ( )dan
sukunnya.
87. M L K J I [Al-Mutaffifin:14] ketika wasal
dinyatakan lam ( )di sisi raa ( )kerana sebab
saktah.
88. Perlu diperhatikan ketika wasal Bismillah
dengan awal Surah Al-Alaq kepada hamzah ()
kerana ia adalah hamzah wasal. Begitu juga ketika
wasal pada ayat V U T, mesti dibaris bawahkan
tanwin ( )kerana bertemu dua huruf yang mati.
89. 8 7 6 5 4 [Al-Humazah:1-2] ketika wasal
antara ayat-ayat perlu diperhatikan baris bawah
tanwin ( ) kerana bertemu dua yang mati.
90. q p [Al-Fil:4] Ikhfa syafawi.
91. + [Al-Kafirun:3] Ikhfa hakiki.
92. ' & % $ # " ! [Al-Ikhlas:1-2] ketika wasal
bertemu dua yang mati, lalu didatangkan harakat
dan dibaris bawahkan huruf pertama yang mati
iaitu tanwin, kerana bertemu huruf mati yang
kedua iaitu lam pada kalimah Allah. Ia dibaca (
)dan dijaga tarqiq (nipis) huruf lam ( )pada
kalimah Allah.

23

PERJALANAN AL-QURAN SEMENJAK DIBACA


OLEH BAGINDA RASULULLAH S.A.W
SEHINGGA QARI-QARI ZAMAN INI.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad S.A.W, dan ke atas ahli keluarga
baginda yang suci, sekalian sahabat serta pengikut
mereka
dengan
kebaikan
sehingga
hari
pembalasan.
Amma badu: Sesungguhnya seagung-agung ilmu
dan semulianya ialah pembacaan Al-Quran AlKarim
serta
mempelajari
hukum-hukumnya
(mushafahah) daripada mulut ulamak yang mahir.
Kerap kali pelajar-pelajar bertanya: Bagaimanakah
sampai kepada kita Al-Quran dengan sebegini
rupa?
Al-Quran Al-Karim ialah Kalamullah Taala
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W
dengan perantaraan wahyu malaikat Jibril A.S,
dengan lafaz daripada Allah. Bahkan berkata
ulamak bahawa sifat bacaan Al-Quran ditalaqqi
daripada Allah, dan bukannya dengan ijtihad Jibril
atau Nabi S.A.W. Tidak harus bagi sesiapa pun
dikalangan ulamak selepas itu menukarkan
sesuatu daripada Al-Quran dengan penambahan,
pengurangan atau pertukaran. Kata Saidina Ali ibn
Abi Talib R.A: Sesungguhnya Rasulullah menyuruh
kamu membaca Al-Quran seperti mana kamu
diajar.
Kata Saidina Umar, Zaid, Ibn Al-Munkadir, Urwah,
Umar ibn Abdul Aziz, Amir As-Syabi: Pembacaan

24

Al-Quran ialah sunnah yang diikuti. Bacalah kamu


seperti mana kamu diajar.
Selepas hijrah Rasulullah ke Madinah dan
ramai dari kalangan qabilah Arab memeluk Islam
dalam keadaan lahjah (loghat) bahasa mereka
yang berbeza, baginda meminta daripada Allah
agar diringankan ke atas umat. Lalu Allah Taala
menurunkan
Al-Quran
dengan
7
huruf,
sebagaimana dalam hadis Ibn Abbas, bahawa
Rasulullah bersabda: Jibril telah membacakan
kepadaku Al-Quran dengan satu huruf (bacaan),
lalu ku ulang-ulang dan sentiasa aku meminta
ditambah bacaan tersebut sehingga sampai 7
huruf.
Ini memudahkan pembacaan Al-Quran dan
pemahamannya, lebih-lebih lagi pada qabilahqabilah yang berlainan lahjah. Ada di kalangan
mereka warga tua, wanita serta orang yang lemah
yang terbiasa dengan lahjah mereka dan sukar
untuk
berjumpa
dengan
Rasulullah
bagi
mendengar bacaan daripada baginda. Dan
sesungguhnya
baginda
Nabi
S.A.W
telah
membacakan
Al-Quran
kepada
sahabatsahabatnya berdasarkan 7 huruf ini. Antara
mereka yang terkenal ialah Usman ibn Affan dan
Ali ibn Abi Talib R.A.
Ketika turunnya Al-Quran kepada Nabi
S.A.W, baginda menyuruh penulis-penulis wahyu
menulisnya di depan baginda. Wafatnya baginda
dalam keadaan Al-Quran terjaga dalam dada dan
tertulis sempurna pada pelepah tamar, kulit,
tulang dan batu secara berceraian di antara

25

sahabat.
Sebahagian
ayat
terdapat
sebahagian sahabat, tidak pada yang lain.

pada

Pada peperangan Murtad telah ramai di


kalangan
qurra
Al-Quran
yang
terkorban
sehinggakan bilangannya mencecah 70 orang.
Perkara ini menyebabkan kebimbangan pada diri
Saidina Umar Al-Faruq akan hilangnya Al-Quran
dengan kematian para penghafaznya. Lalu beliau
R.A, mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar AsSiddiq agar dikumpulkan Al-Quran dalam satu
mushaf.
Lalu
dikumpulkan
Al-Quran
keseluruhannya
dalam
mushaf
yang
satu,
mengandungi 7 huruf sebagaimana bentangan
terakhir (pada hayat Rasulullah S.A.W). Adalah
mushaf tersebut disimpan pada Abu Bakar R.A
sehingga beliau wafat, kemudian berpindah
kepada Saidina Umar ketika hayatnya, seterusnya
kepada Hafsah binti Umar R.A. Kata Saidina Ali R.A:
Manusia yang paling banyak jasa dan pahala
dengan Al-Quran ialah Abu Bakar. Beliau lah orang
yang pertama menghimpunkan Kitab Allah.

Adalah sahabat-sahabat R.A membaca AlQuran mengikut apa yang mereka pelajari
daripada Rasulullah S.A.W daripada 7 huruf
tersebut. Sememangnya pembelajaran Al-Quran di
antara mereka berbeza berdasarkan apa yang
mereka terima daripada Nabi S.A.W. Seterusnya
murid-murid mereka menerima pembacaan Al26

Quran
daripada
mereka;
sebahagiannya
menyalahkan sebahagian yang lain pada bacaan
(kerana perbezaan bacaan). Maka sampailah berita
tersebut kepada Saidina Usman, lalu beliau
berucap: Kamu semua yang berada di sisiku
bertelingkah pada Al-Quran, apatah lagi mereka
yang tinggal jauh daripadaku di negeri-negeri
Islam lain, tentunya lebih banyak bertelingkah.
Lalu beliau menghimpunkan sahabat-sahabat dan
meminta pandangan mereka. Kata mereka: Apakah
pendapat Amirul Mukminin? Kata Saidina Usman:
Pendapatku ialah kita himpunkan umat di atas satu
mushaf sahaja agar tidak berlaku perpecahan dan
pertelingkahan. Kata mereka: Itu lah sebaik-baik
pandangan.
Kata Saidina Ali ibn Abi Talib: Wahai manusia,
jangan kamu melampau pada Saidina Usman.
Kamu gelarnya pembakar Al-Quran. Demi Allah,
tidak lah Usman melakukan demikian itu kecuali
dengan keredhaan kami semua (sahabat-sahabat
Nabi).
Lalu disalin Al-Quran mengikut 7 huruf pada
pembentangan terakhir (pada hayat Nabi). Beliau
mengutus setiap mushaf Al-Quran beserta seorang
qari bagi membacakan Al-Quran kepada muslimin
mengikut apa yang tertulis pada mushaf. Perlu
diingat bahawa mushaf-mushaf tersebut pada
masa itu belum lagi diletakkan titik atau baris
seperti sekarang.
27

Saidina Usman telah menyalin 6 cetakan


mushaf yang dihantar ke Kufah dengan Abu Abdul
Rahman As-Sulami (beliau telah mempelajari AlQuran dengan Usman ibn Affan dan Ali ibn Abi
Talib).
Beliau menyuruh setiap qari membacakan
kepada kaum muslimin menurut mushaf yang
dihantar. Penduduk Mesir membaca mushaf yang
dihantar kepada mereka sebagaimana bacaan
yang berbetulan dengan tulisan mushaf. Bacaan
yang berlainan dengan tulisan mushaf tidak
diamalkan lagi. Dari kerana itu, berlakunya
perbezaan antara qari-qari negeri Islam pada
membaca
sebahagian
huruf
atau
tidak
membacanya. Mushaf yang terdapat pada hari ini
ialah salinan daripada mushaf yang diutuskan
Usman R.A ke Kufah. Bilangan ayatnya mengikut
ulamak Kufah ialah 6236 ayat. Mereka membilang
Bismillah sebagai ayat pertama dalam Surah AlFatihah.
Kemudian Abu Aswad Ad-Duali meletakkan
titik pada mushaf bagi menunjukkan kepada baris
irab (baris huruf akhir). Beliau meletakkan titik di
atas huruf untuk menunjukkan ianya berbaris atas,
titik di depan menunjukkan huruf tersebut berbaris
depan, titik di bawah menunjukkan ianya berbaris
bawah, dan dua titik bagi menunjukkan tanwin
(baris dua). Semuanya ditulis dengan dakwat yang
berlainan warna dengan tulisan mushaf.
28

Apabila berlaku kesukaran di kalangan orang


Islam untuk membezakan antara huruf-huruf yang
serupa, Nasr ibn Asim dan Yahya ibn Yamur telah
meletakkan titik huruf untuk membezakan hurufhuruf yang serupa pada tulisan dengan dakwat
yang sama warna dengan tulisan mushaf. Baa ()
diletakkan satu titik di bawah, taa ( )dua titik di
atas, staa ( )tiga titik di atas. Kemudia Al-Khalil
ibn Ahmad Al-Farahidi telah mengembangkan titik
irab kepada harakat irab (baris). Beliau
menjadikan: baris depan- wau kecil ( )pada atas
huruf, baris atas- alif kecil yang mendatar di atas
huruf ( ), baris bawah- alif mendatar di bawah
huruf (), tanwin- dua baris tersebut, sabdu- kepala
sin ( )dan baris mati- kepala kha. Begitu lah
berkembang ilmu mustolah dhabtul mushaf
sehingga sampai kepada kita seperti mana pada
hari ini.
Berterusanlah Abu Abdul Rahman As-Sulami
mengajar Al-Quran di masjid Kufah selama 40
tahun. Di antara muridnya yang terkenal ialah
Asim ibn Abi Nujud As-Asdi Al-Kufi Al-Hannath
(salah seorang qurra yang tujuh). Beliau
kemudiannya mengajarkan
Al-Quran
kepada
masyarakat menggantikan Abu Abdul Rahman AsSulami.
Di
antara
murid-murid
beliau
yang
meriwayatkan bacaan daripadanya ialah: Hafs ibn
Sulaiman ibn Al-Mughirah Al-Kufi (anak tiri Asim)
29

dan Abu Bakar Syubah ibn Ayyasy. Bacaan kita


ialah dengan riwayat Hafs ibn Sulaiman daripada
qiraat Asim ibn Abi Nujud. Setelah wafatnya
perawi-perawi tersebut, datanglah murid-murid
mereka menggantikan tempat guru mereka
dengan mengajarkan pembacaan Al-Quran kepada
umat. Dinamakan pengambilan daripada rawi
sebagai thoriq.
Maka thoriq ialah: setiap bacaan yang diambil
daripada rawi walaupun daripada mereka yang di
bawahnya.
Di antara murid Hafs ibn Sulaiman yang
masyhur ialah Ubaid ibn As-Sabbah, dan daripada
beliau telah mengambil Ahmad ibn Sahl AlUsynani, daripada beliau Ali ibn Muhammad AlHashimi, daripada beliau Abu Hasan Tahir ibn
Abdul Munim ibn Ghalbun yang menulis kitab
Tazkirah pada Qiraat Lapan, daripada beliau Abu
Amru Usman ibn Said Ad-Dani pengarang kitab
Taisir pada Qiraat Tujuh (antara kitab Qiraat yang
masyhur). Telah mengambil bacaan daripada AdDani oleh Abu Daud Sulaiman ibn Najah AlAndalusi, daripada beliau Muhammad ibn Huzail AlBulnusi, daripada beliau Imam Abu Muhammad
Qasim ibn Fairah As-Syatibi. Dan beliau telah
menjadikan Kitab Taisir dalam bentuk syair yang
dinamakan Hirzul Amani wa Wajhut Tahani yang
terkenal dengan Syatibiyah. Thoriq Syatibiyah
telah menjadi terkenal daripada thoriq-thoriq lain,
30

sehinggakan kebanyakan penuntut ilmu tidak


mengenali yang selainnya. Bacaan Al-Quran kita
pada hari ini adalah dengan riwayat Hafs ibn
Sulaiman daripada qiraat Asim ibn Abi Nujud
melalui thoriq Syatibiyah. Begitu juga dengan
tulisan Mushaf As-Syarif.
Daripada
As-Syatibi
telah
mengambil
bacaan Al-Quran oleh Ali ibn Syuja Al-Abbasi.
Kemudian Abdul Rahman ibn Ahmad Al-Baghdadi
daripada beliau, seterusnya Imam Abu Khair
Muhammad ibn Muhammad ibn Al-Jazari daripada
Al-Baghdadi. Beliau adalah salah seorang pakar
dalam ilmu tajwid dan qiraat, sehinggakan digelar
khatimatul muhaqqiqin (penutup kepada ulamak
muhaqqiq). Setiap ulamak yang datang selepas
beliau pasti akan berpandukan kepadanya dalam
bidang ini. Beliau telah menulis banyak kitab serta
syair dalam ilmu qiraat dan tajwid. Sehingga
sekarang, ulamak telah menjadikan kitab beliau
sebagai rujukan dan sandaran. Di antaranya ialah
syair Mukaddimah fi Ilmi Tajwid (Pengenalan
kepada Ilmu Tajwid). Pembelajaran tajwid pada hari
ini adalah berpandukan kepada kitab-kitab Ibn
Jazari.
Daripada Ibn Jazari pula telah mengambil
Syeikh Ahmad ibn Asad ibn Abdul Wahid AlAmyuthi, daripada beliau telah mengambil Syeikh
Muhammad ibn Ibrahim ibn Ahmad As-Samdisi,
daripada beliau Syeikh Ali ibn Muhammad ibn Ali
31

ibn Khalil ibn Ghanin Al-Khazraji Al-Maqdisi,


daripada beliau Syeikh Abdul Rahman Syahazah AlYamani, daripada beliau Syeikh Abu Abdullah
Muhammad Qasim Al-Baqari, daripada beliau
Syeikh Abu Samah Ahmad ibn Rejab ibn
Muhammad Al-Baqari, daripada beliau Syeikh
Abdul Rahman ibn Hasan ibn Umar Al-Ajhuri,
daripada beliau Syeikh Ibrahim ibn Amir ibn Ali AlUbaidi, daripada beliau Syeikh Ahmad ibn Syed
Ramadhan Mansur Al-Maliki Al-Hasani, daripada
beliau Syeikh Ahmad ibn Muhammad Al-Halwani
(Syeikh Qurra Syam), daripada beliau Syeikh
Muhammad Salim ibn Ahmad Al-Halwani (Syeikh
Qurra Syam), daripada beliau guru kami Syeikh
Bakri ibn Abdul Majid At-Thorobisyi yang
mengijazahkan saya dengan riwayat Hafs ibn
Sulaiman daripada Qiraat Asim ibn Abi Nujud
melalui Thoriq Syatibiyah.
***************************************************
**********
Telah
berkata
Imad
Al-Asfahani:
Sesungguhnya aku yakin bahawa tidak ada sesiapa
yang menulis sesuatu kitab, kecuali dia akan
berkata pada keesokkannya: Kalaulah aku ubah ini,
pastinya akan lebih baik. Kalau ditambah ini tentu
sekali elok. Jika didahulukan ini, ianya lebih baik.
Jika dibuang ini, ia lebih cantik. Ini adalah sebesarbesar tanda kekurangan yang menguasai manusia
sekaliannya. Saya meminta kepada saudara yang
32

mulia, jika didapati pada kitab kecil ini sebarang


kesalahan atau ayat yang perlu dibaiki, agar dapat
menghubungi saya di telefon (00962796908441)
atau di alamat e-mail:
tawfiq_damra@yahoo.com
Ditulis oleh: Taufiq Ibrahim Damrah,
Syeikh tajwid dan qiraat di Masjid Husain Kabir,
diijazahkan dengan Qiraat Sepuluh As-Sughra dan
Al-Kubra, Amman- Jordan.

Dan telah mengijazahkan saya dengan riwayat


Hafs dan kitab ini Syeikh Taufiq Ibrahim Damrah
(hafizahullah).
Diterjemahkan oleh: Mahadi bin Mohammad
No. Tel: 00962777214377 (Jordan)
e-mail: suyuthy84@yahoo.com

33

You might also like