Pengurusan Pendidikan (Organisasi Sekolah)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN FPTV UTHM

Bab 5
Organisasi dan Struktur Pentadbiran

5.2

Organisasi Sekolah

Pendahuluan
Sekolah merupakan sebuah institusi sosial di mana pelajar, guru-guru,
pentadbir dan kakitangan lain melaksanakan tugas masing-masing. Ketika
melaksanakantugas masing-masing sudah pasti akan wujud pelbagai
masalah. Setiap masalah ini memerlukan penyelesaian yang baik. Setiap
keputusan yang diambil perlu mengambil kira pelbagai faktor agar kesan
yang timbul nanti tidak menjejaskan kumpulan lain dalam masyarakat
sekolah itu sendiri.
Membuat keputusan merupakan salah satu tanggungjawab utama pentadbir.
Setiap pentadbir yang berjaya mestilah berkeupayaan rnembuat keputusan
yang dapat membantu organisasi mencapai matlamat dan pada masa yang
sama dapat mernuaskan keperluan-keperluan ahli-ahli dalam organisasi.
Rutter et al. (1979) menyatakan sekolah yang berkesan ialah apabila terdapat
jalinan yang jelas dalam kepimpinan dan guru-guru berasa pandangan
mereka dihargai.1 Kesan daripada kerja sama yang baik ini perjalanan urusan
di sekolah sudah pasti akan berlaku dengan baik dan lancar.

1 https://www.scribd.com/doc/92946254/maksud-organisasi
BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN Page 1

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN FPTV UTHM


5.2.1Definisi Organisasi

Zainal Ariffin Ahmad dalam bukunya Perlakuan Organisasi(1998) telah


mendefinisikan

organisasi

sebagai

satu

kumpulan

manusia

yang

kerja bersama untuk mencapai matlamat umum2.


Sementara Campbell et al. (1988), pula mentakrifkan organisasi sebagai
sekumpulan manusia yang bekerja untuk mencapai matlamat-matlamat
tertentu dalam sesuatu suasana yang tertentu3.
Kesimpulannya organisasi dapat didefinisikan sebagai suatu kumpulan
manusia yang bekerja dalam satu kumpulan secara bekerjasama untuk
mencapai matlamat organisasi tersebut.
Struktur organisasi merupakan perkara penting dalam sesebuah organisasi.
Ini kerana maklumat tentang segala pembahagian kerja mengikut tugasan
dan tingkat autoriti ditunjukkan secara terperinci. Selain itu, struktur
organisasi juga merangkumi pengurusan staf yang melibatkan pernacangan
sumber manusia, orientasi latihan, program keselamatan, dan program
kebajikan dalam sesebuah organisasi tersebut.

2 https://www.scribd.com/doc/92946254/maksud-organisasi
3 https://www.scribd.com/doc/92946254/maksud-organisasi
BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN Page 2

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN FPTV UTHM

5.2.2Organisasi Sekolah

Organisasi sekolah merupakan unit-unit kecil yang dibuat untuk menyeleras


program dan juga aktiviti sekolah sama ada dari segi kurikulum dan juga kokurikulum. Antara unit-unit yang dibentuk adalah terdiri daripada Unit
Pentadbiran, Unit Kurikulum, Unit Ko-kurikulum, Unit Hal-Ehwal Murid,
dan Unit Penyelia Petang. Unit-unit ini mempunyai struktur organisasi
tersendiri dan bidang tugas yang ditetapkan. Organisasi sekolah boleh
dibahagikan kepada beberapa bentuk antaranya :
a) Organisasi Linear
Organisasi Linear ini bermaksud semua kuasa berada pada pemimpin
tertinggi iaitu pengetua. Pengetua atau pemimpin mempunyai kuasa yang
mutlak dalam memberi arahan serta membuat keputusan.
b) Organisasi Staf
Dalam organisasi staf ini, semua hak, kekuasaan dan tanggungjawab
dibahagi sama rata pada setiap unit kerja yang ada mengikut peringkat
mereka. Dalam organisasi ini pengetua bertindak sebagai penyelaras dalam
memastikan setiap tugas dan tanggungjawab dijalankan.

c) Organisasi Gabungan
BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN Page 3

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN FPTV UTHM


Organisasi ini adalah gabungan dua organisasi iaitu linear dan staf di mana
pemimpin tertinggi iaitu pengetua merupakan pemegang hak dan kekuasaan
tertinggi tetapi tidak semua hak, kekuasaan dan tanggungjawab dibahagi
sama rata pada setiap unit kerana tugas yang berkaitan pengetua dijalankan
sendiri olehnya.
d) Organisasi Fungsional
Dalam organisasi ini, semua beban tugas serta tanggungjawab dieberikan
mengikut fungsi unit kerja tersebut.

Carta Induk Organisasi Sekolah

Peranan Unit Pentadbiran

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN Page 4

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN FPTV UTHM


Dalam carta organisasi sekolah ini, Unit Pentadbiran berperanan dalam
menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan guru. Unit ini juga
berperanan serta bertanggungjawab dalam menyediakan aktiviti-aktiviti
tahunan yang berkaitan dengan guru-guru di sekolah. Di dalam Unit
Pentadbiran terdapat beberapa lagi unit dibawahnya iaitu :
i.
ii.
iii.
iv.

Setiausaha Mesyuarat Sekolah


Guru Maklumat
Kelab Staf
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Peranan Unit Kurikulum


Unit Kurikulum bertindak dalam menyelaras semua aktiviti kurikulum
sekolah sepanjang tahun. Bagi tujuan itu, unit ini telah membahagikan
tugasan kepada AJK-AJK kecil yang terdiri daripada :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.

AJK Penyelaras Kelas


AJK Panitia Subjek
AJK Pusat Sumber
Guru Kelas
AJK PKBS
AJK Unit Peperiksaan
AJK Jadual Waktu
AJK Peralatan Sekolah
AJK Carta Organisasi

Antara peranan serta tanggungjawab AJK-AJK tersebut adalah seperti


berikut :
Merancang program dalam panitia.
Menentukan perjalanan Panitia Mata Pelajaran.

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN Page 5

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN FPTV UTHM


Membincang/menilai prestasi murid-murid dan langkah-langkah
untuk memperbaikinya.
Mengadakan kelas-kelas pemulihan dan bimbingan.
Merancang dan mengelolakan kursus-kursus in-house training untuk
semua guru di sekolah masing-masing.
Sentiasa mengikuti perkembangan baru kursus-kursus Pengajian
Kementerian Pendidikan.
Berusaha untuk memperbanyakan bahan-bahan sumber pendidikan di
sekolah.
Penyelaras penilaian bulanan / penggal / tahunan dan latihan-latihan
murid.
Memberi panduan kepada Guru Matapelajaran.

Peranan Unit Ko-Kurikulum


Peranan Unit Ko-Kurikulum dalam organisasi sekolah pula bertindak dalam
menyelaras segala aktiviti ko-kurikulum sekolah. Dibawahnya terdapat
beberapa unit yang terdiri daripada :
i.
ii.
iii.

Unit Beruniform menyelaras aktiviti badan beruniform.


Unit Sukan dan Permainan menyelaras aktiviti berkaitan sukan.
Unit Persatuan dan Kelab menyelaras aktiviti persatuan.

Berikut adalah peranan serta tanggungjawab yang dilakukan oleh Unit KoKurikulum :
Merancang dan menyusun semua aktiviti kokurikulum.
Menyediakan takwim aktiviti kokurikulum sepanjang tahun.
Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat
kokurikulum.

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN Page 6

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN FPTV UTHM


Menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaan semua program
kokurikulum sekolah.
Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan
baik.
Memastikan borang-borang dan dokumen kokurikulum sentiasa
dikemaskini dan mencukupi.
Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum.
Membantu berhubung dengan pihak-pihak luar dalam hal-hal
berkaitan aktiviti kokurikulum. Menyediakan anggaran perbelanjaan
tahunan untuk disampaikan kepada pihak sekolah bagi tindakan

selanjutnya.
Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
Mengurus Buku Penilaian Kokurikulum.
Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod aktiviti kokurikulum.
Merancang kursus pendek untuk AJK Tertinggi persatuan/kelab/unit

beruniform tentang cara-cara menggerakkan aktiviti kokurikulum.


Merekod semua pencapaian sekolah dalam pertandingan
kokurikulum.

Peranan Unit Hal Ehwal Murid


Unit Hal Ehwal Murid ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras dan
memantau aktiviti yang berkaitan murid. Dibawahnya terdapat beberapa
unit-unit kecil yang bertindak dalam membantu melaksanakan peranan Unit
HEM. Ianya terdiri daripada :
i.
ii.
iii.

Unit SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)


Unit Disiplin memantau disiplin murid.
Unit PIBG menyelaras aktiviti ibu bapa dan guru.

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN Page 7

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN FPTV UTHM


iv.

Unit Keselamatan memastikan keselamatan murid-murid semasa di

v.
vi.
vii.

sekolah.
Unit Kebajikan memastikan kebajikan murid terpelihara.
Unit Kesihatan memantau tahap kesihatan murid di sekolah.
Unit Kebersihan memastikan murid-murid mematuhi arahan

viii.

kebersihan sekolah.
Unit Bimbingan dan Kaunseling memberi bimbingan dan

ix.

kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan.


Unit Kecemasan mengawal sesuatu keadaan sekiranya berlaku
kecemasan di sekolah.

Peranan Unit Penyelia Petang


Unit Penyelia Petang pula bertujuan atau bertindak dalam menyelaras segala
aktiviti sesi petang sekiranya sesebuah sekolah itu mempunyai dua sesi
persekolahan. Sekiranya sesebuah sekolah itu tidak mempunyai dua sesi,
maka unit ini bertindak sebagai Unit Keceriaan. Di bawahnya terdapat unitunit kecil iaitu :
i.
ii.
iii.
iv.

Unit Kawasan Luar.


Unit Bilik Gerakan.
Unit Bilik Guru.
Unit Keceriaan.

Rumusan
BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN Page 8

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN FPTV UTHM


Seperti mana yang dapat dilihat di dalam carta induk organisasi sekolah,
sesebuah sekolah itu akan diketuai oleh Pengetua dan dibawahnya pula
terdiri daripada barisan-barisan pentadbir seperti Guru Penolong Kanan
Kurikulum, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), dan Guru
Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Di bawah barisan Guru-Guru Penolong
Kanan pula terdiri daripada Guru-Guru Bidang, guru-guru dan seterusnya
murid. Organisasi sekolah yang tersusun dapat memastikan kelancaran
pentadbiran di sekolah. Setiap unit memainkan peranan serta tugas masingmasing seperti mana yang telah dirancang dan setiap permasalahan yang
timbul akan dilaporkan kepada setiap ketua unit masing-masing dan ketua
unit pula akan melaporkan segalanya kepada ketua pentadbir iaitu pengetua
untuk sebarang tindakan. Justeru itu, organisasi sekolah ini amat penting
dalam memastikan kelancaran pentadbiran sesebuah sekolah.

Rujukan
2013 : Cikgusue- tugas dan tanggungjawab unit HEM, KURIKULUM
DAN

KO-KURIKULUM-

diambil

dari

web

http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2013/11/tugas-dantanggungjawab-unit-kurikulum.html
2012 : Muhammad Izuan maksud organisasi diambil dari web
https://www.scribd.com/doc/92946254/maksud-organisasi
2012
:
organisasi
sekolah

diambil
dari

web

http://yopitubagus.wordpress.com/2012/10/24/organisasi-sekolah/
2013 : bentuk-bentuk organisasi sekolah diambil dari web
http://jamillagilagi.blogspot.com/2013/04/24-bentuk-bentukorganisasi-sekolah.html
BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN Page 9

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN FPTV UTHM


2011 : Nordin Tahir struktur organisasi pendidikan diambil dari
web

http://www.amaljaya.com/guru/wp-

content/uploads/2011/09/tajuk-7_struktur-organisasi-pendidikan.pdf

BBD 30102 PENGURUSAN PENDIDIKANPage 10

You might also like