Pra3110-Kertas Kerja

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

TAJUK : KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK KAMPUNG MUTIARA, KAPIT.
1.0 PENGENALAN.
Pendidikan awal kanak-kanak khususnya pada umur 4 hingga 6 tahun adalah semakin
penting di Negara ini. Pendedahan awal pendidikan kanak-kanak pada masa ini bermula di
institusi-institusi dan pusat-pusat prasekolah. Di pusat-pusat ini juga diharap dapat
disediakan suasana yang kondusif bagi merangsang intelek dan fizikal kanak-kanak serta
pembentukan akhlak mulia. Oleh itu, penubuhan prasekolah yang akan diwujudkan
haruslah bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak serta selari dengan Dasar
Prasekolah Kebangsaan serta Akta Pendidikan 1996.
Pendidikan di prasekolah merupakan lanjutan serta perincian daripada pendidikan di
rumah. Ianya boleh diibaratkan sebagai pusat penyelarasan pembentukan anak-anak yang
mana asasnya telahpun disemai oleh ibu bapa di rumah. Penubuhan prasekolah ini
merupakan suatu khidmat kepada masyarakat untuk menambahkan ruang dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak. Prasekolah ini juga berfungsi sebagai pusat yang cuba
menampung perkembangan anak-anak yang tidak dapat dipenuhi oleh ibu bapa, kerana
tidak semua ibu bapa mempunyai kemampuan yang sama.
Motto Prasekolah adalah Ke Arah Pembentukan Modal Insan yang Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang yang bertemakan Play, Learning, Love.
2.0 LATAR BELAKANG.
Kampung Mutiara Kapit mempunyai penduduk yang agak padat. Penduduk di sini terdiri
daripada bumiputera. Beberapa kemudahan-kemudahan lain telah disediakan di kawasan
kampung ini. Memandangkan pusat pendidikan awal kanak-kanak belum ditubuhkan di
kawasan kampung ini maka amatlah penting jika terdapat prasekolah diwujudkan di Kampung
Mutiara ini. Dengan wujudnya prasekolah di kampung ini, maka kanak-kanak akan dapat
mengikuti pembelajaran secara tidak formal melalui bermain sambil belajar. Pendidikan

prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek


perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan memasuki sekolah rendah.

3.0 RASIONAL
1

PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

Program
mengembangkan

pendidikan
JERIS

prasekolah

bertujuan

melahirkan

generasi

yang

berjaya

mereka ke tahap yang maksima berlandaskan nilai dan tradisi

bangsa yang murni bagi memenuhi keperluan kepada pendidikan prasekolah. Selain itu,
prasekolah ini diwujudkan kerana

tuntutan dan

untuk memenuhi keperluan masyarakat

setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak.


Penubuhan prasekolah ini juga bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam menyediakan
anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan. Suasana yang stimulatif diharap dapat
membekalkan anak-anak dari aspek akademik, sosial dan akhlak.

Selain adalah menjadi

hasrat dan cita-cita prasekolah ini untuk membina sebuah prasekolah yang mampu melahirkan
kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta berketrampilan.
4.0 NAMA PRASEKOLAH, MISI DAN VISI

4.1 Nama Prasekolah


Cadangan nama prasekolah yang dipilih ialah Prasekolah Mutiara. Nama Mutiara
dipilih adalah disebabkan bersempena dengan nama kampung itu sendiri. Ini
bertepatan dengan penempatan dan kawasan prasekolah yang ingin kami bina.
4.2 Misi Prasekolah
Prasekolah yang mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri serta
berketrampilan.
4.3 Visi Prasekolah
Pembelajaran di Prasekolah Mutiara ini akan memberikan kanak-kanak pengalaman
dalam interaksi dan sosial disamping penerapan JERIS dalam diri kanak-kanak yang kreatif dan
inovatif.
5.0 Matlamat
Prasekolah Mutiara dilihat sebagai bertepatan dengan suasana dan hala tuju wawasan
yang diimpikan. Ia memberi peluang untuk menyuburkan potensi kendiri dalam aspek
pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelik dan Sosial. Prasekolah Mutiara menekankan
pendidikan sebagai teras dan ilmu-ilmu sokongan yang universal. Cita-cita Prasekolah Mutiara
untuk melahirkan kanak-kanak yang soleh, bertanggungjawab dan cemerlang.
2

PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

6.0 Ojektif
6.1 Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan dan keyakinan diri.
6.2 Melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif.
6.3 Memberi kemahiran keusahawanan dalam diri kanak-kanak melalui pengalaman langsung.
6.4 Membentuk perkembangan social dan perhubungan.
6.5 Membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak.
6.6 Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam membaca, menulis dan
mengira.
7.0 Lokasi
Tapak prasekolah ialah di atas sebidang tanah seluas 800 meter persegi di Jalan Bleteh,
Kapit. Perjalanan dari pekan mengambil masa 20 minit untuk sampai ke lokasi prasekolah ini.
(Pelan lokasi disertakan dalam Lampiran).
8.0 Tarikh Pelaksanaan
Tarikh Prasekolah Mutiara beroperasi ialah 13 Mei 2015 dan waktu sesi persekolahan
ialah jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi iaitu selama empat jam.
9.0 Pelan Pembangunan
9.1 Pelan Lantai Bahagian Dalam
Bangunan prasekolah mestilah mempunyai tapak yang sesuai. Ruang untuk belajar
adalah penting bagi memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan yang selesa untuk
menimba ilmu. Penyusunan persekitaran dalam bangunan perlu mengambil kira bahagian yang
kekal seperti saiz dan bentuk bilik, kedudukan tingkap dan bahagian yang sedia terbina seperti
kabinet. Manakala bahagian yang boleh mudah alih seperti peralatan dan bahan pembelajaran,
warna dan tektur.
Terdapat dua buah bilik pembelajaran untuk kanak-kanak.

Bilik ini menempatkan

sebuah papan putih, sebuah meja guru, sepuluh buah meja bulat dan dua puluh kerusi bersaiz
kecil khas untuk kanak-kanak. Dinding bilik ini dihiasi dengan pelbagai jenis carta dan mural
3

PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

bagi membantu aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Bahan bantu mengajar juga turut disediakan
untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan kanak-kanak.
Ruang untuk aktiviti khas kanak-kanak pula dilengkapi permaidani pelbagai warna bagi
menandakan kawasan kanak-kanak. Ruang ini digunakan untuk aktiviti kerja berkumpulan dan
juga aktiviti kreativiti dan estetika. Ruang ini lebih khusus kepada sudut kreativiti. Manakala
ruang permainan digunakan kanak-kanak untuk aktiviti permainan dalam dan aktiviti fizikal yang
ringan.
Terdapat satu bilik persediaan makanan, ia dilengkapi dengan satu set kabinet dapur
berbentuk L yang dilengkapi peralatan dapur seperti peti ais, ketuhar, dapur, sinki dan sebuah
rak pinggan mangkuk. Terdapat satu pintu bertutup supaya tidak mengganggu aktiviti
pembelajaran kanak-kanak dan untuk keselamatan terdapat satu lagi pintu menghala ke
bahagian belakang bangunan. Setiap kelengkapan dan peralatan yang ada di bilik dapur dilabel
bagi memudahkan kerja dan pengurusan barang-barang serta mengekalkan kekemasan bilik.
Terdapat dua tandas untuk kanak-kanak dan dua tandas untuk kakitangan. Untuk tandas kanakkanak turut dilengkapi dengan mangkuk tandas, tapak pemijak serta sinki dan cermin yang
mengikut saiz dan ketinggian kanak-kanak. Sebuah bilik dijadikan bilik senyap. Bilik ini
dilengkapi dengan rak buku, permaidani tebal, tilam bersaiz kecil, bantal pelbagai bentuk dan
warna serta sofa kecil untuk kanak-kanak. Bilik ini digunakan untuk kanak-kanak yang sakit dan
berehat di waktu senggang. Bilik ini juga dijadikan bilik bersantai dan membaca buku secara
senyap.
9.2 Pelan Lantai Bahagian Luar
Terdapat sebuah garaj berbumbung di bahagian hadapan prasekolah ini. Garaj ini
digunakan sebagai tapak perhimpunan di waktu pagi dan tempat kanak-kanak menunggu ibu
bapa mereka ketika selesai waktu persekolahan. Rak kasut disediakan untuk kanak-kanak
menyusun kasut mereka. Bersebelahan dengan garaj pula diwujudkan satu taman permainan
kecil yang dilengkapi dengan buaian, jongkang-jongkit dan gelongsor. Kawasan sekeliling
taman ini pula ditutupi dengan rumput jenis permaidani bagi mengurangkan kecederaan. Di
bahagian belakang bangunan prasekolah ini pula terdapat sebuah rumah hijau mini. Pelbagai
jenis bunga-bungaan ditanam di rumah hijau mini ini. Di sini, kanak-kanak akan dapat mengenal
dan mempelajari

tumbuh-tumbuhan sambil menghirup udara segar di luar dan mengalami

pengalaman yang lebih bermakna dengan situasi sebenar.

PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

Secara keseluruhannya, Prasekolah Mutiara mempunyai kawasan yang sesuai dan


agak luas. Keseluruhan kawasan yang berpagar dapat memastikan keselamatan kanak-kanak
dan harta benda terjaga.
10.0 Kriteria Pemilihan Kanak-Kanak
Kriteria pemilihan kanak-kanak ialah seperti berikut. Peringkat umur yang boleh
memohon untuk memasuki prasekolah ini ialah lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Prasekolah
ini diutamakan untuk bumiputera sahaja. Latar belakang keluarga pula tidak mengira sama ada
anak kakitangan kerajaan atau bukan kakitangan kerajaan dibenarkan memohon. Anggaran
sosio ekonomi pelanggan pula ialah dalam lingkungan pendapatan RM1500 hingga RM3000
sebulan.
11.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran
11.1 Kurikulum Utama
Kurikulum prasekolah ini adalah berdasarkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) yang merangkumi enam komponen utama iaitu komponen bahasa dan komunikasi,
komponen perkembangan kognitif, komponen kerohanian dan moral, komponen sosioemosi,
komponen perkembangan fizikal dan komponen kreativiti dan estetika.
11.2 Program Tambahan
Program-program tambahan yang dirancangkan adalah program-program yang
melibatkan kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat.

Program tambahan ini merupakan

program tahunan yang telah dipersetujui dan tersenarai dalam takwim Prasekolah Bleteh.
11.3 Jadual Pembelajaran
Sesi pembelajaran adalah dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi iaitu selama empat jam
sesi pembelajaran.
11.4 Buku Khas yang Digunakan
Prasekolah Mutiara telah memilih empat buah buku khas yang digunakan dalam
pembelajaran kanak-kanak di sini. Buku-buku tersebut terdiri daripada buku yang bertajuk
Cahayaku dan Bacalah Sayang untuk matapelajaran Bahasa Malaysia, buku Little Ones

PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

Eduworld untuk pembelajaran bagi matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.
Sebuah buku At Book untuk komponen kreativiti dan estetika.
12.0 Pengurusan Makanan, Kebersihan dan Keselamatan
Pengurusan makanan yang bersih, berzat dan seimbang adalah penting bagi kanakkanak prasekolah. Ianya berkait secara langsung dengan pemberian makanan seimbang yang
menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Sehubungan itu, peraturan
dan prosedur dalam penyediaan makanan kanak-kanak perlu dipatuhi dan dititikberatkan demi
mencapai matlamat tersebut. Pemberian makanan yang bersih, berzat dan seimbang kepada
kanak-kanak bagi menjamin tumbesaran yang sempurna kanak-kanak darisegi jasmani, emosi,
rohani dan intelek serta mengelakkan penyakit. Menu makanan yang ditetapkan oleh guru amat
bersesuaian dan seimbang. Di dalam menu itu, ada terkandung kabohidrat, lemak, protein dan
serat. Sebagai contoh, pada hari khamis minggu kedua, menu makanan yang ditetapkan untuk
waktu rehat ialah bihun sup ayam tambah lobak merah atau kentang, air oren dan buah
tembikai. Bihun membekalkan sumber karbohidrat manakala ayam pula membekalkan protein
dan lemak. Air oren, lobak merah atau kentang dan buah tembikai pula membekalkan vitamin
dan serat yang penting untuk penghadaman dan pertumbuhan tubuh badan. Oleh itu, semua
guru

prasekolah bertanggungjawab

dalam

memastikan makanan

yang

disediakan

di

prasekolah bersesuaian dengan keperluan kanak kanak. Salah satu peranan guru adalah
memastikan makanan yang disediakan di prasekolah mengandungi semua nutrien yang
diperlukan dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak kanak. Selain itu, guru juga perlu
mengenal pasti bahawa makanan yang disediakan di prasekolah mencukupi untuk kanak
kanak. Guru perlu sentiasa bekerjasama dengan pembantu pengurusan murid bagi memastikan
keperluan pemakanan kanak kanak di prasekolah terjamin serta menepati kehendak dan
keperluan mereka. Malah, kerjasama yang baik antara kedua dua pihak juga perlu
bagi memastikan persekitaran kanak kanak selamat dan terjamin tahap kebersihannya.
Dari aspek pengurusan kebersihan selalunya dikaitkan dengan kesihatan. Kebersihan
penting untuk semua orang terutamanya kanak-kanak kerana kesihatan yang sempurna akan
menghindarkan mereka dari jangkitan penyakit. Di samping itu, mereka dapat melalui
perkembangan yang sempurna dari segi rohani dan jasmani. Kanak-kanak mungkin akan dapat
penyakit jika sesebuah prasekolah itu tidak bersih. Amalkan kebersihan Prasekolah setiap
masa. Kanak-kanak mungkin akan dapat penyakit jika sesebuah prasekolah itu tidak bersih.
Amalkan kebersihan Prasekolah setiap masa. Amalkan tabiat membasuh tangan sebelum dan

PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

selepas makan, dan selepas menggunakan tandas. Bersihkan semua pinggan, mangkuk,
cawan, sudu dan lain-lain sebelum dan selepas makan. Bersihkan dapur untuk menghindar dari
lipas, tikus dan lain-lain serangga . Bersihkan bilik air dan tandas. Elakkan air bertakung untuk
mengelakkan pembiakan nyamuk. Pastikan kawasan bersih bebas dari sampah sarap. Ini
adalah untuk menghindarkan dari lalat dan serangga perosak. Potong rumput yang panjang
untuk mengelakkan ular. Mop lantai dengan segera setiap kali ada tumpahan atau lantai basah.
Lap habuk pada tingkap supaya tidak kotor dan selamat untuk kanakkanak menjalankan aktiviti.
Bersihkan longkang dan pastikan air tidak bertakung. Pastikan longkang bertutup. Bersihkan
semua alat kelengkapan termasuk barang permainan kanak-kanak selepas setiap kali
digunakan. Cuci peti sejuk dan almari dapur sekurang-kurangnya seminggu sekali. Basuh
sarung bantal, alas tilam dan selimut serta kain tuala selepas setiap kali digunakan. Jemur
bantal, tilam, tikar dan selimut. Kebersihan dan penjagaan diri juga adalah penting dalam
menjamin agar kesihatan kanak-kanak dapat dikekalkan. Istilah kebersihan ini merangkumi
penjagaan kesihatan seperti kulit, kuku, rambut, mata, telinga dan sebagainya. Penjagaan
kebersihan diri ini akan menjamin kesihatan dan penampilan bagi seseorang kanak-kanak.
Kebersihan ini dapat mempengaruhi kesejahteraan fizikal, emosi, mental dan sosial seseorang
kanak-kanak. Pada peringkat ini didiklah kanak-kanak cara-cara menjaga kebersihan diri
mereka dengan betul. Sentiasalah mengigatkan mereka betapa pentingnya kebersihan diri bagi
menjamin kesihatan yang berpanjangan.
Manakala dari segi aspek keselamatan pula, yang paling utama dan harus
dititikberatkan ialah tidak melepaskan kanak-kanak keluar dari pintu pagar tadika sebelum ibu
bapa atau penjaga mereka menjemput mereka pulang dari tadika. Mengawasi kanak-kanak
melintas jalan. Mengawasi tingkah laku kanak-kanak semasa berada dalam tadika dan semasa
melakukan sebarang aktiviti di dalam dan di luar kelas. Aktiviti kumpulan ataupun individu
sentiasa diselia oleh guru. Memastikan semua kemudahan dan peralatan dalam tadika selamat
digunakan. Penyusunan perabot dan peralatan dipastikan selamat. Alatan pengajaran dan
pembelajaran seperti gunting digunakan di bawah kawalan guru dan disimpan di tempat yang
selamat dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Pintu dapur hendaklah sentiasa ditutup.
Alatan dapur berbahaya disimpan di tempat yang tinggi dan sukar dicapai oleh kanak-kanak.
Bahan-bahan makanan perlulah dilabelkan. Gas ditutup selepas digunakan. Penyapu dan
alatan mencuci disimpan ditempat yang sesuai. Memastikan pintu pagar tadika sentiasa
dikunci. Pastikan kunci disimpan di tempat yang selamat dan mudah dicapai oleh kakitangan
apabila berlaku sebarang kecemasan. Alat pemadam api sentiasa dipastikan berfungsi dan

PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

diletakkan di tempat yang sesuai. Memastikan peralatan di dalam peti kecemasan adalah
mencukupi dan diletakkan di tempat yang sesuai serta mudah dicapai apabila diperlukan
Keselamatan merujuk kepada melindungi individu agar sentiasa berasa selamat,
memberi pelindungan kepadanya agar hidup sejahtera, dan melindunginya daripada sesuatu
yang bahaya yang menimpa diri individu tersebut. Keselamatan adalah khusus dirujuk kepada
kanak-kanak agar dapat membantu untuk hidup sihat sejahtera dalam keadaan persekitaran
yang selamat.
13.0 Kos Penubuhan
Anggaran pengiraan kos penubuhan Prasekolah Mutiara ialah seperti berikut;

A.PENDAPATAN

KOS SEUNIT

1.Modal

JUMLAH
RM20,000.00

2.Yuran Pendaftaran

RM30 X 25

RM750.00

3.Yuran Bulanan

RM250 X 11 X 25

RM68,750.00

4.Bayaran buku kerja

RM200 X 25

RM5,000.00

5.Bayaran alatan tulis

RM70 X 25

RM1,750.00

6.Bayaran Uniform

RM44 X 25

RM1,100.00

JUMLAH

RM97,350.00

B.PERBELANJAAN

JUMLAH
8

PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

1.Perabot

RM7,000.00

2.Taman permainan

RM3,000.00

3.Rumah hijau mini

RM2,000.00

4.Kos binaan dan upah

RM2,500.00

5.Gaji staf

RM42,000.00

6.Makan/minum

RM1,250.00

7.Aktiviti sekolah

RM2,200.00

8.Api/air/telefon

RM1,800.00

JUMLAH

RM61,750.00

14.0 Pengurusan Sumber.


14.1 Staf.
Seramai 5 orang staf Prasekolah Mutiara. Bilangan guru 2 orang, pembantu pengurusan
murid 2 orang dan pekerja am seorang. Kriteria pemilihan adalah mereka yang mempunyai
minat mendalam dan berpengalaman serta guru yang mempunyai kelulusan dalam bidang
pendidikan prasekolah.
14.2 Peralatan dan Sumber.
Alat-alat dan bahan-bahan amat penting dalam sesebuah program pendidikan
prasekolah kerana ia memberikan arah untuk pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat
pembelajaran boleh membantu memperkembangkan perkembangan kanak-kanak sama ada
dalam aspek fizikal, mental, sosial, emosi ataupun keharmonian. Peralatan boleh meliputi
perabot-perabot seperti kerusi, meja, almari dan rak buku serta bahan-bahan yang digunakan
dalam pembelajaran seperti pensil, buku, pembaris, gam dan juga dan bantu mengajar yang
guru gunakan. Sebagai penganjur sebuah tadika seseorang itu perlu mempunyai kemahiran
memilih peralatan dan bahan-bahan untuk digunakan di tadika. Bahan-bahan yang dianggap
berkualiti dipandang menarik, sedap disentuh atau dipegang serta teguh. Bahan-bahan perlu
juga memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak. Keselamatan alat-alat tersebut perlu
9

PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

difikirkan kerana kanak-kanak berinteraksi dengan alat-alat sebagaimana juga mereka


berinteraksi dengan guru-guru dan rakan sebaya. Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran perlu
juga selamat digunakan, iaitu ia tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna,
tekstur dan bau yang menarik. Kelengkapan-kelengkapan di tadika perlu menyokong aktivitiaktiviti yang dijalankan. Berbanding dengan plastik dan besi (metal), adalah lebih baik
menggunakan perabot dan kelengkapan daripada kayu atau fiber glass. Bangku-bangku dan
kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak. Meja yang terlalu besar dan memuatkan ramai
kanak-kanak tidak menggalakkan pembelajaran. Kebanyakannya tadika mempunyai almari dan
rak-rak buku yang boleh menyimpan buku-buku dan barang-barang kanak-kanak seperti
pensel, kasut, beg, buku dan lain-lain.
14.3 Kewangan.
KPM telah memperuntukkan dua jenis bantuan kepada murid-murid prasekolah iaitu
peruntukan kewangan murid prasekolah KPM meliputi bantuan makanan dan bantuan per
kapita (PCG). Peruntukan bantuan makanan bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak
RM1.50 seorang murid sehari. Bantuan makan ini hanya boleh dibelanjakan bagi membekalkan
makanan berkhasiat kepada murid-murid prasekolah sahaja. Peruntukan Bantuan Makanan
yang diperlukan bagi seorang murid adalah sebanyak RM300.00 setahun (RM1.50 X 1 murid X
200 hari) dan bagi sebuah kelas seramai 25 orang murid, peruntukan yang diperlukan adalah
sebanyak RM7,500.00 setahun (RM300.00 x 25 murid x 200 hari). Manakala bantuan geran per
kapita (PCG) setahun bagi murid prasekolah KPM adalah sebanyak RM100 seorang murid
setahun. Peruntukan yang disediakan oleh KPM bagi sebuah kelas adalah sebanyak
RM2,500.00 setiap kelas setahun (RM100 X 25 murid X 1 kelas). Bantuan ini digunakan bagi
membeli peralatan dan bahan habis pakai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, tujuan
penggantian dan penyelenggaraan peralatan permainan, pembelian bahan rujukan dan sumber
murid dan mengadakan aktiviti di luar bilik darjah.
15.0 Penutup.
Dari kajian yang dijalankan didapati sambutan terhadap pendidikan prasekolah
sekarang amat mengalakkan di mana ibu bapa telah mula menghantar anak-anak mereka
bermula pada usia 5 tahun lagi. Oleh itu, Prasekolah Mutiara merasakan tidak akan
menghadapi masalah untuk mendapatkan 25 orang murid pada peringkat permulaan ini.
Diharap prasekolah ini dapat member prasekolah tang baik sebelum anak-anak memasuki alam
persekolahan sebenar.
10

PRA3110 PENGURUSAN PRASEKOLAH

Diharapkan kertas kerja ini diangkat untuk diberi kelulusan. Sokongan dan kerjasama
dari pihak Tuan dalam meluluskan permohonan ini akan dapat menyerlahkan kecemerlangan
kanak-kanak Malaysia melalui pendidikan prasekolah yang berkualiti memandangkan kanakkanak merupakan pelapis generasi akan datang yang akan menerajui negara.

11

You might also like