Bab 2 - Konsep Asas Tamadun Islam

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 34

KONSEP ASAS TAMADUN

ISLAM

PENGENALAN
Pembinaan tamadun Islam bermula
selepas lahirnya Rasulullah SAW beserta
turunnya wahyu daripada Allah SWT di
Gua Hira di kaki bukit an-Nur pada 17
Ramadhan 610 Masihi.

Tamadun Islam dibahagikan tiga


peringkat iaitu peringkat awal di Mekah,
peringkat pertengahan, dan peringkat
akhir. Nabi Muhammad SAW mengajak
masyarakat Arab kembali kepada nilai
akhlak dan kemanusiaan yang murni.

DEFINISI TAMADUN ISLAM


Perkataan tamadun berasal darpada
perkataan Arab iaitu madana yang
bermaksud kehalusan budi dan
kesopanan tingkah laku.
Daripada perkataan madana, terbit pula
perkataan madinah yang bermaksud
Bandar dan juga madani iaitu orang yang
berkelakuan seperti orang Bandar yang
bersifat halus dalam berbudi bahasa dan
beradap sopan dalam tingkah laku.

CIRI-CIRI TAMADUN
RABBANI

KESEIMBANGAN
DAN
KESEDERHANAAN

SYUMUL

CIRI-CIRI
TAMADUN

IDEAL
DAN
REALISTIK

UNIVERSAL

Rabbani
Nilai ketuhanan dan keagamaan dalam
tamadun Islam adalah nilai tertinggi sekali.
Matlamat kehidupan manusia telah
ditetapkan oleh Allah SWT iaitu
mengabdikan diri hanya kepada Allah
semata-mata disamping melakukan tugastugas khalifah dan Al-Quran menjadi
sumber asasnya.

Keseimbangan dan
kesederhanaan.
Iaitu keseimbangan dalam segala
aspek kehidupan, rohani dan
jasmani, masyarakat dan individu,
dunia dan akhirat.
Kesederhanaan pula perlu ada
dalam melaksanakan segala
perintah Allah tetapi tidak pula
mempermudahkan segala urusan.

Universal
Tidak terikat dengan bangsa,
tempat atau tempoh tertentu,
bahkan ia milik seluruh manusia.
Tamadun Islam menepati
keperluan segala situasi dan
peredaran zaman.

Ideal dan realistik


Ideal bermaksud meletakkan
manusia di tempat paling tinggi
dengan mengawasi setiap gerak
geri manusia.
Realistik pula bermaksud menabil
kira hakikat yang berlaku iaitu di
dunia yang nyata.

Syumul atau menyeluruh


Merangkumi akidah, syariah, akhlak,
hubungan dengan Allah, dengan
sesama manusia dan alam.
Satu seruan keadilan untuk semua
sama ada Islam mahupun bukan
Islam, musuh atau kawan, termasuk
hubungan antarabangsa, ilmu dan
ibadah.

DASAR-DASAR TAMADUN
ISLAM
MEMELIHARA
NYAWA

MEMELIHARA HAK
DAN
KEBEBASAN

MEMELIHARA
HARTA BENDA

MEMELIHARA
AKAL

DASAR-DASAR
TAMADUN
ISLAM

MEMELIHARA
KETURUNAN

Memelihara nyawa dan hak-hak


untuk hidup
Tamadun Islam meletakkan nyawa
sebagai dasar yang paling utama.
Allah SWT telah menggubal
perundangan paling terperinci
dalam jaminan keselamatan
terhadap nyawa.

Contohnya dalam ayat Al-Maidah


ayat 32 firman Allah SWT yang
bermaksud :
Bahawa sesiapa yang membunuh
seseorang bukan kerana hukuman
pembunuhan atau kerana membuat
bencana dalam negeri, maka
bererti orang itu telah membunuh
manusia seluruhnya.

Memelihara akal fikiran


Akal adalah anugerah paling sempurna
daripada Allah yang sangat berharga.
Dengan akal manusia menjadi makhluk Allah
yang paling mulia dan sempurna.
Oleh itu, Allah SWT telah mewajibkan setiap
manusia menjaga akal fikirannya dengan baik.
Contohnya dengan menuntut ilmu dan
mengharamkan manusia merosakkan akal
fikirannya, seperti meminum minuman yang
memabukkan dan mengambil dadah.

Firman Allah SWT : Wahai orangorang yang beriman,


sesungguhnya arak, judi, berhala
dan bertilik nasib adalah
perbuatan keji termasuk perbuatan
syaitan. Maka jauhilah perbuatanperbuatan itu agar kamu dapat
memperolehi keuntungan.

Memelihara keturunan ( maruah )


Tamadun Islam memelihara kesucian keturunan
manusia.
Kerana hasil yang baik hanya akan terbina dari
benih yang baik.
Oleh itu, Allah SWT telah mengharamkan semua
perbuatan yang merosakkan keturunan manusia
seperti zina, homoseksual dan lesbian.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya
zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan hina
serta seburuk-buruk jalan yang buruk.

Memelihara harta benda


Kekayaan dan kemewahan adalah idaman setiap manusia
dan Islam mengiktirafkan keinginan tersebut.
Oleh itu, tamadun Islam meletakkan pemeliharaan harta
benda sebagai dasar penting di dalamnya.
Dalam hal ini, Al-Quran menjelaskan, lelaki dan perempuan
yang mencuri wajib dipotong kedua-dua belah tangan
sebagai balasan kesalahannya dan sebagai seksa daripada
Allah.
Abdullah bin Umar berkata : Saya telah mendengar
Rasullullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang terbunuh
kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid.
( Riwayat Bukhari )

Memelihara hak dan kebebasan.


Maksud kebebasan manusia ialah tiada
pengabdian kepada seseorang atau sesuatu
melainkan hanya kepada Allah SWT.
Oleh itu, setiap orang mestilah diberikan
kebebasan daripada segala unsur kezaliman
yang merupakan kongkongan kebendaan
dan nafsu yang jahat.
Setiap manusia perlu diberi kebebasanuntuk
berfikir, kebebasan memberi pandangan,
kebebasan bergerak, bersuara dan lain-lain.

SUMBER-SUMBER
TAMADUN ISLAM

Ziauddin Sardar telah mendefinisikan


tamadun sebagai pelahiran
keseluruhan budaya spiritual dan
material.
Ia mengandungi pelbagai aspek iaitu:
Budaya
Organisasi sosial
Politik
Nilai dan norma
Sains dan teknologi

Tamadun Islam akan tetap wujud selagi


teras tamadun tersebut iaitu agama Islam
terus wujud.
Tamadun Islam tidak semata-mata
bergantung kepada tokoh-tokoh tertentu.
Sebagai contohnya:
Tamadun Islam tetap wujud dan berkembang
walaupun pengasasnya Nabi Muhamad Saw
telah wafat.

Sumber dalam Tamadun Islam


Beberapa sumber perlulah digunakan bagi
mendalami lagi pemahaman mengenai
Tamadun Islam.
Ia juga penting bagi mengelakan berlakunya
sebarang ajaran sesat dalam agama.
Bagi tamadun Islam terdapat dua sumber
yang penting iaitu Al-Quran dan Sunnah
Nabi.

Al-Quran
Sumber asas yang terpenting dalam
kewujudan Tamadun Islam.
Merupakan ibu segala kitab malah
menjadi petunjuk yang amat berguna
bagi manusia.
Mukjizat yang paling istimewa
berbanding mukjizat lain yang
diturunkan oleh Allah swt.

Al-Quran telah diturunkan dengan


pengertian serta lafaznya.
Kesahihan Al-Quran tidak terusik
sehingga ke saat ini.
Allah sendiri telah memberi jaminan
bahawa kesahihan Al-Quran akan
terpelihara dan segala usaha untuk
menyelewengannya akan menemui
kegagalan.

Kandungan Al-Quran
Membicarakan mengenai persoalan
ibadat.
Menyeru umat manusia melakukan
kebaikan dan meninggalkan kejahatan.
Menyeru umat manusia
membangunkan isi alam bagi kebaikan
bersama.
Menghormati hak orang lain.
Menghormati hak orang bukan muslim.

Contoh Firman Allah swt

wahai manusia sesungguhnya


kami menciptakan kamu dari
seorang lelaki dan perempuan
dan kami jadikan kamu pelbagai
bangsa dan suku-suku supaya
kamu berkenal-kenalan,
sesungguhnya yang paling
mulia antara kamu di sisi Allah
ialah yang lebih bertaqwa.

Sunnah/Hadis
Merupakan sumber kedua yang
membolehkan pemahaman yang lebih
mendalam mengenai Tamadun Islam.
Dari sudut pandangan Islam sumber ini
boleh diterima sebagai sumber yang
benar dan autoritatif.
Bertindak sebagai penafsir dan
pengulas yang paling sahih.

Sunnah atau haddis yang sahih


sahaja boleh diterima pakai.
Terdapat lima kriteria dalam
penerimaan sunnah atau Haddis iaitu:
Kesinabungan rantaian Sahad
Keadilan para perawi
Kesahihan ingatan para perawi
Keselarasan dan persamaan Hadis
Ketiadaan cacat dalam Hadis

Sumber-sumber lain
Penulisan oleh intelektual yang
mampu memberi penjelasan
mengenai Tamadun Islam juga
dianggap sebagai salah satu sumber.
Antara kitab atau bahan yang
mengkaji mengenai Tamadun Islam
ialah Kutub al-Ansab, Kutub alTabaqat, Kutub al-Adat dan
sebagainya

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN TUHAN

HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN ALAM SEKITAR
HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN MANUSIA

HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN TUHAN

Berdasarkan
Rukun Iman

Tuhan sebagai pencipta

Aqidah

Syariah

Tuhan yang
wajib disembah

HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN MANUSIA

Menjaga
tingkah laku

Menjaga maruah
orang lain

Akhlak

Menghormati
hak orang lain

Sentiasa bersikap mulia


terhadap orang lain

HUBUNGAN MANUSIA
DENGAN ALAM

Mencetuskan nilai spiritual


Terhadap alam

Menjaga alam

Menghormati setiap
benda hidup/alam

KESIMPULAN
Dalam menghadapi cabaran alaf baru, umat Islam
perlu merancang agenda yang lebih futuristic, iaitu
berdasarkan perkembangan dan pembangunan
yang bakal berlaku dalam alaf baru itu.
Kritikan yang dilontarkan oleh Imam Al-Ghazali
adalah satu tahap kemodenan berfikir secara islam
yang melihat kejumudan masyarakat untuk
berfikir, secara islam yang dicetuskan oleh islam.
Masyarakat islam mesti berusaha membina
keseoaduan dan kekuatan dalaman beradasarkan
persamaan agama, tamadun dan budaya.
Ia adalah salah satu cara untuk meminimunkan
penjajahan barat dalam segala aspek kehidupan
mereka pada hari ini.

Sekian,
terima kasih

You might also like