Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

roti (dalam 7-10 keping atau ikut saiz ketebalan yang kita nak)

500 ml susu segar (kalau agak2 roti banyak kena letak lebih lagi)
1 biji telur
5 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega
kismis & chocolate rice (boleh ganti dengan choc chips jugak)
Untuk sos kastard
1 tin susu cair atau 1 1/2 cawan fresh milk (ikut tahap kemanisan dan kepekatan sos yang diinginkan
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1/2 cawan air (jika sos kastard terlalu pekat)

Cara membuat puding roti


1) koyak-koyakan atau potong roti.. zana selalu potong roti tu.. susun terus di dalam pemanggang ajaib

2) taburkan kismis, chcocolate rice atau chocolate chip di atas roti tadi..
3) cairkan butter dalam kuali..
4) dalam satu adunan, campurkan gula, telur, esen vanilla dan kacau rata.. masukkan susu segar dan
butter yang dah dicairkan ke dalam adunan dan kacau lagi sehingga adunan sebati..
5) bila adunan dah sebati, curahkan ke atas roti yang dah disusun di atas pemanggang ajaib tadi..

6) tekan-tekan roti bagi padat dan sekata.. tabur lagi kismis kalau suka.. lagi banyak kismis lagi sedap!

7) terbalikkan pemanggang ajaib jika bahagian bawah dah masak.. tempoh memasak tak lama, dalam 5
minit sahaja dengan api yang kecil.. so, dah agak-agak 3 minit terbalikkan pemanggang ajaib then
lepas 2 minit dah boleh padamkan api.. so, dua-dua bahagian pusing roti akan masak sempurna..

*ada jugak yang masukkan terus roti ke dalam aduanan yang dibancuh tadi.. rendam semuanya sekali
then baru letak dekat pemanggang ajaib.. cara ni pun boleh jugak yer..

Cara buat sos kastard

1) masukkan susu cair dan gula.. kacau sebentar..


2) masukkan tepung kastard dan kacau sehingga sebati.. kalau rasa sos agak pekat, boleh letak air
sikit.. ikut kepekatan yang kita suka.. tak terlalu pekat, tak terlalu cair..
3) sejukkan sos kastard dan tuang sos kastard pada puding roti (dah dipotong) yang dah siap dimasak
tadi..
*macam aku, suka sejukkan puding roti dan sos kastard tu dulu.. simpan dalam peti sejuk dulu.. then
bila nak makan, potong puding roti dan tuang sos kastard tadi.. so dapat makan sejuk2.. lagi sedap!

Antara tips atau cadangan lain:


- masak puding roti dengan api yang kecil atau sederhana untuk elak puding roti hangus.. masak
sekejap jer.. terbalikkan pemanggang ajaib untuk tau bahagian bawah dah masak atau belum..
- kacau sebati sos kastard untuk elak tepung kastard daripada berketul-ketul..
- kalau nak buat kelainan, boleh cuba makan puding roti dengan coklat yang dah dicairkan.. sedap
jugak!
Selamat mencuba!

You might also like