Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 10

{\rtf1\ansi\ansicpg936\deff0\deflang1033\deflangfe2052{\fonttbl{\f0\fswiss\fcharset

0 Arial;}}
{\*\generator Msftedit 5.41.15.1515;}\viewkind4\uc1\pard\f0\fs20 Masalah Sosial di
Kalangan Remaja Kini Makin Meruncing \par
Pengenalan\par
\par
Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak
dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar
nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan,
gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah
kepada mat rempit.\par
\par
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895
kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42
peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes
(17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan
154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan
samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan
kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita
ketika ini.\par
\par
Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan
sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk
dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu
seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi
gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk
di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih
berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.\par
\par
Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :\par
a) Tahap awal kanak-kanak\par
b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak\par
c) Tahap baligh dan remaja\par
\par
Peringkat pertama\par
\par
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya.
Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi
keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini
perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada
lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta
kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan
terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.\par
\par
Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada
bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya
tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam
peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut
dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya
serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya
keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba
kekurangan.\par
\par
Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri
cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat
personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan.
Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan
kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak,
mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa
dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh
kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya
melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh
menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.\par
\par
Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua
dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan
reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami
sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap
toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian.
Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong
Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda
ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini
membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak
memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan
anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang
suci dalam Islam.\par
\par
Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak\par
\par
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan
pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya
dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam
hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai
oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan
perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini
adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur.\par
\par
Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk
menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara
kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan
undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab
akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang
ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan
ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat
memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-
nilai kebaikan.\par
\par
Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja\par
\par
Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula
berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya
di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan
'sense of belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah
peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman
baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan
semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin
kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya
mula terbentuk.\par
\par
Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya.
Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam
batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku
dan situasi yang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan
contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan
budaya sosial atau ketiadaannya.\par
\par
Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal,
kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah
kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat
baik. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian
kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan
janganlah pula kalian melakukan."\par
\par
Pembentukan Akhlak Remaja Islam\par
\par
Pembentukan akhlak di dalam Islam dimulai dengan pengukuhan akidah melalui ikrar
bahawa tidak ada Tuhan sebenarnya yang disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah
Rasulullah. Bagi kanak-kanak yang baru lahir pendedahan ini dimula dengan azan dan
iqamat. Dalam peringkat berikutnya kanak-kanak dilatih dengan budaya hidup beragama
Islam oleh ibu bapanya . Apabila lidah anak-anak sudah boleh bertutur mereka
dilatih menyebut nama Allah dan beberapa ayat ringkas seperti:\par
\par
?????? ????????? ??????? ??????? ???? ????????? ??????? ?????? ?????? ???? ???????
??? ????????? ?????? ?????? ???? ??????? ???? ???????? ??????????? ??????????
(111)\par
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan
tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong
disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta
memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"\par
\par
atau doa kepada ibu bapa:\par
\par
????????? ??????? ??????? ???????? ???? ??????????? ?????? ?????? ???????????? ????
? ??????????? ????????(24)\par
dan lain-lain.\par
\par
Pengungkapan syahadat sebagai suatu proses pembangunan akhlak bergandingan dengan
tujuh syarat yang mustahak dipenuhi seperti mana yang disebutkan oleh Saikh Yusuf
al-Badri:\par
\par
a) Ilmu yang menafikan kejahilan\par
b) Kecintaan kepada Allah yang menafikan kecintaan kepada yang lainnya\par
c) Keyakinan yang menafikan keraguan\par
d) Penerimaan yang menafikan penolakan\par
e) Kepatuhan yang menidakkan keingkaran\par
f) Keikhlasan yang menafikan kesyirikan\par
g) Kejujuran yang menafikan sifat mendustakan atau sekadar berlakon.\par
\par
Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna pendidikan membentuk pemikiran, perasaan
serta penanaman nilai-nilai keimanan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai 60
atau 70 lebih cabang dalam diri umat Islam. Sesungguhnya kesedaran manusia tentang
kewujudan, kebesaran, kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t. tentunya akan menimbulkan
keperihatinan yang tinggi terhadap arahan-arahanNya.\par
\par
Dalam konteks yang sama, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang muslim
ialah memastikan dirinya bersih dari kekufuran atau tanda-tanda kekufuran kepada
Allah dan Rasulnya; iaitu samada menafikan perkara-perkara asas agama, atau
melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Kemudian, ia harus memastikan
dirinya terlepas dari sifat-sifat kemunafikan, samada yang bersifat tanggapan
mahupun yang bersifat amalan. Kemunafikan dalam tanggapan umpamanya, meyakini
sesuatu yang bercanggah dengan hakikat Islam yang sebenar walhal lidahnya
mengatakan ia menurut Islam yang sebenar. Kemunafikan dalam amalan ialah melakukan
akhlak-akhlak orang yang munafik seperti tidak mematuhi janji, membiasakan diri
dengan berdusta dan bersifat khianat. Ia hendaklah memastikan dirinya bersih
daripada kefasikan atau penderhakaan kepada Allah. Tidak melakukan apa yang
dilarang oleh Allah. Tidak menyalahi perintah Allah. Manusia muslim mesti
menghindarkan diri dari segala kejahatan ; lahir dan batin.\par
\par
\par
Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan :\par
1- solat.\par
2- zakat dan infak.\par
3- puasa.\par
4- haji.\par
5- membaca al qur'an.\par
6- zikir.\par
7- memikirkan penciptaan allah.\par
8- mengingati mati dan memendekkan angan-angan.\par
9- muraqabah, muhasabah, mujahadah dan mu'atabah.\par
10- jihad, amal makruf dan nahi mungkar.\par
11- dedikasi dan bersifat tawadduk.\par
12- mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup
laluannya.\par
13- mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya.\par
\par
\par
Bagaimana Membangunkan Akhlak Umat Islam\par
\par
Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani; akhlak manusia memang boleh berkembang dan
boleh dibentuk dengan berbagai cara. Antara cara-cara tersebut ialah melalui:\par
\par
a- Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin\par
\par
Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada
masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi
juga pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau
penghayatan yang berterusan umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan
kerana arahan atau tekanan dari luar, namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan
dan tabiat. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia
melalui pendekatan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda ( maksudnya ) :\par
\par
"Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah
mereka kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun.\par
\par
Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil , maka puasa, zikir dan
tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan;
sehingga menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya
lambat-laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang.\par
\par
b- Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh\par
\par
Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut
merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat
akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara
meniru serta mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang
dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia
beriltizam dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan
berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya,
perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya
untuk menghindarinya.\par
\par
Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman:\par
??????????? ?????????? ???????? ????????? ???????? ??????? ????????? ?????? ??? ???
????? ?????? ??????? ???????? ????????? ????????? ???????? ???????????\par
Maksudnya :\par
"Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat)
dengan izin tuhannya, manakala negara yang buruk, tidak akan dapat menghasilkan
kecuali pengeluaran yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami
kepada kaum yang bersyukur."\par
Surah al 'Araf, ayat 58 :\par
\par
Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah.
Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang
dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang
di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-
gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena
moral berkenaan.\par
\par
\par
c-Qudwah Hasanah\par
\par
Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model
dalam kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara
lain ialah tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan
sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam,
namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh
golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh
dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. Penghayatan golongan
idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan
keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh
dilaksanakan. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka; tetapi
malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh
generasi masa kini.\par
\par
Allah SWT berfirman:\par
?????? ????? ?????? ??? ??????? ??????? ???????? ???????? ?????? ????? ??????? ????
??? ??????????? ???????? ???????? ??????? ????????\par
\par
Bermaksud;\par
"sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka
yang mengharapkan Allah, mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang
kerap mengingati Allah." Surah al Ahzab, ayat 21.\par
\par
\par
d- Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam\par
\par
Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta
memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti
sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang
mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu
mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka boleh melaksanakan
tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan
untuk melakukan kejahatan. Manusia memang suka dipuji, dihormati dan disanjung.
Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of
belonging kepada mereka. Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit
sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam yang aktif boleh
berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia juga boleh
membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal
mak'ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap
kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar, maka bermulalah proses
penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan.\par
\par
e- Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya\par
\par
Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa
atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana itu, antara
tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera
pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan
kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini
kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-undang Islam sudah
pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang.Melalui puluhan kementerian,
badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan dihakis.
Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang
akhlak tetapi juga dalam semua hal.\par
\par
Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh
media massa, sekolah, rakan sebaya, masjid atau surau dan sebagainya. Untuk lebih
jelas ada baiknya kita terangkan satu persatu peranan tersebut :\par
\par
f - Peranan Media Massa\par
\par
Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan
berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi
dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan
berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti
dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas
dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan
dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah
mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai
akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti,
tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur
seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.\par
\par
Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa,
guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah,
membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan
memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-
orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana
"cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat
yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.\par
\par
\par
g - Peranan Sekolah\par
\par
Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak
Islam. Antara lain sekolah boleh :\par
\par
1. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya,
meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar
atau petugas.\par
\par
2. Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan
Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara
sesama anggota sekolah atau institusi.\par
\par
3. Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti
ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang,
menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban
untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri,
menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya.\par
\par
4. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti,
mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat,
mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka
hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai
seorang yang berfikiran matang dan bebas.\par
\par
Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang
yang mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi
dari menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang
memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam
hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan.\par
\par
Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak
menguap besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang
lain serta tidak membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak
bercakap kecuali sekadar menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan
orang, lebih-lebih lagi jika orang yang bercakap itu lebih tua daripadanya.\par
\par
Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat, atau bergaul dengan orang-orang
yang celupar. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari
rakan-rakan yang jahat. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan
bermain-main untuk menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Mereka hendaklah
diasuh supaya patuh kepada ibu bapa, guru dan menghurmati mereka.\par
\par
Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas, pelajar harus juga dilatih
menghargai tugas dan tanggung jawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa
terburu-buru melaksanakan kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Kepatuhan
yang lahir dari keinsafan dan kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap.
Bagi seorang pendidik menggunakan tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang
paling akhir dalam fikirannya; samada mereka golongan guru atau bapa. Bahkan
apabila hukum hendak dikenakan kepada murid biarlah sekadar yang perlu sahaja.\par
\par
Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih
meninggalkan kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah
langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah
terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak
dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan.\par
\par
Rasulullah bersabda yang bermaksud :\par
"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan
pukullah mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun".
(Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud).\par
\par
Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah
di dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak
yang terpuji seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru
yang menjadi pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari
orang dewasa. Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik,
teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut
gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang
menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya.\par
\par
Firman Allah :\par
\par
??????? ???????? ???? ??????? ?????? ?????? ?????? ?????? ?????? ??????? ?????????
???????????? ???? ????????\par
"Dengan rahmat ALlah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka.
Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari
sekelilingmu.\par
(Surah Ali Imran : ayat 159)\par
\par
Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh
sifat, kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid
ikut terpengaruh dengan akhlak ini. Demikianlah sebaliknya. Pandangan negatif murid
bukan setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran,
kepada sekolah dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya.\par
\par
Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Guru besar,
nazir, guru, murid malah ibubapa hendaklah sama-sama berperanan. Ini bermakna harus
ada penerimaan dan permuafakatan tentang polisi dan cara-cara merealisasikannya
seboleh-bolehnya dari semua pihak agar masing-masing melindungi dan
mempertahankannya.\par
\par
Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan menghapuskan sebab-sebab pokok
atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. Ini termasuk menghapuskan suasana
yang membantu atau menyokong salah laku dari murid . Di samping itu juga
penyelesaian boleh di usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mengujudkan
suasana yang lebih positif. Ini di dasarkan kepada prinsip "mencegah lebih baik
dari merawat".\par
\par
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak
ialah dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan menghormati
disiplin sekolah, menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat dan
memperbanyakkan aktiviti sekolah dengan mempelbagaikannya, menggunakan atau
memenuhi masa lapang murid, menghubung-kaitkan sukatan pelajaran dengan keperluan
diri dan masyarakat mereka dan langkah-langkah yang lain.\par
\par
\par
h - Peranan rakan sebaya\par
\par
Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu
ialah rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam
tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu
yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan
sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang menyedari
adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering
berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian
yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja
menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang
generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa
mereka.\par
\par
Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :\par
\par
1. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan
para penjaga mereka\par
2. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka
lakukan\par
3. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan
pemikiran ibubapa dan penjaga mereka. \par
\par
Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok
sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka.
Kesilapan di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih
dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan
mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa .\par
i - Peranan rumah ibadah\par
\par
Bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat
Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. Sebab itulah di mana
sahaja dalam negara umat Islam; bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan
masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar.
Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat
ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan
penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara
hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara
pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al
Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.\par
\par
Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, ruh
Islam dan akhlak . Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada
Allah . Ilmu yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau
takut kepada Allah. Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan
dedikasi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut
dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-
ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri .\par
\par
Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh
dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan
sahsiah umat . Antaranya ialah:\par
\par
1. Kelas Fardu Ain\par
2. Kelas Tajuid & Qiraat.\par
3. Kelas Bimbingan Remaja.\par
4. Kelas Bahasa Arab.\par
5. Ceramah Berkala.\par
6. Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah.\par
7. Kursus Rumahtangga Bahagia.\par
8. Kursus Pengurusan Jenazah.\par
9. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal.\par
10. Kursus Dakwah dan Imamah.\par
11. Acara Tadarus al-Quran.\par
12. Khemah Ibadan & Qiamullail.\par
13. Kursus Pengurusan Masjid.\par
14. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar.\par
15. Seminar Pengurusan Sumber Masjid.\par
16. Kempin Memakmurkan Masjid.\par
17. Membentuk organisasi Belia Masjid ( Rakan Masjid )\par
\par
Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO
dan Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama
berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup
beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-
nilai akhlak tersebut dan sebagainya.\par
\par
Rumusan\par
\par
Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat
khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat
dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai
kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin
umat yang berakhlak, beriman dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang
tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang
amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak
dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua
umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang
mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang
diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem hidup Islam yang memang
membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang
melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.\par
\par
Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera
kerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang
beretika dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam
rancangan tv, filem, internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri
dan maruah umat. Dasar-dasar kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan
selaras dengan tuntutan nilai dan tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan
antara kerja membangun dan merosak akhlak serentak dalam jentera-jentera
berkenaan.\par
\par
Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan
disusun dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan
dalam menjana kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala
bidang.Kebenaran keadilan dan ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali
menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan hamba benda, wang, pembangunan, bangsa
atau negara. Semoga semua langkah-langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu
mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa, khasnya di kalangan
remaja kita dewasa ini..\par
\par
}
#

You might also like