Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Sebagaimana

yang

telah

dinyatakan

dalam

artikel

yang

lalu: Pengenalan Kepada Undang-Undang Kontrak untuk sesuatu


kontrak itu wujud perlu ada satu perjanjian (agreement) yang boleh
dikuatkuasakan undang-undang. Hal ini telah pun dijelaskan dengan
agak mendalam dan untuk artikel kali ini, kita akan melihat pula
elemen-elemen penting yang mewujudkan satu perjanjian. Tiga elemen
tersebut adalah: tawaran (offer), penerimaan tawaran (acceptance) dan
balasan (consideration).
Keperluan untuk tawaran, penerimaan tawaran dan balasan ini juga
boleh dilihat dalam Akta Kontrak 1950 yang berbunyi:

An agreement enforceable by law is a contract Seksyen 2(h)


Akta Kontrak 1950.
Every

promise

and

every

set

of

promises,

forming

the

consideration for each other, is an agreement Seksyen 2(e)


Akta Kontrak 1950.
Oleh

itu,

jika

membuat

tawaran

kepada

untuk

membeli

sebuahNissan GTR pada harga RM 200,000 (balasan) dan B pula


menerima tawaran itu, maka boleh kita katakan di sini bahawa satu
perjanjian telah wujud.

Tawaran
Tawaran

(offer)

juga

disebut

sebagai

janji/cadangan

(promise)

dalamAkta Kontrak 1950. Tawaran boleh dibuat dalam bentuk janji


untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu (to do something or
not to do something).
Satu tawaran juga tidak semestinya ditujukan secara spesifik. Tawaran
am kepada satu dunia juga boleh mewujudkan kontrak yang mengikat.
Tawaran sebegini dikenali sebagai unilateral offer dan boleh difahami
menerusi kes yang amat terkenal iaitu kes: Carlill v Carbolic
Smokeball Co. [1893] Q.B. 256 (C.A.). Dalam kes ini defendan
iaitu, Carbolic Smoke Ball Co. (D) adalah pengeluar dan penjual The

Carbolic Smoke Ball satu jenis penahan selesema, influenza dan


penyakit tertentu.
Defendan telah meletakkan iklan dalam pelbagai suratkhabar dan
menawarkan 100 pound kepada sesiapa yang mengalami selesema,
influenza ataau penyakit yang disebut dalam iklan mereka selepas
menggunakan produk mereka mengikut preskripsi. Plaintiff, Carlill
membeli Carbolic Smoke Ball dan menggunakan mengikut preskripsi,
akan tetapi ia mengalami influenze yang disebut dalam iklan defendan.
Carlill pun mahu defendan membayar 100 pound yang ditawarkan,
akan tetapi defendan enggan dengan antara alasan yang diberikan
ialah tiada kontrak antara mereka kerana tawaran tidak secara spesifik
ditujukan kepada plaintiff.
Carlill membuat tuntuan di mahkamah. Mahkamah membenarkan
tuntutan

Carlill

dan

menyatakan

tawaran

boleh

dibuat

secara

unileteral.
Sesuatu tawaran boleh dibuat secara lisan ataupun bertulis. Ia juga
boleh dilakukan secara nyata atau tersirat. Dalam kes Preston
Corporation Sdn Bhd v Edward Leong [1982] 2 MLJ 22, hakim
menyatakan yang berikut:

An offer is an intimation of wilingness by an offeror to enter into a


legally binding contract. Its terms either expressly or impliedly
must indicate that it is to become binding on the offeror as soon
as it has been accepted by the offeree.
Satu tawaran juga mestilah SAH. Pihak-pihak kepada perjanjian
hendaklah bersedia untuk menerima obligasi yang wujud dari janji
tersebut. Lihat Seksyen 2(g) Akta Kontrak 1950 An agreement not
enforceable by law is said to be void.
Ini telah dijelaskan lagi dalam kes: Affin Credit (Malaysia) Sdn.
Bhd vYap Yuen Fui (1984) 1

MLJ 169, yang mana mahkamah

berpendapat bila terdapatnya keadaan dimana keadaan tawaran yang

tidak sah, maka perjanjian sewa-beli yang terdapat dalam kes itu
diistiharkan

sebagai

batal

dari

awal

lagi

(void

ab

initio).

Jadi

bagaimanakah kita mahu tentukan samada tawaran dan balasan


adalah sah dan satu perjanjian telah wujud?

Tawaran Yang Sah


Seperti yang dinyatakan di atas, untuk sesuatu perjanjian itu wujud,
tawaran itu hendaklah dilakukan secara sah. Tiga perkara yang akan
dilihat adalah:1.

Ia mestilah jelas

2.

Ia mestilah dikomunikasikan kepada pihak yang satu lagi

3.

Ia boleh bersyarat dan tidak bersyarat. Namun jika ia bersyarat, ia cuma sah
bila syarat-syarat itu telah dipenuhi.

Tawaran Hendaklah Jelas


Salah satu keperluan utama bagi tawaran adalah ia mesti jelas. Jika
janji atau tawaran yang diberikan tidak dapat ditentukan, maka ia tidak
akan mewujudkan satu perjanjian yang mengikat.
Dalam kes: Scammell & Nephew Ltd v Ouston [1941] 1 All ER 14,
Ouston bersetuju untuk membeli lori daripada Scammell dengan
mengikut syarat sewa-beli. Sebelum perjanjian dimetrai sepenuhnya,
Ouston menarik diri. Scammell pun menyaman Ouston atas pemecahan
kontrak. House Of Lords yang mendengar kes ini memihak kepada
Ouston dengan menyifatkan tawaran dengan syarat sewa beli itu tidak
jelas dan tidak dipastikan maksudnya.

Tawaran Hendaklah Di Komunikasikan


Sesuatu tawaran itu mestilah sampai ke pengetahuan orang yang
ditawarkan

itu.

Keperluan

tentang

komunikasi

tawaran

ini

ada

dinyatakan dalam Seksyen 4 (1) Akta Kontrak 1950 yang berbunyi:

The communication of a proposal is complete when it comes to


the knowledge of the person to whom it is made.
Nampak agak mudah kan? Namun, dari segi praktikal, terdapat isu-isu
yang wujud dan perlu dibincangkan. Lihat contoh dalam kes Taylor
vLaird [1856] 25 LJ EX 329. Dalam kes ini Plaintiff telah dilantik
oleh defendan untuk mengemudi kapalnya dalam satu expedisi
pelayaran. Dalam perjalanan, beliau telah meletakkan jawatan nya.
Namun, selepas itu (tanpa memberitahu) defendan, beliau membantu
anak-anak kapal dalam pelayaran pulang.
Tuntutan dari plaintiff ditolak oleh mahkamah kerana tidak wujud
kontrak antara beliau dan defendan selepas plaintiff meletakkan
jawatan. Kerja-kerja yang dilakukan dalam pelayaran pulang tidak
mewujudkan sebarang kontrak kerana elemen tawaran tidak wujud
bila ia tidak dikomunikasikan.
Komunikasi Tawaran Bertulis
Situasi yang lebih menarik boleh juga dilihat dalam tawaran yang
dibuat

secara

bertulis

atau

sebagainya. Ilustrasipada Seksyen

melalui
4

pos,

Akta

fax,

e-mail

Kontrak

dan

1950 ada

membantu dengan menyatakan:

(a) A proposes, by letter, to sell a house to B at certain price.


Thecommunication of the proposal is complete when B receives
the letter.
(b) B accepts As proposal by a letter sent by post. The
communication of the acceptance is complete - as against A when the letter is posted;
- as against B, when the letter is received by A
Dalam kes: Tinn v Hoffman & Co [1873] 29 LT 271 Defendan telah
menulis

kepada

plaintiff

pada

28hb

November

1871

dengan

menawarkan plaintiff 800 tan besi pada harga 69s setiap tan bersamasama dengan lain-lain kuantiti pada harga yang sama (setiap tan). Pada

hari yang sama juga plaintiff telah menulis kepada defendan dengan
menawarkan untuk membeli 800 tan besi pada harga 69s setiap tan
dan pada kuantiti yang lain pada harga yang lebih rendah dari yang
defendan tawarkan. Di sini terdapat cross-offer atau tawaran bertindih.
Oleh itu, plaintiff tidak boleh menggunakan suratnya sebagai alasan
penerimaan telah dibuat kerana tawaran dari plaintiff cuma lengkap
selepas defendan menerima surat plaintiff.
Bagaimana

pula

terdapatnya

jual

dengan
beli

di

evolusi
website

internet,
dan

yang

mana

sebagainya.

Bilakah

komunikasi tawaran menjadi lengkap? Bilakah tawaran di buat?

Tawaran Bersyarat
Jika sesuatu tawaran mengenakan syarat, maka

Pelawaan Untuk Tawaran


Pelawaan untuk tawaran atau invitation to treat adalah perlu dibezakan
dan ia akan dibincangkan dalam artikel selanjutnya. Di harap anda
akan terus mengikuti artikel berkenaan undang-undang kontrak di
sini. Terima kasih keran sudi membaca.

Carlill v Carbolic Smoke Ball Company [1892] EWCA Civ 1 merupakan sebuah
keputusan undang-undang kontrak Inggeris olehMahkamah Rayuan. Hal ini penting untuk
masalah penasaran subjek dan bagaimana hakim berpengaruh (terutama Lindley LJ danBowen
LJ) membangunkan undang-undang dengan cara yang inventif. Carlill ini sering dibahas sebagai
kes kontrak pengantar, dan mungkin sering menjadi kes undang-undang pertama kajian undangundang mahasiswa.

Kes tersebut merupakan ubat flu yang disebut "bola asap karbol". Pengilang diiklankan bahawa
pembeli yang merasa tidak bekerja akan diberikan 100, sejumlah besar wang pada saat itu.
Syarikat ini ditemui telah terikat oleh iklan tersebut, yang ditafsirkan sebagai membuat kontrak.
Mahkamah Rayuan memutuskan elemen penting dari kontrak semua hadir, termasuk tawaran
dan penerimaan, pertimbangan dan niat untuk mencipta hubungan undang-undang.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Fakta penting

2 Keputusan

3 Pengaruh kemudian

4 Pautan luar

5 Trivia

6 Lihat juga

Fakta penting[sunting | sunting sumber]


Syarikat Carbolic Smoke Ball mengeluarkan produk yang didakwanya boleh
mencegah selesema apabila diguna. Syarikat ini kemudiannya menerbitkan iklan yang
menjanjikan 100 kepada sesiapa yang mendapat selesema selepas menggunakan produknya
mengikut panduan yang dinyatakan dalam iklannya.
Secara spesifiknya, mereka menyatakan:
Ganjaran 100 akan dibayar oleh Syarikat Carbolic Smoke Ball kepada sesiapa yang
mendapat selesema, batuk atau apa-apa sakit yang disebabkan batuk, selepas
menggunakan bola ini tiga kali sehari selama dua minggu mengikut panduan yang
disertakan setiap bola. 1000 disimpan dengan Alliance Bank, di Regent Street,
menunjukkan keiklasan kami dalam perihal ini.
Puan Carlill yang bergantung kepada perjanjian yang dibuat dalam iklan berkenaan, membeli
salah satu daripada bola ini dan menggunakannya dalam cara yang dipandukan, tetapi
masih mendapat selesema.

Keputusan[sunting | sunting sumber]


Syarikat Carbolic mendakwa bahawa tiada penguatkuasaan kontrak antara dirinya dan
pengguna bola asap ini atas sebab tiada penerimaan tawarannya, kerana Puan Carlill tidak
pernah memberitahu Syarikat bahawa dia menerima tawarannya, atau pertimbangan, kerana

Syarikat tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada kegunaan produk itu selepas
penjualannya. Mahkamah menolak kedua-dua hujaj ini dan memutuskan bahawa iklan
berkenaan merupakan tawaran kontrak unilateral yang sah antara Syarikat Carbolic Smoke
Ball dan sesiapa yang memuaskan syarat yang ditetapkan dalam iklan berkenaan. Apabila
Puan Carlill telah memuaskan syarat-syarat berkenaan dia punyai hak penguatkuasaan
kontrak; kerana perlakuannya merupakan penerimaannya terhadap tawaran. Tambahan pula,
pertimbangan telah diberikan pada deposit bank berjumlah 1000 yang 'menunjukkan
keiklasan mereka dalam perihal ini' dan menunjukkan bahawa iklan ini bukanlah hanya
tomahan semata-mata.

Pengaruh kemudian[sunting | sunting sumber]


Kes ini telah dipetik secara meluas dalam kes masyhur Amerika Syarikat "Pepsi
Points", Leonard lwn Pepsico, Inc., 88 F.Supp.2d 116 (1996), di mana Hakim Kimba
Woodmenulis:
Setelah lama menjadi sebahagian ajaran di fakulti undang-undang, Carbolic Smoke Ball
mendapat namanya tidak hanya daripada "objek aneh dan bermisteri yang terbabit"...
tetapi juga daripada peranannya dalam membentuk undang-undang tawaran unilateral.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laporan penuh kes dari Justis

Laman web Carbolic Smoke Ball

Trivia[sunting | sunting sumber]


Smokeball atau bola asap yang dimaksudkan adalah satu berbola getah dengan satu
saluran yang digabungkan. Ia dipenuhi dengan asid karbolik, dan tiub ini kemudiannya
dimasukkan dalam hidung pengguna. Ia dipicit daripada bawah untuk melepaskan
hangitan dalam hidung pengguna. Ini akan membuatkan hidung itu meleleh, dan ini
diharapkan mengeluarkan batuk. Pada hakikatnya, keradangan yang ditimbulkan oleh
alat ini berkemungkinan menambah kebarangkalian mendapat selesema.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Kontrak

Tawaran dan penerimaan

Perlawaan tawaran

Partridge lwn Crittenden

Contoh rujukan kes adalah Kes Hgde v Wrench (1840) 3 ER 334. Dalam kes ini defenden
(wrench) telah menawarkan untuk menjualkan hartanya kepada plaintif (Hyde) pada
6 Jun dengan harganya GBP 1000. Pada 8 Jun, Plaintif telah menyatakan
kesediaannya untuk membeli harta tersebut pada harga GBP950. Defenden enggan
menjualkan hartanya pada harga GBP 950 seperti yang diminta oleh plaintif. Pada 27
Jun, Plantif telah menulis semula kepada defenden menyatakan persetujuannya
untuk membeli harta tersebut seperti cadangan asal iaitu GBP 1000. Mahkamah
telah memutuskan bahawa tidak wujud penerimaan kerana surat plaintif pada 8 Jun
merupakan cadangan balas dan telah menyebabkan cadangan asal terbatal dan
tidak

lagi

wujud

untuk

dibuat

penerimaan

semula.

Ruj.

Undang-

undang PERNIAGAAN modul 2 elemen-elemen penting kontrak, kesahan kontrak,


pelepasan kontrak dan remedi m/s. 60)
Secara ringkasnya, tuntutan Mr Chong tidak berasas bersabit dengan kemungkiran
kontrak kerana kontrak tidak pun wujud sebaik-baik beliau membuat cadangan balas.

Soalan A2
(a)

Perubahan-

perubahan

struktur

hierarki

mahkamah

Malaysia

dari

sebelum

kemerdekaan sehinggalah yang terkini ialah pada tempoh di antara Januari 1987
hingga 1994, struktur mahkamah Agong. Pindaan perlembagaan pada tahun 1994
adalah bertujuan untuk mewujudkan semula dua peringkat rayuan sepertimana yang
diamalkan sebelum 1 Januari 1987 iaitu dengan kewujudan Mahkamah Persekutuan
dan Majlis Privi yang berfungsi mendengar rayuan-rayuan bersabit dengan kes-kes
keputusan mahkamah tinggi. Selepas pindaan perlembagaan 1994, Mahkamah
Agong telah dinamakan semula sebagai Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Mahkamah Rayuan yang mempunyai hierarki yang lebih rendah daripadanya telah
diwujudkan. Mahkamah Tinggi

Malaya

pula

dikekalkan

namanya

manakala

Mahkamah Tinggi Borneo ditukarkan kepada Mahkamah Tinggi Sabah dan


Sarawak. Struktur hierarki mahkamah-mahkamah rendah adalah kekal sepertimana
sebelumnya.

( Ruj. Undang-undang PERNIAGAAN modul 1 Institusi mahkamah:

Hierariki dan bidang kuasa m/s.31)

Elemen Balasan Dalam Pembentukkan Kontrak

PENGENALAN PEMBENTUKAN KONTRAK


Kebanyakan kontrak selalunya berbentuk kontrak mudah, dimana
pembentukannya tidak melibatkan formaliti-formaliti tertentu. Ia boleh
dibuat samada secara lisan atau disiratkan daripada perlakuan pihakpihak terlibat. Contoh yang jelas ialah jual beli barangan keperluan
harian di kedai runcit ataupun di pasar raya. Namun begitu, ada juga
kontrak yang bersifat kompleks, contohnya perjanjian-perjanjian yang
dimasuki oleh syarikat-syarikat PERNIAGAAN . Perjanjian yang begini
lazimnya didraf dengan teliti dan dibuat dalam bentuk bertulis.

Secara asasnya, elemen-elemen yang berikut harus wujud untuk


mewujudkan perjanjian yang sah dan boleh dikuatkuasakan oleh
undang-undang -:

a)

Tawaran atau cadangan yang ditujukan oleh seseorang kepada


seorang yang lain;

b)

Penerimaan tawaran tersebut oleh pihak yang ditujukan tawaran;

c)

Balasan yang sah dan bernilai daripada kedua-dua pihak yang


berkontrak;

d)

Niat oleh kedua-dua pihak untuk saling mengikat di sisi undangundang;

e)

Keupayaan pihak-pihak terbabit untuk memasuki kontrak; dan

f)

Ketentuan

Kesemua elemen tersebut haruslah dipenuhi secara serentak dan bukan


secara alternatif. Contohnya, kontrak tidak sah sekiranya hanya elemen
tawaran dan penerimaan tawaran dipenuhi sedangkan elemen-elemen
yang lain tidak dipenuhi.

Ini dinyatakan di dalam Seksyen 10 Akta Kontrak 1950, dimana semua


perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas mana-mana
pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah
dan dengan sesuatu tujuan yang sah dan tidak ditetapkan dengan nyata
dibawah akta bahawa ianya batal.

DEFINISI BALASAN

Balasan adalah harga yang dibayar oleh satu pihak untuk membeli
janji atau perbuatan pihak yang satu lagi. Seksyen 2(d) akta kontrak
1950memperuntukkan yang bermaksud, menurut kehendak pembuat
janji, apabila penerima atau siapa sahaja yang telah membuat atau
telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau
penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

Pollock pula mendefinasikan balasan sebagai, sesuatu perbuatan


menahan diri oleh satu pihak, atau janji untuk berbuat demikian adalah
harga untuk membeli janji pihak yang lain, dengan demikian janji yang
diberi nilai itu boleh dikuatkuasakan.

Elemen balasan ini adalah penting untuk mewujudkan satu kontrak yang
mengikat dan sah di sisi undang-undang. Ini dinyatakan dalam Seksyen

26 Akta Kontrak 1950, Perjanjian tanpa balasan adalah batal, kecuali


kontrak tersebut bertulis dan didaftarkan.

Misalan Seksyen 26 (a) Akta Kontrak 1950, A berjanji tanpa balasan,


memberi kepada B RM 1,000. Ini adalah perjanjian batal.

Pihak-pihak yang berkontrak mestilah mempunyai balasan masingmasing. Contohnya, jika A bersetuju membekalkan 100 kg minyak
masak cap padi dengan harga RM 2.50 sekilo kepada B, maka balasan B
kepada A adalah membayar WANG berjumlah RM 250.00 bagi bekalan
minyak masak itu, manakala balasan di pihak A adalah dengan
menyerahkan bekalan minyak masak tersebut kepada B.

Dalam kes Currie lwn Misa (1875) , balasan dikatakan sebagai suatu
hak, kepentingan, keuntungan atau manfaat terakru kepada suatu
pihak, atau suatu penahanan daripada bertindak, kerugian, kehilangan
atau kewajipan yang dibuat, dipikul atau ditanggung oleh suatu pihak
yang lain.

JENIS-JENIS BALASAN

Terdapat tiga jenis balasan yang boleh dikuatkuasakan iaitu :-

(a) Balasan Eksekutori yang merupakan balasan atau janji yang belum
dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan. Contohnya, A bersetuju
menjualkan komputernya kepada B, dan B berjanji akan membayar RM
1,500 apabila A menghantar komputer tersebut kepadanya. Janji keduadua pihak belum dilaksanakan, tetapi akan dilaksanakan pada masa
akan datang.

(b) Balasan tersempurna pula adalah janji atau balasan yang perlu
disempurnakan terlebih dahulu sebelum janji atau balasan pihak yang
satu lagi dilaksanakan.

Contohnya A berjanji akan memberikan hadiah RM 200 kepada sesiapa


yang memulangkan kucingnya yang hilang. B menjumpai kucing
tersebut dan memulangkannya kepada A. Tindakan B memulangkan

kucng tersebut adalah suatu balasan tersempurna di pihak B, manakala


balasan di pihak A adalah dengan membayar WANG hadiah RM 200
kepada B.

(c) Manakala balasan lepas atau balasan lampau pula adalah balasan atau
perbuatan yang sudah dilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi
dibuat. Janji dibuat bagi membalas perbuatan yang telah dilakukan itu.

Misalan, A menyelamatkan B daripada lemas di laut, B kemudiannya


berjanji akan memberikan A RM 20,000 sebagai ganjaran. Perbuatan A
menyelamatkan B daripada lemas merupakan balasan lampau kerana
ianya sudahpun dilakukan sebelum B membuat janjinya.

(d) Di bawah undang-undang Inggeris balasan lampau atau balasan


lepas tidak diterima sebagai suatu balasan yang sah . Namun begitu,
terdapat pengecualian terhadap prinsip ini dimana, jika tindakan yang
dilakukan oleh penerima janji itu pada asalnya adalah atas kehendak
pembuat janji, maka ia akan menjadi balasan yang sah dan bernilai.

Pernyataan ini boleh dirujuk pada Seksyen 2(d) Akta Kontrak


1950 ,menurut kehendak pembuat janji atau siapa sahaja yang telah
membuat atautelah menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat
atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau
penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.
Di sini perkataan telah menunjukkan bahawa walaupun sesuatu
tindakan dilakukan sebelum sesuatu janji diucapkan tindakan itu boleh
menjadi balasan yang sah jika ia dilakukan atas kehendak pembuat
janji.

Contoh pengecualian bagi balasan lampau atau lepas boleh dirujuk pada
kesLampleigh
lwn
Braithwaite (1615
) 4 dimana, Braithwaite dituduh membunuhseorang
lelaki dan meminta bantuan Lampleigh untuk mendapatkanny pengampunan
daripada Raja. Lampleigh dengan bersusah payah melaksanakan permintaan
tersebut, Braithwaite dibebaskan dan berjanji untuk membayar Lampleigh
100 atas
usahanya
itu, yang mana
tidak
dipenuhinya.Lampleigh mendakwa terdapat kontrak
atas
perjanjian
tersebut. Beliau berjaya, mahkamah memutuskan terdapat kontrak yang
sah walaupun balasan tersebut adalah balasan lepas, dimana bantuan
atau perkhidmatan itu dilakukan
atas
kehendak pembuat
janji.
Walaupun harga bayaran tidak disebut pada
masa
perjanjian,
ianya adalah
jelas kepada kedua-dua pihak terdapat pembayaran yang akan dilakukan.
HURAIAN BENTUK-BENTUK BALASAN

(a) BALASAN MESTILAH BALASAN YANG SAH

Mahkamah tidak akan membenarkan sebarang tindakan diambil, jika


kontrak dibuat berasaskan balasan yang menyalahi undang-undang
atau tidak bermoral. Ini adalah berdasarkan peraturan EX turpi causa
non oritur actio, dengan kata lain bermaksud, tindakan tidak akan
diambil jika kontrak dibuat atas alasan yang keji dan tidak bermoral.

Kenyataan ini boleh dirujuk pada Seksyen 25 Akta Kontrak 1950, yang
memperuntukkan, perjanjian batal, jika balasan atau tujuan tak sah
sebahagiannya. Iaitu jika mana-mana bahagian sesuatu balasan untuk
satu atau lebih tujuan, atau satu atau sebahagian dari satu dari
beberapa balasan untuk satu tujuan, adalah tak sah di sisi undangundang, maka perjanjian itu adalah batal.

Contohnya, perjanjian dengan juruelektrik yang tidak berlesen adalah


tidak sah, dimana seseorang yang mempraktikkan kemahiran elektrikal
tanpa lesen boleh didakwa di sisi undang-undang.

(b) BALASAN TIDAK SEMESTINYA DATANG DARIPADA PENERIMA JANJI

Di bawah undang-undang Malaysia, balasan tidak semestinya datang


daripada penerima janji. Ini adalah bertentangan dengan undangundang Inggeris di mana balasan mesti datang daripada penerima janji
itu sahaja dan bukannya daripada orang lain. Ini berdasarkan priviti
kontrak yang menyatakan bahawa, seseorang yang tidak terlibat di
dalam kontrak tidak mempunyai hak untuk mendakwa atau
menguatkuasakan kontrak tersebut. Menurut Seksyen 2(d) Akta
Kontrak 1950, yang menyebut,menurut kehendak pembuat janji
atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari
membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat
sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah
disebut balasan untuk janji itu.

Perkataan siapa sahaja menunjukkan bahawa balasan bukan sahaja


boleh diberi oleh penerima janji, tetapi boleh juga diberi oleh sesiapa
sahaja walaupun pihak tersebut tidak terlibat di dalam kontrak
tersebut 5 .

(c) KEBERPADAAN BALASAN

Di sisi undang-undang sesuatu balasan itu mestilah bernilai tetapi ia


tidak semestinya berpada. Merujuk kepada Huraian 2 Seksyen 26Akta
Kontrak,Sesuatu perjanjian dimana persetujuan pembuat janji diberi
secara bebas tidaklah batal semata-mata kerana balasan itu tidak
memadai; tetapi
mahkamah
boleh
mempertimbangkan
persoalan samada ketakberpadaan balasan itu diberi oleh pembuat
janji secara bebas atau sebaliknya.Jika balasan diberi secara bebas,
maka kecukupan balasan itu tidak penting kepada kewujudan kontrak
yang mengikat. 6,7

PENGECUALIAN UMUM ELEMEN BALASAN

Seksyen 26 Akta Kontrak mengatakan, perjanjian tanpa balasan adalah


batal, tetapi terdapat pengecualian dimana, walaupun sesuatu janji itu
dibuat tanpa balasan ianya tetap sah dan boleh dikuatkuasakan jika,

a)

Perjanjian dibuat berdasarkan kasih sayang semulajadi antara pihakpihak ada hubungan karib boleh mewujudkan suatu perjanjian yang sah,
jika dibuat secara bertulis dan didaftarkan jika ada undang-undang
yang menghendakinya berbuat demikian.

Misalan Seksyen 26 (a) Akta Kontrak 1950, A kerana kasih sayang


semulajadi, berjanji memberi kepada anak lelakinya B Rm 1,000. A
menyatakan janjinya kepada B secara bertulis dan mendaftarkannya
menurut
undang-undang
berkuatkuasa
pada
masa itu
untuk
mendaftarkan dokumen sedemikian. Ini adalah suatu kontrak 8.

b)

Janji untuk memampas, sama ada secara keseluruhan atau


sebahagian, seseorang yang telah melakukan sesuatu perbuatan secara
sukarela, atau melakukan sesuatu yang pembuat janji boleh dipaksa di
sisi undang-undang untuk membuat.

i. Satu janji untuk memberikan ganjaran atas perbuatan sukarela


yang telah
dilakukan oleh penerima janji

ii. Pembayaran kembali perbelanjaan yang telah ditanggung oleh


penerima janji. Dimana ia merupakan perkara-perkara yang menjadi
tanggungan pembuat janji dari sudut undang-undang seperti nafkah
kepada anak-anak, saman, hutang yang telah luput tarikh, cukai
kepada kerajaan dan seumpamanya.

3. Perjanjian untuk membayar hutang yang telah luput had masa


menurut Seksyen
26(c)
Akta
Kontrak,
had
masa
merujuk
kepada
tempoh
yangmembolehkan seseorang mengambil tindakan undang-undang
sivil

c)

Janji untuk membayar suatu hutang yang dibatas oleh status tetap sah
walaupun dibuat tanpa balasan.

Hutang yang dibatasi status adalah hutang yang tidak boleh dituntut
melalui tindakan undang-undang disebabkan oleh luputnya tempoh
masa pembayaran hutang dimana biasanya ia dikira enam tahun dari
semasa kuasa tindakan itu timbul, ia lazimannya dikira dari saat
berlakunya kemungkaran kontrak.

Pihak yang terkilan tidak berhak menuntut sekiranya tempoh enam


tahun itu telah berakhir, melainkan pihak penghutang telah membuat
suatu perjanjian baru untuk membayar hutang yang dibatasi status itu
dan janji tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani orang yang
menanggungnya, atau oleh ejennya yang diberi kuasa untuk berbuat
demikian.

Misalan (e) Seksyen 26 Akta Kontrak, A berhutang Rm 1,000 kepada B,


tetapi hutang itu dihalang oleh had masa. A menandatangi satu
perjanjian memberikan B Rm 500.00 sebagai bayaran hutang tersebut.
Ada kontrak terbentuk dan si penghutang/pejanji boleh dituntut atas
janji barunya

1)

Pollock on Contracts 1946. London: Steven & Sons Ltd., Edisi 12, hlm. 133.

2)

LR 10 EX

153; (1875-76) LR 1 App Cas 554

Roscorla

lwn Thomas (1842) 3 QB 234 dimana,

3)

umumnya

balasan

lampau

tidak

dianggap sebagai balasan yang memadai kecuali ia dilakukan atas kehendak pembuat
janji.
4)
5)

EWHC KB J 17, (1615) Hobart 105, 80 ER 255


Venkata Chinnaya lwn Verikatara Ma`ya (1881), Plaintif bersetuju membayar anuiti
berjumlah Rs653 kepada adik-adiknya tanpa balasan, ibunya memberikan sebidang
tanah di atas pembayaran anuiti tersebut.
6. Macon Works & TRADING
sebanyak RM 1.00

Sdn Bhd lwn Phang Hon Chin & Anor (1976), bayaran

sebagai opsyen pembelian sebidang tanah adalah mencukupi


7. Chappel & Co. Ltd lwn Nestle Co. Ltd (1960) AC House Of Lords, dimana rekod
gramophone lirik
lagu dibalas dengan 1, 6 syiling dan 3 keping pembalut coklat.

8. Tan Soh Sim, Chan Law Keong & Ors lwn Tan Saw Keong & Ors (1951), mengenai isu
hubungan rapat antara
anak-anak angkat lelaki dengan ibu angkat mereka.

You might also like