Nota 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.0.

PENGENALAN
Program khas

yang pertama di Malaysia.Dilancarkan oleh Datin Paduka Seri Rosmah

Mansur, pada 2 March 2009 di UKM.untuk kumpulan pelajar yang menunjukkan potensi
intelek yang tinggi (atau) dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik.

Kajian yang dijalankan oleh Tidwell (1980) menunjukkan terdapat seorang pelajar pintar dan
berbakat bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak. Hari ini di Malaysia terdapat seramai 3.5
juta kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 15 tahun, dan jika dapatan kajian Tidwell
boleh digunakan di Malaysia, maka secara amnya kita boleh buat kesimpulan bahawa
terdapat kira-kira 350,000 orang pelajar pintar dan berbakat di Malaysia.
Pusat PERMATApintar Negara (PPpN) UKM beroperasi sejak bulan Januari 2011.Laman ini
(http://www.ukm.my/permatapintar/index.php/sekapur-sireh)

memberi

makluman

umum

tentang pusat ini. Serba sedikit maklumat mengenai pusat ini, program-program yang
dijalankan dan kegiatan pelajar boleh didapati di sini.

Pusat PERMATApintarTM Negara UKM merupakan satu-satunya pusat kecemerlangan di


Malaysia yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar-pelajar pintar dan berbakat dari
seluruh tanah air dan memberikan mereka peluang untuk mengembangkan potensi, dan
bakat mereka.Usaha ini perlu dijalankan kerana pelajar-pelajar ini adalah aset negara yang
sangat berharga.Kegagalan mengenalpasti pelajar-pelajar ini boleh menyebabkan negara
kehilangan tenaga kerja yang sangat berharga, samada kerana mereka tercicir dari arus
pendidikan, atau mereka berhijrah ke negara luar yang menawarkan ganjaran serta peluang
pendidikan yang lebih baik.
25 individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang dicari untuk
sama-sama mengumpul, mencari idea selain membantu merealisasikan hasrat murni
berkenaan. Kumpulan profesional ini bukan calang-calang orang dan mereka juga senada
bahawa pembentukan insan akan menjadi lebih berkesan sekiranya dimulakan lebih awal
lagi
Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kepelbagaian kepakaran, latar
belakang, pendidikan dan pengalaman antaranya pakar kanak- kanak, ahli akademik, aktivis
wanita dan aktivis masyarakat memulakan usaha ini dengan mengadakan kajian dan
penyelidikan secara sukarela dan dapatannya lantas dijadikan input bagi pembangunan

konsep

pendidikan

sedemikian.

Bagi menjayakan konsep pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan


bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, pihak
berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik dapat dimanfaatkan bagi menjadikan kanak-kanak
setempat

yang

agak

mundur

kepada

yang

lebih

berjaya

dan

membanggakan.

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan
modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada
pendidik-pendidik

di

Pusat

Anak

PERMATA

Negara.

1.2.Visi
Menjadi institusi terulung yang mempelopori dan keperluan pendidikan pelajar pintar cerdas
dalam membentuk generasi bitara bangsa yang menyumbang kepada kesejahteraan
sejagat.

1.3.Misi
Menjadi pemimpin pendidikan yang holistik untuk pelajar pintar cerdas berpandukan
Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan.

Falsafah.Paduan antara Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial yang mendasari
pendidikan berterusan untuk mengoptimumkan potensi pelajar.
1.4. Objektif
1. Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana penyelesaian kepada
masalah, dan boleh mencetuskan atau mencipta pemikiran-pemikiran baru
berhubung ilmu yang dipelajari hasil penelitian yang analitikal dan kritis.
2. Berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan
dalam akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
3. Menguasai kemahiran bahasa dan komunikasi yang mantap, serta mempunyai sikap
yang sesuai untuk terlibat aktif dengan berkesan dalam aktiviti di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa

4. Mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang dan terpuji, bertanggungjawab dan


boleh membuat keputusan yang berkesan dengan mengambilkira prinsip-prinsip nilai
baik dan beretika.
5. Sihat fizikal, sihat minda, berfikiran positif dan mempamerkan kesedaran kendiri
yang matang dan bijaksana.

1.5. Tujuan
1. Menyediakan

program pembelajaran holistik dan suasana pembelajaran yang

kondusif
2. Kurikulum pembelajaran yang sesuai
3. Menyediakan pengalaman awal dan bimbingan mentor dari kalangan ahli akademik
4. Mengumpul pelajar Malaysia yang berpotensi dan memberi pengalaman awal untuk
mengembangkan minda kreatif mereka.
5. Menjadi model pendidikan pintar cerdas.
6. Mewujudkan satu wadah perkongsian antara industri, pusat pengajian tinggi dan
sekolah.

1.7.Kurikulum Permata
Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan
kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan
fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-

1.7.1 PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar


Pusat PERMATApintar Negara, UKM telah merangka satu program pengayaan yang dapat
mencabar minda pelajar pintar cerdas. Program pengayaan ini dikenali sebagai Program
Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara kerana dijalankan pada masa cuti
persekolahan akhir tahun iaitu dalam bulan November dan Disember.Pembinaan Program
Perkhemahan Cuti Sekolah ini ialah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara
yang menekan kepada perkembangan holistik pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial pelajar.Program yang dijalankan dalam tempoh 3 minggu ini dikendalikan
oleh pengajar, pembantu pengajar dan pembantu pelajar yang dilatih khusus oleh pengajar
UKM yang telah mendapat latihan di Johns Hopkins University Center for Talented Youth.

Sepanjang perkhemahan, pelajar didedahkan dengan aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum


berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian mengikut agama masingmasing dan lawatan sambil belajar.Pelajar yang terpilih berumur antara 9 hingga 15 tahun
dari pelbagai bangsa dan latar sosio-budaya dan telah melalui Ujian Saringan UKM1 dan
UKM2. Ini menjadikan program ini satu program yang benar-benar melambangkan konsep
satu Malaysia yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun
Razak. Pelajar akan mengikuti salah satu daripada 15 kursus yang ditawarkan.
Perkhemahan ini mengambil pendekatan yang melibatkan program pengayaan dan pecutan
bagi menyediakan pelajar pintar cerdas peluang untuk mengembangkan kebolehan mereka
untuk melakukan pembelajaran sepanjang hayat. Objektif perkhemahan ini adalah untuk:
1. Mengembangkan bakat dan kebolehan sedia ada pelajar.
2. Mengasah potensi pelajar secara holistik.
3. Mengembangkan kemahiran pelajar
4. Memupuk pembelajaran sepanjang hayat
Perkhemahan ini menyediakan kursus-kursus yang mencabar minat dan minda pelajar
pintar cerdas yang tidak menjalani pembelajaran biasa di sekolah. Kursus-kursus ini adalah
seperti:
a. Menjadi Saintis (Be a Scientist) 9 Tahun
b. Rekacipta (Invention) 9-12 Tahun
c. Penaakulan Mantik (Mathematical Reasoning) 10 Tahun
d. Penulisan dan Imaginasi (Writing and Imagination) 11 Tahun
e. Pengenalan kepada Robotik (Introduction to Robotic) 12 Tahun
f. Robotik Lanjutan (Advance Robotic) 13 Tahun
g. Mengarang Penulisan (Crafting the Essay) 13 Tahun
h. Rekacipta Lanjutan (Advance Invention) 13-15 Tahun
i. Kriptologi (Cryptology) 14 Tahun

j. Kristal dan Polimer (Crystal and Polimer) 14-15 Tahun


k. Sains Penerbangan (Flight Science) 14-15 Tahun
l. Kebarangkalian dan Teori Permainan (Probability and Game Theory) 14-15 Tahun
m. Teknologi Hijau (Green Technology) 15 Tahun
n. Bioteknologi (Biotechnology) 15 Tahun
o. Biologi Pecutan (Fast-Paced Biology) 15 Tahun
Pihak pengurusan Pusat PERMATApintar Negara akan memastikan setiap pelajar akan
bertingkah laku secara bersesuaian setanding dengan keperluan pusat mengikut perkaraperkara berikut:
i.

Kod Kehormatan Pusat PERMATApintar Negara (Code of Honor) Setiap pelajar


pintar cerdas perlu mempunyai rasa hormat, bertanggungjawab dan saling
mempercayai. Untuk membina komuniti sedemikian, setiap individu yang wujud

ii.
iii.

dalam komuniti tersebut perlulah:


Melakukan yang terbaik dalam semua aktiviti akademik
Bertoleransi dan menghormati perbezaan kaum, budaya, agama, gender, usia,

iv.

keupayaan dan negeri kelahiran.


Bertingkahlaku secara mesra, bekerjasama, selamat dan bertanggungjawab

v.

terhadap semua yang ada dalam komuniti


Menghadiri semua sesi pembelajaran, makan bersama, aktiviti-aktiviti lain dan

vi.

perjumpaan yang telah ditetapkan


Bertanggungjawab di atas kerja dan tingkahlaku sendiri Sentiasa bekerjasama

vii.

dengan pihak pengurusan


Mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan ii.
Perbezaan Sifar (Zero Indiferrerence) Setiap individu yang berada dalam
komuniti ini perlu bekerja tanpa memberi layanan yang berbeza antara satu
sama lain. Setiap mereka harus di layan dengan saksama, penuh rasa hotmat
dan mesra. Apabila membincangkan konsep Bekerja Tanpa Beza ini, Pusat

viii.

PERMATApintar Negara mempunyai tiga matlamat:


Meningkatkan kesedaran kakitangan tentang tingkahlaku pelajar yang boleh

ix.

mengangu proses pembelajaran


Membenarkan kakitangan (termasuk guru, dan pihak pengurusan) mengambil
tindakan terus (mengikut peraturan yang telah ditetapkan) untuk menghentikan
sebarang tingkahlaku membuli yang boleh menghalang proses pembelajaran
yang berkesan.

x.

Meningkatkan kesedaran untuk semua kakitangan dan pelajar supaya sentiasa


berkomunikasi secara berhemah tanpa membuat orang lain berasa terasing atau

xi.

disingkir baik secara fizikal atau psikologikal.


Persekitaran Pembelajaran yang Selamat. Pelajar-pelajar perlu diberikan satu
persekitaran pembelajaran yang boleh membuatkan mereka rasa selamat dan
dihargai. Kajian-kajian lepas menunjukkan wujud hubungan yang positif antara
rasa selamat dengan pencapaian akademik yang diperolehi oleh pelajar-pelajar
disekolah.
(Sumber Buku Panduan Perlaksanaan Permata Pintar 2009)

Universiti Kebangsaan Malaysia telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program


pendidikan ini yang akan bermula pada bulan Januari 2011, dengan ambilan pertama
seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 (16 tahun). Pada tahun 2012 sekolah ini dijangka
mempunyai pendaftaran penuh seramai 400 orang pelajar yang terdiri daripada 200 orang
pelajar

tingkatan

dan

200

orang

pelajar

tingkatan

5.

Sekolah Pintar Cerdas di Luar Negara


Terdapat beberapa buah institusi pengajian tinggi di luar negara yang telah mempunyai
sekolah pintar cerdas tersendiri.Antaranya di National University of Singapore, di Mahidol
University, Thailand, dan di Korea Advance Institute of Science and Technology (KAIST).
Justeru, Malaysia juga perlu mempunyai sekolah yang sedemikian supaya pelajar pintar
cerdas Malaysia dapat belajar di tanah air sendiri. Pada ketika ini, ramai pelajar pintar
cerdas Malaysia telah dihantar oleh ibu bapa masing-masing yang berkemampuan untuk
belajar di sekolah pintar cerdas di luar negara dan ada diantara mereka yang mendapat
tajaan biasiswa dan kewarganegaraan negara berkenaan.
Pemilihan Pelajar ke Program Pendidikan PERMATApintar
Pelajar-pelajar yang akan mengikuti program ini adalah mereka yang telah menduduki ujianujian PERMATApintar UKM1 dan UKM2 ketika berusia 15 tahun (tingkatan 3). Mereka yang
melepasi tahap-tahap yang ditetapkan bagi pencapaian ujian PERMATApintar UKM1 dan
UKM2 akan seterusnya dinilai sekali lagi menerusi sesi temubual dan pemerhatian pada
Perkhemahan Khas Matematik dan Sains. Selain daripada kemampuan kognitif dan
kemampuan menyelesaikan masalah, daya kreativiti dan daya saing pelajar juga akan dinilai
dalam pemilihan tersebut.
Program Pendidikan

Para pelajar di akademi ini akan mengikuti program pendidikan yang menyepadukan
pembelajaran akademik, ko-kurikulum, pembinaan sahsiah dan nilai murni melalui
pengalaman pembelajaran aktif dan bermakna. Suasana serta persekitaran sekolah turut
dibangunkan agar menyumbang kepada perkembangan pelajar yang holistik dan
menyeluruh. Pelajar di sini akan mengikuti kurikulum kebangsaan dan pada waktu yang
sama diberi peluang untuk mempelajari mata pelajaran lain yang lebih mencabar.
Sehubungan itu, setiap pelajar disediakan perancangan pembelajaran khusus sesuai
dengan keperluan pembelajarannya.Mereka juga berpeluang mempelajari mata pelajaran
yang

ditawarkan

diperingkat

universiti

sekiranya

dinilai

berkemampuan

mengikuti

pembelajaran tersebut.Pendekatan ini membolehkan para pelajar di sini mengikuti


pembelajaran yang lebih mencabar, dan boleh melengkapkan pengajiannya dalam jangka
masa yang lebih pendek sekiranya dia seterusnya mendaftar sebagai pelajar di Universiti
Kebangsaan Malaysia.

1.5.Pembestarian Sekolah
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek
perlu dilakukan supaya modal insan yang dilahirkan mampu berdaya saing dan relevan
dengan kehendak semasa.Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam
pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial
serta budaya masa kini.Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi
pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek,
antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar,
penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai,

serta

pengurusan

sekolah

yang

efektif.

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi


penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah
dan

kompetensi

guru.

Program

Pembestarian

Sekolah

juga

memberi

maksud

mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang
direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan

sekolah

untuk

membantu

murid-murid

menghadapi

era

teknologi

maklumat.Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran


dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian
Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru,
kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran
kendiri.

(Selitkan dimana perlu)


Camillia P. Benbow (1991) menulis,
The pacing of educational programs must be responsive to the capacities and knowledge
of individual children.

( ms 157)

Pendidikan untuk semua seperti yang termaktub dalam falsafah pendidikan akan menjadi
kenyataan dengan program Permata Pintar ini.

Seseorang itu dianggap pintar cerdas sekiranya dia bukan sahaja memiliki kemampuan
kognitif yang tinggi bahkan boleh menggunakan kemampuan tersebut dengan baik dalam
semua situasi.(Gagne,1995; Piirto,1999). Maka program Pintar menjadi tulang belakang
bagi melahirkan personaliti-personaliti yang mampu menerajui Negara kelak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata potensi mereka tidak dapat
dioptimumkan untuk kepentingan negara sekiranya kelompok ini tidak dilengkapi dengan
sistem pendidikan yang sesuai dengan kemampuan pemikiran mereka yang luar biasa itu.
Beliau berkata sekiranya sistem pendidikan yang sesuai buat mereka tidak disediakan,
kesannya banyak, antaranya mungkin kanak-kanak ini akan cepat bosan dengan pelajaran,
atau mungkin mereka akan dihantar oleh ibu bapa masing-masing untuk menuntut dan
bekerja di luar negara.
Ini akan jadikan kita kehilangan bakat yang boleh memberi kesan kepada negara, berlaku
apa yang dikatakan sebagai brain drain (penghijrahan cendekiawan), katanya ketika
berucap merasmikan Kompleks Pusat PERMATApintar Negara di Universiti Kebangsaan
Malaysia di sini.

Berdasarkan keputusan PTS pada tahun 1996, seramai 0.8% daripada 407,150 orang murid
Tahun 3 telah dibenarkan melangkau Tahun 4 dan terus ke Tahun 5 (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2001). Namun pada tahun 20011, selepas PTS diimplimentasikan selama 5 tahun,
ia telah ditamatkan. Hal ini kerana lebih daripada 50% kanak-kanak yang melangkau kelas
telah mencapai keputusan yang lebih buruk dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)
berbanding rakan sebaya lain yang tidak melangkau kelas.

Dalam PTS dasar melangkau

kelas dari tahap satu ke tahap dua adalah menjadi satu rintangan dimana murid-murid
tahun tiga (tahap satu) melangkau ke tahun 5 tanpa persediaan yang mantap di tahun
empat.

Sebaliknya Program Permata Pintar pula dilaksanakan dengan begitu teratur

menggunakan ujian saringan.Kelebihan ini sudah tentu membuahkan hasil.

Kesimpulan
Program Permata Pintar menjadi agenda untama dalamm usaha menguasai kemahiran
abad ke-21, pembelajaran seharusnya dapat diperoleh di mana-mana sahaja. Pembelajaran
juga boleh dicapai dalam pelbagai konteks persekitaran dan situasi serta mempunyai
kandungan yang paling adaptif .Menurut Nik Aziz Nik Pa(1990), dari sudut pembangunan
Negara, kehadiran kanak-kanak pintar cerdas dalam masyarakat merupakan satu sumber
semula jadi (aset) yang dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta. Justeru, sumber ini perlu
dimajukan untuk manfaat Negara pada masa akan datang.

RUJUKAN
1. Camillia P. B. (1991) Underachievement of highly able student and the peer society.
Gifted and Talented International, 10(2) ,67-68.

2. Gagnes,F(1993). Constructs and models pertaining to exceptional human abilities. In


K.A Heller, FJ Monks. International Handbook of Research and development of
Gifted and Talent 9pp.63(85). Oxford :pergamon Press.
3. Tidwell, R. 1980. A psycho-educational profile of 1,593: Gifted High School Students.
Gifted Child Quarterly, 24, 2, 63-68
4. Nik Azis, N. P. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas. Kajang: Institut
Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

You might also like