Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tahap Pencemaran Sungai di Johor Bahru

Posted by adieniaga on 13/05/2012 in Laen laen

JOHOR BAHRU, 10 Mei: Tahap pencemaran dua daripada empat batang sungai yang
yang sudah sedia tercemar di negeri ini semakin kritikal sepanjang tempoh empat tahun
lepas.
Dan daripada dua sungai itu, pencemaran Sungai Tukang Batu di Pasir Gudang adalah
yang paling teruk.
Dalam tempoh berkenaan, Indeks Kualiti Air (IKA) sungai itu merosot daripada 28 pada
2002 kepada 17, tahun lepas.
Turut membimbangkan, Sungai Tebrau yang sebelum ini dikategorikan sebagai sederhana
tercemar, kini menjadi antara lima sungai paling cemar di negeri ini.
Ini berikutan IKA sungai itu yang merosot daripada 72 pada 2002 kepada 58, tahun lepas.
Sungai yang bacaan IKAnya 81 ke atas dikategorikan sebagai bersih manakala yang
IKAnya di antara 60 dan 80 dianggap sederhana tercemar. Sungai yang mencatatkan
bacaan IKA 59 dan ke bawah pula diklasifikasikan sebagai paling cemar.
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), punca utama kemerosotan kualiti air Sungai Tebrau
ialah pelepasan sisa loji-loji kumbahan Indah Water Konsortium.
Jurucakap JAS berkata kemerosotan IKA Sungai Tukang Batu pula berpunca daripada
pembuangan sisa loji kumbuhan kilang di sekitar kawasan sungai itu.
Menurutnya sebatang lagi sungai yang IKAnya turut merosot dalam tempoh itu ialah Sungai
Perembi, juga di Pasir Gudang.
Bacaan IKA sungai ini turun kepada 47 daripada 49, katanya dan menambah
pembuangan sesuka hati kumbuhan kilang juga menjadi punca utama kemerosotan kualiti
air.

Dua batang sungai lagi Sungai Segget dan Sungai Buloh yang juga dalam kategori paling
cemar, bagaimanapun menunjukkan sedikit perubahan.
Bacaan IKA Sungai Buloh di Pasir Gudang menganjak daripada 26 pada 2002 kepada 28,
tahu lepas.
Sungai Segget pula mencatatkan perubahan yang menarik apabila bacaan IKAnya
meningkat kepada 50 tahun lepas daripada 46 pada 2002

RM1.5
Bilion Diperlukan Pulih Tiga Sungai Tercemar Di JB, Kata Pakar
Oleh Mohd Haikal Isa
JOHOR BAHARU, 6 Julai (Bernama) -- Kerajaan dijangka perlu membelanjakan antara RM1.2 bilion dan
RM1.5 bilion jika ia mahu memulih dan membersihkan tiga batang sungai yang paling tercemar di Johor
Baharu -- Sungai Segget, Sungai Tebrau dan Sungai Skudai, menurut Institut Pengurusan Alam Sekitar
dan Sumber Air (IPASA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Menurut Timbalan Pengarahnya Prof Marketab Mohamad, kos terkini itu merupakan suatu peningkatan
berbanding ketika kajian awal pihaknya pada 2002, yang menganggarkan usaha pemulihan ketiga-tiga
sungai tersebut memerlukan peruntukan kewangan sebanyak RM800 juta.
"Dan semakin lama kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau kerajaan negeri menangguhkan usaha
pemulihan ketiga-tiga sungai itu, maka kosnya juga akan terus meningkat berbanding kos (RM1.5 bilion)
pada masa ini," katanya kepada Bernama dalam temu ramah sini, hari ini.
Beliau berkata kerajaan sukar untuk membuat pelaburan yang besar untuk usaha-usaha pemulihan
sungai yang tercemar kerana ia merupakan suatu pelaburan yang tidak menjana sebarang keuntungan
daripada segi kewangan.
"Ia (projek pemulihan sungai tercemar) hanya merupakan suatu perkhidmatan. Tiada pulangan
pelaburan," katanya.
Marketab berkata generasi masa depan Malaysia terpaksa memikul tanggungjawab memulihkan ketigatiga sungai tercemar di Johor Baharu itu serta sungai-sungai tercemar yang lain di seluruh negara, jika
kerajaan masa ini tidak bertindak.

"Jika tiada usaha (pemulihan sungai-sungai tercemar di Malaysia) dijalankan pada masa ini, maka anak
cucu kitalah yang akan menanggung beban tersebut. Semakin lama kita tangguhkannya, semakin tinggi
kosnya," katanya.
Beliau berkata usaha pemulihan Sungai Segget, Sungai Tebrau dan Sungai Skudai tersebut memerlukan
pihak berkuasa membina sekurang-kurangnya dua buah loji memproses air kumbahan berhampiran
Sungai Segget dan di Pasar Borong Pandan.
Pembinaan loji memproses air kumbahan itu penting, katanya, kerana sumber utama pencemaran ketigatiga sungai tersebut adalah aliran air kumbahan tidak diproses dari kawasan penduduk dan industri yang
terdapat di sekitar sungai tersebut.
Pencemaran Sungai Segget di mana airnya berwarna kehitam-hitaman dan mengalir di tengah-tengah
bandar raya Johor Baharu itu amat terkenal di seluruh negara dan begitu sinonim dengan bandar raya
yang menjadi pintu masuk ke Malaysia dari arah selatan Semenanjung.
Sejak dahulu lagi, keadaan air Sungai Segget yang hitam dan berbau busuk itu telah mencacatkan imej
bandar raya Johor Baharu.
Keadaan air di Kuala Sungai Skudai yang kini menempatkan pusat pelancongan Danga Bay, menurut
Marketab, semakin baik berikutan usaha-usaha mengorek dasar sungai dari bahan organik dan sampah
yang dijalankan oleh pihak pengurusan Danga Bay.
Bagaimanapun, untuk pemulihan yang lebih menyeluruh terhadap sungai-sungai tersebut, usaha-usaha
seperti pembinaan sistem pemprosesan air kumbahan perlu dilakukan, katanya.
Menurutnya selain usaha yang perlu dilakukan terhadap tiga sungai di Johor Baharu itu, kerajaan negeri
Johor dan pusat juga perlu bertindak segera untuk memulih dan membersihkan tiga sungai di Pasir
Gudang yang turut dikategorikan sebagai amat tercemar.
Ketiga-tiga sungai yang tercemar di Pasir Gudang itu adalah Sungai Perembi, Sungai Latoh dan Sungai
Buloh.
Marketab berkata sumber utama pencemaran sungai-sungai yang akhirnya mengalir ke Selat Tebrau itu
berpunca dari bahan-bahan buangan kilang-kilang yang terdapat di kawasan perindustrian Pasir Gudang.
Beliau mengulangi bahawa usaha pemulihan sungai-sungai di Pasir Gudang itu perlu dilakukan dengan
segera kerana menangguhkannya akan hanya meningkatkan kosnya yang terpaksa ditanggung oleh
generasi masa depan.
-- BERNAMA
Dalam rancangan luar bandar, kerajaan siapkan ladang. Ini antara cara mengubah hidup Orang Asli. Kena bawa
mereka keluar, tetapi jangan pula adat resam mereka hilang. ALAM SEKITAR PENCEMARAN salah siapa? Salah
kita... Kerajaan menyediakan tong sampah percuma, tetapi orang ramai buang di mana? Masih ada yang tidak
bertanggungjawab buang ke parit dan sungai. Kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan menyediakan
peruntukan besar untuk membersihkan sungai.
Namun seharusnya atasi dulu masalah dan punca pencemaran sungai itu. Apa saja yang menyebabkan sungai

tercemar sama ada membabitkan orang ramai, perniagaan mahupun industri, perlu ditangani dengan berkesan.
Apabila masalah ini dapat diatasi, baru sungai itu dibersihkan. Jika dibersihkan juga tetapi sampah dan kotoran
industri masih dibiarkan mengalir ke sungai, ia tidak akan berubah. Sungai akan terus tercemar dan yang akan
merasa kesan dan akibatnya adalah generasi kita akan datang.
Di Pantai Lido, dulu banyak pokok stu. Buahnya seperti rambutan tetapi hijau dan bila dipecahkan nampak isi putih,
dan rasanya lemak manis. Di Sungai Tebrau pula penuh siput gonggong, tetapi sekarang spesies itu sudah tidak ada.
Malah spesies yang tidak pernah ada pula wujud seperti ikan Subaru. Ia seperti ikan bawal tapi ada bintik hitam pada
tepi badannya.
Sebenarnya saya tidak setuju dengan kerja penambakan Pantai Lido melainkan kerja-kerja melebarkan jalan sahaja.
Bapa, datuk dan moyang saya bina istana di tepi laut kerana pemandangan yang indah di tepi pantai.
Kita bina masjid, bangunan Majlis Agama Islam Johor, mahkamah syariah, hospital dan Istana Bukit Serene
semuanya menghadap laut dengan pemandangan cantik bersama tiupan bayu laut.
Muka kita sudah cantik, mengapa mahu tampal dan tutup lagi? Apakah tanah di Johor sudah tidak ada hingga perlu
menambak laut. Saya tidak setuju dengan pembangunan itu dan sudah sampaikan hasrat saya pada Menteri Besar
Johor. Kalau di sebelah Stulang, tidak jadi masalah jika mahu tambak untuk dibangunkan dan diperindahkan dengan
kawasan pejalan kaki. Pembangunan di Pantai Lido tidak perlu, dan cukup dengan Teluk Danga yang sudah
dibangunkan. KEBERSIHAN BANDAR DAN SUNGAI KALAU sayangkan negeri kita, cintakan sungai kita, kena
berubah. Tiba masanya kita berubah. Saya mahu negeri ini lebih bersih. Perlu ada usaha dan kesungguhan daripada
semua pihak untuk mempertingkatkan lanskap dan hiasan di seluruh negeri dan bandar raya Johor Bahru
terutamanya. Sampai masanya rakyat perlu sedar, dan bantu kerajaan untuk pertingkatkan kebersihan negeri Johor.
Saya sudah nasihatkan kerajaan dan arahkan penubuhan jawatankuasa khas mengenai kebersihan di negeri Johor.
Undang-undang yang ada kurang pelaksanaan daripada segi penguatkuasaan. Saya minta lebih adil dan telus dalam
menguatkuasakan peraturan. PELANCONGAN KERAJAAN sudah melakukan yang terbaik dan mempunyai banyak
perancangan bagi mempertingkatkan industri pelancongan di Johor. Antara yang dilakukan adalah beri anugerah dan
tauliah kepada penggiat industri pelancongan.
Namun pada masa sama, kerajaan harus meningkatkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi tumpuan
pelancongan. Contohnya Mersing, pelancong suka ke sana kerana ada banyak gugusan pulau yang indah. Jadi kita
perlu pertingkatkan kemudahan dan kualiti perkhidmatan untuk menarik lebih ramai pelancong ke sana.
Saya berhasrat menghidupkan kembali Tenun Johor sebagaimana Tenun Pahang yang kini popular di Pahang.
Tenun Pahang terkenal kerana Tunku Ampuan Mariam membawanya ke negeri itu dan kemudian kekal popular
kerana adik saya (Tunku Azizah Maimunah Iskandariah) mengambil berat.
Justeru saya mahu mengembalikan Tenun Johor yang berasal dari Lingga, Indonesia. Sebenarnya tidak susah untuk
menghidupkan semula tradisi Tenun Johor, jika mendapat sokongan kerajaan dan minat rakyat. Kita perlu sediakan
bangunan dan bawa ahli tenun dari Lingga untuk berkongsi ilmu. Memang ada yang menganggap kerja tenunan
kurang komersial, tetapi jika kita fokus dan berusaha, ia sebenarnya menguntungkan.
Banyak perkara yang hendak dihidupkan semula di Johor. Anyam mengkuang, tikar mengkuang, semua boleh
dihidupkan semula. Kerajaan kena bantu dan beri subsidi. Kita mesti hidupkan, jika tidak ia akan pupus. Seperti di
Kelantan yang popular dengan ukiran perak dan tembaga.
Selain itu, Johor harus memanfaatkan industri nanas, fiber (gentian) nanas yang boleh dibuat baju harus
diperkembangkan lagi sebagai satu daripada imej negeri ini. KESELAMATAN DAN JENAYAH KERAJAAN sudah
melakukan pelbagai cara, antaranya menyediakan sistem kamera litar tertutup (CCTV), menambah anggota dan
pondok polis tetapi masih susah mengawal jenayah.
Dulu jika berlaku rompakan, mangsa tidak dibunuh, tetapi sekarang penjenayah semakin kejam. Ada mangsa rogol

yang dibunuh, kanak-kanak turut jadi sasaran, malah ada mangsa dibakar.
Justeru saya ingatkan rakyat supaya lebih prihatin dan peka. Tinggal dalam kawasan kejiranan, perlu ada perasaan
cemburu dan curiga. Jika ada orang asing atau tidak dikenali, perlu diperhatikan. Kita harus pedulikan orang dan
tidak hanya mementingkan diri sendiri. Sikap seperti itu tidak muafakat, maka tidak ada berkat.
Sumber : myMetro

You might also like