Sejarah Pengakap

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Sejarah Pengakap Dunia

Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau


Brownsea, England. Pergerakan Pengakapbermula apabila satu
perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan.
Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith
Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British
yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak
langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan
kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau
telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budakbudak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang
oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui
peneroka
dan
pedagang
British.
Tanpa
diduga,
pergerakan pengakap telah
mendapat
sambutan
yang
menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika
dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah
mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa
pergerakan pengakap di
seluruh
dunia.
Pada tahun
1920,
Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia,
London.
Disinilah
beliau
telah
dilantik
sebagai
KetuaPengakap Dunia
manakala
kerajaan
British
menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak
pingat kebesaran negara pengakaptelah beliau perolehi diatas
sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal
8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya
sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sejarah Pengakap Di Malaysia


Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di
Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka
British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau
Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini,
Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua
negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurangkurangnya satu pasukanpengakap pada ketika itu. Berikut adalah
senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan
Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah
(1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan
selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah
Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia
pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah
Melayu
telah
bertukar
nama
kepada
Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos
1965,
Singapura
telah
keluar
daripada
Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari

gagasan Malaysia.

SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA


Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands
menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb
Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak
Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di
Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah
Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur
setelah G.M.Laidlow meninggal.Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan
semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang
memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal)
telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free
School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong
Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.
Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar
(MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap
bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928
dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri
Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone.
Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.
Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di
Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad
Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan
pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada
tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam
Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia),
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan
Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap
1910 Singapura F.C. Sands
1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman
1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff
1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker
1926 Perak I.R. Wheeler
1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone
1926 Selangor Ameen Akbar
1928 Johor
1927 Terengganu A.J. Gracle

1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong


1931 Perlis
LAMBANG PENGAKAP DUNIA

1. Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat


kepada
Tuhan,
taat
kepada
Raja
dan
taat
kepada
Negara.
2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kananmelambangkan
Undang-undang
Pengakap
yang
sepuluh
itu.
3.
Ikatan
putih-menunjukkan
ikatan
persaudaraan
pengakap.
4. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
5.
Warna
ungu-warna
Biro
Pengakap
Sedunia.
6. Warna putih-kesucian dan kebersihan.

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA


1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan
Pengakap
iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,Menolong orang setiap masa,Menurut
undang-undang Pengakap.

2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang


sepuluh.
3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia".
7. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit
pengakap:Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",Hijau - "Pengakap Muda",Merah "Pengakap Remaja"
8. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi
Duli- Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
ISTIADAT LAUNG AGONG
Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di
seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah
membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin
PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir
perjumpaan
PEK
1.
a.
b.
c.
d.
e.

TUJUAN
Menandakan
permulaan
atau
tamat
sesuatu
perjumpaan
Mengingati
tradisi
atau
istiadat
bagi
PKK
di
seluruh
dunia
Untuk
menghormati
tetamu
yang
datang
ke
PEK
Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
Menyatakan
bahawa
PKK
membuat
"Sehabis
Baik"

2.
CARA
PELAKSANAAN
ISTIADAT
LAUNG
AGUNG
1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali kuat & nyaring).
Semua
PKK
berdiri
diam
dalam
keadaan
sedia
2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat
kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela PKK menjawab
" P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan
kecil
bahu
ke
bahu.
3. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar
mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan
telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK
menjatuhkan
tangan
mereka.
4. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit.
Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan
kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan
hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan
terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan
perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.
5. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar
"KAMU BUAT HABIS BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela dan terus

menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" Akela membalas hormat dalam keadaan sedia
(tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan
tangannya.
3.
ISTIADAT
MENGIBARKAN
BENDERA
1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli
dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang
bendera.
2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di
hadapan tiang bendera. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1
kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk
memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke
belakang
dan
kembali
ke
tempat
asalnya
dengan
berkawad.
3. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak
menyanyikan lagu "Negaraku" bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK
mengadap
kembali
ke
dalam
bulatan
seperti
asal.
4. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata
"up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan
kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing- masing.
Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai
isyarat
turunkan
tangan.
5. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada Ketua Pemimpin
atau
minta
menjalankan
tugas
lain.
6. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan
uniform PKK sebelum membuat pengumuman
Buku log- Pengakap

Sumber Dari SU PLN Sabah

Pengenalan
Dewasa ini, mutu Pengakap yang ditunjukkan hari ini semakin dipertikaikan di manamana tempat wujudnya Pergerakan Pengakap ini. Dalam perkara ini, langkah terbaik

yang harus dilakukan oleh para Pemimpin bukanlah menuding jari sesama sendiri
ataupun terus duduk diam tanpa sebarang tindakan susulan. Para Pemimpin
haruslah menguatkan semangat dan menaikkan semula semangat serta komitmen
mereka untuk memimpin dan membantu ahli Pengakap dibawah bimbingan mereka.
Kekurangan dari segi pengetahuan dan sumber rujukan bukanlah sesuatu alasan
yang seharusnya ditimbulkan kerana secara tidak langsung, apabila ianya muncul,
semangat Berpengakap itu dengan sendirinya akan berkurangan dan semakin
menjadi malap.Apa yang harus disematkan di dalam minda Pemimpin itu sendiri
adalah Pengakap itu merupakan satu Pendidikan Sepanjang Hayat. Pemimpin
Pengakap di peringkat yang tertinggi pun tidak lepas daripada tuntutan untuk belajar
dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam Berpengakap. Ini adalah untuk
memastikan bahawa Kepengakapan itu sentiasa relevan dan diterima walau
macamana sekalipun perubahan yang berlaku terhadap persekitaran dan gaya hidup
masyarakat.Satu contoh pembelajaran dalam Pengakap di semua peringkat adalah
mengajar serta melatih Pengakap lain dan diri sendiri bagaimana menyediakan buku
log.Saya sendiri telah melihat dan meneliti beratus naskah buku log Pengakap yang
rupa, bentuk dan cara penyediaannya berbeza antara satu sama lain. Hasil
penelitian ini telah saya gabungkan dengan kehendak pemeriksa, kesesuaian serta
kepadatan isi kandungan dan saya wujudkan dalam bentuk satu garis panduan yang
boleh membantu Pemimpin dan para ahli Pengakap dalam menyediakan sesebuah
Buku Log.Panduan yang ditulis ini bukanlah satu kaedah yang MUKTAMAD ataupun
wajib dipatuhi dipatuhi, tetapi sekadar garis panduan untuk memudahkan para
pembaca memahami kaedah serta bagaimana memulakan penulisan sesebuah buku
log.
NOURMAN RAYN DATUK AWANG ZAINI
Setiausaha Latihan Negeri
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah
Kota
26 Disember 2008

Kinabalu

APAKAH ITU BUKU LOG?


Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti
bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian
lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai Buku Log.Buku Log seharusnya
mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan
juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh
merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti
Pengakap.Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah
kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta
mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan
visual ataupun grafik.Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh
mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian
yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.

NOTA:Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa
oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta
penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa
akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijilsijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.Setakat ini,
tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan
pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 300 helaian
dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu
jangka masa yang lama.Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin
Pengakap kepada saya ialah Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap
Pengakap yang ingin mengambil ujian tertentu?Saya masih ingat sewaktu saya
menjadi ahli Pengakap Kanak-kanak dahulu, saya menyimpan semua rekod dan
nota Pengakap saya di dalam SATU buku log bersaiz 21 cm X 17 cm dengan
ketebalan 600 mukasurat. Dan buku tersebut juga saya gunakan sepanjang tempoh
saya menyertai Pengakap Kanak-kanak sehingga saya menamatkan persekolahan
rendah saya. Maksudnya, kesemua catatan, nota dan pengesahan Pemimpin kami
terhadap Ujian Lencana Keahlian hingga Lencana Keris Emas saya catatkan dalam
satu buku. Itu merupakan kelaziman di kalangan Pengakap pada masa
tersebut.Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu
tempoh yang lama. Malah ianya berkemungkinan hilang dalam sesuatu program
atau aktiviti yang disertai oleh seseorang Pengakap. Kesannya, seseorang
Pengakap yang kehilangan buku lognya harus memulakan semula catatan buku
lognya dari awal. Nota tersebut mungkin boleh ditulis semula, tetapi bagaimana pula
dengan pengesahan Pemimpin yang telah diterimanya?Berikut merupakan
cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuk-tajuk asas yang
sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap.
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK
1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku
2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku
3) Lencana Keris Perak - 1 buku
4) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak - 1 buku
UNIT PENGAKAP MUDA
1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku2
) Lencana Usaha - 1 buku
3) Lencana Maju - 1 buku
4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku
5) Buku Log Pengembaraan - 1 buku
UNIT PENGAKAP REMAJA
1) Lencana Ekspedisi - 1 buku
2) Lencana Jayadiri - 1 buku
3) Lencana Kegiatan - 1 buku
4) Lencana Kemahiran - 1 buku
5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku6) Ujian Sikap - 1 buku
UNIT PENGAKAP KELANA
1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku
2) Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku

3) Projek - 1 buku
4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku*
Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau aktiviti tambahan yang disertai
seperti perkhemahan, kursus, jambori dan sebagainya boleh dimuatkan dalam 1
buku berasingan.Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli
Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga
masih boleh menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti
berikut :- Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya.- Kursus
dan seminar yang dijalani- Jambori dan perkhemahan yang dihadiri- Trip atau
rombongan lawatan yang disertaiNota : Hingga kini, saya masih membuat catatan
Buku Log Setiausaha Latihan Negeri yang mencatatkan maklumat berkaitan
perjalanan serta Kursus-kursus Kepimpinan Manikayu dan Vigil Pengakap Kelana
yang saya hadiri dan bantu di serata negeri.MAKLUMAN:Untuk kegunaan
Pentarafan Pengakap Raja, pihak Lembaga Pentaraf Negeri telah menetapkan
bahawa setiap calon harus menghantar atau membawa bersama buku-buku log
berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan
.1) Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian
2) Buku Log Lencana Usaha
3) Buku Log Lencana Maju
4) Buku log Lencana Jaya
5) Buku log Pengembaraan
6) Buku log Lencana Jayadiri
7) Buku log Lencana Kegiatan
8) Buku log Lencana Kemahiran
9) Buku log Lencana Perkhidmatan
10) Buku log Lencana Ekspedisi
11) Buku Log Ujian Sikap*
Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah
atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.
FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG
Saiz dan ketebalanSaiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan
ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)
Kulit Luar (Cover)Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak
mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book
wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.Logo bagi ujian atau lencana
berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan
buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.
Contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya keluarkan bagi pihak Majlis Pengakap
Daerah Penampang.
Halaman pertamaHalaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana
di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan
mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression
evaluation).Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi
penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut

:Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail
lAlamat surat menyurat
Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama Sekawan / Patrol (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Nama dan alamat Sekolah (terkini)Daerah (terkini
)Maklumat Waris dan Alamat PerhubunganAlamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit
Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat peribadi penulis
bagi buku log tersebut Halaman kedua Halaman kedua selalunya adalah lebih baik
dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana).
Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus
disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan.Nota :Di masa lepas,
setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan) mengandungi
sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada
buku log.Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi setiap ahli
Pengakap.
Ruangan Catatan di setiap muka suratAdalah dicadangkan agar ruangan selebar 1
2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah
untuk memudahkan perkara-perkara berikut :
1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
3) Penambahan fakta
(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)
Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam
Buku Log.Foto, lakaran dan sampel di dalam buku logPenulis bebas untuk
menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk
menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah
tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan
pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.
Contoh laporan bergambar di dalam Buku Log
Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap
diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan
sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya
perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.
Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log
Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku
log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam
buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta
nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.

Contoh lukisan di dalam Buku Log


Bentuk penulisan dan isi nota
Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah
menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan
ayat yang panjang berjela-jela.
Contoh bentuk penulisan laporan
Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?
Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan.
Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti
berikut :
1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap
2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)
3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)
4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.
KesimpulanApa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan
terhadap apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari
bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu
kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).Buku Log
adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya merupakan
bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti, program
dan ujian sepanjang mereka berpengakap
Cerita dari Sabah.
Ini lagi satu masalah dalam Pengakap di Sabah nikebanyakan ahli Pengakap
seakan tidak tahu membezakan antara perkara yang Mustahak, Penting, Kurang
Penting dan Tidak Perlu.
Apa tujuan kita berpengakap? Memang sudah digariskan bahawa Berpengakap
adalah FUN..WITH A PURPOSE..Bukan sekadar enjoy dan bersukaria kosong
semata-mata.
Ada yang mendakwa berjiwa Pengakap (unit terserah laa..mana-mana unit) tetapi
benarkah mereka menghayati cara hidup Pengakap sebenar? Ada yang menamakan
diri mereka sempena pangkal nama Pengasas Pengakap (maaf jika ada yang
tersinggung, tapi perkara ini perlu dijelaskan, jangan nanti Pengakap bakal
menampakkan kejahilan dan kurang ilmu mereka)..tetapi tahukah mereka ini apa
kepentingan dan maksud hatta nama penuh pengasas kita sendiri ataupun cara
menyebutnya? Jangan main ambil tangkap muat sahaja untuk menunjukkan yang
kita bersemangat serta menyokong sesuatu atau seseorang. Perhati dan selidikilah
terlebih dahulu boleh atau tidaknya kita menggunakan sesuatu itu tanpa
menyinggung mana-mana pihak. Manalah tahu ada sesetengah perkataan hanya
khusus untuk golongan tertentu yang mana sekiranya digunakan oleh orang lain,
akan menyinggung mereka ini. Kalau diturutkan hati, saya pun mahu sedemikian
kerana saya sendiri sudah berpengakap sebelum saya bersekolah lagi, kemudian
menjadi Pengakap Kanak-kanak di St. Agnes, Pengakap Muda dan Remaja di SBPS
(sekarang SMESH), Pengakap Kelana di KLKM dan Ibupejabat Sabah, Penolong
Pemimpin dan Pemimpin di SBPS, Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri hinggalah
sekarang Penolong Pesuruhjaya Negeri. "Ive tasted joy and tears in all levels of
Scouting..and I am still around.." Jadi saya rasa semangat berpengakap yang saya
ada tidak jauh kurang daripada mereka yang saya sebutkan di atas.

Saya agak terkilan dan merasa jauh hati di atas sikap sesetengah ahli Pengakap
yang pada pandangan saya tertutup minda kepengakapannya dan tidak tahu
menentukan priority mengikut tahap Pengakapan mereka. Bukannya apa, saya
berhempas pulas selama setahun merangka dan menyediakan program serta
mencipta peluang untuk para pemimpin memajukan diri serta mendapat
pengiktirafan, tetapi kesempatan ini telah disia-siakan oleh segelintir pemimpin muda
yang saya harap dapat memanfaatkannya. Soalan yang ingin saya utarakan ialah,
mana yang lebih penting? Aktiviti yang boleh dianjurkan pada bila-bila masa oleh
sesiapa saja, ataupun peluang mendapat pengiktirafan yang hanya boleh dianjur
oleh peringkat yang tertinggi dalam negeri dan mungkin bagi kali yang terakhir? Saya
tahu tidak salah bagi pemimpin memilih jalan sendiri tetapi apabila sudah mula
memperkatakan (walaupun secara bergurau) tentang kebaikan yang itu berbanding
ini; rugi tidak ikut itu dan ini; ianya bagaikan satu tamparan bisa tepat ke muka orang
yang benar-benar ingin membantu. Seakan keikhlasan untuk membantu diremehkan
dan ada perkara yang didakwa lebih baik daripada itu.
Cuba kita renungkan senario berikut : (penglibatan unit Pengakap)
PENGAKAP KANAK-KANAK - 60% Bersukaria, 40 % mengalihkan tenaga
berlebihan ke arah sesuatu yang positif.
PENGAKAP MUDA - 50% Bersukaria, 50 % latihan kemahiran asas dalam Pengakap
dan kehidupan.
PENGAKAP REMAJA - 40% Bersukaria, 40 % Latihan dan amali kemahiran lanjutan
dalam Pengakap, 20 % Penglibatan dalam masyarakat.
PENGAKAP KELANA - 20% Bersukaria, 20 % latihan kemahiran tertinggi dalam
Pengakap dan kehidupan, 30 % Menyumbang kepada pergerakan Pengakap dan
masyarakat, 30 % latihan asas kepimpinan dalam Pengakap.
PEMIMPIN - 10 % Masa sukaria berkala, 50 % Sokongan kepada unit Pengakap, 40
% latihan lanjutan dalam kepemimpinan Pengakap.
PESURUHJAYA - 10 % Masa sukaria berkala, 10 % sokongan kepada Pemimpin, 25
% Latihan peringkat tertinggi dalam kepemimpinan Pengakap, 25 % latihan
kepakaran, 30 % pengurusan dan pentadbiran.
Jadi, sekiranya anda faham maksud pembahagian di atassecara sendirinya anda
akan dapat menghuraikan apa sebenarnya tujuan dan untuk siapa anda
Berpengakap.
Di peringkat awal, memang kita Berpengakap untuk diri kita sendiritetapi apabila
anda sudah mencapai peringkat Kelana, anda sudah menjadi tulang belakang
kepada kepemimpinan dan Berpengakap untuk diri sendiri sudah menjadi perkara
kedua dalam susunan keutamaan (priority list). Perkara yang utama ialah
Berpengakap untuk ahli Pengakap terutamanya unit yang letaknya di bawah
daripada unit anda. Apatah lagi sekiranya anda sudah memegang jawatan.
Memang diakui seseorang menyertai Berpengakap atas dasar minat dan sekiranya
aktiviti yang ditawarkan sudah kurang menarik minat anda dan oleh itu, tujuan anda
menyertai pergerakan ini sudah mulai kabur kedudukannya. Jadi anda berhak untuk
memilih aktiviti yang memenuhi citarasa anda. Tetapi pernahkah anda terfikir dilema
serta cabaran yang dihadapi oleh golongan yang menganjur dan memimpin? Adakah
anda bebas daripada tuntutan memenuhi tanggungjawab untuk melapisi serta
menggantikan barisan kepimpinan yang sedia ada? Adakah anda ingin menjadikan
kami golongan Pesuruhjaya ini sebagai penganjur hingga ke usia tua tanpa ada
pengganti? Itulah hakikat pahit yang terjadi dalam pergerakan kita pada hari ini.

Pemimpin tertinggi enggan mengiktiraf Pemimpin yang muda untuk menggantikan


tempat mereka. Manakala Pemimpin yang muda lebih gemar pada aktiviti bersukasukaan tanpa memikirkan kepentingan untuk memajukan diri, kemahiran serta
pengiktirafan mereka sendiri.
Perkara utama yang dilatih dalam Kepimpinan Pengakap ialah
1) Menetukan susunan keutamaan (priority listing)
2) Pengorbanan (Sacrifice)
Apa yang dikorbankan? Masa, wang ringgit dan tenaga. Itu memang diketahui
umum. Tetapi yang kadangkala dilupakan oleh Kelana dan Pemimpin ialah masa
beraktiviti dan bersukaria. Untuk menjadi Kelana bukan semudah menganjur atau
mengikuti sesuatu program yang menarik minat anda. Kelana yang masih
mengutamakan aktiviti dan membelakangkan latihan kepimpinan bagi saya kurang
memahami susunatur kepentingan dalam Kepengakapan mereka. Malah saya berani
menyatakan bahawa mereka yang bersikap sedemikian telah gagal Ujian Mengenal
Diri (Vigil) ataupun langsung belum mendudukinya. Sebabnya, sekiranya anda telah
menghayati Ujian Mengenal Diri dengan sebenar-benarnya, anda pasti tahu serta
memperakui tanggungjawab anda kepada Pergerakan Pengakap dan apa yang
diharapkan daripada anda oleh Kumpulan, Daerah dan Negeri. Jadi, jangan
sewenang-wenangnya mengaku anda berjiwa Kelana sekiranya intipati Kelana itu
sendiri belum anda fahami dengan sebenar-benarnya. Sifat mementingkan diri
sendiri itu masih menebal dalam jiwa anda. Belum layak untuk diiktiraf sebagai
seorang Pengakap Kelana.
Kursus Manikayu IV A baru-baru ini benar-benar telah membuka mata saya terhadap
kualiti dan komitmen Kelana dan Pemimpin yang ada sekarang. Sekiranya faktor
kewangan menjadi permasalahan utama, penyelesaiannya sentiasa ada. Anda boleh
tanya rakan-rakan anda yang telah menyertai kursus tersebut yang menghadapi
masalah sama, apa tindakan mereka? Apa kelonggaran yang telah diberikan kepada
mereka sehingga mereka mampu untuk menyertai kursus tersebut? Saya telah
mempertaruhkan nama baik, kesihatan, sumber malah kedudukan saya DEMI
memastikan seramai mungkin Kelana dan Pemimpin dapat menyertai kursus ini bagi
mengisi kekosongan barisan pelapis kepimpinan Pengakap Negeri. Ini kerana tidak
ramai Pemimpin tertinggi yang ingin turun padang untuk melatih barisan Pemimpin
muda sebagai pelapis kerana takut akan pencapaian Pemimpin bawahan yang bakal
lebih tinggi daripada mereka sendiri.
Jadi, kepada anda yang telah mensia-siakan peluang yang telah dibuka depan mata
anda (untuk makluman, kami dahulu tidak pernah mendapat peluang memajukan diri
seperti zaman anda sekarang), bantulah saya menghuraikan dilema yang menimpa
saya sekarang ini. Apakah tindakan yang harus saya ambil? Ini kerana sekiranya
saya menurutkan rasa amarah serta logik saya, peluang anda untuk memajukan diri
serta mendapatkan pengiktirafan kepimpinan anda pada masa hadapan amatlah
tipis. Tetapi di sebalik itu, jiwa Pengakap saya menghalang saya daripada berbuat
demikian kerana saya perlu mendapatkan penjelasan daripada anda sendiri. Saya
tidak wajar menilai anda berdasarkan pandangan saya sendiri.
TUESDAY, JANUARY 13, 2009

CERITA HUTAN
MOWGLI
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang
kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah
kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.Pada suatu malam ketika dia
menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah
pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak
meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun
api menyala dengan maraknya.Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu
Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang
ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu
keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu,
tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia
hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke
arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di
dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere
Khan tadi.Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua.
Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak
takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain
menghisap susu Ibu Serigala.
Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak
mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga
sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.Tetapi
tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui,
seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatangbinatang lain.Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak
kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan
jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.Bagaimanapun apabila Shere
Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya
sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak
mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu
gua.Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu
hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal
bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam
hutan.
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak
serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota
Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan
purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.Di sinilah nasib anakanak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau
sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan,
tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh,
hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh


berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun
membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.Apabila semua anggota Kumpulan
sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala
Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala
menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota
Kumpulan.Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan
rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun
serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli
dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu
besar."Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia
tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak
dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undangundang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang
bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya
baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan."Siapakah antara anggota Kumpulan
yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.Tidak seekor pun
anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur
bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan
anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah
Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undangundang Hutan.Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di
tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai
anggota Kumpulan.
Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara
menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau
Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak
berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak
serigala boleh ditebus dengan seekor buruan.Dia akan menghadiahkan seekor
lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk
menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggotaanggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila
mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.Mereka turun
dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela,
Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.Shere Khan mengaum
lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya.
Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka
memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.
" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli
sekawan terletak pada enam sekawannya

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP


Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran
Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell.

Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di
Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T.
Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.Pada usia tiga tahun, bapanya
meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat
gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP.
BP amat sayang kepada kanak-kanak.
BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan
ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua
Inspektor pada tahun 1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun
1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di
medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang
itu.Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat
dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah
menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak
lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP
telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.
BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak
dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka
yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang
mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.Dalam Jambori Pengakap
Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi
seluruh dunia.
Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady
Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala
kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya,
meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di
sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang
menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah
lama berbakti kepada dunia.
Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai
yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan
ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah
memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti
dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya
masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord
Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan
sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.Lord
Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron dan telah menjadi
Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau
telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau
kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri
kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha
mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.
Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya
pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan

dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung


Kenya.Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :
TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.

You might also like