Pemakanan Seimbang Untuk Kanak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk


perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani
dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil
dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan
pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan
anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid
makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya.
Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :a) Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam
sistem

tubuh

manusia.

Karbohidrat

menyumbangkan

kira-kira

50%

daripada

pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada
gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu
dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak
terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
b) Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama
kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula
mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.
c) Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada
karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada
manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan
untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada
pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang
penting kepada penyatuan selaput sel.
d) Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan
manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan
dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak
terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

e) Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia
membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat
dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon,
bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan
lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan
mendapatkan tenaga dari tubuh.
f)

Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak
sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan
sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum
banyak air.
Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk
perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti
fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan
yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan
pertumbuhan pada peringkat remaja. Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang
bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang
pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan.
Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia Pengambilan
pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap
tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien
utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa
mengira sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun
mempunyai berat badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan
mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin. Amalan pemberian makanan yang kurang sihat
akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan atau terbantut serta
boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan
mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum adalah zat besi,
iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan lebih kerap jatuh sakit kerana
mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap jangkitan. Masalah pemakanan berlebihan
timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak makanan, khususnya yang tinggi
kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang mempunyai berat badan berlebihan
berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat badan berlebihan

mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu
faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes
dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mengakibatkan kanak-kanak
mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri.
Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan
mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan, tanpa
mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin boleh berkumpul
di

dalam

tisu

lemak

dan

akan

menyebabkan

ketoksikan.

Copy

and

WIN

http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

PEMAKANAN SIHAT AWAL USIA


Adalah penting untuk anda memahami tentang nutrien, amalan pemberian makanan yang
betul dan Panduan Piramid Makanan! Walaupun ada ramai ibu bapa di seluruh negara
seperti anda yang memberikan makanan yang sesuai dan berkhasiat kepada anak
tersayang, masih ada sesetengah ibu bapa yang tidak tahu tentang status pemakanan anak
mereka. Ada juga yang tidak mempunyai pengetahuan sewajarnya untuk memberikan
makanan yang sesuai kepada anak. Semua ibu bapa harus sedar bahawa pemakanan tidak
sihat akan mengganggu proses tumbesaran dan perkembangan fizikal dan mental anak
mereka.
Terbantut, lebih atau kurang
Laporan Kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III yang dijalankan di seluruh
Malaysia pada 2006 terhadap kanak-kanak dan remaja berusia sehingga 18 tahun telah
menunjukkan maklumat terperinci tentang status pemakanan mereka.
Sebahagian besar kanak-kanak di Malaysia didapati mengalami masalah kekurangan berat
badan, terbantut atau berlebihan berat badan secara signifikan. Walaupun masalah ini tidak
terlalu membimbangkan, tetapi ia tetap perlu diberi perhatian, khususnya bagi kanak-kanak

dalam peringkat umur sedang membesar (kategori umur dari satu hingga enam tahun).
Kekurangan berat badan merujuk kepada peningkatan berat badan (mengikut umur) yang
tidak memuaskan.
Masalah ini timbul akibat pengambilan nutrien yang tidak mencukupi dalam keadaan
semasa atau jangka masa pendek. Kajian berkenaan mendapati 13.2 peratus daripada
kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan berat badan. Lebih ramai kanak-kanak di
luar bandar didapati kekurangan berat badan (16 peratus) berbanding dengan kanak-kanak
di bandar (11.4 peratus). Data kajian daripada analisis lanjutan menunjukkan bahawa
kategori umur kanak-kanak paling kecil yang dikaji (satu hingga tiga tahun) mempunyai
peratusan tertinggi kekurangan berat badan (19.8 peratus), diikuti kanak-kanak berumur
empat hingga enam tahun (16.4 peratus).
Selain itu, tumbesaran terbantut juga berlaku akibat kekurangan pengambilan nutrien.
Kanak-kanak terbantut mempunyai ketinggian tidak mencukupi mengikut umur mereka.
Dalam kajian meliputi seluruh negara, 15.5 peratus masalah terbantut berlaku di kalangan
kanak-kanak dan remaja (dari lahir ke 18 tahun). Sekali lagi, lebih ramai kanak-kanak dan
remaja di luar bandar yang terbantut (19.4 peratus) berbanding dengan kanak-kanak di
bandar (13.6 peratus). Kanak-kanak dalam kategori umur satu hingga tiga tahun didapati
mempunyai peratusan kedua tertinggi (17.2 peratus) dengan masalah ini, sementara
mereka yang berumur empat hingga enam tahun ketiga tertinggi (16.7 peratus).
Kanak-kanak Malaysia juga didapati mengalami masalah berat badan berlebihan tetapi
peratusannya adalah lebih rendah berbanding masalah kekurangan berat badan dan
terbantut. Berat badan berlebihan berlaku akibat pengambilan tenaga (nutrien) berlebihan.
Di kalangan kanak-kanak yang dikaji, sebanyak 5.4 peratus mempunyai berat badan
berlebihan. Seperti yang dijangka, lebih ramai kanak-kanak di kawasan bandar (6.3 peratus)
mempunyai berat badan berlebihan berbanding kanak-kanak di kawasan luar bandar (4.0
peratus). Di kalangan kanak-kanak prasekolah, kanak-kanak berumur antara empat hingga
enam tahun adalah kedua tertinggi dalam masalah ini (6.4 peratus) dan kanak-kanak kecil
berumur satu hingga tiga tahun mempunyai peratus berat badan berlebihan paling rendah
(3.2 peratus).

Kesan serius masalah pemakanan


Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius
terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi

nutrien utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa
mengira sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun
mempunyai berat badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan
mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin.
- Kekurangan pemakanan
Amalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak
mengalami kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan
kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan
mineral, yang paling umum adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang
berat badan lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap
jangkitan.
- Pemakanan berlebihan
Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak
makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang
mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa
dengan berat badan berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan
berlebihan merupakan satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung,
tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh
mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal
badan dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan
kesihatan akibat pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara
berlebihan, tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin
boleh berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan ketoksikan.
Pilihan tepat
Petua membina asas kukuh demi kesejahteraan kanak-kanak, kini dan sepanjang hayatnya,
adalah memberikan pemakanan yang baik dan memupuk tabiat makan secara sihat sejak
kecil. Pemakanan baik tidak bermakna menyuap mereka dengan makanan terbaik yang
boleh dibeli dengan wang ringgit. Perkara paling penting ialah membuat pilihan pemakanan
yang tepat. Anda boleh melakukannya dengan mengamalkan prinsip pemakanan seperti:
1) Kepelbagaian - Sediakan makanan harian daripada setiap kumpulan makanan
berasaskan Panduan Piramid Makanan. Ini membolehkan anak anda mencuba bermacam
jenis makanan berbeza dan mendapatkan nutrien penting yang membantu mereka
membesar dan berkembang secara optimum.

2) Keseimbangan - Amalkan makanan seimbang yang mengandungi kombinasi karbohidrat


(nasi, mi dan roti), buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan kaya dengan protein (ikan
dan ayam) serta susu dan produk tenusu. Kurangkan garam, lemak dan gula.
3) Kesederhanaan - Pemakanan kurang atau berlebihan boleh menyebabkan masalah
kesihatan. Maka, ajar anak anda makan secara sederhana sejak kecil lagi. Apabila mereka
semakin membesar, pengambilan makanan mereka juga akan bertambah. Oleh itu, anda
perlu memastikan mereka makan mengikut waktu, elakkan melangkaui waktu makan dan
elak daripada tabiat makan secara berlebihan.
Sebagai ibu bapa yang penyayang, anda perlu cuba sedaya-upaya menjaga kesihatan dan
kesejahteraan anak semasa mereka membesar dengan mengamalkan pemakanan yang
baik. Anak anda mempunyai hak asas untuk pemakanan yang sihat untuk mengoptimumkan
tumbesaran, perkembangan dan mengekalkan kesihatan. Justeru, pastikan anda terus
mencurahkan kasih sayang dengan memberikan pemakanan sewajarnya kepada anak,
supaya mereka dapat membesar dengan sihat, kini dan sehingga dewasa

KUALA LUMPUR - Kanak-kanak Malaysia berumur bawah 12 tahun boleh memiliki tubuh
badan yang lebih sihat sekiranya ibu bapa dan penjaga prihatin dengan pengambilan
makanan anak masing-masing.

Maklumat mengenai nutrisi optimum yang diperlukan oleh kanak-kanak boleh diperoleh
daripada bahagian penjagaan kesihatan dan pendidikan di seluruh negara.

Menurut Kajian Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts), kanak-kanak di Malaysia adalah lebih sihat
jika dibandingkan dengan kanak-kanak di beberapa negara di rantau ini.

Bagaimanapun, jumlah kanak-kanak yang terlebih berat badan di Malaysia adalah tinggi.
NUTRISI DAN KESIHATAN

Satu kajian mengenai nutrisi dan kesihatan dijalankan di Asia Tenggara, dan hasilnya

menunjukkan terdapat kekurangan nutrisi yang agak kritikal dalam kalangan kanak-kanak
bawah umur 12 tahun.

Kajian itu membabitkan lebih 16,500 kanak-kanak berumur antara enam bulan dan 12 tahun
dari Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia.

Kajian itu selama dua tahun itu baru sahaja tamat dan ia menumpukan perhatian terhadap
isu-isu kesihatan yang penting di negara ini dikenali sebagai 'lapar tersembunyi' (hidden
hunger).
LAPAR TERSEMBUNYI

Para penyelidik menggunakan istilah 'lapar tersembunyi bagi menterjemahkan kekurangan


nutrisi yang tidak boleh dilihat dengan mudah.

Kanak-kanak mungkin nampak seperti sihat atau terlebih makan, tetapi mereka mungkin
tidak mendapat nutrisi yang diperlukan oleh badan seperti vitamin D dan kalsium, yang
penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

"Adalah penting untuk melihat dengan lebih dekat lagi tentang apa yang benar-benar
diperlukan oleh kanak-kanak dari segi nutrisi," jelas ketua Sains Nutrisi di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Poh Bee Koon.

Prof Poh ialah pengetua penyiasat di Seanuts bagi Malaysia.

Beliau berkata, berdasarkan kepada hasil kajian itu, usaha perlu diambil untuk mendidik
orang ramai dan mewujudkan kesedaran mengenai standard nutrisi yang dicadangkan
paling sesuai untuk kanak-kanak Malaysia.

Dr Tee E Siong, yang berkhidmat di Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM), turut bersetuju
dengan pandangan Prof Poh.

"Adalah penting sekiranya hasil kajian ini dikongsi dengan para profesional penjagaan
kesihatan, pembuat dasar dan ibu bapa, untuk melakukan perubahan dalam kehidupan
kanak-kanak di Malaysia," kata Dr Tee.

NSM dan UKM menjadi tuan rumah persidangan serantau Seanuts di Malaysia, baru-baru
ini.
DATA
Kajian itu ditaja oleh Royal Friesland Campina N.V, bagi meningkatkan tahap kesihatan
kanak-kanak di rantau ini.

Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (anak syarikat Royal Friesland
Campina), Rahul Colaco, berkata hasil yang diperoleh daripada kajian itu akan digunakan
untuk dimasukkan dalam keperluan nutrisi kanak-kanak bagi produk susu yang akan
dihasilkan oleh syarikat.

Data dikutip dari empat negara adalah tertumpu kepada status nutrisi kanak-kanak, penokok
dan

tabiat

diet,

selain

daripada

aktiviti

fizikal

dan

biokimia

darah

mereka.

Di Malaysia, Seanuts diadakan dengan kerjasama UKM; di Indonesia, ia diadakan dengan


kerjasama Persatuan Ahli Gizi Indonesia (Persagi); di Thailand, dengan kerjasama Mahidol
University; dan di Vietnam, dengan kerjasama Institut Nutrisi Kebangsaan (NIN) - Vien Dinh
Duong.

IMPLIKASI
Di Malaysia, data dikutip antara Mei 2010 dan Oktober 2011 di enam kawasan iaitu
bahagian utara, tengah, selatan dan pantai timur Semenanjung dan kawasan-kawasan di
Sabah dan Sarawak.

Hasil data menunjukkan bahawa implikasi daripada 'lapar tersembunyi' dan kekurangan
nutrisi yang berpanjangan adalah serius.

Di Malaysia, 50 peratus daripada kanak-kanak tidak mendapat jumlah vitamin D yang


mencukupi untuk tubuh mereka, berdasarkan Pengambilan Nutrien Yang Dicadangkan (RNI)
bagi negara ini, seperti yang disyorkan oleh pihak berkuasa kesihatan Malaysia.
Kanak-kanak juga mengalami kekurangan kalsium.

Sebanyak 50 peratus kanak-kanak tidak mengambil jumlah kalsium yang secukupnya.


Menurut hasil kajian itu juga, satu daripada setiap 10 kanak-kanak di kawasan bandar di
Malaysia menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrisi berdasarkan nisbah berat badan dan
umur.
Peratus kanak-kanak luar bandar yang mengalami kekurangan nutrisi adalah sedikit rendah
daripada jumlah yang ditetapkan.

"Adalah tidak begitu mahal untuk makan makanan yang sihat. Malahan memakan pelbagai
jenis makanan adalah penting dan ini termasuk ikan dan sayur. Susu juga amat penting,"
kata Dr Tee.

PENGAMBILAN KALSIUM

Kalsium dan vitamin D adalah perlu untuk perkembangan fizikal. Ia juga penting untuk
tulang yang sihat.

Pengambilan nutrien yang tidak mencukupi akan menganggu perkembangan minda dan
keupayaan intelektual kanak-kanak. Ini seterusnya akan menghalang kanak-kanak daripada
melalui pertumbuhan fizikal yang sempurna.

Bagi setiap 10 kanak-kanak, seorang kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai


pertumbuhan fizikal yang baik.

Manakala seorang daripada lima kanak-kanak menghadapi masalah terlebih nutrisi.

Prof Poh menasihati ibu bapa agar mengajar anak mereka untuk memakan makanan yang
sihat, bagi memastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk badan mereka.

Secara ini, pertumbuhan fizikal mereka tidak akan terjejas, katanya.

PENGUKURAN PERTUMBUHAN

Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan pengambilan nutrisi


yang diperlukan oleh badan anak mereka adalah mencukupi.

Langkah mengambil dua gelas susu setiap hari sememangnya amat digalakkan bagi kanakkanak yang masih bersekolah.

"Ibu bapa hendaklah memberi perhatian kepada keperluan nutrisi anak kerana ia amat
penting. Susu juga adalah penting kerana ia pelengkap makanan.

"Susu penting untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pengambilan makanan mengikut diet
seimbang adalah juga penting. Tabiat baik berhubung dengan pengambilan makanan
hendaklah dididik kepada kanak-kanak sebelum mereka berumur 10 tahun," kata Dr Tee
kepada Bernama.

Untuk mengelak daripada pertumbuhan dan kecerdasan yang terbantut, ibu bapa diingatkan
agar melihat kepada keperluan nutrisi anak yang sedang membesar.

Ibu bapa tidak sepatutnya berkompromi berhubung dengan makanan, kata Dr Tee.
"Kanak-kanak memerlukan vitamin D, zat besi dan mineral yang lain untuk menjadikan
mereka

lebih

kuat

dan

tidak

mudah

terkena

penyakit

seperti

demam

biasa.

"Kekurangan nutrisi boleh mendedahkan kepada satu masalah dan membantutkan

perkembangan kanak-kanak, yang tidak dapat dikembalikan semula," katanya dan


menambah bahawa nutrisi yang mencukupi dan sempurna diperlukan untuk kesejahteraan
kanak-kanak

You might also like