Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SURAT PEKELILING IKHTISAS

PENGERTIAN SURAT PEKELILING IKHTISAS

Merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa.
Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu
tugasan dan perkhidmatan
Merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam

TUJUAN SPI DIWARTAKAN

Merupakan satu peringatan dan tindak awal atau langkah keselamatan.


Langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna
Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu
tugasan dan perkhidmatan
Sebagai satu peraturan dan perlindungan

SASARAN SPI
1)
2)
3)
4)
5)

Pelajar
Guru
Pentadbir (sekolah,PPD,JPN)
Ibu bapa
Agensi Luar (NGO & GO)

SPI.BIL.4 / 75: Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku"


1) Nyanyian Lagu Kebangsaan ini tidaklah seharusnya dipadu-suarakan tetapi
sebaliknya hendaklah dinyanyikan dengan penuh dedikasi dalam satu suara
sahaja.
2) SPI yang berkaitan :
a) Surat Pekeliling
'Am Bilangan 23, Tahun 1966, mengenai 'Lagu
Kebangsaan' bertarikh 29hb. November, 1966, keluaran Jabatan Perdana
Menteri.
b) SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku",
bertarikh 20hb. Mei, 1975.
c) SPI.Bil. 8/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan
Mengibar Bendera. Persekutuan / Bendera Negeri di sekolah-sekolah /
Maktab-maktab Perguruan', bertarikh 8hb.September, 1975.

PEKELILING BERKAITAN LAGU NEGARAKU


1) SPA.Bil .23, Tahun 1966, mengenai 'Lagu Kebangsaan' bertarikh 29hb.
November, 1966, keluaran Jabatan Perdana Menteri.
2) SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negaraku", bertarikh
20hb. Mei, 1975.
3) SPI.Bil. 8/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan
Mengibar Bendera. Persekutuan / Bendera Negeri di sekolah-sekolah /
Maktab-maktab Perguruan', bertarikh 8hb.September, 1975.

SPI. Bil. 8/1975: Menyanyi Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar


Bendera Persekutuan/Bendera Negeri di
Sekolah-sekolah/Maktab-Maktab
Perguruan
1) Menaikkan Bendera
a) Bendera Negeri hendaklah dikibarkan dahulu.
b) Bendera Persekutuan dinaikkan perlahan-lahan, sambil perhimpunan
menyanyikan Lagu Kebangsaan. Apabila tamat nyanyian Lagu itu,
Bendera pun sampai ke puncak tiang bendera.
2) Berdiri Tegak Sebagai Tanda Hormat
3) Memelihara Bendera-bendera
a) Turun dan simpankan Bendera-bendera pada waktu hujan dan kibarkan
semula setelah hujan berhenti, jika sekolah belum bersurai.
b) Turunkan Bendera-bendera pada pukul 6.00 petang atau pada waktu
sekolah petang bersurai.
c) Bendera-bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan cermat dan
yang telah luntur dan koyak hendaklah diganti baru.

SPI. Bil
3/1984
Disekolah

-Garis Panduan Mengenai Aktiviti-aktiviti Kebudayaan

Kandungan: Menegaskan dalam menjalankan aktiviti kebudayaan dan


kesenian , nilai bahasa , pakaian maupun perlakuan , harus ditanam dijiwa
pelajar.

SPI.BIL. 4/1984 : PERHIMPUNAN SEKOLAH


a) Perhimpunan sekolah hendaklah diadakan pada tiap-tiap minggu
persekolahan dan dianggap sebagai satu majlis rasmi di peringkat sekolah.
b) Perhimpunan sekolah pada hari pertama minggu persekolahan adalah
digalakkan.

c) Perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dengan ringkas dan tidak


mengambil masa yang berlarutan.
d) Pihak sekolah tidak boleh menggunakan perhimpunan itu sebagai tempat
untuk menjalankan hukuman kepada murid-murid.
e) Semua guru dan murid hendaklah sama-sama berada di dalam majlis
perhimpunan itu.
f) Kakitangan-kakitangan bukan guru adalah digalakkan bersama
g) Perkara-perkara yang boleh meninggikan lagi moral, serta membentuk sikap
murid-murid ke arah yang lebih positif adalah digalakkan untuk disampaikan
kepada murid-murid dalam perhimpunan

Aturcara Perhimpunan sekolah


a) Nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Ku / dan Lagu Kebangsaan Negeri / dan
Lagu Sekolah (jika ada).
b) Upacara menaikkan bendera.
c) Upacara membaca ikrar Rukunegara.
d) Ucapan Guru Besar.
e) Lain-lain perkara yang difikirkan perlu bagi mencapai tujuan perhimpunan.

SPI. Bil 7/1988 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan


Sukan Anjuran Persatuan Badan Induk Sukan.
1) Mesti diketahui oleh pengetua sekolah yang berkenaan dan dipersetujui oleh
Pengarah Pelajaran Negeri.
2) Perlu dapat persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga
3) Tidak mengganggu atau menjejaskan persekolahan pelajar
4) Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada
disediakan.

SPI.BIL. 9/2004: PANDUAN PENGLIBATAN MURID DI SEKOLAH DALAM


PROGRAM ANJURAN AGENSI SELAIN KPM
1) Semua penglibatan murid dalam program anjuran agensi selain KPM
hendaklah melalui Ketua Pendaftar Kementerian Pelajaran Malaysia.
2) Sokongan dan kelulusan hanya di keluarkan oleh ketua pendaftar
3) Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau
penjaga.
4) Penyertaan murid hendaklah tidak mengganggu ataumenjejaskan proses
P&P

5) Guru pengiring hendaklah dilantik oleh pihak sekolah


6) Pihak penganjur hendaklah menanggung semua kos perbelanjaan.
7) Pihak penganjur dan pihak sekolah hendaklah memastikan langkah- langkah
keselamatan murid terjamin.
8) Dibaca bersama SPI.Bil. 7/1998 dan SPI.Bil.24/1998.

SPI.BIL. 24/1998 : Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian
Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
a) Pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan
perjalanan dan
b) Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14
hari.
c) Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau
penjaga.
d) Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses
persekolahannya.
e) Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan
murid.
f) Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.

SPI BIL. 10/1989: Aturcara Majlis Rasmi Sekolah


1) Penyampaian ucapan hendaklah dilakukan oleh TIGA pihak sahaja
a) Pengetua / Guru Besar
b) Pengerusi PIBG atau Pengerusi Lembaga pengurus Sekolah
c) Tetamu Khas
2) JIKA MAJLIS DIHADIRI OLEH DYMM SULTAN ATAU TYT YANG DIPERTUA
NEGERI,
a) Pengetua/ Guru Besar;
b) Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia
c) DYMM Sultan
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN, (PERSATUAN SEKOLAH) 1998
Pendaftar, boleh secara bertulis, mengarah mana-mana persatuan sekolah
dibubarkan jika berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi
maksuda)
b)
c)
d)

yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru,


propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam,
yang memudaratkan kepentingan murid, atau
yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

SPI. BIL. 9 / 1991 : Permohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke


Upacara Sekolah
1) Dikehendaki terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Kementerian
Pendidikan. Undangan untuk upacara-upacara lain adalah
mengikut
peraturan yang ada sekarang.
2) Undangan kepada KSU, KPPM , Pengarah
Bahagian
dan
pegawai
tinggi Kementerian lainnya hendaklah dibuat melalui Pengarah
Pelajaran
Negeri

SPI BIL. 2 / 1997: Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan
Pakaian Seragam Sekolah
1) KPM mengiktiraf kegiatan Seni Bela Diri sebagai kegiatan Pasukan Pakaian
Seragam Sekolah.
2) Pasukan yang ditubuhkan hendaklah bergabung dengan badan induk yang
berdaftar
3) Kurikulum latihan hendaklah tetap dan diktiraf oleh badan induk
4) Sistem pengiktirafan hendaklah jelas dan diterimapakai oleh badan induk
5) Semua anggota hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap semasa
menjalankan latihan atau di majlis-majlis rasmi sekolah.

SPI.

Bil

.12/2000:

Lawatan

Murid

Di

Hari

Persekolahan

1) Tujuan lawatan hendaklah berunsur pendidikan; sesuai dengan minat dan


keperluan pendidikan murid serta seiring dengan hasrat KPM
2) Lawatan mestilah tidak melebihi 2 kali dalam setahun dan tidak melebihi 4
hari berturut-turut termasuk hari perjalanan.
3) Keselamatan dan kebajikan murid semasa lawatan diberi keutamaan
4) Semua prosedur untuk mengadakan Lawatan Sekolah hendaklah dipatuhi
seperti yang dinyatakan dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(LAWATAN SEKOLAH).
5) Sekolah SKM (under enrolled) -Sekolah tidak boleh ditutup dan lawatan
digalakkan bergabung dengan sekolah lain semasa membuat lawatan
6) Setiap Lawatan Sekolah mesti disediakan perancangan aktivit murid sebelum,
semasa dan selepas lawatan.
7) Laporan lawatan yang disediakan oleh murid-murid hendaklah dikaitkan
dengan pembelajaran di dalam bilik darjah.

SPI. BIL. 13 / 2000 : Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah

1) Dibaca bersama dengan SPI Bil. 2/1997: Pengiktirafan Persatuan Seni Bela
Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.
2) Persatuan atau Seni bela diri yang inginmengembangkan kegiatan di sekolah
perlulah berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan.
3) Pastikan pertubuhan seni bela diri yang hendak beroperasi di sekolah
mengemukakan salinan surat kelulusan pendaftaran Kementerian Belia dan
Sukan sebelum membenarkan pertubuhan tersebut memulakan kegiatannya.
4) Tumpuan utama Persatuan Agama Bukan Islam
5) Hendaklah mengambil kira sensitiviti, kebebasan beragama dan juga hakikat
bahawa Islam adalah agama rasmi negara;
6) Tidak boleh bertujuan untuk pengaruhi dan kembangkan kepercayaan atau
anutan kepada murid-murid dari agama lain
7) Keahlian hanya untuk murid yang menganuti agama itu sahaja dan tidak
boleh diperluaskan kepada penganut agama lain;
8) Tidak ada bentuk paksaan kepada mana-mana murid
9) Guru Penasihat hendaklah dilantik oleh Guru Besar /Pengetua
10) Sebarang penglibatan pihak luar hendaklah terlebih dahulu mendapat
kebenaran daripada Pendaftar
11) Status quo -penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam
Mana-mana sekolah yang sudah ada Kelab Agama Bukan Islam, maka
kelab tersebut bolehlah diteruskan;
Sekiranya ada permohonan baru daripada kalangan murid atau guru
untuk menubuhkan kelab-kelab bukan agama Islam, maka ia
hendaklah mengikuti peraturan-peraturan dan tertakluk kepada
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH)
1998; dan
Sekiranya ingin mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
penyertaan orang luar atau menjemput orang luar bagi membantu
dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya, maka hendaklah juga
mematuhi segala arahan dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

SPI.BIL. 20/2000: Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di


Sekolah-sekolah
1) Peraturan 4, PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN
SEKOLAH) 1998, Seksyen 130 AKTA PENDIDIKAN 1996, yang berkuatkuasa
pada 21 Mei 1998, ada dinyatakan mengenai Penubuhan Persatuan Sekolah,
di mana Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara
bertulis, hendaklah menubuh persatuan sekolah daripada kategori yang
berikut.- (a) mata peiajaran yang diajar di sekolah (b). hobi dan rekreasi ;(c)
Sukan dan permainan; (d) Badan beruniform (e) Apa-apa persatuan lain yang
diluluskan oleh Pendaftar.
2) Persatuan Bukan Agama Islam tidak termasuk dalam kategori (a), (b), (c),
atau (d). Walau bagaimanapun, kategorl (e) memberi kuasa khas kepada

Pendaftar, iaitu Pengarah Pelajaran Negeri, untuk meluluskan apa-apa


persatuan lain sebagai persatuan yang berdaftar di sekolah.
3) Pendaftar, dalam Peraturan 12(1) PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN,
(PERSATUAN SEKOLAH) 1998, boleh secara bertulis, mengarah
mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika berpuas hati bahawa
persatuan itu mungkn digunakan bagi maksud o Tidak memberi manfaat kepada murid dan guru,
o propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau
awam,
o yang memudaratkan kepentingan murid, atau
o yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

SPI. Bil 6/1988


Sekolah.

Panduan Tajaan Oleh Syarikat Badan Perniagaan Di

1) Perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah JPN


2) Tidak berlakunya eksploitasi terhadap pelajar dan sekolah. Kepentingan
pelajar hendaklah diutamakan.
3) Selaraskan dengan rancangan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/FPN
4) Tajaan yang boleh menjejaskan perkembangan potensi pelajar dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak harus dibenarkan sama sekali.

SPI. Bil
Pelajar

2/1986

Rekod Kedatangan Dan Laporan GerakerjaKokurikulum

1) Gerak kerja kokurikulum akan diambil kira dalam pemilihan pelajar-pelajar ke


Tingkatan Enam dan ke Maktab-maktab Perguruan.
2) Mulai tahun 1986, kedatangan setiap orang pelajar Sekolah Menengah dalam
gerak kerja ko-kurikulum hendaklah direkodkan.
3) Menyedia dan melengkapkan laporan gerak kerja kokurikulum pelajar bagi
pelajar-pelajar yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran
Vokasional (SPVM) 1985.

SPI. Bil 1/1985 - Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Sekolah ( JBPS)


1) Bertujuan menyelaras dan memperbaiki aktiviti kokurikulum di sekolah
termasuk perancangan, rekod dan pengiktirafan kokurikulum di sekolah
2) Mengiktiraf aktiviti kokurikulum di sekolah
3) Ketegasan kepada penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.
4) Keanggotaan terdiri dpd wakil masyarakat/murid tua/guru/ pelajar dan
dipengerusikan oleh Pengetua / GB

SPI. Bil. 1/1986 - Larangan Ke Atas Pemberian Cenderamata


1) Memberhentikan amalan pemberian cenderamata
2) Tidak digalak menyediakan 'corsage' atau 'rosette' atau bunga malai yang
besar dan mahal
3) Tidaklah menjadi halangan sekiranya pelajar-pelajar sendiri yang ingin
memberikan cenderamata, dan benar-benar hasil kerja pelajar-pelajar itu
sendiri.

Tambahan SPI .Bil. 9/ 2000: Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa


Pengajaran PJK serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar
Kawasan Sekolah
1) Diwajibkan mengadakan skim perlidungan diri untuk semua pelajar.
2) Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah mematuhi
syarat-syarat Jabatan Pengangkutan Jalan.
3) Memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangani surat kebenaran bagi
anak-anak mereka
4) Memastikan keadaan kesihatan murid anak dalam keadaan baik sebelum
dibenarkan anak-anak mereka mengikuti aktiviti yang diajukan oleh sekolah.
SPI. BIL. 14/2000: Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Aktiviti Sampingan Hari Kemerdekaan
1) Mengibarkan Jalur Gemilang di bilik-bilik darjah;
2) Menggalakkan murid mengibarkan Jalur Gemilang
3) Mengadakan peraduan menulis esei, mendeklamasi puisi, melukis poster
atau seumpamanya;
4) Mengadakan
pertandingan/persembahan/pameran
mengenai
sejarah
perjuangan kemerdekaan atau tokoh-tokoh setempat yang berjasa; dan
5) Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

SPK.BIL.4/2008: Bantuan Pakaian Seragam untuk Pasukan Badan Beruniform


di Sekolah
1) Pendapatan keluarga RM 1000 sebulan dan kurang.
2) Kadar bantuan tidak lebih RM 100.00 lebih RM 100 tanggung sendiri.
3) Sekolah Rendah ( Tahap 2 dan Sekolah Menengah (Peralihan hingga
Tingkatan 5)
4) Layak dapat gantian 2 tahun sekali.

You might also like